Langkau ke kandungan utama

Model Triniti yang tidak tepat

Ramai yang cuba membentuk suatu model dalam usaha untuk menjelaskan tentang Triniti. Ia adalah sesuatu yang sukar kerana tidak ada objek di dalam dunia ini yang dapat dijadikan sebagai suatu persamaan untuk menjelaskan hubungan di dalam Triniti.

Sebelum itu, kita lihat penjelasan ringkas tentang Triniti.

  1. Tuhan itu Esa.(Ulangan 6:4)
  2. Namun, terdapat 3 Peribadi yang berbeza wujud di dalam ke-Esa-an tersebut. (Matius 28:19)
  3. Ketiga-tiga Peribadi ini adalah Bapa, Anak dan Roh Kudus dan wujud bersama. (Yoh 10:30)
  4. Ketiga-tiga Peribadi ini memiliki sifat-sifat keilahian, namun bukan dalam maksud polytheism. (1 Tim 2:3-5)

Berikut adalah dua model yang sering digunakan namun sebenarnya ia tidak menjelaskan konsep Triniti dengan tepat, malah membawa kepada bidaah.

Air/Ais/Wap

- Model ini paling popular digunakan oleh Kristian dalam menjelaskan Triniti.
- Namun, ia sebenarnya tidak tepat kerana membawa kepada bidaah yang dikenali sebagai modalism.
- Masalah model ini adalah, ia mengandaikan Bapa, Anak, dan Roh Kudus adalah mode atau peranan Tuhan dalam satu-satu masa tertentu.
- Ia seperti untuk Tuhan menjalankan tugas sebagai Bapa, Dia menjelma menjadi Bapa, dan apabila Dia hendak melakukan tugas sebagai Anak, Dia menukar keadaan-Nya dari Bapa kepada anak, dan untuk Tuhan menjalankan tugas sebagai Roh Kudus, Dia bertukar menjadi Roh Kudus. Hal ini tidak benar.
- Sama seperti air, ia tidak dapat wujud sebagai cecair (air), pepejal (ais) dan wap (stim) pada masa yang sama.
- Sedangkan, Bapa, Anak, dan Roh Kudus sentiasa wujud bersama pada masa yang sama dan bukan sekadar pertukaran peranan.
*(satu lagi modul yang mempunyai masalah yang sama dengan modul air/ais/wap adalah modul bapa/anak/suami iaitu peranan yang dilakukan oleh seorang lelaki.)


- Walaupun begitu, air, ais dan wap boleh wujud pada masa yang sama di dalam keadaan yang dipanggil sebagai triple point of water.
- Maka, jika model Triniti adalah berdasarkan kepada triple point of water, ia lebih tepat untuk menggambarkan konsep Triniti.

Telur

- Model ini juga sangat popular dan sering digunakan dalam menjelaskan Triniti.
- Namun, ia juga mengalami masalah yang hampir sama dengan model air di atas.
- Model ini mengandaikan Bapa, Anak dan Roh Kudus adalah bahagian-bahagian yang membentuk Tuhan.
- Di mana sama seperti kulit telur, putih telur dan kuning telur membentuk sebiji telur, maka Bapa, Anak dan Roh Kudus membentuk Tuhan.
- Masalahnya, setiap Peribadi di dalam Triniti bukanlah bahagian yang membentuk Tuhan.
- Model ini akan membawa kepada bidaah yang dikenali sebagai polytheism.
*(Satu lagi model yang mempunyai masalah yang sama dengan model telur adalah model matahari.)


Rujukan
Jika anda berminat untuk menyelidiki tentang doktrin Triniti dengan lebih lanjut, berikut beberapa pautan:
The Biblical Basis for the Doctrine of the Trinity
Reasonable Faith: Christian Doctrine (perlu mendaftar untuk membaca artikel, pendaftaran adalah percuma)
Christian Thinktank: The Trinity (artikel panjang)
The John Ankerberg Show: What does the Bible reveal about the Trinity?
- CARM: Trinity
- Answering Islam: The Trinity
- Answering Islam (Bahasa Malaysia): Maksudnya Tritunggal
- Stand To Reason: Trinity
- Alfa and Omega Ministry: Trinity
- Sarapan Pagi Biblika: Konsep Trinitas, bukti ngawurnya manusia (forum)

Ulasan

alex berkata…
bagaimana dengan yang kata Bapa ialah Tuhan pencipta langit dan bumi yang disembah Adam, Nuh, Abraham dan nabi2 terdahulu, Anak @ Putera ialah Yesus yang mengajar seperti di injil semasa hidupnya dan Roh Kudus ialah Zat atau Roh Kebenaran @ suara hati yang kudus? Ia hampir seperti pemahaman Unitarian.
tiwas berkata…
Hai Alex,
Pemahaman ini nampaknya seperti membawa kepada bidaah polytheism. Ia juga hampir sama dengan fahaman Jehovah Witness.

Ini kerana seolah-olah Yesus dan Roh Kudus tidak terlibat di dalam penciptaan alam.

Sedangkan menurut Alkitab pula, yang menjadikan langit dan bumi adalah Tuhan. Tidak dinyatakan ia dilakukan oleh Bapa sahaja.

Fahaman ini juga menggambarkan Yesus hanya berperanan semasa memberitakan Injil. sedangkan jelas dinyatakan di dalam Alkitab bahawa Yesus dan Bapa adalah satu. Malah Roh Kudus juga dikatakan ada di dalam Yesus. Yesus juga kerap menggunakan kata nama YHWH untuk merujuk kepada diriNya.

Roh Kudus juga adalah salah satu peribadi di dalam Triniti. Ini bererti, Dia bukan sekadar 'suara hati yang kudus'.

Maka, ya, pemahaman ini seperti Unitarian, juga Polytheism, dan sedikit Monarchism.