Artikel ini diterjemah dari artikel tulisan Robert M. Bowman, Jr. Tajuk asal artikel ini ialah The Biblical Basis of the Doctrine of the Trinity: An Outline Study. Artikel asal untuk post ini boleh dibaca di sini. Penerangan di dalam tanda [..] dan berwarna perang adalah tambahan dari saya untuk menjelaskan istilah tertentu yang memerlukan penjelasan lanjut.
Seringkali doktrin Triniti [atau Tritunggal] dituduh sebagai tidak berdasarkan Alkitab. Walaupun perkataan Triniti tidak ada di dalam Alkitab, pengajaran doktrin ini memang Alkitabiah. Doktrin ini hanyalah suatu cara formal dalam menyusun secara sistematik enam kenyataan berikut, yang dapat dilihat sebagai dasar kepada doktrin ini:
- Hanya ada Satu Tuhan (iaitu, hanya satu objek tunggal yang disembah).
- Tuhan ini adalah Esa, dipanggil dengan nama Yehovah atau Yahweh di dalam Perjanjian Lama (TUHAN).
- Bapa kepada Tuhan Yesus Kristus ialah Tuhan, iaitu TUHAN.
- Anak, iaitu Yesus Kristus adalah Tuhan, iaitu TUHAN.
- Roh Kudus adalah Tuhan, iaitu TUHAN.
- Setiap peribadi Bapa, Anak dan Roh Kudus adalah peribadi yang berbeza.
Sesiapa pun yang bersetuju dengan enam kenyataan ini juga bersetuju dengan dasar doktrin Triniti, memandangkan ia adalah apa yang diajarkan di dalam doktrin Triniti. Untuk mempertikaikan doktrin Triniti, maka kita hanya perlu mempersoalkan satu atau lebih kenyataan yang diberikan di atas. Hal-hal lain hanyalah isu biasa yang tidak berkaitan secara langsung. Bantahan yang didasarkan dengan penggunaan bahasa khusus di dalam kenyataan Trinitarian, kerumitan dalam memahami konsep doktrin, hal-hal kontroversi politik gereja yang berkaitan dengan doktrin ini, persoalan terhadap kelakuan peribadi yang berpegang kepada doktrin ini, dan lain-lain hal yang sama, adalah tidak berkaitan dengan dasar Alkitabiah doktrin Triniti.
Ironiknya, mereka yang anti-Triniti tetapi mempercayai Alkitab akan mendapati mereka bersetuju dengan semua kenyataan ini, namun saling bercanggah pendapat tentang kenyataan yang mana adalah Alkitabiah [atau tidak]. Semua anti-Triniti bersetuju dengan kenyataan #3. Anti-Triniti yang bersetuju dengan sesuatu yang serupa dengan bidaah kuno monarchiansim dan modalism lazimnya bersetuju dengan kesemua kenyataan di atas kecuali #6 (walaupun mereka sebenarnya menghadapi kesulitan untuk bersetuju dengan #3 secara konsisten). Anti-Triniti yang bersetuju kepada sesuatu yang serupa dengan bidaah kuno Arianisme percaya bahawa Yehovah atau Yahweh adalah Tuhan yang tunggal (lihat kenyataan #2) dan bersetuju dengan kenyataan #3; mereka juga bersetuju Bapa dan Anak adalah peribadi yang berbeza tetapi mempunyai pandangan yang berbeza tentang Roh Kudus (lihat kenyataan #6). Masih ada perbezaan lain. Setiap kumpulan anti-Trinitarian ini mengangap pegangan masing-masing sebagai Alkitabiah. Maka, sumber luar Alkitab tidak diperlukan untuk menyelesaikan persoalan ini, memandangkan kesemua elemen asas doktrin ini ada diperkatakan di dalam Alkitab.
Garis panduan yang diberikan adalah sebagai gambaran secara umum tentang dasar Alkitabiah untuk 6 kenyataan ini atas, seterusnya doktrin Triniti. Penerangan terhadap ayat yang dipetik dibiarkan seringkas yang mungkin; dengan penekanan ke atas ayat-ayat Alkitab yang dipetik sahaja. Secara kasarnya, 1,000 rujukan yang diambil dari 300 bab berbeza di dalam Alkitab telah disenaraikan, termasuk rujukan dari kesemua 27 buah kitab di dalam Perjanjian Baru. Pembelajaran ini tidak merujuk kepada mana-mana kumpulan anti-Triniti secara spesifik tetapi tertumpu kepada memberikan bukti Alkitabiah untuk doktrin Triniti dan menjawab secara ringkas persoalan-persoalan yang biasa ditimbulkan terhadap bukti-bukti tersebut. Tidak ada sumber kedua dipetik di dalam pembelajaran ini walaupun saya ada merujuk beberapa sumber lain.
Penjelasan ringkas untuk kebanyakan ayat-ayat yang akan dibincangkan boleh dibaca di dalam buku penulis, Why You Should Believe in the Trinity (Grand Rapids: Baker Book House, 1989). Malangnya, cetakan buku ini telah habis, namun anda boleh memesannya di sini. Bahan-bahan tentang keTuhanan Kristus (poin ke VI garis besar pembelajaran ini) telah dibincangkan dengan lebih lanjut di dalam buku saya yang bertajuk Putting Jesus in His Place: The Case for the Deity of Christ, penulis bersama J. Ed Komoszewski (Kregel, 2007). Sumber rujukan lain akan disenaraikan di dalam garis besar seterusnya.
Penilaian yang betul terhadap bukti-bukti Alkitabiah tentang doktrin Triniti akan bergantung kepada kestiaan kita menggunakan prinsip aplikasi yang betul dalam mentafsir Alkitab. Di sini saya hanya akan menyebut dua prinsip, yang mana, jika diikuti akan mengelakkan hampir kesemua kesalahan tafsiran untuk subjek ini.
Pertama ialah mentafsirkan hal-hal yang tersirat berdasarkan hal-hal yang tersurat. Iaitu, ayat yang secara tersurat [jelas] mengatakan ini atau itu sebagai benar haruslah kita jadikan sebagai dasar dalam memimpin kita untuk mentafsirkan ayat-ayat lain yang tidak memperkatakan suatu isu itu secara terus. Contohnya, banyak ayat di dalam Alkitab yang menyatakan bahawa Tuhan itu Maha Tahu, iaitu, Dia tahu semua perkara, termasuk fikiran manusia dan masa depan (1 Sam 16:7; 1 Taw 28:9,17; Ayb 37:16; Mzm 139:1-4; Yes 41:22-23; 42:9; 44:7; Yer 17:10a). Ayat-ayat ini mesti kita jadikan sebagai dasar dalam kita memahami ayat-ayat yang mungkin kelihatan seperti menunjukkan, namun tidak menegaskan, Tuhan tidak mengetahui sesuatu perkara (cth, Kej 3:9-13; 4:9; 18:9, 20-21).
Prinsip yang satu lagi ialah mentafsir secara logik dan bukan secara rationalistic [lebih bersandar kepada akal fikiran sebagai dasar dalam menentukan kebenaran sesuatu kepercayaan]. Sebagai ilustrasi, jika Tuhan mengetahui masa depan, maka secara logiknya Dia tahu yang Adam dan Hawa akan jatuh ke dalam dosa. Namun, untuk mengatakankan bahawa, jika Tuhan tahu Adam dan Hawa akan jatuh ke dalam dosa maka mereka tidak bertanggungjawab ke atas pilihan mereka sendiri untuk melakukan dosa adalah tidak 'logikal', ia adalah rationalistic. Ia mungkin rumit untuk difahami mengapa seseorang perlu bertanggungjawab terhadap tindakannya untuk berbuat dosa jika Tuhan sudah tahu lebih awal yang dia akan berdosa, namun ia adalah logikal (tidak bercanggah) untuk mengatakan demikian.
Perlu diketahui sebarang pembelajaran yang berhasil tentang Triniti bergantung kepada pemahaman yang mencukupi tentang sifat-sifat Tuhan. Garis besar ini menyentuh tentang sifat Tuhan dalam pelbagai aspek namun tidak akan menyatakan semua rujukan dari Alkitab tentang subjek tersebut.
Nota: Pembelajaran garis besar ini adalah kerja saya [Robert M. Bowman Jr.] yang masih berjalan sejak akhir tahun 1970-an. Sebuah versi yang lebih pendek berbanding versi sekarang merupakan versi yang paling banyak disebarkan sebagai sumber standard oleh Christian Research Institute (CRI) pada akhir tahun 1980-an dan awal tahun 1990-an. Sebuah versi elektronik telah dibuat tanpa pengetahuan saya pada tahun 1994. Sejak itu ia telah dipaparkan di dalam pelbagai laman web dengan pelbagai edisi (termasuk yang mengubahsuai tanpa kebenaran), kadang-kala dengan kebenaran dan tanpa kebenaran. Versi ini adalah untuk penerbitan pada laman web Institute for Religion Research, dan merupakan versi terkini termasuk semakan dan penambahan paling signifikan selepas dua dekad (termasuk 300 rujukan baru dari Alkitab). Untuk memastikan ketepatan dan integriti sumber percuma ini, saya memasukkan hak cipta saya sebagai satu-satunya penulis. Sesiapa pun boleh mencetak pembelajaran ini sebanyak yang diingini selagi tidak ada sebarang perubahan kepada isi kandungan (termasuk pengenalan dan nota). Kebenaran perlu diperolehi jika ingin memaparkannya pada laman web lain.
Bersambung..
I. Hanya Ada Satu Tuhan.

Ulasan