Senarai lengkap siri post ini di sini . Saya mulakan post ini dengan sebuah cerita. Lelaki A yang berbaju merah sedang duduk di dalam sebuah restoran sambil menikmati secawan teh. Tiba-tiba, lelaki B datang dan berkata bahawa lelaki A ini ingin menyertai sebuah perhimpunan haram dan mesti ditangkap. Apabila ditanya bagaimana lelaki B tersebut tahu, dia berkata, "Lelaki A ini sedang memakai baju kuning gelap! Kerana peserta perhimpunan haram tersebut akan memakai baju kuning gelap!" Lelaki A segera menjawab, "Tapi, saya sedang memakai baju merah." Lelaki B tetap berkeras, "Tidak, mata saya melihat anda sedang memakai baju kuning gelap!" Lelaki A hanya menggeleng-gelengkan kepalanya dan berkata, "Apa kata anda tanya orang-orang yang ada di sini, adakah saya berbaju merah atau kuning gelap." Lelaki B pun bertanya kepada orang ramai yang ada di dalam restoran tersebut, dan semua mereka mengatakan Lelaki A memang berbaju merah, buka...
Pertimbangkan semuanya; ikutlah apa yang baik.