Langkau ke kandungan utama

Menjawab "Asal Usul Kristian Katholik-Paul si Pembohong!" (II)



Pada beberapa minggu yang lalu, saya terjumpa dengan sebuah blog yang memperkatakan tentang Kristianiti. Terdapat sebuah post yang bertajuk “Asal Usul Kristian Katholik-Paul si Pembohong!”
Anda boleh membaca post tersebut di sini.

*Untuk memudahkan penulisan, saya akan menamakan ‘penulis blog tersebut’ sebagai TUR, singkatan kepada nama blognya, takusahrisau.

TUR menulis,
Paul atau nama asalnya iaitu Saul, lahir di Tarsus(Ephesus) di ibu kota Cicillia di Turki. Bapanya adalah berketurunan Yahudi dari kabilah Bunyamin(adik kandung Nabi Yusuf as) manakala ibunya pula adalah daripada keturunan Rom.
- Tarsus dan Efesus adalah tempat yang berbeza. Rujuk peta di bawah.


- Paulus memang seorang Yahudi keturunan suku Benyamin (Flp 3:5), cuma, tidak dinyatakan keturunan ibu Paulus. Hanya dikatakan dia dilahirkan sebagai warganegara Roma (Kis 22:28).

TUR menulis,
Dikisahkan bahawa, Paul yang diberi darjat Saint oleh penganut Kristian bermazhab Katholik telah menganut ajaran Isa as setelah melihat cahaya di langit yang terpampang nama Nabi Isa as.
- Gelaran ‘Saint’ pada Paulus yang dikatakan diberi oleh Katolik adalah tidak tepat. Menurut Alkitab bahagian Perjanjian Baru, sesiapa yang mengikut dan percaya Yesus digelar sebagai ‘saint’ (Contohnya Efesus 1:1, Kis 9:32).
- Paulus percaya kepada Yesus bukan kerana melihat nama Yesus terpampang di langit tetapi kerana mendengar suara Yesus serta cahaya yang sangat terang (Kis 9:3-20).

TUR menulis, 
Sejak itu, Paul telah memeluk agama Kristian dan mula berkelana menyebarkan agama Kristian mengikut pemahamannya. Pemahaman Paul tentang ajaran Kristian jelas sekali terpesong daripada ajaran asal Nabi Isa as. Pelbagai perkara yang Paul tambah daripada ajaran asal dan banyak juga perkara yang dibuang.
- Nama ‘agama Kristian’ masih belum wujud ketika itu. Yang ada ketika itu hanyalah orang-orang yang percaya bahawa Yesus adalah Tuhan dan Juruselamat. 
- Nama ‘Kristian’ hanya wujud beberapa tahun selepas Paulus percaya kepada Yesus. Istilah ‘Kristian’ pertama kali digunakan di Antiokhia untuk menggelar orang yang percaya kepada Yesus (Kis 11:26).
- Dikatakan juga pemahaman Paulus tentang Kristianiti terpesong dari pengajaran asal Yesus. Masalah dari kenyataan ini ialah, ia hanyalah kenyataan tanpa disokong dengan sebarang argument atau bukti.
- Untuk mengatakan Paulus terpesong dari pengajaran sebenar, TUR sepatutnya memberikan contoh pengajaran asal Yesus. Namun, tidak ada sebarang contoh diberikan. 

- TUR juga cuba mengatakan pelbagai pengajaran ditambah dan dibuang oleh Paulus dengan memberikan 7 doktrin yang dipercayai oleh Katolik. Ketujuh-tujuh dokrtin tersebut digambarkan sebagai ditokok tambah dan bukan pengajaran asal Yesus. 
- Kita lihat penerangan TUR tentang doktrin-doktrin ini.
1. Konsep Son of God
Menurut ajaran Paul, Tuhan yang digelar father atau bapa bersemayam di Syurga dan sudah mempunyai anak sebelum segala sesuatu diciptakan Tuhan. (Rujuk 1 Corithian 8:6, Colossians 1:5, 1 Timorthy 2:5)
yet for us there is but one God, the Father, from whom all things came and for whom we live; and there is but one Lord, Jesus Christ, through whom all things came and through whom we live. (1 Corithian 8:6)For there is one God and one mediator between God and men, the man Christ Jesus, (1 Timorthy 2:5)
- Perhatikan, tidak disebut langsung bahawa Tuhan sudah mempunyai anak, namun, anehnya, penjelasan dari TUR mengatakan bahawa Tuhan mempunyai anak.
- Mungkin, TUR cuba mengatakan bahawa konsep Son of God ini adalah ciptaan Paulus. Namun, perhatikan, konsep ini juga disebut di dalam Injil Matius, Markus, Lukas dan Yohanes.
Mat 17:5
Dan tiba-tiba sedang ia berkata-kata turunlah awan yang terang menaungi mereka dan dari dalam awan itu terdengar suara yang berkata: "Inilah Anak yang Kukasihi, kepada-Nyalah Aku berkenan, dengarkanlah Dia."
Mrk 1:1
Inilah permulaan Injil tentang Yesus Kristus, Anak Allah.
Luk 1:35
Jawab malaikat itu kepadanya: "Roh Kudus akan turun atasmu dan kuasa Allah Yang Mahatinggi akan menaungi engkau; sebab itu anak yang akan kaulahirkan itu akan disebut kudus, Anak Allah.
Yoh 11:27
Jawab Marta: "Ya, Tuhan, aku percaya, bahwa Engkaulah Mesias, Anak Allah, Dia yang akan datang ke dalam dunia."

- Maka, untuk mengatakan Paulus adalah pencipta konsep Son of God adalah tidak benar kerana konsep tersebut juga wujud di dalam kitab-kitab yang bukan ditulis oleh Paulus.




Ulasan

Tanpa Nama berkata…
sy d sini brckap bkan nak slahkn dmana2 phak,ttapi sy ingin perjelaskn bhawa mungkin yg tur itu bkan dripda kristian katolik.