Langkau ke kandungan utama

Mengapa Muslim tidak sepatutnya menggunakan hujah "Kristian menciplak kepercayaan pagan"

Saya pernah menyentuh hal ini serba sedikit pada post ini pada bulan September yang lalu. Pada artikel kali kini, saya akan cuba menjelaskan dengan lebih terperinci mengapa Muslim tidak sepatutnya menggunakan hujah atau argumen ini.

Sedikit pengenalan...
Argumen ini sering digunakan oleh Muslim sebagai hujah untuk menidakkan Kristianiti. Jika kita melakukan pencarian ringkas melalui Google, kita akan menemui argumen ini pada laman-laman web seperti blog, laman sosial, forum, dan sebagainya, oleh Muslim.
Saya berikan beberapa pautan berikut, *, *, *, *
Malah, kebanyakan argumen yang diberikan adalah berulang-ulang atau sama. Mungkin kerana dari sumber yang sama.



Sumber dan tujuan sebenar argumen ini
Jika kita meneliti asal-usul argumen ini, ia sebenarnya dibuat dengan tujuan menyatakan "Yesus tidak wujud". Saya ulangi, tujuan argumen ini adalah menyatakan "Yesus tidak wujud".
Ia bermula seawal abad ke-17 dan sekali-sekala masih ditimbulkan sehingga hari ini. Berikut adalah beberapa individu yang mendokong argumen ini yang lebih dikenali sebagai teori "Jesus Myth".

- John E. Remsberg di dalam bukunya The Christ (1909)
"Above all this chief of miracles, The Christ, is impossible, and does not, and never did exist." [1]
- J.M. Robertson di dalam bukunya A short history of Christianity (1902) [2]
Arthur Drew di dalam bukunya The Christ Myth (1909) [3]
- Earl Doherty di dalam buku-bukunya seperti Challenging The Verdict (2001), The Jesus Puzzle (2005) [4]
- D.M. Murdock (atau nama penanya Acharya S.) di dalam buku-bukunya seperti The Christ Conspiracy: The Greatest Story Ever Sold (1999), Suns of God: Krishna, Buddha and Christ Unveiled (2004), The Gospel According to Acharya S. (2009). [5]

Status argumen ini hari ini
Sebenarnya, argumen ini sudah tidak dilihat sebagai sesuatu yang "serius" oleh pengkaji hari ini. Anda boleh melihat beberapa petikan kenyataan oleh pengkaji bidang ini, termasuk pengkaji bukan Kristian di sini.

Tunggu dulu!
Mungkin akan ada Muslim yang berkata: "Saya bukan mengatakan Yesus tidak wujud, hanya kisah kehidupanNya di dalam Alkitab bahagian Perjanjian Baru yang diciplak dari kepercayaan pagan."

Respon
Masalahnya, dakwaan yang diberikan, iaitu "Kristianiti menciplak dari kepercayaan pagan" adalah berdasarkan kepada teori "Jesus Myth". Kita tidak boleh menggunakan sesuatu argumen itu, namun menolak kesimpulan yang akan dicapai melalui argumen tersebut.
Ironiknya, kesimpulan argumen-argumen yang digunakan, seperti "Kisah Yesus diciplak dari kisah Baal, Bacchus, Osiris, Mithras, dll" akan mencapai kesimpulan berikut. "Yesus hanyalah Mitos".
(Anda boleh membaca respon terhadap dakwaan menciplak ini di sini)

- Apa kesannya ke atas kepercayaan seorang Muslim?

Jika seseorang Muslim itu konsisten dengan dakwaan bahawa kisah Yesus adalah ditiru/diciplak, dia juga terpaksa mengakui kisah Nabi Isa di dalam Al-Quran juga diciplak.

- Mengapa?
Kerana kisah Nabi Isa di dalam Al-Quran juga mempunyai unsur-unsur penceritaan yang sama dengan mitos-mitos yang dikatakan sebagai diciplak oleh Kristianiti. Contohnya,

  • Nabi Isa dilahirkan oleh seorang perawan.
  • Nabi Isa melakukan mukzijat.
Kesimpulan
Bagaimana? Jika anda seorang Muslim, adakah anda masih mahu menggunakan argumen "Kristianiti menciplak kepercayaan pagan" ini?

Renungan
Jika ditelitikan sebab mengapa Muslim suka menggunakan argumen ini, ia adalah kerana mereka cuba mengelak dari mencapai kesimpulan berikut, "Yesus telah disalibkan". Kerana Al-Quran mengajarkan Yesus (atau Nabi Isa) tidak disalibkan, namun, bukti sejarah yang ada bercanggah dengan pengajaran tersebut.

Muslim terpaksa menghadapi suatu dilema sama ada mahu menerima fakta sejarah atau mengikut Al-Quran. Jika mereka mahu menerima fakta sejarah, mereka terpaksa menidakkan Al-Quran. Namun, jika mereka mengikut Al-Quran, mereka kelihatan tidak rasional kerana menerima fakta yang nyata tidak benar.

Satu-satunya cara, menyerang kisah Yesus walaupun itu bererti mereka juga sedang menyerang kisah Nabi Isa. Konsisten?

Ulasan

Zharif Alimin berkata…
:) anda cuba cari kebenaran dalam ajaran kristian walaupun sedikit. hanya dua je nabi isa yang sama dengan ajaran pagan. tapi kristian keseluruhan. kalau sedikit yang sama, itu adalah biasa. saya dan kamu juga mesti ada persamaan dari segi wajah kalau kita cari persamaan. tapi kalau dah totally sama, memang la ciplak. kaji menggunakan akal. bukannya kepercayaan nenek moyang saudara.
Unknown berkata…
Hai,
Masalah utama dari argumen ini bukan sekadar wujud persamaa atau tidak, cuma, ia menunjukkan Muslim yang menggunakan argumen "penciplakkan" ini tidak konsisten kerana antara dakwaan persamaan yang dikatakan diciplak adalah kedua-dua contoh yang diberikan di atas.

Muslim mendakwa kisah Yesus dilahirkan dari perawan serta mukjizat yang dilakukan Yesus adalah diciplak dari kepercayaan pagan (malah anda sendiri mengatakannya melalui artikel anda). Namun, yang menghairankan, Muslim dapat menerima Nabi Isa dilahirkan melalui perawan dan melakukan mukjizat. Mengapa untuk Yesus dikatakan sebagai "ciplak" sedangkan untuk Nabi Isa bukan? Bukankah kedua-dua perkara tersebut sama? Mengapa wujud double standard?

Dan yang lebih menyedihkan lagi, dakwaan anda bahawa Kristianiti "totally sama" langsung tidak tepat. Saya telah memperkatakannya di sini. Apa kata anda membacanya dan nilaikan sendiri.