Artikel ini diterjemahkan dari laman web J.P. Moreland dan artikel asal boleh di baca di sini . Sebelum ini , kita telah melihat sifat pengetahuan dan kita mendefinisikannya seperti berikut: Ia mewakili (seperti pengalaman atau pemikiran) realiti yang sebenarnya berdasarkan dasar yang mencukupi, berdasarkan bukti yang kukuh, pengalaman, intuisi, kesaksian dan lain-lain . Kita juga telah melihat bahawa terdapat tiga jenis pengetahuan: 1) Pengetahuan melalui pengalaman : Ia berlaku apabila kita menyedari sesuatu secara terus, contohnya, apabila saya melihat sebiji epal di hadapan saya atau mengambil perhatian terhadap perasaan dalaman saya, saya mengetahui semua ini melalui pengalaman. 2) Pengetahuan melalui usul : Ini adalah pengetahuan bahawa keseluruhan sesuatu usul itu adalah benar. Pengetahuan melalui usul adalah kepercayaan benar yang wajar; ia adalah mempercayai sesuatu bersandarkan dasar yang mencukupi. 3) Tahu-bagaimana : Ini adalah pengetahuan atau kemah...
Pertimbangkan semuanya; ikutlah apa yang baik.