Langkau ke kandungan utama

12.Ibu - Menjawab "Wanita Dalam Islam dan Wanita Dalam Tradisi Judeo-Kristian: Mitos dan Kenyataan"

Bahagian ini adalah respon kepada tulisan ini. Artikel asal boleh dibaca di sini.
Perhatian! Mungkin ada di antara anda yang tidak senang dengan respon ini. Jika anda merasakan anda tidak sanggup menghadapi perkara negatif tentang kepercayaan anda, serta tidak terbuka kepada pandangan yang berbeza dengan fahaman anda, jangan teruskan.

Ibu
Argumen SM
Perjanjian Lama mengandungi banyak perintah-perintah supaya ibu bapa diberikan layanan yang baik dan bertimbang rasa, dan mengutuk mereka yang tidak menghormati ibu bapa (cth: Im 20:9; Ams 15:20). Walaupun tidak menghormati bapa disebut secara bersendiri di beberapa tempat, contohnya “Anak yang bijak mendengarkan didikan ayahnya” (Ams 13:1), ibu tidak pernah disebut secara bersendiri. Selanjutnya, tiada penekanan khusus mengenai melayan ibu dengan baik sebagai tanda penghargaan di atas susah-payahnya melahirkan dan menyusukannya. Menurut Perjanjian Baru, seorang Kristian tidak layak menjadi hawari Kristus melainkan beliau membenci ibunya (Luk 14:26). Dia (Yesus) sendiri tidak endah, malah tidak menghormati ibunya sendiri (Mrk 3:31-35) dan enggan menyetujui kenyataan salah seorang daripada orang ramai yang memberkati ibunya yang telah melahirkannya dan membesarkannya (Luk 11:27-28).

Di dalam Islam, perhormatan, kemuliaan dan sanjungan yang diberikan kepada ibu tidak bandingan. Qur’an mengutamakan layanan yang baik kepada ibu bapa sebagai perkara kedua selepas menyembah Yang Maha Berkuasa (Al-Israa [17]:23-24) dan memberikan penekanan khusus kepada peranan penting ibu yang melahirkan dan menyusukan anak (Luqman [31]:14). Banyak hadis juga memperkatakan tentang kepentingan ibu.

Respon kami
Mengira jumlah kenyataan tentang bapa berbanding ibu adalah remeh dan tidak produktif. Dalam sudut tertentu, beliau betul. Di dalam Alkitab, anak-anak tidak pernah diperintahkan untuk memberikan ibu bapa mereka penghormatan khusus hanya kerana ibu bapa mereka melahirkan mereka. Sebaliknya, ibu bapa diingatkan bahawa anak-anak adalah anugerah daripada Tuhan (cth: Ams 17:6; Mzm 127:3) dan membesarkan mereka dengan mengajarkan tentang Tuhan adalah tugas keagamaan yang paling penting yang perlu dilaksanakan oleh ibu bapa (cth: Ul 4:9, 6:7; Ams 6:20, 29:15). Namun, anak-anak diperintahkan untuk menghormati ibu bapa mereka oleh kerana didikan pengetahuan dan perbuatan baik mereka (cth: Ams 31:28, di mana perbuatan menghargai ibu disebut secara khusus). Anak-anak juga diperintahkan untuk menjaga ibu dan nenek mereka apabila mereka sudah lanjut usia dan apabila mereka menjadi janda sebagai tanda penghargaan (Ams 23:22; 1 Tim 5:4).

Hubungan Yesus dengan Maria tidak diulas dengan lebih lanjut. Sejak kecil lagi Yesus taat kepada ibuNya (Luk 2:51). Namun, apabila dia (Maria) cuba menghalang Yesus dari tugas pelayananNya semasa Dia sudah dewasa, Dia tidak dapat menurut kehendaknya. Itu tidak bermaksud Dia tidak mengasihi atau menghormati ibuNya, kerana Dia telah menunjukkan kasih dan penghormatan kepada ibuNya semasa Dia sedang menderita di atas kayu salib dengan meyakinkan ibuNya yang dia akan dijaga dengan baik selepas itu. Dia berkata kepada ibuNya "Ketika Yesus melihat ibu-Nya dan murid yang dikasihi-Nya di sampingnya, berkatalah Ia kepada ibu-Nya: "Ibu, inilah, anakmu!" Kemudian kata-Nya kepada murid-murid-Nya: "Inilah ibumu!" (Yoh 19:26-27).

Di dalam Lukas 11:27-28, Yesus sedang mempersoalkan sterotaip zaman tersebut, yang mana mengatakan bahawa nilai seorang wanita ditentukan dengan melahirkan anak-anak lelaki. Dia menekankan bahawa wanita telah membuka pintu berkat yang jauh lebih besar daripada sekadar melahirkan anak, berkat yang terbuka untuk semua, iaitu menjadi muridNya. Wanita di antara orang ramai tersebut, yang tidak diketahui namanya penting bagi Yesus, di mana walaupun wanita itu bukan ibuNya, dia (wanita tersebut) masih boleh menerima berkat daripadaNya. Bantahan SM tentang hal ini agak janggal apabila dibandingkan dengan dakwaannya di bahagian "Warisan Hawa" sebelum ini yang mengatakan "peranan wanita tidak terhad kepada melahirkan anak sahaja. Jika peranan wanita tidak terhad kepada melahirkan anak sahaja, mengapa di bahagian ini wanita dihormati hanya kerana peranan mereka sebagai ibu sahaja?

Terakhir, nilai murni kepada hubungan anak-ibu yang ekstrim adalah sekadar andaian dan tidak dibuktikan. Seorang ahli sosiologi dari Morocco bernama Fatima Mernissi melihat hubungan ini yang disokong di dalam Islam sebenarnya adalah punca utama kepada ketidak-seimbangan sosial di dalam negara-negara Muslim kerana ia melemahkan hubungan di antara suami dan isteri (dipetik dari Glaser & John, Partners or Prisoners? Paternoster:Cumbria. 1998. pp. 51-53).

Topik ini juga menimbulkan satu lagi pengecualian yang sangat ketara di dalam Al-Quran, dan di dalam kepercayaan Islam secara amnya. Iaitu, status kepada wanita yang bujang dan tidak mempunyai anak; status yang bukan sahaja tidak dipedulikan di dalam Al-Quran, malah tidak digalakkan di dalam hadis, fiqh, dan oleh ulama-ulama Muslim. Sebaliknya, Alkitab mengatakan Tuhan melihat semua wanita sebagai setaraf dengan lelaki, sama ada mereka berkahwin atau bujang, juga sesama manusia. Malah, Alkitab menggalakkan status bujang jika seorang lelaki atau wanita itu melayani Tuhan, kerana mereka akan menyerahkan hati mereka untuk dimiliki sepenuhnya oleh Tuhan, 'suatu penyerahan penuh kepada Tuhan' (1 Kor 7:8, 25-35).

Seterusnya...
13. Harta Pusaka Perempuan
atau

Ulasan