Langkau ke kandungan utama

Siri Dasar Kristian - Manusia, sifat kita yang sebenar

Siri Dasar Kristian ini diterjemah dari laman web Christian Basics dan boleh di baca di sini. Penerangan di dalam tanda [..] dan berwarna perang adalah tambahan dari saya untuk menjelaskan istilah tertentu yang memerlukan penjelasan lanjut. 

Topik
Pembelajaran 4 - Manusia, sifat kita yang sebenar 

'Pengetahuan sebenar tentang diri kita memusnahkan segala keyakinan diri' - John Calvin

Bagaimana anda melihat manusia?Adakah secara dasarnya baik, atau jahat? Mungkin salah satu perkara terpenting yang kita perlu tahu ialah kebenaran tentang diri kita sendiri.
Manusia dicipta oleh Tuhan maka setiap peribadi mempunyai maruah dan harga diri.
Kej 1:26-27, 31
Apakah ertinya dicipta menurut gambaran Tuhan?
Hal ini boleh dilihat melalui struktur personaliti dan perhubungan kita.
Lihat:
Ef 4:24; Kol 3:10; Kej 1:27-28; Yak 3:9 (manusia berdosa juga mempunyai sisa peninggalan gambaranNya) 1 Yoh 4:7-11
Sehingga sekarang, manusia, seperti Tuhan, mempunyai kekekalan dan kerohanian. Manusia mampu berfikir, mempunyai pengetahuan moral dan kreatif. Manusia mampu mengasihi.

Dengan cara apa kita mengaplikasikan idea ini hari ini?
Kej 9:5-6
Memandangkan kita dicipta menurut gambaran Tuhan, setiap kita mempunyai maruah dan nilai sejak permulaan hidup sehingga ia berakhir, sejak dilahirkan sehingga kematian. Pandangan kehidupan melalui evolusi, contohnya manusia adalah haiwan, telah menghasilkan kekejaman yang dahsyat selama 100 tahun yang lalu. Ia masih berlaku, contohnya pengguguran bayi, euthanasia [tindakan mengambil nyawa seseorang atas alasan meringankan penderitaannya].

Manusia pada keadaan asalnya bebas dari maut, suci, sempurna, bebas dan mampu mematuhi perintah Tuhan.
Kej 1:31 [Ef 4:24]
Mengapa semuanya berubah?
Baca syarat yang Tuhan tetapkan Kej 2:16-17. Lihat bagaimana Adam dan Hawa tidak taat. Kej 3:1-24.

Apa akibatnya kejatuhan ini?
1) Perhubungan yang terputus.
  • Malu: Kej 3:7 - antara manusia.
  • Rasa bersalah: Kej 3:8 - terhadap Tuhan.
2) Kutuk Tuhan ke atas mereka Kej 3:14-19, perhubungan yang terputus dengan ciptaan.
Perhatikan hal yang memberi dorongan. Kej 3:15

[Mengapa dosa Adam secara objektif dan sejarah penting?
Adam dilihat Tuhan sebagai wakil semua manusia. Dia berdosa dan jatuh, sejak itu, seluruh keturunan manusia dilihat sebagai orang berdosa dan mewarisi sifatnya yang telah rosak. Rom 5:12-21]

Apa itu dosa?
Ia mesti dilihat melalui perhubungan dengan Tuhan. Tidak mengenai sasaran (Tuhan), melanggar hukum Tuhan, tidak melakukan seperti yang diperintahkan Tuhan, tidak beriman terhadap Tuhan.
lihat Rom 3:23; 1 Yoh 3:4; Yak 4:17; Rom 14:23
Dosa mempunyai kesan-kesan berikut ke atas kita:
1) Kita mati secara rohani dan tidak mampu memberi respon terhadap Tuhan.
Ef 2:1-3; Rom 8:5-8; Yoh 6:44; 1 Kor 2:14
2) Sifat kita adalah orang berdosa dan kita mempunyai hati yang cenderung melakukan dosa dan oleh itu kita melakukan dosa.
Yer 17:9; Mat 15:16-20
3) Semua kita adalah orang berdosa.
Rom 3:23
Dosa mengakibatkan:
Maka, dosa menghasilkan kecurangan, rasa bersalah, hukuman dan kematian. Ia memberi kesan terhadap semua aspek kehidupan kita. Malah perbuatan terbaik kita dirosakkan oleh dosa. [Yes 59:1-4; 59:20; 64:6]. Keadaan ini kadang kala dipanggil sebagai kerosakan akhlak sepenuhnya.

Ayat-ayat ini menunjukkan bagaimana kita sangat tidak dapat ditolong dan tidak mempunyai harapan sebagai orang berdosa, dan bagaimana kita memerlukan Tuhan untuk menolong kita jika kita mahu diselamatkan. Kita tidak berdaya namun Tuhan mampu. Mengikut masa anda sendiri lihat:
[Ef 2:1-10; Ibr 7:25; Mrk 10:26-27]
Jika anda melihat diri anda sebagai orang berdosa dan terasa dengan kesedaran tersebut, lihat apa yang perlu anda lakukan menurut Alkitab.
[2 Kor 7:10; Kis 16:29-31; Yoh 3:16-21]
Jika Tuhan menyelamatkan kita, kita harus bersyukur. Tidak ada ruang untuk kita bermegah dengan diri sendiri.
[1 Kor 1:21-31]

bersambung...

Ulasan