Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2011

Dasar Alkitabiah kepada Doktrin Triniti: Garis Besar - Pengenalan (Terjemahan)

Artikel ini diterjemah dari artikel tulisan Robert M. Bowman, Jr . Tajuk asal artikel ini ialah The Biblical Basis of the Doctrine of the Trinity: An Outline Study . Artikel asal untuk post ini boleh dibaca di sini .  Penerangan di dalam tanda [..] dan berwarna  perang  adalah tambahan dari saya untuk menjelaskan istilah tertentu yang memerlukan penjelasan lanjut. Seringkali doktrin Triniti [ atau Tritunggal ] dituduh sebagai tidak berdasarkan Alkitab. Walaupun perkataan Triniti tidak ada di dalam Alkitab, pengajaran doktrin ini memang Alkitabiah. Doktrin ini hanyalah suatu cara formal dalam menyusun secara sistematik enam kenyataan berikut, yang dapat dilihat sebagai dasar kepada doktrin ini: Hanya ada Satu Tuhan (iaitu, hanya satu objek tunggal yang disembah). Tuhan ini adalah Esa, dipanggil dengan nama Yehovah atau Yahweh di dalam Perjanjian Lama (TUHAN). Bapa kepada Tuhan Yesus Kristus ialah Tuhan, iaitu TUHAN. Anak, iaitu Yesus Kristus adalah Tuhan, iaitu TUHAN. Roh Kudus ada

Bukti Kebangkitan Kristus (Terjemahan) - Kesimpulan

Artikel ini diterjemah dari tulisan  Peter Kreeft  dan  Fr. Ronald Tacelli, S.J . Artikel asal,  Evidence for the Resurrection of Christ , boleh di baca di  sini . Penerangan di dalam tanda [..] dan berwarna  perang  adalah tambahan dari saya untuk menjelaskan istilah tertentu yang memerlukan penjelasan lanjut. Artikel ini dipecahkan kepada 4 bahagian. Bahagian I klik  sini . Bahagian II klik  sini . Bahagian III klik sini . Bahagian IV klik sini . Kesimpulan: Menjawab Bantahan lain Tidak ada alternatif lain selain peristiwa kebangkitan yang dapat menjelaskan: kewujudan kitab-kitab Injil, asal-usul kepercayaan Kristian, kegagalan musuh-musuh Kristus untuk menunjukkan mayatNya, kubur yang kosong, batu besar yang teralih, atau kesaksian terhadap penampakan selepas kebangkitan. Pengsan, konspirasi, halusinasi dan mitos telah ditunjukkan sebagai alternatif lain kepada peristiwa kebangkitan, dan setiap teori ini telah ditidakkan. Jika saat ini seseorang itu masih tidak mahu percaya, ap

Bukti Kebangkitan Kristus (Terjemahan) - bahagian IV

Artikel ini diterjemah dari tulisan  Peter Kreeft  dan  Fr. Ronald Tacelli, S.J . Artikel asal,  Evidence for the Resurrection of Christ , boleh di baca di  sini . Penerangan di dalam tanda [..] dan berwarna  perang  adalah tambahan dari saya untuk menjelaskan istilah tertentu yang memerlukan penjelasan lanjut. Artikel ini dipecahkan kepada 4 bahagian. Bahagian I klik sini . Bahagian II klik sini . Bahagian III klik sini . Menidakkan Teori Mitos: Enam Argumen (1) Gaya penceritaan di dalam keempat Injil secara radikal jauh berbeza dengan gaya penceritaan di dalam kesemua mitos yang ada. Mana-mana pakar kesusasteraan yang tahu dan mengerti mitos-mitos ini boleh mengesahkannya. Tidak ada sebarang peristiwa yang dibesar-besarkan, terlalu menakjubkan, dan kebudak-budakan. Tidak ada yang kelihatan direka sewenang-wenangnya. Semuanya sepadan. Semuanya bermakna. Ia adalah hasil karya seorang hebat.

Bukti Kebangkitan Kristus (Terjemahan) - bahagian III

Artikel ini diterjemah dari tulisan  Peter Kreeft  dan  Fr. Ronald Tacelli, S.J . Artikel asal,  Evidence for the Resurrection of Christ , boleh di baca di  sini . Penerangan di dalam tanda [..] dan berwarna  perang  adalah tambahan dari saya untuk menjelaskan istilah tertentu yang memerlukan penjelasan lanjut. Artikel ini dipecahkan kepada 4 bahagian. Bahagian I klik sini . Bahagian II klik sini . Menidakkan Teori Halusinasi: Tiga belas Argumen Jika anda ternampak seorang yang telah mati berjalan dan berbicara, tidakkah anda akan merasa anda sedang berhalusinasi dan bukan melihat sesuatu yang benar-benar terjadi? Mengapa tidak berfikir hal yang sama terhadap peristiwa kebangkitan Kristus?

Istilah/Terminologi: Heresy (atau Bidaah)

αιρεσις, Heresy (Bidaah) Perkataan  Heresy  adalah berasal dari bahasa Yunani yang bererti: (1) pilihan, atau (2) pendapat yang dipilih, dan (3) mahzab yang berpegang kepada suatu pendapat. Di dalam Kisah Para Rasul ( Kis 5:17 ; 15:5 ), ia menyebut tentang mahzab ( αιρεσις diterjemah sebagai mahzab ) tanpa penerangan terhadap kepercayaan mahzab tersebut. Namun, di bahagian lain di dalam Perjanjian Baru, ia mempunyai pengertian yang berbeza. Paulus menyamakan heresy  dengan jenayah dan hasutan ( perkataan αιρεσις di dalam ayat  Gal 5:20  membawa maksud roh pemecah ). Perkataan ini juga membawa maksud perpecahan dan perbalahan di dalam gereja ( perkataan αιρεσις di dalam ayat  1 Kor 11:19  diterjemah sebagai perpecahan ). Di dalam Titus 3:10 , seorang yang heretical  (pengikut bidaah) adalah seorang yang menurut persoalannya sendiri, dan perlu dijauhi. Maka heresy  adalah mempercayai doktrin yang dipilih sendiri dan bukan dari Tuhan ( perkataan αιρεσις di dalam  2 Ptr 2:1  diterjemah seb

Bukti Kebangkitan Kristus (Terjemahan) - bahagian II

Artikel ini diterjemah dari tulisan Peter Kreeft dan Fr. Ronald Tacelli, S.J . Artikel asal, Evidence for the Resurrection of Christ , boleh di baca di sini . Penerangan di dalam tanda [..] dan berwarna perang adalah tambahan dari saya untuk menjelaskan istilah tertentu yang memerlukan penjelasan lanjut. Artikel ini dipecahkan kepada 4 bahagian. Bahagian I klik sini . Menidakkan Teori Konspirasi: Tujuh Argumen Mengapa para pengikut Yesus tidak mungkin telah mereka-reka peristiwa yang telah terjadi? (1) Blaise Pascal telah memberikan sebab yang mudah dan munasabah secara psikologi tentang mengapa hal ini mustahil. Para rasul ini sama ada diperdaya atau terpedaya. Kedua-dua pendapat ini adalah rumit, kerana adalah mustahil untuk membayangkan seorang manusia telah bangkit dari kematian. Semasa Yesus masih bersama mereka, Dia dapat menyokong kepercayaan mereka; namun selepas itu, jika Dia tidak menampakkan diriNya kepada mereka, siapa yang menyebabkan mereka bertindak demikian? Hipo

Bukti Kebangkitan Kristus (Terjemahan) - bahagian I

Artikel ini diterjemah dari tulisan Peter Kreeft  dan Fr. Ronald Tacelli, S.J . Artikel asal, Evidence for the Resurrection of Christ , boleh di baca di sini . Penerangan di dalam tanda [..] dan berwarna perang adalah tambahan dari saya untuk menjelaskan istilah tertentu yang memerlukan penjelasan lanjut. Artikel ini dipecahkan kepada 4 bahagian. Strategi: Lima Teori Kemungkinan Kita percaya kebangkitan Kristus boleh dibuktikan dengan keyakinan yang secukupnya sama seperti mana-mana peristiwa lain yang dipercayai telah berlaku secara universal dan telah didokumentasikan dengan baik oleh penulis zaman dahulu. Untuk membuktikannya, kita tidak perlu mempunyai pra-anggapan yang kontroversial (contohnya, mukzijat boleh berlaku). Namun, mereka yang skeptik juga perlu tidak mempunyai pra-anggapan (contohnya, mukzijat tidak boleh berlaku). Kita tidak perlu mempunyai pra-anggapan bahawa Perjanjian Baru adalah sempurna, atau diilhamkan oleh Tuhan atau mengandungi kebenaran. Kita tidak perlu

Adakah Perjanjian Baru dipengaruhi oleh Agama-agama Pagan? (Terjemahan)

Perjanjian Baru dipengaruhi oleh Agama Pagan? ( Was The New Testament influenced by Pagan Religions? ) diterjemah dari sebuah artikel di dalam majalah Christian Research Journal tulisan Ronald H. Nash . ( Perkataan/ayat di dalam tanda [..] dan berwarna   perang   adalah penerangan dari saya untuk mana-mana terma/istilah yang sukar diterjemahkan dalam satu perkataan sahaja.) Di awal pertengahan abad ke-20, beberapa penulis liberal dan profesor mendakwa bahawa pengajaran di dalam Perjanjian Baru mengenai kematian dan kebangkitan Yesus, Kelahiran Baru, dan Pembaptisan dan Perjamuan Kudus, diambil dari kepercayaan misteri pagan. Yang menjadi perhatian utama adalah di antara semua ini ialah dakwaan bahawa Doktrin Keselamatan yang terdapat di dalam Perjanjian Baru menyamai tema yang biasanya ditemui di dalam Agama Misteri: tuhan penyelamat mati dengan kejam demi mereka yang akan diselamatkannya, kemudian tuhan tersebut hidup kembali dari kematian. Adakah Perjanjian Baru dipenga

Biografi Ringkas Rasul Paulus (Terjemahan)

( Biografi Ringkas Rasul Paulus diterjemah dari esei tulisan Mark Moore . Esei asal boleh dibaca di sini . Perkataan/ayat di dalam tanda [..] dan berwarna perang adalah penerangan dari saya untuk mana-mana terma/istilah yang sukar diterjemahkan dalam satu perkataan sahaja. ) Rasul Paulus di Atena Adalah sukar untuk membesar-besarkan impak Paulus terhadap Kristianiti. Serangannya terhadap gereja telah mencetus pergerakan misionari yang pertama. Pertaubatan dan tindakan penginjilan olehnya selepas itu mengubah pergerakan Yahudi yang percaya terhadap mesias kepada sebuah agama yang universal. Kegeniusan inteleknya tertanam kukuh di dalam 13 surat Perjanjian Baru tulisannya yang menjadi batu penjuru kepada doktrin dan pentadbiran gereja. Selepas Yesus, dia adalah seorang pengasas terhebat Kristianiti.

Menjawab "Asal Usul Kristian Katholik-Paul si Pembohong!" (III)

Menjawab "Asal Usul Kristian Katholik-Paul si Pembohong!" (I) Menjawab "Asal Usul Kristian Katholik-Paul si Pembohong!" (II) Pada beberapa minggu yang lalu, saya terjumpa dengan sebuah blog yang memperkatakan tentang Kristianiti. Terdapat sebuah post yang bertajuk “Asal Usul Kristian Katholik-Paul si Pembohong!” Anda boleh membaca post tersebut di sini . *Untuk memudahkan penulisan, saya akan menamakan ‘penulis blog tersebut’ sebagai TUR, singkatan kepada nama blognya, takusahrisau. TUR menulis, 2. Inkarnasi (kelahiran semula) Menurut Paul, Nabi Isa as telah melakukan inkarnasi di bumi melalui benih Daud as (Rujuk Rom 1:3-4; Galatians 4:4-5; Colossians 1:15; dan Hebrews 1:3). Dengan demikian, Paul telah melahirkan doktrin bahawa Nabi Isa adalah anak lelaki kepada Joseph(bukan Nabi Yusuf as) dan Maryam sebagaimana salasilah yang ditulis oleh Matius (Mat. 1:1-16). Ia sekaligus menuduh Joseph bersetubuh dengan Maryam dan melahirkan Isa as. Ia sangat mengeliruk