Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel agama misteri

Yesus vs Baal

Untuk topik ini, saya akan menggunakan artikel dari blog Hikmatun yang mendakwa kisah Yesus ditiru/diciplak dari kisah Baal sebagai platform. Anda boleh membaca artikel tersebut di sini . Artikel tersebut sebenarnya memperkatakan peniruan lain (seperti Mithras, Osiris dan Bacchus), namun, saya hanya akan menumpukan kepada Baal sahaja. ( Update : Artikel tentang "kisah Yesus ditiru/diciplak dari kisah Baal" telah dipadam oleh pemilik blog Hikmatun. Namun, anda masih boleh membaca artikel yang sama tersebut di sini .) Baal Mithras Sebelum itu, terdapat satu masalah di dalam artikel tersebut. Gambar yang diberikan adalah patung Mithras, sedangkan nama dewa untuk persamaan yang diberikan adalah Baal. Tidakkah penulis blog tersebut sedar Mithras dan Baal adalah dua dewa yang berbeza? Saya andaikan penulis tidak sengaja membuat kesilapan ini. Namun, jika penulis ada menyelidiki topik artikel yang ditulisnya ini dengan lebih teliti, kesilapan ini sepatutnya dapat di...

Yesus vs Mithras

Artikel ini dipetik dan diterjemahkan dari buku The Case for the Real Jesus , muka surat 170-173.     Saya mengeluarkan sebuah senarai tentang persamaan di antara Yesus dan Mithras. "Pertama, penulis popular mendakwa bahawa Mithras dilahirkan oleh seorang perawan." Saya bertanya, "Adakah ini benar dan diajarkan di dalam Mithraism?"     Yamauchi kelihatan sedih mendengarnya, "Tidak, hal itu sangat tidak benar," tegasnya. "Dia dilahirkan dari seketul batu."     "Batu?"     "Ya, kelahiran dari batu ini sering digambarkan di dalam tinggalan Mithraic," jelasnya. "Mithras lahir dalam keadaan dewasa dan tidak berpakaian kecuali sebuah topi Phrygian, dan dia memegang obor serta sebilah pisau. Di dalam penceritaan lain, api keluar dari batu tersebut, atau dia memegang sebuah glob di tangannya."     Saya tertawa kecil, "Jadi, melainkan kita menganggap batu tersebut sebagai perawan, persamaan ini dengan Yesus hilan...

Kristianiti dan kepercayaan Pagan

Sedang anda melayari internet, pernahkah anda terjumpa dengan dakwaan seperti berikut, " Kristian menciplak ajaran Hindu dan penyembah berhala ", atau " Agama Pagan di sebalik tanggal 25 Disember ", atau " Sejarah Salib, Swastika, dan penggunaannya dalam Paganism dan Kristian ", dan banyak lagi dakwaan seumpamanya. Jika anda seorang Kristian, apa reaksi anda? Jika anda bukan Kristian, apa reaksi anda? Sebenarnya, dakwaan bahawa Kristian menciplak atau meniru kepercayaan pagan kuno ini sudah lama dibuktikan sebagai tidak berasas. Kini, majoriti pengkaji menolak dakwaan ini sebagai tidak benar, termasuk pengkaji bukan Kristian. Malangnya, dakwaan ini kekal diberikan sebagai argumen terhadap Kristianiti. Mungkin ada yang tertanya-tanya, bila dakwaan ini dimulakan? Di dalam dunia akademik, dakwaan ini dimulakan pada akhir abad ke-19 dan permulaan abad ke-20 oleh sekumpulan sarjana yang dipanggil sebagai  Religionsgeschichtliche schule , di Ge...

Adakah kisah tentang Yesus dicuri dari kisah Dewa Alcides (Hercules)?

Artikel ini diterjemahkan dari laman web  Tektonic  dan boleh dibaca di  sini . Ditulis oleh  J.P Holding .  Penerangan di dalam tanda [..] dan berwarna  perang  adalah tambahan dari saya untuk menjelaskan istilah tertentu yang memerlukan penjelasan lanjut. Anda pernah dengar tentang Alcides dari Thebes, tahu atau tidak: Alcides adalah nama lain bagi Hercules. Dakwaan yang dibuat ialah Alcides adalah "tuhan juruselamat yang dilahirkan oleh seorang perawan pada tahun 1200 sebelum Masihi." Dari sebuah laman web yang kini sudah tidak berfungsi, kita mendapati hal berikut (yang mana telah saya pastikan dari sumber-sumber lain): Ibu Hercules ialah Alcmene, isteri kepada Raja Amphitryon dari Troezen. Ayahnya ialah pemimpin kepada Olympian, Zeus. Dia menyamar sebagai Amphitryon dan melawat Alcmene selama tiga malam. Isteri Zues, Hera, marah apabila mengetahui Alcmene mengandung anak Zeus. Dia menghantar ahli-ahli sihir ke Troezen untuk menghalang Alcmene dar...

Adakah kisah tentang Yesus dicuri dari kisah Dewa Greek, Adonis?

Artikel ini diterjemahkan dari laman web Tektonic dan boleh dibaca di sini . Ditulis oleh J.P Holding .  Penerangan di dalam tanda [..] dan berwarna  perang  adalah tambahan dari saya untuk menjelaskan istilah tertentu yang memerlukan penjelasan lanjut. Sumber utama kita untuk artikel ini adalah buku Origin of Biblical Monotheism  oleh Smith [116]. Adonis dianggap sebagai dewa kuno, namun satu-satunya penceritaan tentang kematiannya datang dari sebuah teks yang ditulis pada abad kedua -- terlalu lewat untuk mempengaruhi kisah tentang Yesus -- yang mana mengisahkan bagaimana kematiannya yang disebabkan oleh seekor babi hutan diratapi oleh para pemuja di Byblos. Selepas meratap, keesokan harinya para pemujanya kemudian "menisytiharkan bahawa dia hidup dan menghantarnya ke udara."

Adakah Perjanjian Baru dipengaruhi oleh Agama-agama Pagan? (Terjemahan)

Perjanjian Baru dipengaruhi oleh Agama Pagan? ( Was The New Testament influenced by Pagan Religions? ) diterjemah dari sebuah artikel di dalam majalah Christian Research Journal tulisan Ronald H. Nash . ( Perkataan/ayat di dalam tanda [..] dan berwarna   perang   adalah penerangan dari saya untuk mana-mana terma/istilah yang sukar diterjemahkan dalam satu perkataan sahaja.) Di awal pertengahan abad ke-20, beberapa penulis liberal dan profesor mendakwa bahawa pengajaran di dalam Perjanjian Baru mengenai kematian dan kebangkitan Yesus, Kelahiran Baru, dan Pembaptisan dan Perjamuan Kudus, diambil dari kepercayaan misteri pagan. Yang menjadi perhatian utama adalah di antara semua ini ialah dakwaan bahawa Doktrin Keselamatan yang terdapat di dalam Perjanjian Baru menyamai tema yang biasanya ditemui di dalam Agama Misteri: tuhan penyelamat mati dengan kejam demi mereka yang akan diselamatkannya, kemudian tuhan tersebut hidup kembali dari kematian. Adakah Perjanjia...