Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2012

'Update' dan Soalan untuk Muslim

Sebelum itu, maaf kerana agak lama tidak mengemaskini blog ini. Ketika ini saya agak sibuk. Namun, saya sedang menyiapkan suatu siri post (yang saya tidak pasti bila ia akan siap) untuk dipaparkan di dalam blog ini. Selain itu, saya juga sedang dalam proses menyunting video pertama saya tentang iman Kristianiti yang akan saya muat naik ke dalam blog ini dan juga ke laman youtube. Satu lagi 'kawasan' baru yang saya akan cuba terokai. Namun, sebagai ' update ', saya berikan soalan berikut khusus kepada Muslim. Soalan ini timbul ketika saya sedang menyelidiki tentang kematian dan kebangkitan Yesus ( hint untuk post dan video akan datang). Soalan tersebut adalah seperti berikut: "Menurut Al-Quran dan kepercayaan Islam, mengapa Yahudi mahu membunuh/menyalibkan Isa Almasih/Yesus?" Soalan ini timbul kerana saya mendapati Al-Quran tidak memberikan sebarang sebab mengapa kaum Yahudi mahu menyalibkan Yesus. Apakah perbuatan yang telah dilakukan oleh Isa Almasih/...

Sebuah Dialog Kristian-Muslim

Sebelum ini, saya telah berdialog dengan beberapa orang Muslim di blog Hikmatun. Anda boleh membacanya di sini . Salah seorang dari mereka, iaitu Sam1528 telah memberikan respon yang menarik. Berikut saya paparkan semula dialog kami di dalam blog post tersebut. Anda sebagai pembaca boleh menilai sendiri setiap poin yang ditimbulkan di dalam perbincangan tersebut. Tiwas (Kristian), Sam1528 (Muslim)