Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Adonis

Kristianiti dan kepercayaan Pagan

Sedang anda melayari internet, pernahkah anda terjumpa dengan dakwaan seperti berikut, " Kristian menciplak ajaran Hindu dan penyembah berhala ", atau " Agama Pagan di sebalik tanggal 25 Disember ", atau " Sejarah Salib, Swastika, dan penggunaannya dalam Paganism dan Kristian ", dan banyak lagi dakwaan seumpamanya. Jika anda seorang Kristian, apa reaksi anda? Jika anda bukan Kristian, apa reaksi anda? Sebenarnya, dakwaan bahawa Kristian menciplak atau meniru kepercayaan pagan kuno ini sudah lama dibuktikan sebagai tidak berasas. Kini, majoriti pengkaji menolak dakwaan ini sebagai tidak benar, termasuk pengkaji bukan Kristian. Malangnya, dakwaan ini kekal diberikan sebagai argumen terhadap Kristianiti. Mungkin ada yang tertanya-tanya, bila dakwaan ini dimulakan? Di dalam dunia akademik, dakwaan ini dimulakan pada akhir abad ke-19 dan permulaan abad ke-20 oleh sekumpulan sarjana yang dipanggil sebagai  Religionsgeschichtliche schule , di Ge...

Adakah kisah tentang Yesus dicuri dari kisah Dewa Greek, Adonis?

Artikel ini diterjemahkan dari laman web Tektonic dan boleh dibaca di sini . Ditulis oleh J.P Holding .  Penerangan di dalam tanda [..] dan berwarna  perang  adalah tambahan dari saya untuk menjelaskan istilah tertentu yang memerlukan penjelasan lanjut. Sumber utama kita untuk artikel ini adalah buku Origin of Biblical Monotheism  oleh Smith [116]. Adonis dianggap sebagai dewa kuno, namun satu-satunya penceritaan tentang kematiannya datang dari sebuah teks yang ditulis pada abad kedua -- terlalu lewat untuk mempengaruhi kisah tentang Yesus -- yang mana mengisahkan bagaimana kematiannya yang disebabkan oleh seekor babi hutan diratapi oleh para pemuja di Byblos. Selepas meratap, keesokan harinya para pemujanya kemudian "menisytiharkan bahawa dia hidup dan menghantarnya ke udara."