Langkau ke kandungan utama

Sebuah Dialog Kristian-Muslim - 4


[Update: Memandangkan jumlah komen pada post ini telah melebih angka 200, terdapat sedikit gangguan pada paparan komen-komen seterusnya iaitu akan agak lambat dipaparkan oleh sistem blogger.]

Seorang Muslim Tanpa Nama telah memberikan persoalan berikut:
"Hai Saudara TIwas..Sudi kiranya anda memberi sedikit komen berkitan persoalan di bawah.
1. Bolehkah anda komen mengapa Islam mengakui kewujudan Nabi Isa (yang anda anggap sebagai Tuhan dalam kristian) walaupun hanyalah sebagai utusan Allah tetapi tidak dalam kristian apabila berkaitan dengan Nabi Muhammad?
2. Bolehkah anda komen mengapa dalam Islam diajar konsep tauhid iaitu menyembah Allah yang esa dan dalam kristian pula dengan konsep trinity iaitu menyembah Allah @ Tuhan Yesus?"
(Anda boleh membaca komen asal Tanpa Nama tersebut di sini.)


Berikut merupakan respon ringkas daripada saya:
Untuk persoalan pertama anda (Tanpa Nama), secara dasarnya, anda bertanya mengapa "Kristian tidak percaya kepada Nabi Muhammad sebagaimana Muslim percaya kepada Nabi Isa (atau Yesus)", betul?

Jika itu adalah intipati soalan pertama anda, berikut adalah beberapa respon ringkas:
1. Yesus (atau Nabi Isa menurut kepercayaan anda) benar-benar pernah berjalan di muka bumi ini kira-kira 600 tahun sebelum Islam bermula. Maka, sudah tentu Islam perlu mengakui kewujudan Yesus.

2. Kristianiti pula telah bermula kira-kira 600 tahun sebelum kemunculan Islam, iaitu sejurus selepas Yesus menampakkan diri-Nya kepada murid-murid-Nya, di kota yang sama tempat Yesus disalibkan, iaitu Yerusalem.

3. Sebab utama Kristian tidak percaya kepada Nabi Muhammad adalah kerana banyak ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad adalah menyimpang dari kepercayaan Kristian yang mana telah pun bermula 600 tahun lebih awal berbanding Islam.

4. Salah satu ajaran (juga adalah kepercayaan dasar Kristian) yang jauh berbeza tersebut adalah peristiwa penyaliban, kematian dan kebangkitan Yesus Kristus. Nabi Muhammad menyatakan bahawa Yesus tidak disalibkan, sedangkan bukti-bukti sejarah yang ada menunjukkan hal yang sebaliknya. Malah, tahukah anda bahawa pada abad pertama hinggalah abad ketiga masihi, tidak ada yang menafikan peristiwa tersebut? Bukan itu sahaja, penulis-penulis sejarah bukan-Kristian pada abad pertama dan kedua seperti Josephus dan Tacitus juga mengesahkan peristiwa tersebut.

Tentang soalan kedua anda,
Agak jelas anda salah faham terhadap konsep Triniti kerana anda mengandaikan bahawa konsep Triniti adalah menyembah "Allah atau Tuhan Yesus".

1. Sebenarnya, Kristian percaya Tuhan itu Esa. Tuhan itu bukan dua atau tiga, tetapi satu, iaitu Esa.

2. Namun, pada masa yang sama, Alkitab juga mengajarkan bahawa terdapat 3 Peribadi yang mana adalah ilahi iaitu Bapa, Anak dan Roh Kudus. Untuk lebih lanjut, anda boleh merujuk post-post di dalam blog ini tentang Triniti di sini.

3. Anda bertanya mengapa Islam diajar konsep Tauhid? Kerana sebelum Islam muncul, konsep bahawa Tuhan itu Esa bukanlah sesuatu yang asing di dalam kepercayaan Kristian dan juga Yahudi. Saya kaitkan dengan Kristian dan Yahudi kerana Nabi Muhammad mendakwa wahyu yang diterimanya adalah untuk mengesahkan Injil dan Taurat. Maka, Nabi Muhammad mengajarkan perkara yang sama (iaitu tentang ke-Esa-an Tuhan) dengan apa yang telah pun dipercayai oleh Kristian dan Yahudi.

4. Cuma, mungkin telah timbul salah faham terhadap kepercayaan Kristian dan Yahudi sehingga dicatatkan di dalam Al-Quran bahawa kononnya Triniti tersebut adalah Allah, Maria dan Yesus, di mana Nabi Muhammad menyangka Kristian percaya Allah telah bersetubuh dengan Maria, lalu melahirkan Yesus. Bermula dari salah faham ini, Kristian akhirnya disalah anggap oleh Muslim sebagai menyembah lebih dari satu Tuhan serta menyekutukan Tuhan dengan mengangkat Yesus menjadi Tuhan. Sedangkan, sejak permulaan Kristianiti lagi, Kristian tidak pernah menyembah dua atau tiga Tuhan.

Semoga respon ringkas ini dapat memberikan pencerahan untuk anda tentang kepercayaan sebenar Kristian. Jika anda (tanpa nama atau sesiapa sahaja) berminat untuk memberikan respon, ruang komen di bawah terbuka untuk anda.

Tuhan memberkati.

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
Hai Linz...hidup ini tidak sejelas yang kita sangka...Kita boleh mengatakan Tuhan begini, Tuhan begitu...kita boleh saja mengatakan al-quran yang benar, Injil yang benar...Hakikatnya cuma Tuhan yang Maha Mengetahui...Insyaallah, kita akan mengerti akan semua ini di akhirat nanti...seperti juga Tiwas, saya amat meyakini pegangan saya ini kerana dari Dia saya datang dan kepada Dia jua saya dikembalikan...
Unknown berkata…
Tanpa nama,
Benar, kita percaya tentang kewujudan Adam, iaitu manusia pertama yang diciptakan Tuhan. Namun, perincian kita tentang siapakah Adam itu adalah berbeza.

Sama juga, kita percaya kewujudan Tuhan yang Maha Berkuasa, namun, perincian kita tentang bagaimanakah Tuhan itu juga berbeza.

Apabila anda cuba menyamakan "Allah" yang dipercayai oleh Kristian dan Muslim hanya kerana istilah sama digunakan, tanpa mengambil kira perincian "Allah" menurut perspektif Kristianiti dan Islam, maka, anda sebenarnya telah menyimpang dari kepercayaan anda sendiri.

Tidak mungkin perincian Kristian dan Muslim tentang Allah adalah sama2 benar. Sudah tentu salah satu perincian tersebut adalah benar dan yang satu lagi adalah palsu.
Unknown berkata…
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Tanpa Nama berkata…
Hai Tiwas..kenapa ulasan Linz dialih keluar??? Adakah saya telah menimbulkan kemarahan Linz?? Jika benar, saya ingin sekali memohon ampun dan maaf...
Unknown berkata…
Tanpa nama,
Bukan saya yang mengalih keluar ulasan tersebut.

Linz Joze memberikan komen menggunakan akaun google+, jadi, dia mempunyai kebebasan untuk memadam komen yang telah dipaparkannya.
Unknown berkata…
Hi Tanpa Nama, :)

Mngkn tu telah saya delete... seb. ada ejaan yg slh, tetapi sa blm post semula.

`` :) ``
Unknown berkata…
Tanpa nama,
Jika anda ada menekan butang "Beritahu saya" pada bahagian komen ini, atau anda telah melanggan (subscribe) kepada feed komen post ini, sebelum sesuatu komen itu ditulis, anda akan dapat membaca komen yang telah dipadam/terpadam.
Tanpa Nama berkata…
mengingat Yesus (dalam Bibel) tidak pernah memberi nama kepada ajaran/agama yang dibawanya , maka agar lebih netral, kita sebut saja agama yang dibawa Yesus sebagai agama Nasrani. Kemudian, marilah kita perbandinkan:

1. Agama yang dibawa Yesus bernama agama Nasrani. Nasrani dari kata Nazaret, yaitu nama sebuah desa tempat kelahiran Yesus (Yohanes 7:31,41-42).
Ajaran agama Nasrani antara lain:
a. Yesus dikhitan pada umur 8 hari (Kejadian 17:14; Lukas 2:21).
b. Yesus meninggal dunia diberi kain kafan (Matius 27:59; Yohanes 19:40).
c. Yesus tidak minum khamar (Matius 5:17-20; Imamat 10:9). 2
d. Yesus tidak makan babi (Matius 5:17-20; Imamat 11:1-47).
e. Yesus tidak makan darah (Matius 5:17-20; Imamat 17:12).
f. Yesus adalah utusan Allah (Matius 10:5-6; 15:24; Yohanes 11:42; 17:3).

Pengikut Yesus disebut kaum Khawariyun yaitu yang kemudian disebut kaum Unitarian dan habis dibantai oleh para pengikut Paulus dengan penjagalan yang disebut "Lembaga Inkuisisi".

Agama yang dikembangkan oleh Paulus disebut agama Kristen, dilahirkan pada tahun 40 Masehi -sekitar 10 tahun setelah dugaan penyaliban Yesus- di kota Antiokhia.
Diantara ajarannya adalah:
a. Khitan tidak perlu (Galatia 5:6; 1 Korintus 7:19).
b. Meninggal dunia berpakaian pengantin (tradisi turun-temurun dari Paulus hingga sekarang).
c. Khamar halal (1 Korintus 6:12).
d. Babi halal (1 Korintus 6:12).
e. Darah halal (1 Korintus 6:12).
f. Yesus adalah Tuhan (1 Korintus 8:6).

Pengikut Paulus disebut Kristiani
Unknown berkata…
Hai Anonymous (7 November 2013 9:59 PG)
Saya andaikan anda bukanlah 'tanpa nama/anonymous' sebelum ini kerana cara penulisan anda agak berbeza. Anda dari Indonesia? Salam dari Malaysia.

Anda menulis,
Agama yang dikembangkan oleh Paulus disebut agama Kristen, dilahirkan pada tahun 40 Masehi -sekitar 10 tahun setelah dugaan penyaliban Yesus- di kota Antiokhia.

- Adakah anda mempunyai sebarang bukti untuk hal ini? Bukti yang saya maksudkan adalah kenyataan jelas yang mengatakan Paulus menciptakan agama Kristian.
- Anda juga sekadar memetik beberapa ayat dari surat2 Paulus serta kitab2 Injil tanpa sebarang konteks.

Beberapa persoalan untuk anda fikirkan:
1. Mengapa Paulus mencipta Kristianiti? Untuk kuasa? pengaruh? Kekayaan?

2. Mengapa 'agama' yang dicipta oleh Paulus ini ditentang hebat oleh kerajaan Rom pada zaman tersebut (iaitu abad pertama hingga abad ketiga masihi) sehingga ramai yang dianiayai dan dibunuh kerana menganuti 'agama' tersebut?

3. Tahukah anda apa maksud perkataan Kristian/Kristen?

4. Tahukah anda penulis2 Muslim awal menyenaraikan Paulus sebagai salah seorang pengikut Yesus, iaitu hawariyun? Saya ada memperkatakannya sedikit di sini.
Paling lama Lebih lama 201 – 209 daripada 209