Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2011

Yesus vs Baal

Untuk topik ini, saya akan menggunakan artikel dari blog Hikmatun yang mendakwa kisah Yesus ditiru/diciplak dari kisah Baal sebagai platform. Anda boleh membaca artikel tersebut di sini. Artikel tersebut sebenarnya memperkatakan peniruan lain (seperti Mithras, Osiris dan Bacchus), namun, saya hanya akan menumpukan kepada Baal sahaja.
(Update: Artikel tentang "kisah Yesus ditiru/diciplak dari kisah Baal" telah dipadam oleh pemilik blog Hikmatun. Namun, anda masih boleh membaca artikel yang sama tersebut di sini.)

Sebelum itu, terdapat satu masalah di dalam artikel tersebut. Gambar yang diberikan adalah patung Mithras, sedangkan nama dewa untuk persamaan yang diberikan adalah Baal. Tidakkah penulis blog tersebut sedar Mithras dan Baal adalah dua dewa yang berbeza?
Saya andaikan penulis tidak sengaja membuat kesilapan ini. Namun, jika penulis ada menyelidiki topik artikel yang ditulisnya ini dengan lebih teliti, kesilapan ini sepatutnya dapat dielakkan.

Persamaan berikut diberi…

William Lane Craig: tentang percaya kepada Kristus

Oleh itu, apabila seseorang menolak untuk datang kepada Kristus, ia bukan semata-mata kerana kekurangan bukti atau halangan intelektual: pada dasarnya, dia menolak kerana dia dengan sedar tidak mempedulikan dan menolak panggilan Roh Tuhan di dalam hatinya.





dipetik dan diterjemahkan dari buku Reasonable Faith, m/s 47

Fakta segera - Terjemahan dan versi Alkitab

Mengapa terdapat banyak terjemahan Alkitab?
- Kerana terdapat banyak bahasa berbeza di dunia. Terjemahan dibuat berdasarkan bahasa tersebut agar lebih ramai yang dapat mendengar tentang Injil melalui bahasa yang difahami mereka.

Mengapa terdapat banyak versi Alkitab seperti NIV, KJV, NET, Terjemahan Lama, Terjemahan Baru, dan lain-lain?
- Kerana bahasa sentiasa berubah dan berkembang. Contohnya istilah, ejaan, tatabahasa dan lain-lain adalah berbeza jika dibandingkan dengan 100 tahun dahulu. Bayangkan jika tidak ada versi kemaskini seperti Alkitab NIV atau NET dan kita kekal menggunakan Alkitab KJV versi lama, dapatkah kita memahami sepenuhnya bahasa Inggeris klasik yang digunakan? Atau jika Alkitab Terjemahan Lama Bahasa Indonesia kekal digunakan (tidak ada Terjemahan Baru), adakah kita dapat memahami sepenuhnya mesej Alkitab sedangkan konteks bahasa zaman tersebut sudah berbeza berbanding konteks bahasa zaman ini?

- Selain itu, penemuan-penemuan baru serta kajian Alkitab yang berteru…

Apa Sebenarnya Kata Yesus?

Baru-baru ini, saya menemui sebuah blog yang menterjemahkan buku tulisan Misha’al ibn Abdullah yang bertajuk "What Did Jesus Really Say?".
Penulis Blog ini adalah blogger sama yang menterjemahkan buku "Women in Islam versus women in the Judeo-Christian Tradition: The Myth & The Reality" di blog ini. Saya telah memberikan respon terhadap blog/tulisan tersebut secara bersiri di sini.
Berkenaan dengan buku "What Did Jesus Really Say?", sebenarnya, sudah ada respon diberikan terhadap buku tersebut dalam Bahasa Inggeris.

Sesiapa yang berminat meneliti argumen kedua-dua pihak, boleh membacanya melalui link berikut.
Dakwaan - Apa sebenarnya Kata Jesus? atau di sini (dalam Bahasa Inggeris). Respon - What Indeed Did Jesus Say? (dalam Bahasa Inggeris).
Jika ada kesempatan, saya akan menterjemahkan respon tersebut di dalam Bahasa Malaysia.

Siapakah Kristus?

Artikel ini diterjemahkan dari buku Christian Beliefs, m/s 67-70.


- terjemahan ayat Alkitab yang digunakan adalah Berita Baik.

Melalui peribadi Yesus Tuhan telah datang ke dunia kita secara fizikal. Tuhan yang kekal datang untuk tinggal di dunia yang sementara. Dia, yang mengetahui situasi yang sepatutnya wujud datang ke tempat situasi yang adalah sebaliknya. Di dalam Yesus, Tuhan dan manusia menjadi satu peribadi, peribadi yang tidak sama seperti peribadi-peribadi lain di dunia dan tidak akan ada yang seperti itu. Yesus Kristus adalah, dan selama-lamanya demikian, Tuhan sepenuhnya dan manusia sepenuhnya di dalam satu peribadi. Dan peribadi tersebut telah mengubah haluan sejarah selama-lamanya. 

Yesus – Manusia Sepenuhnya

6.Perempuan tidak bersih, tidak suci? - Menjawab "Wanita Dalam Islam dan Wanita Dalam Tradisi Judaeo-Kristian: Mitos dan Kenyataan"

Bahagian ini adalah respon kepada tulisan ini. Artikel asal boleh dibaca di sini.
Perhatian! Mungkin ada di antara anda yang tidak senang dengan respon ini. Jika anda merasakan anda tidak sanggup menghadapi perkara negatif tentang kepercayaan anda, serta tidak terbuka kepada pandangan yang berbeza dengan fahaman anda, jangan teruskan.


Perempuan tidak bersih, tidak suci?
Argumen SM
Im 15:19-23 - haid menjadikan wanita tidak suci, dan semua yang disentuhnya mesti dibersihkan. Namun, di dalam Islam, haid adalah bahagian yang normal di dalam kehidupan. Mereka hanya tidak dibenarkan bersetubuh semasa haid, dan dikecualikan daripada sembahyang dan berpuasa.

Respon kami

Rekomendasi laman web Kristian

Terdapat pelbagai laman web yang memperkatakan isu-isu berkaitan dengan Kristianiti, terutamanya apologetik. Berikut adalah beberapa laman web yang menurut pandangan peribadi saya sangat baik dalam mengembangkan lagi pemikiran kita. Jika anda juga mengetahui laman web lain tentang Kristianiti, saya sangat menghargai jika anda memberikan pautan/link laman web tersebut di dalam ruangan komen di bawah.
Senarai ini tidak bertujuan memberikan 'senarai muktamad' dan tidak semestinya saya bersetuju dengan kesemua isi kandungan yang terdapat di dalam laman web yang disenaraikan. Saya hanya memberikan saranan untuk kita selidiki bersama. Sesuai dengan tema blog ini.
Kebanyakan laman web ini adalah dari luar negara. Agak sukar mencari laman web Kristian yang berasal dari Malaysia.

Sherlly Lee: tentang mengampuni

Mengampuni orang yang telah menyebabkan kita terluka bukan mudah. Ia memerlukan ketelusan seluruh jiwa kita. Kita memerlukan campur tangan Tuhan dan kuasa Tuhan yang luar biasa itu untuk memampukan kita mengampuni.








dipetik dari buku Saat aku ditinggalkan, m/s 26.

Fakta segera - Bilakah keempat-empat kitab Injil ditulis?

Bilakah kitab-kitab Injil di dalam Perjanjian Baru berkemungkinan ditulis? Berikut adalah tarikh yang kebanyakan pengkaji--termasuk pengkaji bukan Kristian--berikan ke atas kitab-kitab Injil ini:

-Injil Matius: Sekitar tahun 75 dan 85, namun ramai pengkaji percaya Injil ini di dalam bahasa Aramaik lebih dahulu tersebar iaitu sekitar tahun 60 atau lebih awal lagi.

-Injil Markus: Sekitar tahun 65 dan 70.

-Injil Lukas: Sekitar tahun 65 dan 85.

-Injil Yohanes: Sekitar tahun 75 dan 95.

* semua tahun adalah Selepas Masihi.

dipetik dan diterjemahkan dari buku Misquoting Truth, m/s 85.

5.Pendidikan perempuan - Menjawab "Wanita Dalam Islam dan Wanita Dalam Tradisi Judaeo-Kristian: Mitos dan Kenyataan"

Bahagian ini adalah respon kepada tulisan blog ini. Artikel asal boleh dibaca di sini.
Perhatian! Mungkin ada di antara anda yang tidak senang dengan respon ini. Jika anda merasakan anda tidak sanggup menghadapi perkara negatif tentang kepercayaan anda, serta tidak terbuka kepada pandangan yang berbeza dengan fahaman anda, jangan teruskan.


Pendidikan Perempuan
Argumen SM
1 Kor 14:34-35 melarang wanita dari berbicara. Bagaimana seorang wanita harus belajar jika beliau tidak dibenarkan bercakap dan harus tunduk sepenuhnya? Al-Quran pula menunjukkan peristiwa di mana seorang wanita berhujah dengan Muhammad dan kemudian diadili sebagai benar di hadapan Tuhan (surah 58).

Respon kami

Yesus vs Mithras

Artikel ini dipetik dan diterjemahkan dari buku The Case for the Real Jesus, muka surat 170-173.

    Saya mengeluarkan sebuah senarai tentang persamaan di antara Yesus dan Mithras. "Pertama, penulis popular mendakwa bahawa Mithras dilahirkan oleh seorang perawan." Saya bertanya, "Adakah ini benar dan diajarkan di dalam Mithraism?"
    Yamauchi kelihatan sedih mendengarnya, "Tidak, hal itu sangat tidak benar," tegasnya. "Dia dilahirkan dari seketul batu."
    "Batu?"
    "Ya, kelahiran dari batu ini sering digambarkan di dalam tinggalan Mithraic," jelasnya. "Mithras lahir dalam keadaan dewasa dan tidak berpakaian kecuali sebuah topi Phrygian, dan dia memegang obor serta sebilah pisau. Di dalam penceritaan lain, api keluar dari batu tersebut, atau dia memegang sebuah glob di tangannya."
    Saya tertawa kecil, "Jadi, melainkan kita menganggap batu tersebut sebagai perawan, persamaan ini dengan Yesus hilang."

4.Anak-anak perempuan yang memalukan? - Menjawab "Wanita Dalam Islam dan Wanita Dalam Tradisi Judaeo-Kristian: Mitos dan Kenyataan"

Bahagian ini adalah respon terhadap tulisan blog ini. Artikel asal boleh dibaca di sini.
Perhatian! Mungkin ada di antara anda yang tidak senang dengan respon ini. Jika anda merasakan anda tidak sanggup menghadapi perkara negatif tentang kepercayaan anda, serta tidak terbuka kepada pandangan yang berbeza dengan fahaman anda, jangan teruskan.


Anak-anak perempuan yang memalukan?
Argumen SM
Bible mengatakan bahawa tempoh masa ibu tidak suci adalah dua kali lebih lama jika beliau melahirkan anak perempuan (Imamat 12:2-5), dan Eklesiastikus [kitab apokripa] yang mempunyai banyak perkara negatif tentang anak perempuan. Islam pula mengutuk perbuatan membunuh bayi perempuan oleh penduduk Arab sebelum kedatangan Islam (surah 16:59; 43:17; 81:8-9) dan ia menganggap kelahiran bayi perempuan lebih diberkati berbanding bayi lelaki (surah 42:49). Hadis pula merujuk kepada Muhammad memberkati mereka yang membesarkan anak perempuan mereka dengan baik (Bukhari&Muslim).

Respon kami

Ravi Zacharias: tentang Kebenaran

Definisi kebenaran adalah bersifat eksklusif. Jika kebenaran adalah bersifat inklusif, tidak akan wujud perkara yang palsu. Dan jika tidak ada perkara yang palsu, apa maknanya benar? Selain itu, jika tidak ada perkara yang palsu, adakah benar jika kita mengatakan semuanya adalah palsu? Ia segera menunjukkan bahawa menolak kebenaran sebagai sesuatu yang mutlak berakhir dengan menidakkan diri sendiri atau mengakibatkan kita tidak memberikan pernyataan yang benar tentang kebenaran.





dipetik dan diterjemahkan dari buku The Kingdom of The Cults, m/s 10.

Fakta segera - Malaikat

Malaikat adalah...
- Ciptaan Tuhan (Neh 9:6)
- Wujud dalam keadaan 'roh' (Ibr 1:14), dan 'roh' tidak mempunyai tubuh fizikal seperti manusia (Luk 24:39).
- Tidak dapat dilihat dengan mata kasar melainkan Tuhan membuka mata kita (seperti Bileam di dalam Bil 22:31) atau ketika malaikat menjelma dalam bentuk manusia (Mat 28:5).
- Menjaga manusia semasa melakukan aktiviti harian (Mzm 91:11).
- Bersama kita semasa menyembah Tuhan (Ibr 12:22).
- Mempunyai sifat moral kerana mereka "dapat berdosa" (2 Ptr 2:4).
- Mempunyai kuasa dan dengan taat melaksanakan firman Tuhan (Mzm 103:20).
- Boleh datang dalam bentuk manusia sebagai orang yang tidak dikenali, meminta pertolongan (Ibr 13:2).
- Tidak boleh disembah (Why 19:10).

dirujuk dari buku Christian Beliefs: Twenty Basics Every Christian Should Know, m/s 53-54.

3.Warisan Hawa - Menjawab "Wanita Dalam Islam dan Wanita Dalam Tradisi Judaeo-Kristian: Mitos dan Kenyataan"

Bahagian ini adalah respon kepada tulisan blog ini. Artikel asal boleh dibaca di sini.
Perhatian! Mungkin ada di antara anda yang tidak senang dengan respon ini. Jika anda merasakan anda tidak sanggup menghadapi perkara negatif tentang kepercayaan anda, serta tidak terbuka kepada pandangan yang berbeza dengan fahaman anda, jangan teruskan.

Warisan Hawa
Argumen SM:
Alkitab
Imej Alkitab untuk Hawa adalah seorang 'penggoda' dan semua wanita mewarisi kesalahan dan tipu muslihatnya. 'Oleh itu, mereka semuanya tidak boleh dipercayai, lebih rendah akhlaknya dan jahat. Haid, kehamilan dan melahirkan anak dianggap sebagai hukuman yang adil terhadap kesalahan abadi wanita yang merupakan kaum yang telah disumpah.'


Pkh 7:26-28 menunjukkan tidak ada seorang pun wanita yang lurus. Kemudian SM memberikan banyak petikan dari sumber bukan Alkitab: sembilan kutukan terhadap wanita oleh Rabbi Yahudi, sebuah ayat dari kitab Pengkhotbah, dan doa harian lelaki Yahudi mengucap syukur kerana tidak …

2.Kesalahan Hawa? - Menjawab "Wanita Dalam Islam dan Wanita Dalam Tradisi Judaeo-Kristian: Mitos dan Kenyataan"

Bahagian ini adalah respon kepada tulisan blog ini. Artikel asal boleh dibaca di sini.
Perhatian! Mungkin ada di antara anda yang tidak senang dengan respon ini. Jika anda merasakan anda tidak sanggup menghadapi perkara negatif tentang kepercayaan anda, serta tidak terbuka kepada pandangan yang berbeza dengan fahaman anda, jangan teruskan.

Kesalahan Hawa
Argumen SM
Berbeza dengan Alkitab, Al Quran:
meletakkan kesalahan yang sama rata kepada Adam dan Hawamengatakan Hawa tidak menggoda Adampercaya Hawa tidak dipersalahkan sebagai punca kesakitan semasa bersalinPengampunan di dalam Al Quran: Tuhan tidak menghukum seseorang disebabkan kesalahan orang lain (surah 6:164; 53:38).Tuhan mengampunkan kesalahan Adam dan Hawa.Respon kami

David R. Burfield: tentang doa

Doa salah satu kunci untuk menilai, merancang dan melaksanakan visi gereja. Berdoa sepatutnya menjadi cara hidup para pemimpin. Semua perbincangan dan keputusan para pemimpin patut disertai dengan doa yang sungguh-sungguh. Jemaah juga sepatutnya didorong untuk mendoakan projek gereja pada setiap kesempatan: kebaktian mingguan, persekutuan doa, kelompok sel, sekolah minggu dan doa peribadi.





dipetik dari buku Gereja yang Hidup, m/s 160.

1.Pengenalan - Menjawab "Wanita Dalam Islam dan Wanita Dalam Tradisi Judaeo-Kristian: Mitos dan Kenyataan"

Bahagian ini adalah respon terhadap tulisan ini. Artikel asal boleh dibaca di sini.
Perhatian! Mungkin ada di antara anda yang tidak senang dengan respon ini. Jika anda merasakan anda tidak sanggup menghadapi perkara negatif tentang kepercayaan anda, serta tidak terbuka kepada pandangan yang berbeza dengan fahaman anda, jangan teruskan.

Pengenalan
Terdapat keperluan untuk menjawab dakwaan-dakwaan yang diberikan Muslim tentang bagaimana Kristianiti melayan wanita, berbanding contoh-contoh yang ada di dalam Islam. Untuk membantu dalam usaha ini, kami telah menggunakan tulisan oleh Sherif Muhammad (disingkatkan kepada SM), yang mana mencabar banyak pengajaran kita mengenai wanita. Walaupun tulisan oleh SM ini akan dijadikan sebagai model, respon kami akan memasukkan cabaran dan respon tambahan untuk membantu para pembaca menilai hal ini dengan lebih luas.

Tujuan yang diberikan oleh SM mengenai isu ini patut dipuji, membandingkan posisi wanita di dalam tiga kepercayaan (Judaism, Kristianiti…

Menjawab "Wanita Dalam Islam dan Wanita Dalam Tradisi Judaeo-Kristian: Mitos dan Kenyataan" - Index

Perhatian! Mungkin ada di antara anda yang tidak senang dengan respon ini. Jika anda merasakan anda tidak sanggup menghadapi perkara negatif tentang kepercayaan anda, serta tidak terbuka kepada pandangan yang berbeza dengan fahaman anda, jangan teruskan.
Baru-baru ini saya terjumpa sebuah blog yang memperkatakan tentang wanita di dalam Islam dan Kristianiti. Isi kandungan blog tersebut merupakan terjemahan kepada esei yang ditulis oleh Dr. Sherif Abdel-Azeem Mohammed. Esei tersebut ditulis pada tahun 1995. Kini, ia boleh dibaca secara online pada beberapa buah laman web.
Namun, blog yang saya temui ini dibuat khusus untuk terjemahan Bahasa Melayu buku tersebut. Maka, adalah baik jika jawapan kepada dakwaan esei ini juga diterjemahkan, kerana esei ini sebenarnya sudah lama diberikan jawapan yang sepatutnya. Terpulang kepada pembaca untuk menilai argumen kedua-dua pihak dalam hal ini.

[Update: Saya telah memberitahu tentang kewujudan respon ini di dalam ruangan komen blog tersebut, namu…

Fakta segera - Kritikan Teks (Textual Criticism)

Kritikan Teks adalah..
- Bidang penyelidikan pelbagai salinan manuskrip yang bertujuan memastikan perkataan sebenar pada manuskrip asal (autograph)

Bagaimana kritikan teks dilakukan?
Jadi, bagaimana pengkaji Perjanjian Baru memilih pembacaan teks yang paling berkemungkinan serupa dengan penulisan asal, terutamanya jika terdapat lebih dari satu kemungkinan? Berikut adalah beberapa prinsip asas yang digunakan oleh kebanyakan pengkritik teks:

Lihat di luar manuskrip (a) iaitu bacaan mana yang paling awal, (b) bacaan mana yang disokong oleh teks yang paling jauh terpisah [secara geografi] dan (c) manuskrip tersebut tergolong di dalam kumpulan teks yang mana satu.Lihat di dalam manuskrip untuk bacaan yang paling berkemungkinan berdasarkan (a) apa yang mungkin akan cenderung diubah oleh si penyalin, (b) bacaan berkemungkinan mana satu yang terpendek, (c) bacaan mana satu yang mungkin adalah cubaan untuk mengharmonikan teks tertentu dengan teks yang lain dan (d) apa perkataan rumit yang mungki…

Menjawab buku "101 Bukti Yesus Bukan Tuhan" - bukti 17

Adalah disarankan agar anda membaca terlebih dahulu buku "101 Bukti Yesus Bukan Tuhan", atau membaca respon ini bersama-sama dengan buku tersebut.

Bukti 17,
17. Yesus berdoa di atas bukit"Dan setelah orang banyak itu disuruh-Nya pulang, Yesus naik ke atas bukit untuk berdoa seorang diri. Ketika hari sudah malam, Ia sendirian disitu." (Matius 14:23).Pada ayat tersebut dijelaskan bahwa Yesus naik ke bukit untuk berdoa seorang diri. Jika Yesus itu Tuhan, tentu tidak perlu berdoa lagi kepada Tuhan. Jika masih ada Tuhan lain yang dia sembah, berarti Tuhan itu lebih dari satu. Tuhan yang mana lagi yang disembah oleh Yesus, jika ia sendiri adalah Tuhan??? Setiap yang berdoa kepada Tuhan, pasti bukan Tuhan! Yesus berdoa kepada Tuhan, berarti Yesus bukan Tuhan. Jika anda ada membaca di awal siri ini, pasti anda tahu bahawa bukti ini adalah berdasarkan pemahaman yang salah tentang keTuhanan dan kemanusiaan Yesus semasa Dia hidup di dunia.

Ada satu artikel yang baik untuk menj…

Darrell L. Bock: tentang kitab Injil dan Yesus

Gambaran tentang perkataan Yesus yang diberikan di dalam kitab Injil mengungkapkan seorang Tokoh yang mana pengajaranNya memerlukan kita memilih untuk mengikut atau menolakNya, seorang Tokoh yang mendakwa telah menyatakan jalan untuk datang kepada Tuhan dengan penuh kepastian. Dia tidak datang membawa pengetahuan, Dia adalah pengetahuan itu (Mat 7:24-27). Itulah sebabnya ada yang sanggup mati keranaNya atau sanggup mati menentangNya. PerkataanNya memberikan kita pilihan yang melibatkan hidup dan mati (Luk 9:18-26). Sesiapa yang membaca perkataanNya di dalam kitab Injil sepatutnya sedar bahawa suara itu tidak sayup atau dibuat-buat; ia kuat dan jelas.


dipetik dan diterjemahkan dari buku Jesus Under Fire, m/s 94.