Senarai lengkap siri post ini di sini . Seperti yang telah saya katakan sebelum ini, buku "Jesus adalah Muslim?" ini sarat dengan kecelaruan fakta. Malah, kecelaruan fakta ini diberikan ketika nombor muka surat buku ini belum pun bermula! Pada ruangan "Nota Penerbit" buku ini (iaitu di helaian kedua buku ini), kenyataan berikut telah diberikan: "Bible adalah kitab suci bagi penganut agama Kristian. Ia kombinasi daripada dua kitab; Perjanjian Baru (New Testament) yang diturunkan kepada Jesus dan Perjanjian Lama (Old Testament) yang diturunkan kepada Moses." Jika penerbit buku ini telah membuat sedikit penyelidikan tentang Alkitab, mengapa fakta yang tidak tepat ini diberikan? Tidakkah penerbit tahu bahawa Alkitab atau Bible adalah himpunan kitab? Malah, kata "Bible" itu sendiri adalah berasal daripada sebuah perkataan Greek iaitu βιβλία (disebut biblía ) yang bermaksud "kitab-kitab". [1]
Pertimbangkan semuanya; ikutlah apa yang baik.