Langkau ke kandungan utama

3.Warisan Hawa - Menjawab "Wanita Dalam Islam dan Wanita Dalam Tradisi Judaeo-Kristian: Mitos dan Kenyataan"

Bahagian ini adalah respon kepada tulisan blog ini. Artikel asal boleh dibaca di sini.
Perhatian! Mungkin ada di antara anda yang tidak senang dengan respon ini. Jika anda merasakan anda tidak sanggup menghadapi perkara negatif tentang kepercayaan anda, serta tidak terbuka kepada pandangan yang berbeza dengan fahaman anda, jangan teruskan.

Warisan Hawa
Argumen SM:
Alkitab
Imej Alkitab untuk Hawa adalah seorang 'penggoda' dan semua wanita mewarisi kesalahan dan tipu muslihatnya. 'Oleh itu, mereka semuanya tidak boleh dipercayai, lebih rendah akhlaknya dan jahat. Haid, kehamilan dan melahirkan anak dianggap sebagai hukuman yang adil terhadap kesalahan abadi wanita yang merupakan kaum yang telah disumpah.'


Pkh 7:26-28 menunjukkan tidak ada seorang pun wanita yang lurus. Kemudian SM memberikan banyak petikan dari sumber bukan Alkitab: sembilan kutukan terhadap wanita oleh Rabbi Yahudi, sebuah ayat dari kitab Pengkhotbah, dan doa harian lelaki Yahudi mengucap syukur kerana tidak dijadikan wanita.


Di dalam Kristianiti, Hawa sangat penting kerana:
  • Sebab kepada misi Yesus Kristus bermula dari ketidaktaatan Hawa.
  • Dia adalah sumber kepada dosa asal.
  • 'Oleh yang demikian, Hawa bertanggungjawab ke atas kesalahannya, dosa suaminya, dosa asal semua manusia, dan kematian Anak Tuhan.'
  • Anak-anak perempuannya juga orang berdosa dan dilayan seperti itu.
(SM menyenaraikan banyak lagi petikan daripada bapa-bapa gereja - Tertullian, Augustine, Thomas Aquinas, dan Martin Luther.)

Al Quran
33:35 - lelaki dan wanita dinyatakan sebagai orang percaya dan dan diberikan pengampunan
9:71 - lelaki dan wanita melakukan perbuatan baik dan mentaati Tuhan
3:195 - lelaki dan wanita adalah keturunan satu sama lain
40:40 - lelaki dan wanita yang melakukan perbuatan baik akan masuk ke dalam syurga
16:97 - lelaki dan wanita yang melakukan perbuatan baik akan balasan yang baik

Secara ringkas: matlamat hidup lelaki dan wanita di bumi ini adalah untuk menyembah Tuhan, melakukan amalan-amalan yang baik, mengelakkan amalan-amalan yang buruk. Qur’an juga tidak pernah menyebut bahawa lelaki adalah imej Tuhan. Peranan wanita tidak terhad kepada melahirkan anak sahaja. Mereka dikehendaki melakukan sebanyak mungkin amalan-amalan baik seperti mana lelaki dikehendaki berbuat demikian. Qur’an tidak pernah berkata bahawa wanita yang benar tidak wujud, tetapi mengangkat beberapa orang wanita sebagai contoh (contohnya, Maryam dan isteri Firaun - surah 66:11-13)

Respon kami:
Kebanyakkan dari bukti yang diberikan oleh SM adalah dari sumber bukan Alkitab. Sebagai Kristian kita tidak melihat sumber-sumber ini sebagai diinspirasikan oleh Tuhan, dan tidak mempunyai masalah untuk mengakui bahawa pelbagai orang yang membaca Alkitab telah memberikan tafsiran yang salah. Kami juga pasti SM tidak mahu kami mulai memberikan senarai rujukan yang tidak menyenangkan tentang wanita di dalam banyak penulisan Islam yang telah dipopularkan baru-baru ini, sebagai contoh untuk pengajaran Islam yang betul.

Pandangan negatif yang diberikan oleh beberapa daripada bapa-bapa gereja yang disenaraikannya perlu dilihat dari sudut budaya persekitaran dan juga hakikat bahawa ramai di antara mereka jarang berhubung dengan wanita kerana mereka adalah rahib. Namun, ini bukanlah satu-satunya perspektif bapa-bapa gereja ini, dan lebih penting lagi, ia juga bukanlah perspektif para rasul, yang mana telah belajar secara terus dari Juruselamat kita sendiri untuk menghargai dan menghormati wanita.

Agak ketara SM tidak memasukkan sebarang rujukan tentang wanita yang dijadikan oleh Yesus sebagai contoh terhadap iman dan ketakwaan [contohnya, penyembuhan kepada wanita yang sakit dan membangkitkan seorang anak perempuan (Luk 8:40-56); perempuan janda di Sarfat (Luk 4:24-26); Maria dan Martha (Luk 10:38-42); janda yang tidak mudah putus asa (Luk 18:1-8); atau pemberian seorang janda miskin (Luk 21:1-4); wanita Siro-Fenisia (Mrk 7:24-29; Mat 15:21-28)].

Petikan dari kitab Pengkhotbah tersebut langsung tidak menepati konteksnya yang sebenar.

Tentang kenyataan bahawa semua 'anak-anak perempuan Hawa' adalah orang berdosa, sudah tentu ia benar, namun begitu juga dengan semua 'anak-anak lelaki Adam'! Roma 3:23 menekankan 'Semua orang sudah berdosa dan jauh daripada Allah yang menyelamatkan mereka', membawa maksud lelaki dan wanita. Perbuatan dosa adalah sesuatu yang lazim di dalam keadaan manusia, tetapi penebusan diberikan kepada kita melalui Yesus Kristus.

Berkenaan dengan gambaran Al-Quran terhadap Hawa, sudah tentu, adalah mustahil untuk mentafsirkan sebarang kesalahan pada pihaknya, kerana dia hanyalah watak sampingan sehinggakan namanya tidak disebut (surah 2:34-35). Adam yang dilihat sebagai khalifah (surah 2:30), diajar tentang 'sifat semua perkara' (surah 2:31), kepadanya malaikat tunduk (surah 2:34), dan yang menerima kalimah daripada Tuhan (surah 2:37). Berbeza dengan Alkitab, di mana Adam dan Hawa diisytiharkan sebagai pemerintah bersama ke atas bumi (Kej 1:27-28). Dan walaupun kekurangan dasar di dalam Al-Quran, menurut hadis, Nabi Muhammad dilihat meletakkan Hawa sebagai yang bertanggungjawab terhadap dosa.
  • Dia melaporkan Utusan Allah sebagai bersabda: "Jika bukan kerana Hawa, nescaya wanita tidak akan bertindak khianat terhadap suaminya" (Sahih Muslim, Buku 008, Nombor 3471)
  • Riwayat Usama bin Zaid: Baginda bersabda, 'tidak aku tinggalkan yang kesusahan yang lebih memudaratkan lelaki berbanding wanita'. (Sahih Al-Bukhari, Jilid 7, Buku 62, Nombor 33)
Pilihan ayat yang dipetik oleh SM untuk menggambarkan kesamarataan wanita di dalam Al-Quran kelihatan cuba mengelak dari ayat-ayat bermasalah dan lebih dikenali yang mana menunjukkan ketidak samarataan dengan lelaki, dan jelas bercanggah dengan apa yang dapat ditemui di dalam Perjanjian Baru, contohnya:
  • Poligami: Surah 4:3 Seorang suami dengan empat isteri, dan hamba-hamba perempuan yang dimiliki, tetapi tiada timbal balik untuk wanita.
  • Lelaki melebihi atau 'di atas' wanita, Surah 4:34, "oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki atas orang-orang perempuan".
  • Memukul isteri: surah 4:34, menetapkan bahawa lelaki boleh memukul isteri mereka! Namun, tidak ada timbal balik untuk wanita, malah, wanita yang perlu mengatasinya secara 'aman' jika lelaki takut 'pemberontakan' yang sama berulang.
  • Perceraian di dalam Al-Quran adalah hak lelaki, bukan pilihan wanita, jika wanita memilih untuk bercerai [dikenali sebagai khul] mereka perlu mengembalikan mahar, mas kahwin kepada si suami. surah 65:2; 2:229.
  • Harta warisan: surah 4:11, "bahagian seorang anak lelaki menyamai bahagian dua orang anak perempuan."
  • Kesaksian: surah 2:282, Bukhari 1:301, Baginda berkata, "Bukankah kesaksian wanita setara dengan separuh daripada kesaksian lelaki?"
  • Kebun: surah 2:223 "Isteri-isteri kamu adalah sebagai kebun tanaman kamu, oleh itu datangilah kebun tanaman kamu menurut cara yang kamu sukai", membawa maksud wanita lebih kepada tempat memuaskan nafsu. Surah 30:21 sekali lagi menetapkan wanita dicipta supaya lelaki mendapat 'istirehat' di dalam mereka. Surah 26:166 mengambarkan wanita diciptakan untuk pasangan mereka, iaitu lelaki.

    Ia berbeza dengan penetapan di dalam Perjanjian Baru, 'Seorang suami harus memenuhi kewajipannya sebagai suami kepada isterinya, dan seorang isteri harus memenuhi kewajipannya sebagai isteri kepada suaminya. Masing-masing harus memenuhi kewajipannya kepada yang lain. Seorang isteri tidak berkuasa atas tubuhnya sendiri, tetapi suaminya yang berkuasa atas tubuhnya. Begitu juga seorang suami tidak berkuasa atas tubuhnya sendiri, tetapi isterinya yang berkuasa atas tubuhnya. 1 Korintus 7:3-4
  • Hamba/Gundik: [surah 4:3, 24-25; 23:6; 33:50; 70:30] surah 33:50, "Wahai Nabi, sesungguhnya Kami telah halalkan bagimu isteri-isterimu yang engkau berikan maskahwinnya, dan hamba-hamba perempuan yang engkau miliki dari apa yang telah dikurniakan Allah kepadamu sebagai tawanan perang".

    Muhammad menerapkan perbuatan tersebut di dalam kehidupannya. Beberapa orang daripada isteri-isterinya adalah 'tawanan perang', yang mana dikahwininya selepas dia dan pengikut-pengikutnya membunuh suami wanita-wanita tersebut. Masyarakat hari ini melihat perbuatan itu sebagai 'rogol'. Juwairiyah adalah tahanan, dan Muhammad mengahwininya setelah dia memeluk Islam, atau menurut beberapa hadis lain, dia kekal menjadi gundik. Maimunah bt. Al-Harith ditangkap di Khaibar, dan 'dibebaskan' setelah dia memeluk Islam. Dia menjadi gundik/isteri kepada Muhammad. Raihanah bt. Zaid bin Amrin ditangkap dari bani Quraish, selepas Muhammad dan pengikut-pengikutnya membunuh suaminya. Beberapa hadis menyatakan dia mengahwininya pada hari yang sama. Perhatikan, layanan dan pengajaran tentang wanita seperti ini tidak pernah diajarkan oleh Yesus.

seterusnya...
atau

Ulasan