Langkau ke kandungan utama

Kristianiti bukan sumber keganasan

Artikel ini diterjemah dari laman web Evangelical Philosophical Society. Artikel asal bertajuk Christianity Not a Source of Violence dan boleh di baca di sini.

Kenyataan dari EPS

Selepas tragedi pembunuhan di Oslo, Norway baru-baru ini, terdapat beberapa perdebatan hangat sama ada tertuduh yang melakukan pembunuhan beramai-ramai ini, Anders Breivik, adalah Kristian. The New York Times menggambarkan Breivik sebagai "pelampau Kristian", William Saletan di Slate telah menggunakan istilah "Terorisme Kristian", dan ramai wartawan dan blogger terus menerus menggunakan istilah yang sama (walaupun media sendiri selalunya menolak penggunaan terminologi seperti ini terhadap Islam).


Dua dari kenyataan paling berat dikeluarkan oleh Susan Brooks Thislethwaite, profesor di Chicago Theological Seminary, di dalam Washington Post, dan Margaret Mitchell, profesor di University of Chicago Divinity School, di dalam Sightings, yang mana mengisytiharkan "Breivik benar-benar seorang Kristian". Hal ini sangat mengecewakan, memandangkan mereka adalah sarjana di dalam bidang Teologi dan kajian Perjanjian Baru, Thislethwaite dan Mitchell sepatutnya lebih tahu. Tidak wujud sebarang sebab munasabah untuk mengatakan Breivik adalah Kristian. Seperti yang dikatakan oleh Jordan Sekulow di dalam balasannya kepada Thislethwaite di dalam satu lagi artikel Washington Post, "Untuk mengatakan Breivik adalah Kristian memerlukan pemahaman yang telah dirosakkan tentang apa ertinya menjadi Kristian."

Mereka yang bersimpati dengan dengan tuduhan-tuduhan ini nampaknya menolak perbezaan di antara Kristian yang sebenar dan mereka yang hanya mengaku sebagai Kristian. Kita memperakui perbezaan ini di dalam setiap konteks lain, dan kita juga perlu memperkauinya dalam hal ini. Menjadi seorang Kristian bukan sekadar mempercayai beberapa pendirian, seperti yang dijelaskan di dalam Alkitab (contoh: Mat 25:31-46; 1 Kor 6:9-10; dan Gal 5:19-21). Jika Anders Breivik mempercayai keTuhanan dan kebangkitan Yesus sekalipun (yang mana sebenarnya, dinafikannya), ia tidak menjadikannya lebih Kristian berbanding Iblis sendiri (yang mana juga akan mengiyakan kebenaran tersebut).

Yang lebih mengganggu ialah pendapat Thislethwaite bahawa terdapat "elemen-elemen Kristianiti" yang menimbulkan keganasan. Thislethwaite tidak memberikan secara khusus apa elemen-elemen tersebut, selain mengatakan tentang beberapa "tafsiran" Kitab Suci yang bermasalah.

Mungkin ada yang cuba membenarkan pandangan ini melalui menunding jari ke arah beberapa ayat di dalam Perjanjian Lama di mana Tuhan memerintahkan pembunuhan ke atas Bangsa Kanaan. Namun ini bukanlah teks unik hanya untuk Kristian. Yahudi dan Muslim juga melihat Perjanjian Lama sebagai kitab suci. Untuk menilai dengan betul etika Kristian yang sebenar tentang keganasan, kita mesti melihat pada peribadi unik di dalam Kristianiti, Yesus Kristus, dan kitab yang membezakan Kristianiti dengan yang lain, Perjanjian Baru. Dan apabila kita melakukan hal itu, apa yang kita temui? Etika bukan-keganasan yang konsisten. Pertimbangkan hal-hal berikut:
Tauladan dari Kristus - Seluruh kehidupan Yesus diwarnai dengan damai dan perdamaian, sehingga Dia digelar sebagai "Putera Damai". Walaupun berhadapan dengan situasi yang sangat tidak adil dan diseksa dengan teruk, Dia tidak menentang mereka yang melakukannya. Malah Yesus sendiri menegur seorang murid yang menggunakan keganasan untuk mempertahankanNya (Mat 26:52).
Pelayanan Kristus - Yesus secara konsisten mengerjakan damai dan perdamaian. Dia menyatakan "Berbahagialah orang yang membawa kedamaian antara manusia," (Mat 5:9) dan mengajar orang untuk "Kasihilah musuh kamu dan berbuatlah baik kepada mereka yang membenci kamu. Berkatilah mereka yang mengutuk kamu, dan berdoalah untuk mereka yang menganiaya kamu." (Lukas 6:27-28). Yesus secara jelas mengajarkan etika peribadi tanpa keganasan, dengan mengatakan "Tetapi Aku berkata kepadamu: Janganlah kamu melawan orang yang berbuat jahat kepadamu, melainkan siapapun yang menampar pipi kananmu, berilah juga kepadanya pipi kirimu." (Mat 5:39).
Pengajaran lain Perjanjian Baru - Rasul Paulus mengajarkan kepada orang untuk hidup aman dengan orang lain, dengan mengatakan "Dengan sedaya upaya, berusahalah untuk hidup damai dengan semua orang." (Rom 12:18). Dia memberikan pengajaran yang sama berulang-ulang (lihat 1 Kor 7:15; 1 Kor 14:33; 2 Kor 13:11; dan 1 Tes 5:13). Paulus dan Petrus juga menyatakan bahawa mereka menolak pemberontakan terhadap kerajaan pemerintah (Rom 13:1-3; 1 Pet 2:13-17).
[terjemahan yang digunakan adalah Alkitab Berita Baik]
Pengaruh pengajaran-pengajaran ini di dalam sejarah gereja adalah diketahui ramai, termasuk: 1) tradisi teologikal bersifat pacifist yang ketara (contoh: Quaker dan Mennonites), 2) pergerakan sosial tanpa keganasan Kristian (contoh: pertubuhan anti-peperangan, kumpulan anti hukuman mati, dan pekerjaan Martin Luther King di dalam pergerakan hak asasi umum), dan 3) Kristian yang mati kerana iman, seperti yang terjadi kepada beribu-ribu orang percaya, dan masih berlaku, diseksa dan dibunuh dan tidak melawan menggunakan keganasan ke atas penindas mereka.

Semua fakta ini telah diabaikan atau tidak diendahkan oleh mereka yang mencadangkan Kristianiti menimbulkan keganasan seperti Thislethwaite. Mungkin apa yang cuba keketengahkan oleh Thislethwaite adalah tindakan beberapa orang kurang siuman, yang terbaru Anders Breivik, telah membungkus atau memutarbelitkan idea-idea Kristian demi kepentingan diri sendiri untuk membenarkan tindakan keganasan mereka. Sudah tentu hal ini benar - ia sangat jelas sehingga hampir tidak perlu dinyatakan. Namun hal ini adalah sangat jauh dari gagasan bahawa Kristianiti itu sendiri, seperti yang diberikan di atas, menimbulkan keganasan atau wujud apa yang dipanggil "pengganas Kristian". Kita sangat bersedih dengan penyimpangan nilai moral di dalam iman kita - sebuah pemahaman salah yang sangat teruk sehingga ia sama seperti fitnah teologikal.

Daripada kita menyalahkan sesuatu yang tidak sepatutnya disalahkan, adalah lebih baik kita berdoa untuk mereka yang terselamat dan keluarga mangsa-mangsa tragedi di Oslo ini termasuk keluarga Anders Breivik. Mari kita memperbaharui usaha kita dalam menyemai keharmonian dan perdamaian dan bukan keganasan dan perpecahan di dalam semua konteks, secara umum atau peribadi. Dan mari kita menyatakan etika hidup damai dan kasih yang berkorban seperti yang terdapat di dalam Perjanjian Baru. Secara ringkasnya, mari kita ikuti tauladan dan pengajaran dari Tuhan kita Yesus Kristus, sambil kita mengerjakan penebusan ke atas semua perkara.



President of the Evangelical Philosophical Society

Pledger Family Chair of Philosophy and Ethics

Palm Beach Atlantic University



Professor of Philosophy and religion

Taylor University (Indiana)



Distinguished Professor of Philosophy

Talbot School of Theology



Professor of Comparative Religion

Biola Univeristy



Research Professor in Philosophy

Southwestern Baptist Theological Seminary



Professor of Philosophy

Concordia University (Wisconsin)



Assistant Professor of Philosophy

Southeastern Baptist Theological Seminary



Distinguished Professor of Philosophy and Chair of the Department of Philosophy and Theology

Liberty University



Director of the L. Russ Bush Center For Faith and Culture

Southeastern Baptist Theological Seminary



Associate Professor of Religion and Philosophy

Bethel College, Indiana



Associated Professor of Philosophy and Theology

New Orleans Baptist Theological Seminary



Professor and Chair

Department of Philosophy

University of New Brunswick



Senior Fellow

Rivendell Institute



President, Confident Christianity



President, Come Reason Ministries

Ulasan