Ketika kita berada di dalam pengembaraan luar biasa iaitu mengongsikan iman kita dengan orang lain, Roh Kudus merupakan pembimbing kita yang tidak kelihatan. Dia menarik minat orang, menghangatkan hati mereka, memberikan penjelasan kepada minda mereka, membuka mata mereka, dan kadang-kala menyemai imaginasi mereka dengan mimpi-mimpi dan idea-idea yang bersifat menyelamatkan--dan kemudian Dia membuka peluang-peluang dan memimpin kita untuk menggunakan peluang tersebut sebaik mungkin. Itulah sebabnya kita dapat berdoa, bersedia, dan melangkah dengan berani. Kita sebenarnya menyertai Tuhan di dalam perusahaan-Nya untuk mencapai orang-orang dunia ini untuk mengenal siapakah Dia yang sebenarnya, "sabar...tidak ingin sesiapa pun binasa. Dia mahu semua orang bertaubat daripada dosa." (2 Petrus 3:9)*
Dipetik dan diterjemahkan dari buku The Unexpected Adventure, m/s 230.
* Ayat Alkitab yang digunakan adalah terjemahan Alkitab Berita Baik Bahasa Malaysia.
Ulasan
Terima kasih kerana melawat blog saya. Cuma, apa maksud anda dengan "percaya Alkitab separuh separuh"?