Langkau ke kandungan utama

Menjawab "Asal Usul Kristian Katholik-Paul si Pembohong!" (III)

Menjawab "Asal Usul Kristian Katholik-Paul si Pembohong!" (I)
Menjawab "Asal Usul Kristian Katholik-Paul si Pembohong!" (II)

Pada beberapa minggu yang lalu, saya terjumpa dengan sebuah blog yang memperkatakan tentang Kristianiti. Terdapat sebuah post yang bertajuk “Asal Usul Kristian Katholik-Paul si Pembohong!”
Anda boleh membaca post tersebut di sini.

*Untuk memudahkan penulisan, saya akan menamakan ‘penulis blog tersebut’ sebagai TUR, singkatan kepada nama blognya, takusahrisau.

TUR menulis,
2. Inkarnasi (kelahiran semula)
Menurut Paul, Nabi Isa as telah melakukan inkarnasi di bumi melalui benih Daud as (Rujuk Rom 1:3-4; Galatians 4:4-5; Colossians 1:15; dan Hebrews 1:3). Dengan demikian, Paul telah melahirkan doktrin bahawa Nabi Isa adalah anak lelaki kepada Joseph(bukan Nabi Yusuf as) dan Maryam sebagaimana salasilah yang ditulis oleh Matius (Mat. 1:1-16). Ia sekaligus menuduh Joseph bersetubuh dengan Maryam dan melahirkan Isa as. Ia sangat mengelirukan kerana ajaran Kristian yang dibawa oleh Paul turut melahirkan Doktrin Virgin Mary(doktrin Maryam adalah seorang dara suci).



- Kita lihat ayat-ayat yang dirujuk.
Roma 1:3-4
3  tentang Anak-Nya, yang menurut daging diperanakkan dari keturunan Daud,
4  dan menurut Roh kekudusan dinyatakan oleh kebangkitan-Nya dari antara orang mati, bahwa Ia adalah Anak Allah yang berkuasa, Yesus Kristus Tuhan kita.
Galatia 4:4-5


4  Tetapi setelah genap waktunya, maka Allah mengutus Anak-Nya, yang lahir dari seorang perempuan dan takluk kepada hukum Taurat.
5  Ia diutus untuk menebus mereka, yang takluk kepada hukum Taurat, supaya kita diterima menjadi anak.
Kolose 1:15


15  Ia adalah gambar Allah yang tidak kelihatan, yang sulung, lebih utama dari segala yang diciptakan,
(Alkitab TB B.Indonesia)

- Perhatikan, melalui ayat2 ini, dikatakan Paulus telah mencipta doktrin bahawa Yesus adalah anak lelaki kepada Yusuf. Argumen yang diberi ialah dengan merujuk kepada salasilah yang diberikan di dalam Matius 1:1-17, di mana Yusuf adalah keturunan Daud. 
- Memandangkan di dalam salasilah tersebut, Yusuf yang dikatakan sebagai keturunan Daud dan bukan Maria, maka, ini bererti Yusuf telah bersetubuh dengan Maria kerana hanya dengan demikian Yesus dilahirkan melalui keturunan Daud. 
- Sekaligus menidakkan keperawanan Maria semasa melahirkan Yesus.
- Agak ganjil apabila Paulus yang dituduh mencipta doktrin tersebut sedangkan ia sudah tercatat di dalam Injil Matius.
- Kesimpulan ini wujud kerana TUR tidak mengambil kira konteks budaya semasa salasilah tersebut ditulis. Perlu diketahui, menurut kebudayaan Yahudi ketika itu, salasilah keturunan dilihat dari lelaki dan bukan wanita. 
- Maka, adalah sesuatu yang biasa apabila salasilah Yesus dilihat melalui Yusuf kerana begitulah konteks budaya zaman itu melihat salasilah keturunan seseorang.
- Maka, tuduhan bahawa Paulus mencipta doktrin bahawa Yusuf adalah bapa biologi Yesus adalah berdasarkan konteks yang tidak tepat.

- Penjelasan yang diberikan iaitu ‘Inkarnasi (kelahiran semula)’ juga sebenarnya tidak tepat. Penjelasan yang diberikan di dalam kurungan ‘kelahiran semula’ memberikan persepsi yang salah.
- Inkarnasi yang dipercayai oleh Kristian ialah Yesus telah lahir sebagai manusia, bukan ‘kelahiran semula’, seolah-olah Yesus sebelum ini sudah dilahirkan.

- Mungkin ada yang perasan, mengapa saya tidak memasukkan ayat Ibrani 1:3? 
Ibrani 1:3 
3 Ia adalah cahaya kemuliaan Allah dan gambar wujud Allah dan menopang segala yang ada dengan firman-Nya yang penuh kekuasaan. Dan setelah Ia selesai mengadakan penyucian dosa, Ia duduk di sebelah kanan Yang Mahabesar, di tempat yang tinggi, (Alkitab TB B.Indonesia)

- TUR telah melampirkan ayat-ayat dari Alkitab yang dikatakan sebagai berasal dari Paulus. Dan Ibrani telah dimasukkan sebagai salah satu contoh. Masalahnya, Kitab Ibrani (Hebrew) tidak ditulis oleh Paulus. Malah, sehingga kini tidak dapat dipastikan siapa penulis kitab tersebut. 
- Tanpa disengajakan, TUR sendiri telah memberikan sendiri bukti bahawa doktrin inkarnasi ini bukanlah dicipta oleh Paulus, malah, dipercayai oleh mereka yang hidup sezaman dengannya kerana ia juga tercatat pada kitab Ibrani (Hebrew) yang mana bukan hasil penulisan Paulus.

bersambung...

Ulasan