Menjawab "Asal Usul Kristian Katholik-Paul si Pembohong!" (I) Pada beberapa minggu yang lalu, saya terjumpa dengan sebuah blog yang memperkatakan tentang Kristianiti. Terdapat sebuah post yang bertajuk āAsal Usul Kristian Katholik-Paul si Pembohong!ā Anda boleh membaca post tersebut di sini . *Untuk memudahkan penulisan, saya akan menamakan āpenulis blog tersebutā sebagai TUR, singkatan kepada nama blognya, takusahrisau. TUR menulis, Paul atau nama asalnya iaitu Saul, lahir di Tarsus(Ephesus) di ibu kota Cicillia di Turki. Bapanya adalah berketurunan Yahudi dari kabilah Bunyamin(adik kandung Nabi Yusuf as) manakala ibunya pula adalah daripada keturunan Rom. - Tarsus dan Efesus adalah tempat yang berbeza. Rujuk peta di bawah. - Paulus memang seorang Yahudi keturunan suku Benyamin ( Flp 3:5 ), cuma, tidak dinyatakan keturunan ibu Paulus. Hanya dikatakan dia dilahirkan sebagai warganegara Roma ( Kis 22:28 ).