Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2012

Kenapa orang-orang Kristian harus kekal sebagai Kristian

Baru-baru ini saya telah menemui sebuah artikel blog yang bertajuk "Kenapa orang-orang Kristian harus memilih Islam". Artikel tersebut agak panjang dan penulis memberikan 6 sebab. [Update 9/4/2013: Nampaknya, link kepada artikel blog tersebut kini tidak lagi berfungsi. Namun, artikel tersebut masih boleh dibaca di sini.]
Kita akan melihat 6 sebab tersebut satu persatu.
1. Agama Kristian bukan agama Rahmatan Lil’alamin, tetapi agama Kristian hanya untuk bangsa Yahudi sahaja.

William Lane Craig: tentang Yesus dan Mitologi Pagan

Apabila mereka mengatakan kepercayaan-kepercayaan Kristian berasal dari mitologi pagan, saya rasa anda harus ketawa. Kemudian lihat mereka dengan mata yang terbeliak dan senyuman yang lebar, dan berkata, "Adakah kamu benar-benar mempercayainya?" Bersikap seolah-olah anda telah bertemu dengan mereka yang percaya bumi adalah rata atau konspirator Roswell. Anda boleh mengatakan sesuatu seperti, "Alahai, teori-teori lapuk ini sudah lama berkubur lebih seratus tahun yang lalu! Dari mana kamu mendapat cerita-cerita ini?" Beritahu mereka ia hanya sampah yang disensasikan, bukan kajian sarjana yang serius.

Jika mereka berkeras, minta mereka menunjukkan tulisan-tulisan asal yang memperkatakan tentang persamaan-persamaan yang didakwa. Mereka sendiri yang menentang kesepakatan kajian ilimiah yang telah dilakukan, jadi biar mereka yang bekerja keras untuk menyelamatkan kepercayaan mereka. Saya rasa anda akan mendapati mereka sebenarnya tidak pernah membaca sumber-sumber utama…

Yesus: "Menurut kamu, siapakah Aku ini?"

Persoalan ini kelihatan agak klise. Sebagai orang percaya, sudah tentu kita akan mengatakan Yesus adalah Mesias, Anak Allah yang hidup.[1] Hal itu benar. Malah, Yesus sendiri mengakuinya.[2]

Masalahnya, ramai orang Kristian yang keliru apabila disoal seperti berikut:
"Jika Yesus itu Tuhan, mengapa Dia merasa lapar seperti manusia?"[3]
"Jika Yesus itu Tuhan, mengapa Dia mengatakan Bapa yang mengutus-Nya?"[4]
"Jika Yesus itu Tuhan, mengapa Dia menggambarkan diri-Nya sebagai nabi?"[5]

Bagaimana kita, sebagai orang yang percaya, menghadapi hal ini?

Berterus terang
Jika kita tidak tahu, adalah lebih baik kita mengaku tidak tahu. Jangan terperangkap dengan persoalan yang diberikan dengan mengada-adakan penjelasan yang kita sendiri tidak pasti benar atau tidak. Kita perlu sedar, walaupun kita tidak tahu akan sesuatu itu, ia tidak bererti sesuatu itu tidak benar. Contohnya, saya tidak tahu bagaimana graviti bertindak, namun, itu tidak bererti graviti tidak benar. …

Apabila iman Kristian diuji - Bahagian 1

Saya telah menemui post ini yang cuba memberikan beberapa petua untuk berdakwah kepada Kristian. Penulis tersebut memberikan 3 isu utama yang menurutnya adalah "hujah yang sangat kuat". Apa kata kita lihat satu persatu isu tersebut tersebut.

Isu pertama: Tentang Tuhan Allah
Menurut penulis, 7 soalan diberikan semasa memperkatakan tentang Tuhan. Penulis juga memberikan kemungkinan jawapan dan reaksi yang akan diberikan oleh orang Kristian apabila disoal dengan ketujuh-tujuh soalan tersebut.

Triniti terlalu kompleks, Tauhid lebih mudah?

Triniti merupakan antara doktrin penting di dalam Kristianiti. Namun, ia juga dilihat sebagai doktrin yang terlalu kompleks. Akibatnya, Kristianiti selalu diserang melalui doktrin ini, terutamanya oleh Muslim.

Yang menyedihkan, ramai orang Kristian sendiri tidak tahu tentang Triniti.

Akhirnya, si Kristian sering kehilangan kata-kata apabila berhadapan dengan persoalan-persoalan yang mempersoalkan doktrin Triniti.

Perkara ini patut berubah. Kita, orang Kristian, sepatutnya lebih bersedia dan tahu tentang doktrin ini. Di dalam post ini, saya akan memperkatakan khusus tentang bagaimana menghadapi persoalan tentang doktrin Triniti jika disoal oleh Muslim.

Menjawab buku "101 Bukti Yesus Bukan Tuhan" - bukti 18

Adalah disarankan agar anda membaca terlebih dahulu buku "101 Bukti Yesus Bukan Tuhan", atau membaca respon ini bersama-sama dengan buku tersebut.

hujah penulis 18. Yesus diutus untuk Bani Israel"Jawab Yesus :" aku diustus hanya kepada domba-domba yang hilang dari Umat Israel." (Matius 15:24)Pengakuan Yesus tersebut menunjukkan bahwa dia hanya benar-benar di utus untuk kaum tertentu saja, yaitu Bani Israel, bukan untuk seluruh kaum semesta. Jika Yesus itu Tuhan, pasti ajarannya untuk seluruh manusia, seluruh alam semesta. Tetapi dalam ayat tersebut Yesus katakana bahwa dia hanya diutus untuk kaumnya saja yaitu Bani Israel. Setiap yang diutus Tuhan, pasti bukan Tuhan! Yesus diutus Tuhan, berarti Yesus bukan Tuhan. Ini merupakan antara dakwaan yang popular terhadap kepercayaan Kristian. Kononnya, Yesus datang hanya untuk bangsa Israel.

Ulangan 11:30, tempat matahari terbenam?

Saya telah menemui post berikut yang cuba menjawab masalah yang timbul di dalam surah Al-Kahf ayat 86 yang mengatakan 'matahari terbenam di sebuah matair yang hitam berlumpur'.
Namun, yang menarik minat saya adalah hujah penulis yang berikut


Nukilan Bible berkenaan matahari terbenamJika diteliti dalam Bible, kita juga dapati ayat menyatakan matahari terbenam berdekatan negeri orang Kan’anBukankah keduanya terletak di sebelah barat sungai Yordan, di belakang jalan raya sebelah matahari terbenam, di negeri orang Kanaan yang diam di Araba-Yordan, di tentangan Gilgal dekat pohon-pohon tarbantin di More? (Ulangan 11:30)Bahkan terjemahan english lebih jelasAre they not beyond the Jordan, west of the road, where the sun goes down, in the land of the Canaanites living in the Arabah opposite Gilgal, beside the oaks or terebinths of Moreh? (Deutronomy 11:30)Maka dengan standard yang sama, apakah kita boleh mendakwa menurut kepercayaan Bible, matahari terbenam di tanah Kanaan? Dah tentu …

David R. Burfield: tentang Penyembahan yang hidup

Makna utama penyembahan yang hidup adalah hidup untuk menyembah Allah. Maksudnya, melalui tindakan dan kehidupan kita, kita berusaha untuk menyembah Tuhan dan memuliakan nama-Nya. Ini lebih bermakna daripada hidup sambil menyanyi puji-pujian sahaja - tujuan kehidupan kita adalah untuk menyenangkan hati Tuhan. Semua tindakan kita, percakapan kita, pekerjaan kita, dan cita-cita kita bertujuan untuk melayani Tuhan.





dipetik dari buku Penyembahan yang Hidup, m/s 6.

Bagaimana mengenal gereja 'cult'?

Terlebih dahulu, perkataan 'cult' perlu diberikan penjelasan.

'Cult' di sini merujuk kepada kumpulan yang mengaku sebagai sebahagian daripada suatu 'badan', namun mempunyai pengajaran/pemahaman/doktrin yang berbeza dengan apa yang diterima sebagai benar oleh keseluruhan 'badan' tersebut.

Maka, gereja 'cult' adalah merujuk kepada gereja yang mengaku sebagai sebahagian daripada Kristianiti namun mempunyai pengajaran/pemahaman/doktrin yang berbeza dengan Kristianiti ortodoks secara keseluruhan.

Besar kemungkinan sesebuah gereja itu adalah gereja 'cult' jika...

Selamat Hari Natal!!

Mungkin ada yang merasa hairan. Mengapa saya mengucapkan 'Selamat Hari Natal' sedangkan 25 Disember 2011 sudah lama berlalu? Bukankah hari ini adalah 7 Januari 2012?

Sebenarnya, tarikh terawal perayaan Natal adalah pada tahun ke-28 Augustus dan hari ke-25 Pachon.[1] Pachon adalah salah satu bulan di dalam kalender Mesir [2] ketika itu yang mana 25 Pachon bersamaan dengan 20 Mei di dalam kalender zaman ini.

7 Januari pula adalah tarikh yang diterima oleh gereja Timur seperti gereja Coptic sebagai tarikh merayakan Natal.
Jika demikian, bila kita sepatutnya merayakan Hari Natal?

Apa yang dapat kita pelajari daripada hal ini?
Bukan tarikh yang penting tetapi Yesus Kristus yang telah datang ke dunia untuk menebus kita dari dosa kerana Kasih-Nya yang sangat besar terhadap kita (Yoh 3:16). Walaupun sebenarnya kita tidak layak. Namun, Dia telah mengasihi kita semasa kita masih lagi berdosa (Rm 5:8).

Natal bukan sekadar kelahiran Yesus. Natal bukan sekadar perayaan hari jadi. Natal ada…

10.Harta isteri - Menjawab "Wanita Dalam Islam dan Wanita Dalam Tradisi Judaeo-Kristian: Mitos dan Kenyataan"

Bahagian ini adalah respon kepada tulisan ini. Artikel asal boleh dibaca di sini.
Perhatian! Mungkin ada di antara anda yang tidak senang dengan respon ini. Jika anda merasakan anda tidak sanggup menghadapi perkara negatif tentang kepercayaan anda, serta tidak terbuka kepada pandangan yang berbeza dengan fahaman anda, jangan teruskan.

Harta Isteri
Argumen SM
Ketiga-tiga agama mempunyai kepercayaan yang kuat mengenai kepentingan perkahwinan dan kehidupan berkeluarga dan ketiga-tiganya percaya akan peranan suami sebagai pemimpin keluarga. Tetapi di dalam tradisi Judaeo-Kristian, suami memiliki isterinya seperti dia memiliki hamba. (Untuk hal ini, SM tidak memberikan sebarang bukti dari Alkitab, sebaliknya memetik perbuatan-perbuatan orang Yahudi dan orang Kristian pada suatu zaman tertentu. Dia lebih menekankan tentang perbuatan memberikan mas kawin kepada perempuan, yang menurutnya adalah tanda penindasan)
Sebaliknya, Al-Quran, tidak mengajarkan pemberian mas kawin dari pihak perempuan, tet…

Ulasan/Review buku "Pengangkatan: Peristiwa Akhir Zaman (666) & Kerajaan Antikristus"

Mungkin tidak ramai yang pernah membaca buku ini. Buku ini adalah terbitan tempatan. Lebih spesifik lagi, dari Keningau, Sabah. Ditulis oleh seorang penulis tempatan bernama Miran Berol.

Buku ini memperkatakan tentang peristiwa pengangkatan di akhir zaman serta antikristus. Lazimnya, saya jarang membaca buku seperti ini kerana ia melibatkan hal-hal yang bersifat spekulasi terhadap tafsiran eskatologi.

Namun, buku ini menarik perhatian saya kerana penulisnya mendakwa telah menerima ‘pengelihatan’ yang diberikan terus oleh Tuhan sendiri. Malah, di dalam salah satu buku tulisannya, dia mendakwa telah menerima ‘wahyu’ dari Tuhan.[1] Penulis mendakwa apa yang terkandung di dalam buku ini adalah daripada Tuhan sendiri.[2]

Dengan kata lain, penulis telah ‘bernubuat’ kerana apa yang dilihatnya ini adalah peristiwa yang akan terjadi pada masa akan datang. Maka, kita mesti menilai hal ini kerana Firman Tuhan mengatakan kita tidak harus memandang rendah nubuat-nubuat tetapi menguji dan memper…