Artikel ini diterjemahkan dari laman web BeThinking.org dan artikel asal boleh dibaca di sini.
2004 adalah tahun yang suram, puak tidak bersalah diserang dengan ganas di Sudan; beratus orang kanak-kanak dibunuh dengan kejam di Beslan; Iraq dicerobohi dan kumpulan-kumpulan pengganas bertindak balas menggunakan kematian dan kekacauan. Perkara-perkara ini sukar ditanggung, namun tidak sukar dijelaskan, Kristian tahu bahawa orang jahat boleh bertindak di luar kawalan; kita sudah biasa melihat manusia melakukan perkara tidak berperikemanusiaan ke atas manusia sendiri. Namun bencana yang berlaku di Lautan Pasifik pada Boxing Day adalah di luar jangkaan kita. Setiap hari, apabila jumlah mangsa meningkat terlalu tinggi, orang percaya kepada Tuhan yang berfikir mendapati diri mereka berhadapan dengan soalan yang sukar dijawab... mengapa Dia membenarkan semua ini terjadi?
Pada hari-hari biasa saya akan berjalan-jalan di sebuah tanah lapang di belakang rumah saya, ia memberikan saya lebih kurang 20 minit ketenangan untuk berdoa dan muhasabah diri. Tsunami tersebut menghancurkan ketenangan saya; bagaimana anda memperkatakan tentang hal ini dengan Tuhan anda? 'Tuhan, adakah Engkau sedar apa yang telah Engkau lakukan, yang telah Engkau benarkan berlaku? Apa yang Engkau sedang fikirkan ketika ia terjadi? Apa yang bermain di dalam fikiran Mu beberapa jam sebelum ombak besar itu sampai ke pantai? Saya tidak akan melakukan hal itu... Saya tidak akan membenarkan ia berlaku... Mengapa Engkau sanggup?'
Masalahnya
Seperti semua Kristian yang lain, saya percaya Tuhan itu baik, dan dia melibatkan diriNya dengan kehidupan manusia. Ini adalah mesej yang menjadi dasar kepada Injil; Tuhan nampak kita dalam keadaan yang teruk dan Dia masuk ke dalam sejarah manusia untuk menyelamatkan kita. Dia tahu keperluan kita dan menjawab doa kita; Dia mengambil berat tentang kita. Saya percaya, maka saya mempunyai masalah - Tuhan tahu apa yang akan terjadi dan Dia kelihatan tidak melakukan apa-apa. Editor untuk sebuah laman web, Arts and Letters Daily,[1] menyatakan hal tersebut seperti ini, 'Jika Tuhan adalah Tuhan, Dia tidak baik. Jika Tuhan itu baik, maka Dia bukan Tuhan. Anda tidak boleh memiliki kedua hal ini bersama, terutamanya selepas bencana dahsyat yang berlaku di Laut India. Saya mendapati diri saya berhadapan dengan kemungkinan bahawa saya tidak memahami Tuhan langsung. 'Mungkin Dia sebenarnya bukan Maha kuasa saya berfikir, 'Dia nampak ombak datang dan mahu menyelamatkan manusia, tapi Dia tidak dapat, Dia tidak mempunyai kuasa untuk itu. Atau mungkin Dia sebenarnya tidak mengasihi kita langsung? Dia adalah raksasa yang tidak tahan menunggu untuk melihat kekacauan yang akan terjadi apabila ombak itu sampai.'
Ini adalah perkara yang bermain di dalam fikiran saya sambil saya berjalan dengan lemah di tanah lapang belakang rumah saya. Namun fikiran saya terus-menerus teringatkan perbualan Yesus dengan beberapa teman yang pernah terjadi dahulu:
Dua Tragedi
Suatu ketika semasa pelayananNya di Galilea, Yesus diberitahu tentang dua peristiwa tragik yang berlaku di Yerusalem; beberapa orang Yahudi yang sedang menyembah dibunuh oleh askar Rom, dan sebuah menara runtuh dan mengakibatkan 18 orang mati [Lukas 13:1-5]. Sebuah penjelasan yang ringkas dan berkuasa diberikan untuk kedua kejadian tersebut; 'Orang-orang tersebut pasti telah melakukan sesuatu yang dahsyat sehingga menerima padah tersebut, Tuhan telah menghukum mereka!' Mereka yang kelihatan beragama sering memberikan penjelasan seperti ini, namun Yesus mengatakan ia adalah cakap kosong dan berkata: 'Adakah itu membuktikan mereka lebih berdosa daripada orang lain?'
Perbincangan di internet seperti di dalam forum dan laman web seluruh dunia, ada yang berkeras mengatakan ini adalah penjelasan paling ringkas kejadian Tsunami di Asia, hukuman dahsyat dari atas. Namun bolehkah kita percaya bahawa Tuhan akan membenarkan hukuman secara rawak, tanpa sebab? Adakah mereka yang menderita bersikap lebih teruk dari kita? Tidak mungkin, ini bukanlah penjelasan, ia adalah suatu kecabulan.
Lukas memberitahu kita, Yesus mencabar mereka yang menyalahkan mangsa kejadian untuk melihat kepada diri mereka sendiri. 'kecuali kamu bertaubat daripada dosa, kamu semua akan binasa seperti mereka,' kataNya. Bencana dahsyat akan menghentikan kita untuk sementara; ia mengingatkan kita bahawa kita sedang hidup di dunia yang tidak normal, didiami oleh penduduk yang tidak normal. Kita berasa sangat marah kerana jauh di dalam diri kita, kita tahu bahawa perkara seperti ini tidak sepatutnya berlaku, namun ia tetap berlaku dan sebenarnya kita yang bertanggungjawab; setiap kita.
Dunia yang rumit, komponen yang tidak stabil
Bayangkan sebuah enjin kapal terbang yang sangat kompleks memberikan kuasa untuk anda terbang merentasi Laut Atlantik. Wayar yang panjang menyambungkannya dengan kokpit, tempat di mana juruterbang mengawal setiap fungsi mesin tersebut. Sekarang bayangkan ia dilengkapi dengan sebuah komponen yang unik, sebuah kotak kawalan canggih yang membuat keputusan sendiri. Arahan juruterbang dimasukkan ke dalamnya, namun kotak itu membuat keputusan sendiri, ia boleh tidak mengendahkan arahan dari juruterbang.
Separuh jalan di tengah lautan, kotak tersebut membuat keputusan untuk tidak menurut semua arahan juruterbang, ia memutuskan, mulai saat itu, keputusannya sendiri akan diutamakan dan bukan dari juruterbang. Ini adalah saat yang merbahaya, untuk seketika kotak itu membuat peraturan baru, seluruh kapal terbang dalam bahaya. Komponen dengan kebebasan memilih tersebut, bahagian yang boleh tidak mempedulikan juruterbang, meletakkan penumpang dan mesin tersebut di dalam bahaya.
Ini sama seperti gambaran tentang dunia yang diberikan Alkitab untuk kita. Ciptaan agung Tuhan, iaitu manusia, telah menjadi kelam-kabut dan dosa kita telah menjatuhkan seluruh ciptaan yang ada. Oleh itu Tuhan berkata kepada Adam, 'Oleh sebab perbuatanmu itu, terkutuklah tanah...' [2] dan Paulus menjelaskan 'Kita tahu bahawa sehingga saat ini alam semesta merintih kesakitan seperti kesakitan yang dialami wanita yang bersalin.' [3] Tanah yang dikutuk merintih pada 26 Disember dan ia menjerit kepada kita, 'Hal ini tidak sepatutnya terjadi, anda sedang hidup di dunia yang tidak normal.'
Merawat hati yang hancur
Orang [seperti saya] yang memikirkan penjelasan seperti ini untuk peristiwa-peristiwa yang berlaku perlu memerhatikan apa yang tidak pernah Yesus lakukan. Apabila berjumpa dengan orang yang sangat menderita, Dia tidak pernah memberikan sebarang penjelasan secara teori mengapa ia berlaku ke atas mereka. Dia tidak pernah memberikan mereka ceramah tentang falsafah atau teori kesengsaraan. Sebaliknya, Dia menyuruh mereka untuk percaya kepada Tuhan, walau dalam apa keadaan sekali pun, untuk berharap kepada satu-satunya yang dapat menolong mereka.
Selalunya kita akan menganggap kepercayaan seperti ini adalah sekadar jalan mudah untuk keluar dari masalah yang ada; sebenarnya, ia tidak semudah yang disangkakan. Malah, mereka yang sangat komited juga tergoncang dengan penderitaan yang timbul dari tsunami di Pasifik ini; Ketua Biskop Canterbury sendiri mengaku imannya sangat 'sedih' dengan malapetaka ini. Untuk terus beriman tidaklah mudah, ia memerlukan usaha; respon sebaliknya, meninggalkan iman anda, adalah jalan yang lebih mudah. Mantan ketua muzium Muzium Holocaust Yad Vasehm, Yehuda Bauer mengatakannya dengan tajam, 'Tidak mungkin wujud Tuhan yang Maha kuasa dan Maha adil, kerana jika Dia Maha kuasa, Dia adalah iblis, jika kita mengambil kira kejahatan yang berulang di dunia ini. Jika Dia adil, Dia adalah nebbish [5]... Saya tidak memerlukan Tuhan seperti itu. [6]
Cara sesetengah orang menyatakan ketidakpercayaan mereka kedengaran meyakinkan, berani, dan jujur; sebenarnya ia bersifat malas dan mudah serta meninggalkan kita dengan....tiada apa-apa. Pada saat kita sangat memerlukan sesuatu, atau seseorang, cukup besar untuk mengangkat beban kesengsaraan kita, kita tidak mempunyai apa-apa. Untuk orang seperti itu, Yesus tidak memberikan jawapan yang kelihatan bijak tetapi nasihat yang praktikal: 'Percaya kepada Saya, anda tidak tahu apa yang sedang berlaku, Saya tahu, percaya kepada Saya!'
Dan untuk mengikut Yesus bererti kita mesti mencari jalan untuk menyatakan kasihNya, sama seperti ketika dia memberikan orang makanan, pakaian, dan fikiran yang waras, kita perlu mengikut langkahNya. Jika anda percaya, walau bagaimana beratnya hati anda, anda akan menerima persoalan berkaitan dengan kesengsaraan yang tidak dapat kita jawab. Untuk mereka yang beriman, soalan seperti 'Mengapa hal ini terjadi?' akan bertukar kepada 'Apa yang boleh saya lakukan untuk membantu mereka yang menderita?'. Jonathan Sacks, ketua Rabbai menyatakan hal ini pada Tahun Baru dengan sangat mendalam, 'Satu-satunya respon keagamaan yang sesuai adalah untuk mengatakan "Tuhan, saya tidak tahu mengapa malapetaka yang dahsyat ini terjadi, tapi saya tahu apa yang Engkau mahu kami lakukan: menolong mereka yang terlibat, menghibur mereka yang berduka, menghantar rawatan untuk mereka yang cedera, dan membantu mereka yang kehilangan kehidupan dan tempat tinggal." [17]
[1] http://www.aldaily.com/
[2] Kejadian 3:17
[3] Roma 8:20-22
[4] Sunday Telegraph, 2 Januari 2005
[5] Perkataan Yiddish yang membawa maksud si bodoh yang lemah
[6] 'Disaster ignites debate: "Was God in the Tsunami?", New York Observer, 8 Januari 2005
[7] Jonathan Sacks, The Times, 1 Januari 2005

Ulasan
Cuba anda fikir manusia adalah hamba2nya. Dia adalah Tuhan yang Mutlak. Nyawa manusia adalah milikNya sepenuhnya.
Cuba anda jadikan diri anda sebagai hamba sehambanya..Anda pasti akan fikir apa jua yang ditentukan, akan anda terima dengan setulus hati. Anda akan sebenar2 tunduk. Berserah bulat2...dan anda takkan cakap benda2 mengarut seolah2 Tuhan itu Zalim kerana tiada istilah zalim, bunuh untuk Tuhan. Dia bisa melakukan apa saja. Jadilah seorang hamba yang tunduk kepada Tuannya dan jadilah seorang bapa di kalangan kita.
Anda menulis,
"Anda berfikir begitu kerana anda menganggap Tuhan spt bapa, kerana anda menganggap diri anda sebagai anak."
- Benar, Alkitab menyatakan kita adalah anak-anak-Nya dan Dia adalah Bapa yang mengasihi kita.
Anda menulis,
"Cuba anda fikir manusia adalah hamba2nya. Dia adalah Tuhan yang Mutlak. Nyawa manusia adalah milikNya sepenuhnya."
- Alkitab juga mengajarkan bahawa kita adalah hamba-Nya dan Dia berkuasa mutlak terhadap kita. Namun lebih dari itu, Dia juga melihat kita sebagai anak-anak-Nya.
Anda menulis,
"Cuba anda jadikan diri anda sebagai hamba sehambanya..Anda pasti akan fikir apa jua yang ditentukan, akan anda terima dengan setulus hati. Anda akan sebenar2 tunduk. Berserah bulat2"
- Hal ini juga diajarkan di dalam Alkitab.
- Namun, perbezaan utama pemahaman kita adalah, anda percaya Tuhan boleh melakukan apa sahaja, termasuk dengan sengaja membuatkan kita tersesat dan disesatkan. Seperti yang anda katakan,
"...kerana tiada istilah zalim, bunuh untuk Tuhan. Dia bisa melakukan apa saja."
- Di dalam pemahaman anda, Tuhan boleh melakukan apa sahaja walaupun hal tersebut secara mutlaknya adalah salah. Kita pula tidak boleh mempersoalkannya, dan hanya menerima begitu sahaja tanpa banyak soal.
- Pemahaman anda sedemikian akan membawa kepada kesimpulan bahawa Tuhan itu tidak baik atau jahat. Tidak ada sebarang nilai moral mutlak di dalam perbuatan Tuhan. Jika Dia membenarkan sesorang dirogol, atau dibunuh, atau ditimpa kecelakaan, kita tidak boleh mempersoalkannya kerana di dalam perspektif Tuhan, semua itu tidak mempunyai sebarang nilai moral mutlak.
- Dengan kata lain, di dalam pemahaman anda, jika Tuhan menyatakan membunuh itu baik, kita perlu menurut dan mengakuinya sebagai baik kerana itu adalah kehendak Tuhan. Akhirnya, baik dan buruk menjadi subjektif kerana bergantung kepada kehendak Tuhan yang tidak tetap.
Berbeza dengan apa yang diajarkan di dalam Alkitab, Tuhan mempunyai suatu pendirian yang tetap terhadap baik dan buruk. Pendiriannya tidak berubah-ubah. Dia kekal sama. Dia menyatakan diri-Nya adalah kasih, dan Dia kekal adalah kasih dari dulu sampai selama-lamanya.