Langkau ke kandungan utama

Menjawab Polemik.

Apa itu polemik?
(polémik) perbahasan (perdebatan, perbantahan) dgn rencana atau tulisan dlm surat khabar (majalah dll): wujudkan ~ yg sihat mengenai keilmuan ataupun isu semasa; berpolemik berbahas atau berbantah dlm surat khabar (majalah dll): memupuk semangat ~ di kalangan cerdik pandai; mempolemikkan membahaskan sesuatu pen­dapat (isu) dsb dlm bentuk polemik. (sumber)
1. a controversial argument, as one against some opinion,doctrine, etc.
2. a person who argues in opposition to another;controversialist. (sumber)
Mengapa tajuk post ini ialah "Menjawab Polemik"?
Saya melihat ada banyak polemik terhadap Kristianiti di laman web. Saya merasakan perlu menjawab polemik-polemik ini.


Bukankah ada banyak laman web yang sudah memberikan jawapan?
Memang terdapat banyak laman web yang menjawab polemik-polemik tersebut, namun, kebanyakannya adalah dalam bahasa Inggeris. Agak jarang di dalam Bahasa Malaysia. Mungkin ada dalam Bahasa Indonesia, cuma, terdapat gaya bahasa dan perkataan tertentu yang mungkin kurang difahami.

Tidakkan tindakan menjawab polemik ini mungkin akan mengundang 'isu sensitif'?
Saya sedar akan hal itu, maka, jawapan-jawapan yang akan saya berikan di dalam blog (dalam menjawap polemik) ini hanya yang bersangkutan dengan kenyataan yang tidak benar terhadap Kristianiti. Contohnya,
1. Kristian tidak percaya kepada 'A'.
2. B mengatakan Kristian percaya kepada 'A'.
3. Perlu dijelaskan kepada B bahawa apa yang dipolemikkannya adalah tidak benar.
contoh ringkas berikut,
1. Kristian tidak percaya 'Tuhan melahirkan anak'.
2. B mengatakan Kristian percaya 'Tuhan melahirkan anak'.
3. Perlu dijelaskan kepada B bahawa apa yang dipolemikkannya adalah tidak benar.

Dari mana polemik-polemik ini diambil?
Dari laman-laman web, blog, forum, media cetak, rakaman dll.

Mengapa perlu menjawab polemik-polemik ini?
Sesuai dengan ayat berikut,
Tetapi kuduskanlah Kristus di dalam hatimu sebagai Tuhan! Dan siap sedialah pada segala waktu untuk memberi pertanggungan jawab kepada tiap-tiap orang yang meminta pertanggungan jawab dari kamu tentang pengharapan yang ada padamu, tetapi haruslah dengan lemah lembut dan hormat, (1 Petrus 3:15)

Tuhan memberkati.

Ulasan