Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2011

Yang terbesar adalah KASIH

* Kisah ini adalah kisah benar. Nama dan tempat tidak dinyatakan bagi menghormati pihak-pihak yang terlibat. Namun, ada satu kisah yang sangat penting yang boleh kita renungkan bersama.
Sebuah kampung yang terpencil telah mengalami suatu kejadian yang sangat luar biasa. Telah terjadi kejadian yang tidak dapat dijelaskan, atau lebih dikenali sebagai mukjizat.
Seorang ketua pelayan telah menerima apa yang dipanggilnya sebagai 'bisikan Roh Kudus' di dalam hatinya. Dia diarahkan oleh 'bisikan' tersebut untuk melakukan beberapa perkara kerana suatu 'keajaiban' akan terjadi di sidang tempat dia melayani.

Mengapa kita perlu Apologetik?

Pernahkan anda bertanya/ditanya soalan-soalan seperti ini? Betulkah Yesus benar-benar wujud 2 ribu tahun yang lalu?Benarkah Yesus itu Tuhan?Adakah Alkitab yang kita ada sekarang sama seperti ketika ia mula-mula ditulis?Mengapa sejarah gereja penuh dengan keganasan?Mengapa Yesus perlu mati di kayu salib untuk menebus dosa manusia?Jika Tuhan wujud, mengapa dunia ini penuh dengan kejahatan?Mengapa doa saya tidak pernah dijawab Tuhan?Apa maksud Triniti?Bagaimana dengan nenek moyang saya yang tidak sempat mendengar tentang Yesus, adakah mereka akan dimasukkan ke dalam neraka kerana tidak sempat mendengar?Mengapa Tuhan mencipta neraka untuk menyeksa mereka yang tidak mahu menyembah-Nya?Mengapa Tuhan membiarkan Adam dan Hawa jatuh di dalam dosa?
Apa yang akan kita katakan untuk menjawab persoalan-persoalan ini? Adakah kita hanya akan memandang peribadi yang menanyakan soalan-soalan tersebut sambil terkebil-kebil dan tersipu-sipu?

Post Pertama!!

Shalom dan selamat sejahtera, Post Pertama!

Ada banyak perkara yang mendorong saya membina blog ini, seperti kerinduan untuk menyatakan Berita Baik kepada orang yang belum mendengar-Nya, bersaksi tentang Yesus di dalam kehidupan saya, menyatakan pendapat tentang Kristianiti hari ini dan banyak lagi.

Namun, perkara yang menjadi pendorong utama kepada wujudnya Blog ini adalah Tajuk blog ini sendiri iaitu 1 Tesalonika 5:21, "Ujilah segala sesuatu dan peganglah yang baik." Seperti yang tertulis di tepi blog ini, saya seorang yang skeptikal. Lingkungan skeptikaliti saya termasuk Alkitab dan Kristianiti itu sendiri. Walaupun begitu, ke-skeptik-an ini banyak membantu saya dalam memahami iman saya dengan lebih baik lagi. Ternyata Roh Kudus boleh menggunakan apa sahaja untuk menyatakan kemuliaan-Nya, termasuk ketidak-percayaan.

Apologetik

Seperti yang dinyatakan di sini, blog ini lebih bersifat apologetik. Mungkin akan ada yang bertanya, apa itu apologetik?

Apologetik adalah terbitan da…