Langkau ke kandungan utama

Sebuah Dialog Kristian-Muslim

Sebelum ini, saya telah berdialog dengan beberapa orang Muslim di blog Hikmatun. Anda boleh membacanya di sini. Salah seorang dari mereka, iaitu Sam1528 telah memberikan respon yang menarik. Berikut saya paparkan semula dialog kami di dalam blog post tersebut.

Anda sebagai pembaca boleh menilai sendiri setiap poin yang ditimbulkan di dalam perbincangan tersebut.

Tiwas (Kristian), Sam1528 (Muslim)


Tiwas: Kepada pembaca post ini,
Memandangkan entry komen post ini sudah hampir mencecah 100 (ketika komen ini ditulis jumlah komen adalah 91), mungkin sudah tiba masanya saya bertanyakan soalan tentang Al-Quran kerana sehingga kini hanya Alkitab yang lebih banyak dipersoalkan.
Anakronisme sejarah
- Berkaitan dengan susunan peristiwa dan fakta sejarah yang saling bercanggah dengan sejarah sebenar.
1. Di dalam Surah Yusuf ayat 20,
Dan (setelah berlaku perundingan) mereka menjualnya dengan harga yang murah, iaitu beberapa dirham sahaja bilangannya; dan mereka adalah orang-orang yang tidak menghargainya.
- Dikatakan Yusuf dijual beberapa “dirham”.
- Masalahnya, matawang “dirham” belum wujud pada zaman kehidupan Yusuf.
- Mata wang “dirham” hanya wujud beberapa abad selepas itu.
- Maka, mengapa Al-Quran boleh tersilap dengan memasukkan matawang yang belum wujud ke dalam peristiwa kehidupan Yusuf?
2. Juga di dalam surah Yusuf, ayat 41,
“Wahai sahabatku berdua yang sepenjara! (Takbir mimpi kamu itu ialah): adapun salah seorang dari kamu, maka ia akan memberi minum arak kepada tuannya. Ada pun yang seorang lagi, maka ia akan dipalangserta burung pula akan makan dari kepalanya. Telah selesailah (dan tetaplah berlakunya) perkara yang kamu tanyakan itu”.
- Dikatakan salah seorang dari sahabat Yusuf “akan dipalang”. Perkataan yang digunakan adalah فَيُصْلَبُ yang bermaksud “akan disalibkan”.
- Masalahnya, hukuman salib belum wujud pada zaman kehidupan Yusuf. Hukuman salib hanya wujud beberapa abad selepas itu.
- Maka, mengapa Al-Quran boleh tersilap dengan memasukkan hukuman yang belum wujud ke dalam peristiwa Yusuf?
3. Di dalam surah Ta-ha ayat 85,
(Setelah selesainya urusan itu) maka Allah berfirman kepada Nabi Musa: “Sesungguhnya Kami telah mengenakan kaummu satu fitnah ujian sepeninggalanmu, dan mereka telah disesatkan oleh Samiri
- Di dalam ayat ini, dikatakan “Samiri” telah menyesatkan Israel semasa kehidupan Nabi Musa.
- Perkataan “Samiri” yang digunakan adalah السَّامِرِيُّ yang merujuk kepada bangsa Samaria yang tinggal di kota Samaria.
- Masalahnya, Kota dan bangsa Samaria/Samiri ini hanya wujud beberapa abad selepas zaman kehidupan Nabi Musa.
- Maka, mengapa Al-Quran boleh tersilap dengan memasukkan bangsa yang belum wujud ke dalam peristiwa Nabi Musa?
Sebenarnya, masih ada beberapa contoh Anakronisme Sejarah di dalam Al-Quran. Saya berikan tiga dahulu.
Persoalan utama adalah, jika benar Al-Quran adalah kalam Allah, yang tidak diciptakan, mengapa kesilapan ini wujud?
______________________
Sam1528: 
Hi Tiwas ,
Hujah anda ttg ‘Anakronisme sejarah’ adalah 100% copy paste dari ‘answering islam’.
(1) ‘dirham’ : definisi dirham spt berikut : ‘..denoting an Attic weight or coin..’
(oxforddictionaries.com/definition/dirham)
Tak semestinya dirham bermakna matawang. ~ 3000BC -1500BC kemungkinan pertukaran adalah berdasarkan perak / emas / tin yg mempunyai sukatan tetap.
(2) (2) Disalib atau ‘crucifixion’ tak semestinya pada palang yg berupa ‘cross’. Ia juga bermakna yg badan seseorang dicucuk dgn kayu. ‘..can be a stake as well as a pole on which a person is impaled or crucified..’ (pg10)
(books.google.com.my/books?id=EdbdQ-5fMr0C&pg=PA10&lpg=PA10&dq=crucifixion+is+also+impaled+on+stake&source=bl&ots=HGiaNnhhql&sig=n0UubU6urKt0qHlQ2NrV6Akhmjs&hl=en&sa=X&ei=WzWiT52TFo_JrQfT6MG8Bw&ved=0CEsQ6AEwBg#v=onepage&q=crucifixion%20is%20also%20impaled%20on%20stake&f=false)
(3) Anda dah buat konklusi yg bible benar dan Quran salah ttg samiri yg and faham sebagai orang dari samaria. ‘..Sayiddina Ibn ‘Abbas {ra} says that he belonged to a nation of cow-worshippers who somehow reached Egypt and pretended to join the religion of Bani ‘Israil whereas in actual fact he was a hypocrite. (Qurtubi) – Tafsir Maa’riful Qur’aan, page 143…’
(callingchristians.com/2011/12/21/refutation-a-clear-quranic-contradiction-in-ta-ha-surah-20-verses-83-97)
Tak bermakna si samiri adalah dari samaria.
Anda dan bro srsaza tengah debat ttg kebangkitan biblical jesus. Isu sekarang ada 3
(1) Biblical jesus mati dan kebangkitan spiritual (rohani). Tak mungkin pasal dia makan dan minum , luk24:41-43
(2) Biblical jesus mati dan kebangkitan fizikal. Penerangan ttg kebangkitan fizikal ada pada eze37:1-10. Ikut penerangan eze37:1-10 , kalau kebangkitan fizikal , badan tak ada cacat cela. Tapi tangan / kaki biblical jesus ada lubang , joh20:25-26.
(3) Biblical jesus tak mati dan tak ada kebangkitan. Dia boleh makan bermakna bukan kebangkitan spiritual. Dia ada lubang pada tangan spt disaksikan oleh thomas bermakna badan dia ada cacat cela tidak spt penerangan kebangkitan fizikal pada exe37:1-10 yg konfom takan ada cacat cela.
Rumusan dari bible konfom yg biblical jesus tak mati dan tiada kebangkitan. Dia boleh makan / tangan dia berlubang akibat disalib.
_____________________
Tiwas: Hai sam1528,
Maaf, tapi anda seolah-olah menggambarkan saya hanya menciplak Answering Islam. Itu tidak benar. Saya memang ada merujuk Answering Islam. Namun, saya tidak menyandarkan Answering Islam untuk setiap jawapan yang saya berikan. Saya melihat kepada sumber kepercayaan anda sendiri sebagai rujukan utama.
Anda memberikan definisi dari Kamus Oxford, masalahnya, petikan anda ini tidak mengatakan ia digunakan pada zaman kehidupan Yusuf. Ia hanya mengatakan asal-usul perkataan dirham adalah daripada perkataan Greek.
Anda merujuk kepada buku tulisan David W. Chapman, Ancient Jewish and Christian Perceptions of Crucifixion. Masalahnya, ia tidak memperkatakan tentang hukuman salib pada zaman kehidupan Yusuf.
Sepatutnya, kita melihat apakah konteks penggunaan hukuman salib tersebut di dalam penceritaan tentang Yusuf di dalam Al-Quran.
Tentang Samiri, anda menggunakan sumber yang mana penulis sumber itu sendiri, iaitu Al-Qurtubi, tidak pasti dari mana dan siapakah Samiri yang sebenar. Anda boleh membaca bahagian penuh petikan yang anda petik tersebut di –http://islamicstudies.info/maarif/vol6/143.png danhttp://islamicstudies.info/maarif/vol6/144.png danhttp://islamicstudies.info/maarif/vol6/144.png.
Tentang kebangkitan Yesus.
- Saya bersetuju bahawa kebangkitan Yesus bukan sekadar kebangkitan Rohani atau Spiritual. Itu memang adalah kepercayaan Kristian yang berdasarkan Alkitab.
- Namun, anda memberikan konteks yang tidak tepat melalui ayat Yehezkiel 37:1-10. Konteks kebangkitan tubuh Yesus tidak sama dengan peristiwa yang terjadi di dalam Yeh 37:1-10.
1. Di dalam kitab Yehezkiel, ia memperkatakan tentang bangsa Israel ketika itu yang dalam pembuangan. Maksud kepada pengelihatan yang diterima oleh Yehezkiel diterangkan di dalam ayat seterusnya iaitu Yehezkiel 37:11-14.
2. Yesus bangkit dengan tangan yang berlubang sebagai tanda bahawa Dia memang telah disalibkan sebagai bukti kepada murid-muridNya. Sudah tentu Yesus boleh menghilangkan lubang tersebut tetapi Dia memilih untuk membiarkannya tetap ada pada tanganNya. Ini terbukti apabila kecederaan lain pada tubuhnya (seperti dicambuk, disebat, dipukul) sembuh dan hanya lubang pada tangan, kaki dan rusukNya yang masih ada.
- Selain itu, nampaknya anda sangat berhati-hati apabila merujuk kepada Yesus dengan panggilan ‘Biblical Yesus’. Mungkin anda cuba mengelak dari mengaitkan peristiwa penyaliban dengan ‘Quranic Yesus’.
- Maka, adakah ini bererti anda menganggap Yesus di dalam Alkitab dan Yesus (Nabi Isa) di dalam Al-Quran adalah dua peribadi yang berbeza?
___________________
Sam1528: Hi Tiwas ,
Kalau anda rujuk and ambil argumentasi tersebut dari ‘answering islam’ , anda patut beri link tsb. Tak jadi problam kalau anda ciplak dari ‘answering islam’. Itu hak anda.
(1) Kembali kepada definisi dirham dari oxford – ‘..attic weight or coin..’. Sama spt shekel , dirham bermakna sukatan atau matawang. Tapi anda hanya mengambil matawang dan abaikan sukatan. Tak perlu Quran menyatakan sukatan atau matawang digunakan pada zaman Nabi Yusuf(as). Pertukaran hanya berdasarkan dgn penggunakan matawang atau sukatan berupa emas/ perak / tin. Ini adalah fakta sejarah. Jadi saya tak faham apa isu saudara dgn mengatakan Quran salah pasal dirham boleh diertikan dgn sukatan , sama spt shekel.
(2) Kita setuju ‘crucifixion’ / disalib bukan hanya tertakluk kepada palang yg berupa salib / ‘cross’.
‘..we quote within this paper are taken from Nicolas Grimal’s book, A History of Ancient Egypt.[66] Please note that the exact Egyptian chronologies are slightly uncertain, and all dates are approximate. The reader will find slightly different schemes used in different books. .’
‘..What is interesting to note is that the earliest available evidence of the occurrence of crucifixion in ancient Egypt is seen in Papyrus Boulaq 18 from the time of Sobekhotep II / Chendjer of the 13th Dynasty in the Second Intermediate Period. Joseph, according to majority of scholars, entered Egypt during the rule of the Hyksos who formed the 15th and 16th Dynasties in the Second Intermediate Period. This means that crucifixion happened in Egypt even before Joseph entered Egypt..’
(islamic-awareness.org/Quran/Contrad/External/crucify.html)
Fakta tsb dipetik dari ‘Islamic Awareness’ dan rujukkan mereka adalah buku ‘History of Ancient Egypt’. Fakta sejarah konfom ‘crucifixion’ dipraktikkan oleh pihak berkuasa sebelum zaman Nabi Yusuf(as).
(3) Sumber tafseer catat beberapa kemungkinan asal usul si ‘samiri’. Tak ada yg menyatakan dia dari samaria. Samaria lain dari samiri , huruf ‘a’ dan ‘i’. Anda perlu berhati hati. Sebagai contoh , al-andalusi bermakna berasal dari andalusia , al-rumi bermakna berasal dari rum Jadi argumentasi anda yg Quran salah pasal bible catat samaria hanya wujud selepas peristiwa tsb adalah tidak tepat.
eze37:1-10 boleh ditafseer dari segi metaforik. Tapi ia tak lari dari makna kalau kebangkitan fizikal , tak akan ada cacat cela. Komentar ‘adam clarke’ (eze37 ayat 6) ;
‘..The skin (the dermis and epidermis , or cutis and cuticle) envelopes the whole of these muscles or flesh ; and now these bodies are in a state that the body of Adam was before it received the animal and intellectual principle from God..’
(godrules.net/library/clarke/clarkeeze37.htm)
Keadaan biblical Adam adalah sempurna semasa dicipta.
Komentar ‘John Gill’ (eze37 ayat 8)
‘..the skin covered them above;
and so looked comely and beautiful, as in the proper form of men..’
(biblestudytools.com/commentaries/gills-exposition-of-the-bible/ezekiel-37-8.html)
Tiada cacat cela bila berlaku kebangkitan.
(1) Kebangkitan Isreal , eze37 , adalah metaforik. Tapi secara literal , kebangkitan , bila terjadi adalah sempurna. Tak ada cacat cela spt lubang pada tangan.
(2) Itu hanya andaian anda (tanpa rujukkan) yg biblical jesus boleh hilangkan lubang pada tangan dia tapi dia tak buat demikian. Rujukkan bible konfom kalau kebangkitan fizikal bermakna tubuh tiada cacat cela.
Ini bermakna klaim anda ttg kebangkitan semula biblical jesus tidak tepat dan tiada rujukkan bible yg sahkan tsb. Rujukkan bible konfom kalau kebangkitan fizikal , tiada cacat cela. Ini bermakna biblical jesus tak mati dan tiada kebangkitan (fizikal).
Saya tak campur aduk apa dlm bible dgn Quran. Tu pasal saya buat perbezaan dgn ‘biblical jesus’.
____________________
Tiwas: Hai sam1528,
Tentang Dirham,
Anda bersetuju dengan definisi Kamus Oxford, betul? Maka, itu bererti anda juga bersetujui bahawa Dirham belum wujud sebelum Drakhme. Dan anda juga pasti tahu peristiwa kehidupan Yusuf jauh lebih awal berbanding kewujudan Drakhme itu sendiri.
Dengan kata lain, Dirham belum wujud pada zaman kehidupan Yusuf kerana Drakhme juga belum wujud pada zaman tersebut.
Tentang hukuman salib,
Apa yang anda lakukan adalah memberikan definsi yang lebih luas tentang ‘hukuman salib’ dan menggunakan definisi ‘luas’ ini dalam menjelaskan ‘hukuman salib’ yang terjadi pada zaman Yusuf.
Masalahnya, konteks penggunaan ‘hukuman salib’ yang dinyatakan di dalam surah Yusuf (12) ayat 41 adalah spesifik iaitu ‘hukuman salib’ yang sama seperti hukuman salib yang dialami oleh Yesus (walaupun Al-Quran menafikan Yesus telah disalibkan).
Tentang Samiri/Samaria,
Nampaknya, anda cuba mengatakan Samiri dan Samaria adalah berbeza kerana ejaan. Masalahnya, Samiri yang dinyatakan tersebut memang adalah seorang Samaria. Malah Ibn Khatir mengatakan Samiri berasal dari Samarra, iaitu Samaria (rujuk tafsir Ibn Khatir).
Tentang Yehezkiel 37:1-10,
Anda memetik komentari Adam Clarke dan John Gill. Masalahnya, jika kita membaca komentari penuh mereka, ia tidak membawa kepada kesimpulan anda yang berikut:
Kebangkitan Isreal , eze37 , adalah metaforik. Tapi secara literal , kebangkitan , bila terjadi adalah sempurna. Tak ada cacat cela spt lubang pada tangan.
Anda memberikan tafsiran yang terlalu literal sedangkan maksud yang hendak disampaikan di dalam Yehezkiel 37:1-10 adalah tentang pemulihan yang akan diberikan oleh Tuhan kepada bangsa Israel.
Kebangkitan Yesus adalah tentang tergenapnya janji keselamatan dan pemulihan Tuhan terhadap seluruh umat manusia yang mahu menerimaNya sebagai Tuhan dan Juruselamat.
Selain itu, Adam Clarke sendiri memberikan komentari berikut tentang lubang pada tangan, kaki dan rusuk Yesus:
“So it appears that his body bore the marks of the nails and the spear; and these marks were preserved that the disciples might be the more fully convinced of the reality of his resurrection.
Begitu juga dengan John Gill,
“his hands, which had been pierced with the nails, the marks of which were then to be seen; and which they all knew must be the case, since he was crucified; and his side, which was pierced with a spear, and which left a wide open wound, and which John, who was among them, was an eyewitness of. These he showed, partly to convince them that he was not a spirit, or an apparition, which at first sight they took him to be, from his sudden appearance among them, the doors being locked and barred; and partly to assure them of the truth of his resurrection, and in the same body, as well as to lead them into a view of his great love his suffering the death of the cross for them; and also to observe to them from whence that peace and happiness sprung he had just now saluted them with. It is needless to inquire, whether these marks in his hands, feet, and side, still continue; he was raised with them, that he might show them, for the reasons above given; and should they be thought to continue till all the effects of his death are wrought, since he appears in the midst of the throne and elders, a lamb, as it had been slain, and till his second coming, when they that pierced his hands and feet, and side, shall look and mourn, it is not very unreasonable.”
Ia bukanlah sekadar andaian dari saya.
Anda menulis,
Saya tak campur aduk apa dlm bible dgn Quran. Tu pasal saya buat perbezaan dgn ‘biblical jesus’.
- Adakah ini bererti anda mengakui bahawa Yesus di dalam Alkitab dan Yesus (Nabi Isa) di dalam Al-Quran berbeza?
___________________
Sam1528: Hi tiwas ,
Nampaknya anda kurang memahami apa yg dicatat. Memang dirham perkatan arab , drachma perkataan koine greek dan shekel perkataan hebrew. Isu skg bukan ttg perkataan dirham berasal dari perkataan koine greek , drachma , tapi dirham mengikut oxford dictionary adalah
(1) attic weight (sukatan ikut berat) ; atau ;
(2) coin (matawang).
Anda terlalu taksub dgn asal usul perkataan dirham dan isu matawang sehingga anda telah abaikan yg ia juga bermakna sukatan ikut berat. Disebut dirham pasal Quran dlm bahasa arab. Apa isu kalau ia difahami ttg pembayaran mengikut perak / emas / tin yg mempunyai sukatan tetap?? Ia sama spt drachma / shekel dlm bahasa koine greek / hebrew. Ini bermaksud Nabi Yusuf(as) dibayar dgn ketulan perak yg mempunyai sukatan tetap. Jadi saya tak faham apa isu anda. Argumentasi anda adalah ttg perkataan dirham / matawang yg anda klaim tak ada di zaman tsb. Tapi definisi dirham merangkumi ketulan perak yg mempunyai sukatan berat yg tetap. Ini bermakna klaim anda yg Quran salah tidak tepat.
Definisi salib / ‘crucifixion’ diambil dari rujukkan yg telah diberi. Adalah fakta yg ‘crucifixion’ bukan hanya bermakna hukuman bunuh atas palang spt ‘cross’ sahaja. Ia juga merangkumi ‘impalement on a stake’. Fakta sejarah konfom hukuman tsb telah dipraktikkan ~ 3 ribu thn sebelum Nabi Yusuf(as). Tak ada konteks pada surah yusuf ‘crucifixion’ bermakna salib macam ‘cross’. Jelaskan dari mana anda buat andaian tsb.
Bukan ibn kathir yg klaim si simiri berasal dari samarra. Ia dinyatakan oleh qatadah(ra) (tafseer ibn kathir). Boleh anda jelaskan macamana samarra dan samaria adalah sama ikutan tafseer ibn kathir?? Atas dasar apa yg anda buat andaian tsb?? Sapa yg kata si samiri adalah org samaria?? Anda buat andaian tsb berdasar apa?? Anda klaim bible betul ttg zaman wujudnya samaria?? Ok , kita tengok apa yg bible catat :
eze16:46 ‘..Your older sister was Samaria, who lived to the north of you with her daughters; and your younger sister, who lived to the south of you with her daughters, was Sodom..’
(eze16 adalah metafor ttg maksiat yg berlaku di jerusalem)
gen14:17′..After Abram returned from defeating Kedorlaomer and the kings allied with him, the king of Sodom came out to meet him in the Valley of Shaveh (that is, the King’s Valley)..’
gen14 :18 Then Melchizedek king of Salem brought out bread and wine. He was priest of God Most High..’
Eze16:46 , samaria lebih tua dari jerusalem (juga dipanggil salem) dan jerusalam sudah pun wujud pada zaman abram atau biblical abraham. Macamana anda klaim samaria adalah daerah / bandar yg hanya wujud bertahun tahun selepas biblical moses?? Ikut bible , samaria lebih tua dari jerusalem.
Apa isu kalau eze37:1-10 difahamkan secara literal?? Kefahaman boleh dipetik dari sudut literal atau metaforik. Dlm fahaman metaforik bermaksud israel akan bangkit tanpa cacat cela. Ini bermakna kebangkitan fizikal tiada cacat cela.
Berbalik kepada soalan saya. Atas dasar apa anda , adam clarke , john gill buat andaian biblical jesus mengalami kebangkitan fizikal tapi dgn lubang pada tangan / kaki dimana tujuan beliau adalah utk konfom penyaliban beliau?? Ini dah kontradik eze37:1-10 yg konteksnya secara literal bermaksud kalau kebangkitan fizikal badan tiada cacat cela. Problem skg tak ada rujukkan dlm bible yg catat andaian sedemikian. Eze37:1-10 dgn fahaman literal konfom kebangkitan fizikal , badan tiada cacat cela. Kalau kita nak konsisten , ini bermakna biblical jesus tidak mati. Ini bermakna kefahaman anda ttg kebangkitan tidak konsisten dgn apa yg dicatat dlm bible. Kalau ia tak ada dlm bible , bukan kah ia satu bid’ah??
Saya tak kata biblical jesus (bible) dan Nabi Isa(as) (Quran) adalah org berlainan. Saya tak mau campur aduk kisah dlm bible dan Quran. Saya catat demikian supaya org tau perbezaan yg saya buat antara biblical jesus dan Nabi Isa(as).
Hi Tiwas ,
Besar kemungkinan komen saya telah ditapis pasal saya telah tambah link saya dgn http etc.
Komen saya selanjutnya :
Hi Tiwas ,
(1) Plural of respect. Ia adalah tatabahasa utk bahasa semitik. Bahasa hebrew adalah bahasa semitik , sama spt bahasa arab. Poin anda ‘pural of respect’ tak wujud pada masa tsb tak relevan pasal asas kepercayaan bani israel adalah ‘monotheism’ , tuhan itu satu.
‘..In the Eerdmans Bible Dictionary we read the following explanation of the word “Elohiym”:
“As a name or designation of the God of Israel, the term is understood as a plural of majesty or an intensive plural, indicating the fullness of the supreme (or only) God … the canonical intent is clearly monotheistic, even where the accompanying verbs or adjectives are grammatically plural (e.g. Gen. 20:13, Exod. 22:9 [Mt 8])”
Eerdmans Bible Dictionary, edited by Allen C. Myers, William B. Eerdmans Publishers, p. 331..’
(media.isnet.org/off/Islam/JesusSay/ch14.html)
Bahasa aramaic adalah bahasa semitik spt hebrew / arab. Ini bermakna pada zaman biblical jesus tak ada konsep ‘plural’ spt trinity yg bermakna (‘plural’) 3 peribadi dlm 1.
(2) Tawheed. Ia adalah konsep bermakna tuhan hanya satu. Mana nak cari perkataan ‘tawheed’ dlm Quran pasal ia konsep. Konsep tawheed berlambak dlm Quran. Lain dgn ‘trinity’ ia adalah pangillan dan konsep utk tuhan kamu yg kamu faham sbg 3 dlm 1. Tak ada konsep atau perkataan ‘trinity’ dlm bible. Jadi pegangan ketuhanan dlm kristian tak berasaskan bible tapi bid’ah.
(3) Anda perlu berhati hati dlm argumentsai anda yg sumber Islam tak pernah meniddakkan si paul. Tafseer Qurtubi rujuk kepada ibn ishaq. Ibn ishaq bukan ahli tafseer dan kebanyakan cerita2 yg dikumpulkan beliau tiada sumber utk verifikasi dan ini diakui beliau. Isu skg , tak bermakna Qurtubi percaya akan riwayat ibn ishaq. Dia hanya menyatakan riwayat tersebut sahaja. Kesemua tafseer gunakan garis tafseer dari (1) Quran (2) Hadith sahih. Sebagai tambahan cerita2 dari (a) hadith tak sahih (2) riwayat2 isralliyat / tanpa sumber juga akan dimaklumkan. Anda copy paste dari ‘answering islam’. Problem skg
‘..Nowhere does Qurtubi say Paul is a legitimate follower, all Qurtubi says is that Paul went with Peter. Just because someone is a supposed follower of a religion or a person does not make that person correct. There are several people who claim to be followers of some doctrine or belief and don’t even follow it! Just because Paul happened to be a follower of Jesus does not automatically make Paul a true follower of Jesus..’
(muslim-responses.com/The_Quran_and_Paul/The_Quran_and_Paul_)
Tradisi tersebut tiada isnad
(ahlalhdeeth.com/vbe/archive/index.php/t-853.html)
Riwayat tsb langsung tak konsisten. Dlm Quran Nabi Isa(as) hanya utk bani israel sahaja. Bible , mat15:24 konfom biblical jesus hanya utk bani israel sahaja. Macamana si paul dihantar ke rom??
Jadi dakwaan anda yg Islam percaya pada si paul tak berasas pasal ia dipetik dari certia yg tiada sumber yg dicatat oleh ibn ishaq. Tak ada dlm tradisi Islam yg si paul adalah murid Nabi Isa(as). Dlm bible pun konfom si paul tak pernah jumpa biblical jesus. Dia kononnya jumpa biblical jesus dlm visi nya. Tu pun ada 3 versi berlainan yg beliau sampaikan, acts9:1-7 , acts26:12-18 , acts22:5-10. Kalau dah 3 versi berlainan ttg 1 visi , besar kemungkinan dia tidak telus dlm ceritanya. Dlm tradisi kristian pun si paul bukanlah murid biblical jesus. Yg benar , sebelum kononnya dia tobat dia adalah seorang pemburu upahan.
(4) luk1:35 (niv bible) ‘..The Holy Spirit will come on you, and the power of the Most High will overshadow you. So the holy one to be born will be called[b] the Son of God..’.
Apa konteks kalau lelaki ‘come on’ perempuan dan ‘power’ dia ‘overshadow’ perempuan tsb?? Tak lain tak bukan ia adalah rogol.
Sekali lagi anda telah copy paste dari ‘answering islam’ tanpa usual periksa. Tak ada dlm Quran atau tafseer spt ibn kathir yg nyatakan roh ditiup melalui kemaluan Maryam(as).
‘..None of the translators uses the word vagina while translating the word farj which is confirmed here . About the other verses, they are also translated as chastity not private parts , proof here . The angel breathed into the garment of Maryam (A.S) not in her vagina..’
‘..Commentators use the word farj here as a narrow opening of Maryam’s garment [not vagina since every garment has opening and it makes more sense] not vagina because the word for vagina is ‘mahbil’, if angel blew into the Maryam’s vagina the word ‘mahbil’ would have been used but that’s not the case, use of the word farj has opened the gates of two meanings. According To Lane’s lexicon ‘farj’ also means an opening..’
(letmeturnthetables.com/2011/09/quran-description-virginal-conception.html)
Harap anda lebih berhati hati dgn rujukkani anda.
________________________________

Tiwas: Tentang ‘Plural of Respect’.
Maaf, hakikatnya konsep ‘Plural of Respect’ tidak ada di dalam Alkitab bahagian Perjanjian Lama.
Lihat beberapa contoh berikut:
Kej 41:15
Berkatalah Firaun kepada Yusuf: “Aku telah bermimpi, dan seorangpun tidak ada yang dapat mengartikannya, tetapi telah kudengar tentang engkau: hanya dengan mendengar mimpi saja engkau dapat mengartikannya.”
Dan 2:3
Kata raja kepada mereka: “Aku bermimpi, dan hatiku gelisah, karena ingin mengetahui mimpi itu.”
- Yang mengungkapkan ayat2 di atas adalah raja pada zaman Perjanjian Lama. Namun, mengapa mereka tidak menggunakan sebutan yang bersifat ‘Plural of Respect’ dalam memperkatakan diri mereka sendiri?
- Sebaliknya, raja2 tersebut menggunakan kata ganti nama diri yang tidak membawa maksud ‘Plural of Respect’.
- Malah, jika kita membaca keseluruhan Perjanjian Lama, konsep ‘Plural of Respect’ langsung tidak ada. Jika ada, apa kata anda berikan contoh penggunaan konsep tersebut di dalam Perjanjian Lama dengan memetik ayat Alkitab yang berkaitan.
Anda cuba merujuk kepada kamus Eerdmans. Masalahnya, petikan kamus Eerdmans yang anda berikan tidak lengkap. Malah, anda memetiknya dari sumber sekunder dan bukan dari kamus Eerdmans itu sendiri.
Berikut, saya berikan pula petikan daripada komentari John Peter Lange, D.D. di dalam buku Commentary on the Holy Scriptures, Critical, Doctrinal and Homiletical, Vol. I, Genesis berkenaan dengan “Plural of Respect”;
“Of all these views the pluralis majestaticus has the least support. It is foreign to the usus loquendi of the earliest language; it is degrading instead of honoring to Deity, and Aben Ezra shows that the few seeming examples brought from the Hebrew Scriptures, such as Num. xxii. 6; Dan. ii. 36, do not bear it out – the latter, moreover, being an Aramaic mode of speech. If we depart at all from the patristic view of an allusion to a plurality of idea in the Deity, the next best is that of Maimonides.”
(books.google.com.my/books?output=html&id=W4MXAAAAYAAJ&jtp=173)
Anda menulis,
Bahasa aramaic adalah bahasa semitik spt hebrew / arab. Ini bermakna pada zaman biblical jesus tak ada konsep ‘plural’ spt trinity yg bermakna (‘plural’) 3 peribadi dlm 1
- Sebenarnya ada. Apa kata anda rujuk tentang Zohar.
Anda menulis,
 Tawheed. Ia adalah konsep bermakna tuhan hanya satu. Mana nak cari perkataan ‘tawheed’ dlm Quran pasal ia konsep. Konsep tawheed berlambak dlm Quran. Lain dgn ‘trinity’ ia adalah pangillan dan konsep utk tuhan kamu yg kamu faham sbg 3 dlm 1. Tak ada konsep atau perkataan ‘trinity’ dlm bible. Jadi pegangan ketuhanan dlm kristian tak berasaskan bible tapi bid’ah. 
- Terdapat salah faham di dalam kenyataan anda tentang Triniti. Triniti bukanlah panggilan untuk Tuhan di dalam Kristianiti. Kristian tidak pernah menyatakan bahawa Tuhan bernama/dipanggil sebagai Triniti.
- Triniti adalah konsep atau doktrin tentang Tuhan, sesuai dengan apa yang dinyatakan di dalam Alkitab.
- Hal ini bukanlah bida’ah tetapi Alkitabiah.
Tentang Tafsir Qurtubi dan Paulus,
Terdapat masalah konsistensi di sini. Apabila anda merujuk kepada Samiri, anda seperti tidak mempunyai sebarang masalah untuk menerima tafsir Al-Qurtubi. Namun, apabila tafsir yang sama saya gunakan untuk menunjukkan bahawa Paulus dilihat sebagai salah seorang murid Yesus, anda tidak menerimanya dan mempersoalkan kesahihan tafsir tersebut.
Tidakkah ini juga akan mempersoalkan ulasan anda tentang Samiri kerana rujukan yang anda berikan juga sama iaitu tafsir daripada Al-Qurtubi?
Saya melihat anda memilih2 ayat yang hendak anda gunakan. Jika ia tidak sesuai dengan kepercayaan anda, anda menolaknya. Ia jelas apabila anda memetik hanya Matius 15:24, sedangkan di dalam Injil Matius sendiri wujud ayat yang mana Yesus memerintahkan murid-murid-Nya memberitakan Injil kepada semua bangsa (Mat 28:18-20).
Lagipun, bukankah anda percaya bahawa seluruh Alkitab telah pun diubah?
Tentang Roh Kudus dan Maria.
Nampaknya, anda bersetuju dengan dakwaan srsaza. Saya sebenarnya agak terkejut apabila anda bersetuju kerana dakwaan tersebut tidak relevan.
Saya telah membaca sumber anda (iaitu blog letmeturnthetables). Menariknya, blog tersebut juga melakukan apa yang anda katakan telah saya lakukan iaitu mengcopy-paste tanpa usul periksa. Malah, penulis blog tersebut juga mengambil penulisan dari sebuah blog pseudo-science seolah2 ia adalah kepercayaan sebenar Kristian. Sekurang-kurangnya, anda sepatutnya menggunakan sumber yang benar-benar memperkatakan tentang Kristianiti.
Paling mengejutkan, sumber anda ini memberikan link kepada tafsir Ibn Khatir yang mana membuktikan bahawa pemahaman Al-Quran terhadap bagaimana Maryam mengandung adalah melalui perbuatan yang seakan-akan seks.
Saya petik bahagian tersebut:
وَمَرْيَمَ ابْنَةَ عِمْرَانَ الَّتِى أَحْصَنَتْ فَرْجَهَا
And Maryam, the daughter of `Imran who guarded her chastity (private part).
Tafsir Ibn Khatir:
meaning, who protected and purified her honor, by being chaste and free of immorality,
فَنَفَخْنَا فِيهِ مِن رُّوحِنَا
And We breathed into it (private part) through Our Ruh,
Tafsir Ibn Khatir:
meaning, through the angel Jibril. Allah sent the angel Jibril to Maryam, and he came to her in the shape of a man in every respect. Allah commanded him to blow into a gap of her garment and that breath went into her womb through her private part; this is how `Isa was conceived. This is why Allah said here,
(ibnkathir.atspace.com/ibnkathir/ibnkathir_web/66.54439.html)
Apa yang sumber anda lakukan adalah cuba mengubah konteks penggunaan perkataan ‘farj’ sedangkan dengan jelas Ibn Khatir mengatakan ia adalah ‘bukaan bahagian kemaluan Maryam’.
Untuk lebih adil dan konsisten, saya juga akan menggunakan komentari daripada pentafsir Alkitab (sama seperti saya menggunakan pentafsir Al-Quran) untuk menunjukkan apa maksud ayat yang anda petik iaitu Lukas 1:35.
Lukas 1:35
“Jawab malaikat itu kepadanya: “Roh Kudus akan turun atasmu dan kuasa Allah Yang Mahatinggi akan menaungi engkau; sebab itu anak yang akan kaulahirkan itu akan disebut kudus, Anak Allah.”
Komentari oleh Adam Clarke,
“Verse 35. The Holy Ghost shall come upon thee] This conception shall take place suddenly, and the Holy Spirit himself shall be the grand operator. The power, δυναμις, the miracle-working power, of the Most High shall overshadow thee, to accomplish this purpose, and to protect thee from danger. As there is a plain allusion to the Spirit of God brooding over the face of the waters, to render them prolific, #Ge 1:2, I am the more firmly established in the opinion advanced on #Mt 1:20, that the rudiments of the human nature of Christ was a real creation in the womb of the virgin, by the energy of the Spirit of God.”
Tidak dinyatakan sebarang perbuatan yang bersifat seks atau ‘rogol’.
Sangat menyedihkan yang anda juga menerima dakwaan tidak wajar yang diberikan oleh srsaza.
____________________
Sam1528: Hi tiwas ,
Sapa yg klaim ‘plural of respect’ tiada dlm PL?? Setahu saya PL / OT adalah kitab utk bani israel dlm bahasa hebrew mengikuti tatabahasa hebrew. Problem skg anda menggunakan konsep kristian utk tafseer kitab OT. Ini dah salah. ‘Plural of respect’ tak bermakna yg org tsb tak akan gunakan ‘aku’ / ‘saya’. Anda rujuk kepada ‘Commentary on the Holy Scriptures, Critical, Doctrinal and Homiletical, Vol. I, Genesis’. Tapi rujukkan tsb berdasarkan tafseer ‘patristic’ atau ketua2 awal gereja. Ini bermakna anda cuba tafseer OT dgn menggunakan doktrin trinity.
‘..So why does Elohim have a plural suffix if it is numerically singular with a singular verb and singular adjective? It turns out there is a special type of plural in Hebrew that has a plural suffix even though it is numerically singular with a singular verb and singular adjective. These nouns are called majestic plurals. The meaning of the plural suffix in the majestic plural is not that there is more than one of the noun, but that the noun is “great, absolute, or majestic”..’
‘..Does the majestic plural form of Elohim implies that there is anything multiple about God? To help clarify this it is worth looking at the few instances where the majestic plural form of Elohim is used to refer to someone other than YHWH. The clearest example of this is in Exodus 7:1. In this passage YHWH tells Moses that he will make him an Elohim to Pharaoh: “Behold I have made you an Elohim to Pharaoh, and Aaron your brother shall be your prophet” (Exodus 7:1). Certainly this does not mean that YHWH made Moses into a god, but rather that he would speak to Pharaoh with authority through Aaron who would serve as his mouth-piece in the way that the prophets serve as the mouth-pieces of YHWH. In any event, there is clearly nothing multiple about Moses, even though he was made an Elohim to Pharaoh..’
‘..Clearly the word Elohim, when it refers to YHWH, is an majestic plural which is numerically singular, having a singular verb and a singular adjective. This majestic plural is simply a grammatical form that denotes greatness without any implication that the object itself is a plurality or multiplicity..’
(israelofgod.org/elohim1.htm)
Tak perlu saya rujuk ttg zohar. Isu yg saya ketengahkan adalah bahasa aramaic berdasarkan dilek hebrew iaitu bahasa semitik. Biblical jesus bertutur dlm bahasa aramaic dan dia tak pernah mengaku dirinya dan ‘holy spirit’ tuhan. Ini bermakna tak ada konsep trinity semasa biblical jesus. Jadi konsep trinity dtg dari mana??
Skg anda faham ‘tawheed’ adalah konsep?? Anda tak akan dapat cari perkataan ‘tawheed’ dlm Quran. Ia berasal dari huruf ‘trilateral’ iaitu ‘ahad’ – ‘alif’ , ‘ha’ , ‘dal’ yg bermakna satu. Quran112:1 ada catat Allah itu satu. Salah satu discripsi trinity – ‘father is god’ – ‘son is god’ – ‘holy spirit is god’ – ‘not 3 gods but 1 god’?? Jadi manakah perkataan trinity dlm bible?? Kalau tak ada , andaian anda ttg ‘triune god’ dtg dari mana?? Jika ada atau spt anda klaim ‘alkitabiah’ sila bagi rujukkan tsb dari bible.
Anda sudah salah faham ttg konsistensi. Saya ulangi apa yg saya catat ttg tafseer. Semua ahli tafseer gunakan kaedah tafseer dari (1) Quran (2) Hadith sahih. Mereka juga akan maklumkan ttg (3) Hadith tak sahih (4) Cerita yg tak ada sumber spt israeliyyat / kumpulan cerita2 yg dibawa oleh tukang cerita. Tafseer Qurtubi yg anda bagi ttg si paul adalah riwayat catatan ibn ishaq yg tak ada isnad. Isu skg , tafseer al quturbi tak kata yg riwayat tsb adalah betul. Dia hanya maklumkan sahaja dan rujukkan yg digunakan adalah dari ibn ishaq. Riwayat tsb tak ada isnad. Ini bermakna sumber cerita tsb dikira tidak sahih. Apa yg tak konsisten ttg argumentsai tsb??
Bible niv , mat28:19 ‘..Therefore go and make disciples of all nations..’
Bible nrsv, mat28:19 ‘..Go therefore and make disciples of all nations..’
Definisi ‘nation’ : ‘..A large aggregate of people united by common descent, history, culture, or language, inhabiting a particular country or territory..’
Konteks mat28:19 bukan bangsa tapi suku kaum. Dunia biblical jesus adalah antara jerusalem ke galilee ke sungai jordan. Mat15:24 catat yg dia hanya utk bani israel saja. Anda sudah perkatakan ttg konsistensi. Jadi utk konsisten ttg fahaman mat28:19 dimana mat15:24 diambil kira , ‘nation’ dlm ayat tsb bermakna suku sakan bani israel iaitu suku judah , suku benjamin , suku levite dsb (ie. 12 suku sakan bani israel). Lagi satu isu , mat28:19 diakui oleh banyak pihak yg ia sudah ditukar. Tak ada perkataan ‘father’ / ‘holy spirit’ pada ayat asal.
Bagi kami muslim , isu bible adalah 3
(1) Ia bukan injeel yg diwartakan oleh Nabi Isa(as). Kristian akui tsb pasal bible yg wujud skg bukan dari biblical jesus tapi ~ 80% NT ditulis oleh org yg tak pernah jumpa biblical jesus
(2) Bible yg wujud skg sudah banyak berubah. Kita tak ada dokumen yg original dan apa yg ada hanyalah ‘copies after copies’. Kalau tak ada yg asal pun tak apa tapi kena ada konformasi apa yg wujud skg sama spt yg ori. Tapi tak ada ‘traceability’.
(3) Versi bibe yg berlainan. Jumlah buku berlainan utk protestant , katolik dan ‘eastern orthodox churches’ (ie. russian , georgian , syriac , ethiopian churches). Anda memberi alasan yg buku2 tsb dipercayai tak diilhamkan oleh tuhan anda. Tapi pasal apa sekte yg lain menerima buku2 tsb?
Saya setuju dgn dakwaan bro srsaza berikutan pembacaan luk1:35. Apa konteks kalau lelaki ‘come on’ perempuan dan ‘power’ dia ‘overshadow’ perempuan tsb?? Ikut pembacaan ‘neutral’ dah ada elemen seks samada ‘suka sama suka’ atau ‘rogol’. Komentar adam clarke catat ‘..the holy ghost shall come upon thee..’. Ikut bahasa halus (euphemism) , ‘come upon thee’ bermakna seks. Buku luke dipercayai ditulis oleh seorang yahudi yg juga ahli sejarah. Kalau kita ikut tradisi yahudi perkataan dlm luk1:35 bermaksud ada hubungan seks.
‘..”The Holy Spirit will come upon you, and the power of the Most High will overshadow you; therefore the Holy one to be born shall be called the Son of God” (Lk 1:35). By stating it in those terms the archangel declared to Mary that God would enter into a marital relationship with her, causing her to conceive His Son in her womb, For “to lay one’s power over a woman” 21:4) was a euphemism for “to have a marital relationship with her.” Likewise “to overshadow” (Lk 1:35) by spreading the “wing” or “cloak” over a woman was another euphemism for marital relations..’
(ewtn.com/library/answers/talmud.htm)
Anda meminta saya gunakan sumber yg benar2 mengatakan ttg kristianiti. Yg dipetik adalah dari sumber katolik dan juga dari pendekatan yahudi / hebrew pasal luke dipercayai seorang yahudi. Bukan kah sumber tsb adalah paling dekat kepada sumber cerita luk1:35??
Anda ulangi tafseer ibn kathir ttg Quran66:12 yg anda klaim ‘..meaning, through the angel Jibril. Allah sent the angel Jibril to Maryam, and he came to her in the shape of a man in every respect. Allah commanded him to blow into a gap of her garment and that breath went into her womb through her private part; this is how `Isa was conceived. This is why Allah said here..’. Kalau anda baca dgn berhati hati , tsb adalah opini Al-Qasim bin Abi Bazzah. Tak ada dlm bacaan Quran66:12 yg tonjolkan elemen seks. Saya ulangi petikkan dari blog tsb :
‘..Surah 66:12 of the Quran reads:
وَمَرْيَمَ ابْنَتَ عِمْرَانَ الَّتِي أَحْصَنَتْ فَرْجَهَا فَنَفَخْنَا فِيهِ مِن رُّوحِنَا وَصَدَّقَتْ بِكَلِمَاتِ رَبِّهَا وَكُتُبِهِ وَكَانَتْ مِنَ الْقَانِتِينَ
Dr.Ghali: “And Maryam (Mary) daughter of Imran, who kept safe her private parts, (i.e., safeguarded) so We breathed in it of Our Spirit, and she sincerely (believed) in the Words of her Lord, and His Books; and she was one of the devout.”
Actually none of the translators translated as ‘unto him’ but as ‘there in(Pickthall) , in it (Dr.Ghali), into her (Yusuf Ali, Shakir)’. Again the Sam Shoun is playing his dirty tricks to confuse the readers and exposes his bigot nature; the word فِيهِ (fihi) is used in this verse as a masculine singular object pronoun and means the farj[opening] of Maryam (A.S)’s sleeves or garments as garments are treated as masculine in Arabic. We have earlier proved that Isa (peace be upon him) wasn’t there in the womb of Maryam (A.S) and she conceived him after she received the breadth from Gabriel which blew into her garment not her vagina..’
Kita buat perbandingan :
luk1:35 kalau dibaca (natural reading) menonjolkan elemen seks samada ‘suka sama suka’ atau ‘rogol’
Quran66:12 kalau dibaca (natural reading) menonjolkan yg roh ditiup melalui pembukaan pada pakaian Maryam(as). Langsung tak ada konotasi seks
Macamana anda buat andaian Quran66:12 ada konotasi seks??
___________________
Tiwas: Hai sam1528,
Tentang Dirham,
- Perhatikan, untuk argument anda berhasil, anda perlu meluaskan definisi Dirham. Masalahnya, definisi Dirham yang anda berikan tidak mengikut konteks pemahaman penggunaan Dirham di dalam surah Yusuf tersebut.
- Pemahaman Dirham pada zaman Nabi Muhammad menerima wahyu tersebut adalah sebagai matawang. Malah, jika kita merujuk kepada hadis, konteks pemahaman ‘Dirham’ adalah sebagai matawang atau sejenis syiling.
Saya berikan beberapa contoh hadis tersebut
Sahih Muslim Book 010, Hadith Number 3749,
Hanzala reported that he heard Rafi’ b. Khadij (Allah be pleased with him) say: We were the major agriculturists of the Ansar and so we let out land (saying): The produce of this (part of land) would be ours and (the produce) of that would be theirs. But it so happened that at times this (land) gave harvest, but the other one produced nothing. So he (the Holy Prophet) forbade this. But so far as the payment in silver (dirham, a coin) is concerned, he did not forbid.
(www.hadithcollection.com/sahihmuslim/138-Sahih%20Muslim%20Book%2010.%20Business%20Transactions/12150-sahih-muslim-book-010-hadith-number-3749.html)
Sahih Bukhari Volume 003, Book 034, Hadith Number 394,
Narated By Jabir : The Prophet forbade the selling of fruits unless they get ripe, and none of them should be sold except for Dinar or Dirham (i.e. money), except the ‘Araya trees (the dates of which could be sold for dates).
(www.hadithcollection.com/sahihbukhari/67-Sahih%20Bukhari%20Book%2034.%20Sales%20and%20Trade/2559-sahih-bukhari-volume-003-book-034-hadith-number-394.html)
Jelas bahawa konteks pemahaman Dirham pada zaman Nabi Muhammad adalah sebagai matawang dan sejenis syiling.
Tentang hukuman salib,
Sama seperti konteks Dirham, konteks pemahaman hukuman salib ketika Nabi Muhammad menerima wahyu tersebut juga adalah spesifik, iaitu sama seperti hukuman salib yang dialami oleh Yesus (walaupun Al-Quran menafikannya).
Nabi Muhammad sendiri melihat tempat hukuman salib sebagai berbentuk palang.
Sekali lagi saya akan merujuk kepada hadis,
Sahih Bukhari Volume 009, Book 093, Hadith Number 532B,
…So the companions of the cross will go with their cross, and the idolators (will go) with their idols, and the companions of every god (false deities) (will go) with their god, till there remain those who used to worship Allah, both the obedient ones and the mischievous ones, and some of the people of the Scripture…
(www.hadithcollection.com/sahihbukhari/126-Sahih%20Bukhari%20Book%2093.%20Oneness,%20Uniqueness%20of%20Allah%20(Tawheed)/8216-sahih-bukhari-volume-009-book-093-hadith-number-532b.html)
Siapakah “companions of the cross” tersebut? Ia dijelaskan di dalam hadis yang sama iaitu,
…Then it will be said to the Christians, ‘What did you use to worship?’ They will reply, ‘We used to worship Messiah, the son of Allah.’…
Abu Dawud Book 027, Hadith Number 4139,
Narated By N/A : ‘Aisha said: The Apostle of Allah (peace be upon him) never left in his house anything containing the figure of a cross without destroying it.
- Perlu diketahui, bentuk salib pada abad ke-6 selepas masihi (iaitu abad permulaan Islam) sudah lama digunakan sebagai lambing kepada Kristianiti.
- Malah, Nabi Muhammad melarang bersembahyang dengan tangan di pinggang kerana ia kelihatan seperti ‘salib’.
Abu Dawud Book 002, Hadith Number 0902,
Narated By Abdullah ibn Umar : Sa’id ibn Ziyad ibn Subayh al-Hanafi said: I prayed by the side of Ibn Umar and I put my hands on my waist. When he finished his prayer, He said: This is a cross in prayer; the Apostle of Allah (pbuh) used to forbid it.
- Jelas di sini bahawa Nabi Muhammad sendiri sangat jelas apa itu salib dan hukuman salib, iaitu hukuman dalam bentuk palang, sama seperti yang dipercayai oleh Kristian.
- Maka, konteks pemahaman hukuman salib di dalam surah Yusuf tersebut perlu dilihat berdasarkan konteks pemahaman pada zaman Nabi Muhammad hidup dan bukan dengan cuba meluaskan definisi ‘hukuman salib’.
Tentang Samaria,
Bukan saya mengatakan demikian, tetapi tafsir yang diberikan oleh Ibn Khatir sendiri.
Anda cuba merujuk kepada Yehezkiel 16:46 dan cuba menggambarkan seolah-olah Samaria wujud lebih awal berbanding Israel dan Sodom lebih kemudian.
Masalahnya, konteks kepada perkataan ‘older sister’ dan ‘younger sister’ bukan merujuk kepada ‘umur kewujudan’ kedua-dua bangsa tersebut.
Memandangkan sebelum ini anda menggunakan komentari dari John Gill, saya akan menggunakannya semula untuk ayat Yehezkiel 16:46,
And thine elder sister [is] Samaria
The metropolis of the ten tribes; “sister” to the Jews, because of the same descent, having one and the same father; the “elder” or “greater”, because more in number and power; the kingdom of Israel consisted of ten tribes, and the kingdom of Judah but of two; and the ten tribes also were the first in the apostasy from the true worship of God: she and her daughters that dwell at thy left hand;
as Samaria the sister was the metropolis of the ten tribes, her daughters are the other cities and towns belonging thereunto; and so the Targum renders it, she and her villages; these were situated to the north of the land of Israel, as Judah was to the south, which with the Jews were left and right; as a man standing with his face to the east has the north on his left and the south on his right side: and thy younger sister, that dwelleth at thy right hand, [is] Sodom and
her daughters;

where Lot the kinsman of Abraham lived, and from whom sprung the Ammonites and Moabites. Sodom was a lesser kingdom than that of Judah, and which lay to the south; that is, to the right of it; even that and the other cities, which perished with it, called her daughters, as Admah, Zeboim”
- Maka, cubaan anda untuk mangatakan Samaria lebih tua adalah tidak relevan.
Tentang Yehezkiel 37:1-10.
Masalah kepada pendekatan anda ialah anda cuba mengaitkan pengelihatan tersebut dengan peristiwa kebangkitan Yesus. Kedua-duanya mempunyai tujuan yang berbeza. Kebangkitan tubuh di dalam Yehezkiel 37 lebih kepada metafora pemulihan bangsa Israel ketika itu. Sedangkan kebangkitan tubuh Yesus adalah secara literal iaitu bukti bahawa Yesus telah mengalahkan maut. Dia (Yesus) bangkit dalam keadaan tubuh yang tidak lagi dikuasai kematian iaitu sepenuhnya bebas daripada akibat dosa iaitu maut.
Kebangkitan tubuh Yesus juga adalah bukti kepada semua yang telah diberitakanNya dan dakwaan yang dibuat ke atas diriNya. Tanda (lubang) pada tubuhNya juga adalah bukti bahawa yang bangkit tersebut adalah Yesus. Bukankah dicatatkan bahawa Tomas mahu memasukkan jarinya ke dalam lubang pada tangan dan tubuh Yesus? (Yoh 20:25) Atas dasar itulah Yesus mempunyai kesan lubang tersebut sebagai bukti (Yoh 20:27).
Ia bukanlah bida’ah. Cuma anda yang mahu ia menjadi bida’ah.
Anda menulis,
Saya tak kata biblical jesus (bible) dan Nabi Isa(as) (Quran) adalah org berlainan. Saya tak mau campur aduk kisah dlm bible dan Quran. Saya catat demikian supaya org tau perbezaan yg saya buat antara biblical jesus dan Nabi Isa(as).
- Maka, anda mengakui bahawa Alkitab dan Al-Quran memperkatakan tentang peribadi yang sama apabila merujuk kepada Yesus/Nabi Isa.
- Masalahnya, penceritaan kedua-dua kitab ini tentang Yesus/Nabi Isa jauh berbeza. Maka, mustahil kedua-duanya benar. Pasti salah satu darinya adalah tidak benar.
- Sudah pasti anda akan mengatakan bahawa Al-Quran yang benar, betul? Jika demikian, apa alasan, fakta, bukti, hujah, anda untuk mengatakan Yesus di dalam Alkitab adalah tidak benar?
_______________________
Sam1528: Hi Tiwas ,
Definisi dirham bukan diperluaskan oleh sesiapa pun tapi ia dipetik dari kamus oxford. Isu skg anda telah abaikan yg dirham bermakna ‘sukatan berat yg ditetapkan’. Ini bukti yg anda tidak konsisten dgn poin anda. Pasal apa konsep tsb tak boleh dipakai pada surah Yusuf?? Justifikasi anda adalah
(1) hadith muslim bk10 no3749 , perkataan dlm kurungan (a) dirham , atau (b) coin. Pasal apa dirham , (a) , dan ‘coin , (b) , tak boleh diertikan sebagai sukatan berat perak yg tetap?
(2) hadith bukhari vol3 bk34 no394 , perkataan dlm kurungan catat ‘money’. Bukan kah ketulan perak yg mempunyai sukatan tetap perak adalah ‘money’??
‘..In the beginning the Muslims used gold and silver by weight and the dinar and dirhams that they used were made by the Persians.
The first dated coins that can be assigned to the Muslims are copies of silver dirhams of the Sassanian Yezdigird III, struck during the Khalifate of Uthman, radiy’allahu anhu..’
‘..Under what was known as the coin standard of the Khalif Umar Ibn al-Khattab, the weight of 10 dirhams was equivalent to 7 dinars (mithqals)..’
‘..According to Islamic Law…
The Islamic Dirham is a specific weight of pure silver equivalent to 3.0 grams..’
(cislamica.org/comerciohalal/dinardirham/dinardirham.html)
Definisi dirham ikut shariah adalah sukatan berat perak yg ditetapkan. Tu pasal saya tak faham apa isu anda. Sukatan tsb digunakan sebagai matawang. Pemahaman dirham pada zaman Nabi Muhammad(saw) adalah sukatan berat perak tetap. Ini fakta sejarah.
Jauh beza zaman kristian dan zaman firaun. Kesemua hadith2 yg anda bagi adalah ttg kristian dan salib yg berupa ‘cross’. Macamana anda boleh buat andaian yg pemahaman Nabi Muhammad(saw) ttg ‘crucifixion’ zaman firaun adalah bentuk ‘cross’. Tak catat mana2 pun yg ‘crucifixion’ atau pemahaman ‘crucifixion’ pada zaman firaun adalah bentuk ‘cross’. Itu hanya andaian anda. Quran38:12 dah bagi huraian. Ayat tsb menyatakan yg firaun adalah ‘lord of stakes’ atau ‘awtad’. Dari Lane’s Lexicon :
‘..Waw-Ta-Dal = to drive in a stake, fix a stake into the ground, fix a thing firmly. autaad – stakes, hosts, pegs, chiefs, armies, poles of tents.
awtad n.m. (pl. of watad) 38:12, 78:7, 89:10..’
(www.studyquran.co.uk/25_WAW.htm)
Lagi sekali anda telah abaikan maksud perkataan ‘crucifixion’ merangkumi pembunuhan dgn menggunakan ‘stake’. Ini telah dijelaskan pada link ‘Islamic Awareness’.
TQ , anda telah hancurkan argumentasi anda sendiri dgn rujukkan komentar John Gill. Sebahagian dari komentar tsb : ‘..Samaria the sister was the metropolis of the ten tribes , her daughters are the other cities and towns ..thy younger sister, that dwelleth at thy right hand, [is] Sodom..’
Definisi ‘metropolis’ : ‘..The capital or chief city of a country or region..’
Rujukkan anda konfom Samaria adalah bandar / tempat. Gen14 , eze16 dan komentar John Gill konfom Samaria adalah bandar yg wujud pada zaman biblical Abraham / biblical Lot bersama bandar Salem (nama lama Jerusalem) dan Sodom. Hakikatnya Samaria lebih tua dari Jerusalem yg dijelaskan dlm komentar Adam Clarke. Anda telah buat suatu kesilapan besar apabila anda ungkit isu samiri dan klaim Quran salah pasal kononnya samiri dtg dari Samaria yg anda klaim hanya wujud bertahun tahun selepas biblical moses. Tapi bible komentar John Gill / Adam Clarke konfom Samaria wujud zaman biblical Abraham / biblical Lot bersama bandar Salem (nama lama Jerusalem) dan Sodom. Bandar Sodom dihancurkan pada zaman yg sama. Kalau ikut bacaan literal dan fakta sejarah ia lebih tua dari Jerusalem. Isu skg , macamana anda klaim yg Samaria hanya wujud bertahun tahun selepas biblical Moses tapi dlm bible dan komentar John Gill / Adam Clarke konfom Samaria telah wujud pada zaman biblical Abraham / Lot bersama sama bandar2 Salem (nama lama Jerusalem) dan Sodom??
Pembacaan pada eze37:1-10 boleh dari segi literal atau metaforik. Kalau difahamkan dari segi literal bermaksud kalau ada kebangkitan fizikal , badan tiada cacat cela. Dari segi metaforik , ia bermakna Israel akan bangkit dgn sempurna. Macamana pun , tak lari dari isu kebangkitan , kalau ia terjadi , adalah sempurna …. tiada cacat cela. Isu skg kalau biblical jesus ada lubang pada tangan / kaki , ikut eze37 , dia tak mati pasal kebangkitan fizikal konfom yg badan dia sempurna. Apa bukti anda dari bible yg biblical jesus mengalahkan maut dgn kononnya kebangkitan semula tapi ada lubang pada tangan / kaki?? Setahu saya tak ada rujukkan bible yg konfom biblical jesus mengalahkan maut dan kebangkitan dia dgn lubang pada tangan / kaki sebagai bukti yg dia dah kalahkan maut. Thomas tak kata yg bibical Jesus dah kalahkan maut. Dia hanya nak konfom biblical jesus bukan jelmaan spiritual atau hantu. Kalau bukti tsb tiada dlm bible , bukan kah ia bid’ah?
Quran4:157 ‘..they did not kill him, nor did they crucify him; but [another] was made to resemble him to them. And indeed, those who differ over it are in doubt about it. They have no knowledge of it except the following of assumption. ..’
Dlm bible tak ada konformasi yg biblical jesus mati dan alami kebangkitan fizikal. Kalau tak ada bukti macamana yg anda klaim biblical jesus mati dan alami kebangkitan fizikal.
Mat28:17 (NRSV) ‘..Whom do you want me to release for you, Jesus* Barabbas or Jesus who is called the Messiah?..’
Mark15:7 (NRSV) ‘..Now a man called Barabbas was in prison with the rebels who had committed murder during the insurrection..’
Barabbas bermakna ‘son of father’. Bukan kah biblical Jesus panggil tuhan ‘father’. Jesus Barabbas dilepaskan manakala Jesus the messiah / king of jews telah kononnya disalib.
Problem skg ,
(1) Mana satu biblical Jesus yg betul?? Jesus Barabbas atau ‘the messiah’ / ‘king of jews’??
(2) Tak ada bukti yg biblical jesus mati pada kayu salib. Tak ada kesaksian dari pengikut dia.
Ttg kebangkitan anda harus buktikan yg biblical Jesus yg betul telah mati dan mengalami kebangkitan fizikal. Sila bagi rujukkan tsb.
_______________________
Tiwas: Hai sam1528,
Tentang Dirham,
Itulah masalahnya, anda menggunakan definisi yang tidak menepati konteks penggunaan Dirham pada zaman kehidupan Nabi Muhammad. Ia juga tidak menepati penggunaan ‘perak’ pada zaman Yusuf.
Perhatikan, artikel anda memberikan sebuah ‘coin’ yang mempunyai sukatan yang telah distandardkan. Sedangkan pada zaman Yusuf, ‘matawang’ seperti itu belum wujud.
Maaf, seperti yang saya katakana sebelum ini, satu-satunya cara untuk argumen anda berjaya adalah dengan meluaskan definisi dirham. Masalahnya, tindakan anda ini tidak menepati konteks peristiwa yang diperkatakan iaitu zaman kehidupan Nabi Muhammad dan Yusuf.
_________________________________
Tentang hukuman salib,
Kerana jelas daripada hadis-hadis ini bahawa Nabi Muhammad melihat ‘cross’ atau ‘salib’ sebagai palang. Maka, apabila Nabi Muhammad memperkatakan tentang hukuman salib, itu bererti hukuman yang melibatkan bentuk palang.
Perlu diketahui, pada zaman kehidupan Nabi Muhammad, bentuk salib sudah lama diketahui umum sebagai tanda hukuman yang diterima oleh Yesus. Maka, adalah tidak munasabah apabila anda cuba mengatakan ia dalam bentuk ‘stake’.
_________________________________
Tentang Samaria dan komentari John Gill,
Maaf, nampaknya anda telah melakukan kesilapan apabila mengatakan komentari John Gill memusnahkan argumen saya sendiri.
Anda tersilap kerana menyangka komentari John Gil memperkatakan tentang Samaria pada zaman kehidupan Abraham atau Musa. Perlu diketahui, Yehezkiel menulis pada zaman di mana Samaria telah pun wujud. Maka konteks peristiwa yang diperkatakan di dalam komentari John Gill adalah merujuk pada zaman kehidupan Yehezkiel.
Rujukan kepada Lot dan Sodom di dalam komentari John Gill ini adalah untuk menjelaskan asal-usul bangsa Amon dan Moab (Kej 19:37-38) yang mana kerajaan mereka adalah berjiran dengan bangsa Israel ketika itu.
Sebenarnya ia sangat jelas pada komentari tersebut. Agak mengejutkan anda boleh membuat kesimpulan ini.
_________________________________
Tentang Yehezkiel 37:1-10 dan kebangkitan Yesus,
Masalah di sini adalah definisi ‘sempurna’ yang anda berikan. Anda terlalu literal sedangkan maksud sempurna bukan sekadar ketiadaan cacat-cela pada tubuh. Sempurna menurut Alkitabiah adalah lebih dari itu. Sempurna yang diperkatakan adalah tidak lagi dikuasai dosa dan maut.
Saya juga tidak pernah mengatakan lubang pada tangan, kaki dan tubuh Yesus adalah bukti Dia mengalahkan maut. Maaf jika kenyataan saya membuatkan anda beranggapan demikian. Sebaliknya, bukti Yesus mengalahkan maut adalah kebangkitanNya. Saya hanya mengatakan lubang tersebut adalah bukti bahawa Yesus benar-benar telah bangkit dalam keadaan fizikal dan bukan sekadar kebangkitan rohani.
Tema ‘Yesus menebus manusia dari dosa dan mengalahkan maut’ ini sebenarnya merupakan antara pengajaran utama di dalam keseluruhan Perjanjian Baru. Maka, agak ganjil apabila anda mengatakan ia tidak ada di dalam Alkitab. Saya berikan beberapa petikan ayat Alkitab untuk menyokong pengajaran ini; Mat 20:28, 26:28; Yoh 16:33; Kis 2:24; 1 Kor 15:54-57; 1 Ptr 1:3; dll.
________________________________
Tentang kematian Yesus,
Saya pasti anda tahu kematian Yesus adalah fakta yang tidak dipertikaikan oleh mana-mana pengkaji sejarah sama ada Kristian atau bukan Kristian.
Malah, terdapat bukti2 di luar Alkitab yang mengesahkan peristiwa kematian Yesus melalui hukuman salib.
Juga sangat mengejutkan apabila anda mengatakan tidak ada konformasi tentang kematian Yesus di dalam Alkitab sedangkan keempat2 kitab Injil menceritakan peristiwa kematian Yesus melalui penyaliban.
Maka, anda yang perlu membuktikan bahawa Yesus tidak disalibkan seperti yang dikatakan di dalam Al-Quran.
Tentang Barabas,
Sedikit pembetulan, ayat yang sebenar adalah Mat 27:17.
Saya sebenarnya tidak pasti apa tujuan anda menimbulkan nama ini kerana penulis2 kitab Injil dengan jelas membezakan di antara Yesus dan Barabbas. Agak ganjil anda menyatakannya seolah-olah mereka tersilap di antara Yesus dan Barabbas. Atau, adakah anda cuba mengatakan yang disalibkan sebenarnya adalah Barabbas yang telah ‘diserupakan’ oleh Allah?

Hai sam1528,
Saya tertarik dengan soalan anda yang berikut,
Sapa yg klaim ‘plural of respect’ tiada dlm PL??
Saya juga boleh mengajukan soalan yang sama,
“Siapa yang mendakwa ‘Plural of Respect’ ada di dalam PL?”
Ini masalahnya. Pernahkah anda menyelidiki asal-usul dakwaan ini? Kerana hakikatnya, dakwaan bahawa wujud atau tidak ‘Plural of Respect’ di dalam PL tidak pernah wujud sebelum ini. Hanya apabila Kristianiti bermula dan apabila konsep Triniti terbentuk (yang mana asasnya dimulakan oleh Yahudi sendiri), dakwaan bahawa ‘Plural of Respect’ wujud di dalam Perjanjian Lama timbul. Oleh siapa?
Hakikatnya, konteks penggunaan ‘Plural of Respect’ tidak ada di dalam Perjanjian Lama. Ia terbukti apabila tidak ada sebarang penggunaan lain ‘Plural of Respect’ terhadap raja-raja, bangsawan dll dicatatkan di dalam Perjanjian Lama.
Jika konteks penggunaan ‘Plural of Respect’ ini wujud di dalam Perjanjian Lama, kita sepatutnya dapat melihat penggunaannya yang konsisten di dalam Perjanjian Lama.
Anda memberikan petikan daripada sumber Yahudi, namun, ia tidak dapat membuktikan apa2 kerana sumber yang anda petik tersebut juga adalah selepas konsep Triniti muncul di dalam Kristianiti. Dengan kata lain, ia adalah tafsiran moden dan bukan menurut konteks pemahaman pada zaman kitab2 Perjanjian Lama ditulis.
Jika anda kekal mahu menggunakan artikel tersebut, berikut saya berikan satu lagi petikan artikel yang juga ditulis oleh Yahudi.
“6. The royal “we”—plural of majesty
Just as Queen Victoria referred to herself in the plural (“We are not amused”), some say that God, as a majestic being, referred to himself the same way. This is a popular contemporary explanation. It does not raise the question of other beings. It rules out the possibility of God having a plural nature. It seems to be based on good linguistic evidence and analysis.
The Hertz Commentary on Genesis sees this explanation as one of two possibilities and points out that the first person plural is used for royalty in the Book of Ezra.14 “The letter which ye sent unto us hath been plainly read before me” (Ezra 4:18) is the sole example of a “plural of majesty” construction in Scripture. It also happens to be one of the few portions of Scripture in Aramaic, a language similar to Hebrew.
It would be poor scholarship to build a case for a grammatical construction in Hebrew on the grounds of this Aramaic text. Even so, the Ezra passage does not necessarily contain a singular royal subject linked to a plural verb-form. If the plural of majesty were a regular Hebrew idiom, why is the singular “me” in the same line?
Rabbinical commentators and linguists recognize that the Hebrew language provides no real basis for such an explanation.15 Ibn Ezra quotes the Gaon,…who suggests that the plural of Genesis 1:26 is the plural of majesty. He refuted that view in favor of God having consulted the angels.16 However, we have already mentioned the difficulties of using angels to solve the mystery.”
(www.jewsforjesus.org/publications/issues/10_8/trinity)
Tentang Zohar,
Anda tidak mahu memperkatakan tentang Zohar? Namun, bukankah anda sendiri yang mengatakan konsep ‘plural’ seperti Triniti tidak wujud pada zaman Yesus? Maka, saya berikan Zohar sebagai contoh.
Tentang konsep Tauhid dan Triniti,
Saya sedar bahawa Tauhid adalah konsep. Atas sebab itulah saya menggunakannya sebagai contoh untuk menunjukkan bahawa Triniti juga adalah konsep.Triniti bukanlah nama atau panggilan khusus. Namun, anda salah faham apabila mengatakan Triniti adalah panggilan.
Tentang ‘Father is God’, ‘Son is God, ‘Holy Spirit is God’, ia juga diketahui sama seperti cara kepercayaan anda membentuk konsep Tauhid daripada Al-Quran.
Menurut Alkitab bahagian Perjanjian Baru, terdapat 3 peribadi yang berbeza namun memiliki sifat keTuhanan iaitu Bapa, Anak, dan Roh Kudus. Yesus mengaku sebagai Tuhan, Dia juga mengatakan Bapa yang mengutusNya, dan Roh Kudus beserta denganNya dan juga semua yang percaya kepadaNya sampai akhir zaman. Namun, Tuhan adalah Esa. Melalui kenyataan2 inilah konsep Triniti terbentuk.
Pada mulanya perhubungan ketiga Peribadi tersebut dijelaskan melalui konsep Logos seperti yang terdapat di dalam Yohanes. Yang mana menjadi lebih jelas melalui doktrin Triniti.
Maka dakwaan anda bahawa konsep Triniti tidak ada di dalam Alkitab sebenarnya tidak relevan. Jika anda boleh menerima penemuan konsep Tauhid melalui penyelidikan Al-Quran, mengapa anda tidak dapat menerima penjelasan bahawa konsep Triniti juga ditemui melalui penyelidikan Alkitab? Ini juga berkaitan dengan konsistensi.
Tentang konsistensi,
- Bagaimana dengan rujukan Qurtubi tentang Samiri yang anda gunakan? Bukankah dengan jelas al-Qurtubi sendiri tidak pasti siapakah atau dari manakah Samiri?
- Ini yang saya maksudkan dengan masalah konsistensi kerana anda dapat menerima penjelasan tentang samiri oleh al-Qurtubi namun anda meragui penjelasan tentang Paulus yang mana juga adalah daripada al-Qurtubi.
Tentang Matius 28:19,
Adakah anda sedar penjelasan anda tidak lengkap? Perhatikan,
- Anda memetik ayat Matius 28:19 dan memberi penekanan khusus terhadap perkataan ‘nation’.
- Masalahnya, anda tidak melihat perkataan ‘all’ di hadapan perkataan ‘nation’. Anda hanya memberikan definisi perkataan ‘nation’ sedangkan konteks ayat tersebut adalah ‘semua bangsa’.
- Ia bukan merujuk kepada hanya satu bangsa. Tetapi semua bangsa yang ada di Yudea dan seterusnya seluruh dunia. Ia merangkumi bangsa bukan Yahudi. Ia terbukti apabila Petrus sendiri memberitakan Injil kepada bangsa bukan Yahudi (Kis 15:7).
- Maaf, Cuma agak menyedihkan anda memutar belit ayat tersebut sedangkan maksudnya sangat jelas.
Anda menulis,
Lagi satu isu , mat28:19 diakui oleh banyak pihak yg ia sudah ditukar. Tak ada perkataan ‘father’ / ‘holy spirit’ pada ayat asal.
- Apa kata anda berikan contoh pengakuan ‘oleh banyak pihak’ tersebut.
Tentang Alkitab menurut perspektif Muslim,
Anda menulis,
(1) Ia bukan injeel yg diwartakan oleh Nabi Isa(as). Kristian akui tsb pasal bible yg wujud skg bukan dari biblical jesus tapi ~ 80% NT ditulis oleh org yg tak pernah jumpa biblical jesus
Ini merupakan contoh salah faham Muslim terhadap apa yang dimaksudkan sebagai Injil menurut Kristianiti.
- Sejak dulu lagi, Kristian tidak pernah mendakwa bahawa Injil adalah sebuah kitab yang ditulis oleh Yesus. Menurut pemahaman Kristian yang sebenar, Yesus adalah Injil itu sendiri.
- Yang menghairankan, Muslim menyangka Injil adalah sebuah kitab yang diterima/ditulis oleh Yesus.
- Dari mana sumber salah faham ini? Daripada Al-Quran sendiri. Nabi Muhammad menyangka Injil adalah kitab yang diterima/ditulis oleh Yesus (Nabi Isa). Tidakkah itu menunjukkan ketidak-tahuan Nabi Muhammad tentang kepercayaan Kristian?
- Maka, pemahaman anda bahawa Injil adalah kitab yang diwartakan oleh Yesus (Nabi Isa) adalah pemahaman yang langsung tidak berkaitan dengan Kristianiti.
- Anda menyebut tentang 80%, bagaimana dengan yang 20%? Adakah anda menganggap ia benar/sahih?
Anda menulis,
“(2) Bible yg wujud skg sudah banyak berubah. Kita tak ada dokumen yg original dan apa yg ada hanyalah ‘copies after copies’. Kalau tak ada yg asal pun tak apa tapi kena ada konformasi apa yg wujud skg sama spt yg ori. Tapi tak ada ‘traceability’.”
- Saya pasti anda telah membaca serba sedikit perbincangan saya dan daamz di post ini berkenaan dengan ‘Textual Criticism’.
- ‘Textual Criticism’ telah membantu memastikan ketepatan penulisan asal Alkitab.
- Malah, kenyataan anda agak dilebih-lebihkan apabila anda mengatakan tidak ada ‘traceability’.
- Pengkaji textual Alkitab yang sangat kritikal seperti Bart Ehrman juga mengakui bahawa Alkitab hari ini memiliki ketepatan yang sangat tinggi seperti teks manuskrip yang asal.
Sekali lagi, konsistensi,
- Adakah kita memiliki salinan asal Al-Quran hari ini? Bagaimana dengan perbezaan yang diperintahkan untuk dibakar oleh Uthman semasa menyeragamkan bacaan Al-Quran?
- Namun, jika standard yang digunakan untuk menilai Alkitab juga digunakan ke atas Al-Quran, hasilnya jauh lebih rumit. Kerana berbeza dengan Alkitab, Al-Quran dikatakan sebagai Kalam Allah sendiri. Maka, sedikit perubahan memberikan impak yang sangat besar kepada Al-Quran kerana mustahil Tuhan membiarkan FirmanNya tidak terjaga.
Tentang versi Alkitab, telah saya jelaskan di dalam respon kepada M.Z.
Tentang proses kehamilan Maria/Maryam,
Mungkin perlu diingatkan, bukan saya yang mengatakan konotasi seks wujud di dalam kisah Maryam hamil tetapi Ibn Khatir. Saya sekadar menyatakan apa yang sudah jelas terpampang.
Selain itu, sumber anda (blog letmeturnthetable) ini sebenarnya cuba menidakkan dan mengubah tafsir Ibn Khatir. Mana yang sepatutnya kita percayai? Sumber anda atau Ibn Khatir?
Atau adakah ini bererti anda menolak tafsir Ibn Khatir?
Saya mengandaikan, sumber anda cuba mengubahnya kerana tafsiran Ibn Khatir adalah memalukan jika dilihat menurut konteks zaman ini. Sebaliknya, pada zaman Ibn Khatir, ia adalah sesuatu yang biasa. Maka, Ibn Khatir lebih berterus-terang dengan tafsirannya.
Tentang Lukas 1:35,
Sebenarnya, tidak dapat dipastikan sama ada Lukas adalah seorang Yahudi atau bukan. Besar kemungkinan Lukas adalah seorang ‘gentile’ iaitu bangsa bukan Yahudi. Namun, untuk hal ini, saya sendiri tidak pasti kerana tidak ada pengkaji yang benar2 pasti tentang bangsa dan asal usul Lukas. Maka, agak menghairankan anda kelihatan pasti dengan mengatakan Lukas adalah seorang Yahudi.
Satu hal lagi yang menarik perhatian saya, anda mengatakan Lukas adalah seorang ahli sejarah. Adakah ini bermakna anda mengakui penulisannya adalah sebuah catatan sejarah?
Dan anda juga agak melebih2kan impak artikel tersebut dengan mengatakan “sumber tsb adalah paling dekat kepada sumber cerita luk1:35”.
Selain itu, sumber anda ini juga mengabaikan perkataan lain di dalam Lukas 1:35 yang membentuk maksud keseluruhan ayat tersebut. Sama seperti yang anda lakukan pada Matius 28:19.
Sumber anda cuba menekankan hanya pada perkataan ‘overshadow’ atau ‘επισκιαζω’ sedangkan ayat penuh Luk 1:35 adalah,
“The angel answered, “The Holy Spirit will come upon you, and the power of the Most High will overshadow you. So the holy one to be born will be called the Son of God.” (NIV)
Perkataan “the power” yang digunakan adalah “δυναμις” yang juga membawa maksud2 berikut:
1) strength power, ability
1a) inherent power, power residing in a thing by virtue of its nature, or which a person or thing exerts and puts forth
1b) power for performing miracles
1c) moral power and excellence of soul
1d) the power and influence which belong to riches and wealth
1e) power and resources arising from numbers
1f) power consisting in or resting upon armies, forces, hosts
- Dengan kata lain, konteks penggunaan perkataan ‘overshadow’ tersebut adalah merujuk kepada kuasa Tuhan menaungi Maria dan akan hamil melalui kuasa mukjizat Tuhan.
Anda menyarankan agar kita membuat perbandingan di antara Lukas 1:35 dan Surah At-Tahriim ayat 12. Baiklah. Saya berikan beberapa terjemahan seperti berikut:
The angel answered, “The Holy Spirit will come upon you, and the power of the Most High will overshadow you. So the holy one to be born will be called the Son of God. (NIV)
The angel replied, “The Holy Spirit will come upon you, and the power of the Most High will overshadow you. Therefore the child to be born will be holy; he will be called the Son of God. (NET)
And the angel answered and said to her, “The Holy Spirit will come upon you, and the power of the Highest will overshadow you; therefore, also, that Holy One who is to be born will be called the Son of God. (NKJV)
The angel replied, “The Holy Spirit will come upon you, and the power of the Most High will overshadow you. So the baby born to you will be holy, and he will be called the Son of God. (NLT)
Jawab malaikat itu kepadanya: “Roh Kudus akan turun atasmu dan kuasa Allah Yang Mahatinggi akan menaungi engkau; sebab itu anak yang akan kaulahirkan itu akan disebut kudus, Anak Allah. (TB Indonesia)
Malaikat itu menjawab, “Roh Allah akan datang kepadamu, dan kuasa Allah akan menaungi engkau. Itulah sebabnya Anak yang akan lahir itu disebut Suci, Anak Allah. (Berita Baik B.M)
- Berikut pula adalah surah At-Tahriim ayat 12:
And Mary, daughter of ‘Imran, whose body was chaste, therefor We breathed therein something of Our Spirit. And she put faith in the words of her Lord and His scriptures, and was of the obedient. (Pickthall)
And Mary the daughter of ‘Imran, who guarded her chastity; and We breathed into (her body) of Our spirit; and she testified to the truth of the words of her Lord and of His Revelations, and was one of the devout (servants). (Yusuf Ali)
And Marium, the daughter of Imran, who guarded her chastity, so We breathed into her of Our inspiration and she accepted the truth of the words of her Lord and His books, and she was of, the obedient ones. (Shakir)
And Mary, Imran’s daughter, who guarded her virginity, so We breathed into her of Our Spirit, and she confirmed the Words of her Lord and His Books, and became one of the obedient. (Arberry)
Dan juga (satu misal perbandingan lagi, iaitu): Maryam binti Imran (ibu Nabi Isa seorang perempuan) yang telah memelihara kehormatan dan kesuciannya (dari disentuh oleh lelaki; tetapi oleh sebab Kami telah takdirkan dia mendapat anak) maka Kami perintahkan Jibril meniup masuk ke dalam kandungan tubuhnya dari roh (ciptaan) Kami; dan (sekalipun Maryam itu hidup di antara kaum kafir) ia mengakui kebenaran Kalimah-kalimah Tuhannya serta Kitab-kitabNya; dan ia menjadi dari orang-orang yang tetap taat. (Bahasa Melayu)
dan (ingatlah) Maryam binti Imran yang memelihara kehormatannya, maka Kami tiupkan ke dalam rahimnya sebagian dari ruh (ciptaan) Kami, dan dia membenarkan kalimat Rabbnya dan Kitab-KitabNya, dan dia adalah termasuk orang-orang yang ta’at. (Bahasa Indonesia).
- Adakah kedua-dua ayat ini (Lukas 1:35 dan At-Tahriim 12) memberikan konotasi seks?
Secara jujur, bagi saya kedua-duanya (Lukas 1:35 dan At-Tahriim 12) tidak memberikan sebarang konotasi seks.
- Cuma, tafsir Ibn Khatir yang menyatakan demikian untuk At-Tahriim 12.
Maka, mengapa anda beriya-iya mengatakan Lukas memberikan konotasi seks? Jika demikian, untuk konsisten, tidakkah anda juga perlu mengatakan surah At-Tariim 12 juga memberikan konotasi seks kerana menyebut perkataan seperti فَرْجَهَا yang membawa maksud ‘kehormatan’, ‘chasity’, ‘virginity’, dan ‘alat sulit’?
Sebenarnya, hal ini tidak akan timbul jika srsaza dan anda tidak cuba mengatakan Tuhan telah menghamilkan Maria melalui seks. Hakikatnya, ia adalah dakwaan yang tidak wajar dan tidak relevan.
__________________

Sam 1528: Hi Tiwas ,
Sapa yg dakwa ‘plural of respect’ ada dlm OT?? Ia tatabahasa bahasa hebrew dan OT yg ori adalah dlm bahasa hebrew. Argumentasi anda dipanggil ‘circular reasoning’. Anda gunakan doktrin trinity utk OT and cuba menyatakan yg dlm OT ada konsep trinity.
Artikel yg anda bagi sama spt yg terdulu iaitu anda cuba tafseer OT dgn doktrin trinity. Anda gunakan ezra4:18 sebagai contoh. Dlm ayat tsb , surat tsb adalah kepada raja yg mewakili negara / pengikut dia. Kegunaan ‘my’ dlm ayat tsb adalah surat tsb dibaca kepada raja sahaja. Apa yg kontradik spt dakwaan artikel yg anda bagi?? Ini bermakna org yg menulis artikel tsb tak ada fahaman ttg ‘plural of respect’. Argumentasi artikel tsb dtg dari referensi #15 iaitu ‘Gesenius Hebrew Grammar’. Rujukkan online adalah spt berikut :
‘..the pluralis excellentiae or maiestatis, as has been remarked above, is properly a variety of the abstract plural, since it sums up the several characteristics[5] belonging to the idea .. the language has entirely rejected the idea of numerical plurality in אֱלֹהִים‎ (whenever it denotes one God), is proved especially by its being almost invariably joined with a singular attribute .. ‘
(en.wikisource.org/wiki/Gesenius%27_Hebrew_Grammar/124._The_Various_Uses_of_the_Plural-form)
Anda hanya timbulkan problem teknikal sahaja. Rujukkan 5 dlm artikel tsb huraikan spt berikut :
‘..It is, however, either communicative (including the attendant angels; so at all events in Is 68, cf. also Gn 322), or according to others, an indication of the fullness of power and might implied in אֱלֹהִים‎ (see Dillmann on Gn 126); but it is best explained as a plural of self-deliberation. The use of the plural as a form of respectful address is quite foreign to Hebrew..’
Tak ada banyak beza antara ‘plural of respect’ dan ‘plural of deliberation’ ttg tuhan. Singkatnya – ‘it is god speaking to his heavenly court’. Anda telah bagi artikel ttg messianic jews. Artikel ini adalah jawapan terhadap artikel anda :
‘..Smith’s Bible Dictionary has this to say on the same subject in their article entitled “God”:
The plural form of Elohim has given rise to much discussion. The fanciful idea that it referred to the trinity of persons in the Godhead hardly finds now a supporter among scholars. It is either what grammarians call the plural of majesty, or it denotes the fullness of divine strength, the sum of the powers displayed by God (p. 220)..’
(torahofmessiah.com/elohim.html)
Apa yg nak diceritakan ttg zohar?? Isu skg adalah biblical jesus pernah mengaku ttg trinity?? Kalau ada , sila bagi rujukkan bible.
Ttg peribadi trinity , saya akan ulaskan isu tsb dgn tambahan perkataan ‘fully’ supaya anda faham apa kesulitan doktrin tsb. ‘father is fully god’ ; ‘son is fully god’ ; ‘holy spirit is fully god’ ; ‘they are not 3 fully gods but 1 fully god’. Boleh anda jelaskan macamana ’3 fully gods’ boleh jadi ’1 fully god’??
Konsep tawheed yg bermakna tuhan 1 berlambak dlm Quran dan tawheed adalah dari huruf kunci ahad makna 1 ; Quran112:1. Anda nyatakan ttg penyelidikkan bible yg jelaskan konsep trinity. Sila bagi rujukkan bible yg nyatakan
(1) father is fully god (2) ‘son is fully god’ (3) ‘holy spirit is fully god’ (4) ‘not 3 fully god but 1 god’
Saya tak ada isu dgn penjelasan Qurtubi ttg samiri. Dia hanya maklumkan tsb dari Ibn Ishaq , kononnya paulus dihantar ke rom. Tapi cerita tsb tiada isnad. Macamana anda kata yg tsb betul manakala Al Qurtubi tak sekali kali konfom yg cerita tsb betul?? Macamana pulak paulus dihantar ke rom oleh biblical jesus pasal si paul tak pernah jumpa biblical jesus , tak ada bukti biblical suruh dia pergi ke rom dan ikut mat15:24 dan mat10:6 biblical jesus hanya utk bani israel saja. Ini kontradik dgn riwayat ibn ishaq. Anda perlu lebih kritis dgn cerita dari ibn ishaq dan tabari.
Pengakuan ‘oleh banyak pihak’ ttg mat28:19 :
(www.onenesspentecostal.com/matt2819-willis.htm)
Walaupun ada perkataan ‘all’ dlm mat28:19 , ia tidak lari dari suku sakan bani israel kalau kita ambil kira mat15:24 / mat10:6. Anda catat ttg acts15:7?? Acts10:28 catat yg biblical Peter konfom adalah undang2 mereka tak benarkan bani israel bergaul dgn gentile. Tiba2 biblical Peter tukar fikiran dan kata tuhan benarkan dia sebarkan ajaran biblical jesus kepada bukan bani israel hanya melalui visi. Mana bukti dlm bible yg biblical jesus suruh biblical Peter sebarkan ajaran biblical jesus kepada kaum gentile? Kalau ada , sila bagi rujukkan. Keputusan yg dibuat oleh Peter dan Paul adalah dari visi masing masing. Problem ni ….
Oh , biblical jesus adalah injeel??
- Skg anda akui yg bible bukan injeel?? Jadi bible hanyalah penulisan ttg biblical jesus oleh org yg tak pernah jumpa biblical jesus. Macamana kristian boleh anggap bible adalah kitab yg diwahyukan oleh tuhan dan juga dipanggil injeel??
- Saya catat 80% dari bibe ditulis oleh org yg tak pernah jumpa biblical jesus , yg ~ 20% itu adalah spt buku james yg kemungkinan pengikut biblical jesus. Saya tak kata sahih pun. Pasal apa anda buat andaian sedemikian?? Buku james tak catat pun yg biblical jesus tuhan.
Bart Ehrman klaim bible mempunyai ketepatan yg tinggi?? Rumusan dari buku ‘Misquoting Jesus’ ;
‘..Bart Ehrman first began to study the texts of the Bible in their original languages he was startled to discover the multitude of mistakes and intentional alterations that had been made by earlier translators. In Misquoting Jesus, Ehrman tells the story behind the mistakes and changes that ancient scribes made to the New Testament and shows the great impact they had upon the Bible we use today..’
(www.amazon.com/Misquoting-Jesus-Story-Behind-Changed/dp/0060738170)
Macamana anda klaim Bart Ehrman klaim bible mempunyai ketepatan yg tinggi??
Pembakaran oleh Khalifah Uthman(ra) adalah argumentasi tipikal yg diketengahkan oleh kristian. Anda pernah dengar ttg ‘codex sana’a'?? Mushaf Uthman(ra) dikompilasi ~ CE651 (kira2 19thn selepas kewafatan Nabi Muhammad(saw)).
‘..Sadeghi then pointed out, “For historical reasons, however, what is of greater interest is the probability that the parchment is older than a certain date. … The probability that the parchment is older than AD 646 is 75.1 %, or a three-to-one likelihood. It is highly probable therefore, that the Ṣanʿāʾ I manuscript was produced no more than 15 years after the death of the Prophet Muhammad.”[43] He concluded that the scriptio inferior text belonged to the period of the companions of Prophet Muhammad, whilst the scriptio superior text belonged to the ʿUthmānic tradition, and using stemmatics, the ʿUthmānic tradition was shown to give the most accurate reproduction of the Prophetic prototype.[44] Following up on his previous study, in 2012 Sadeghi and Goudarzi had published an article on Ṣanʿāʾ I,[45] giving for the first time a complete edition of the scriptio inferior that is undoubtedly the authoritative edition so far..’
(www.islamic-awareness.org/Quran/Text/Mss/soth.html)
Perbandingan telah dibuat oleh Dr Puin dan skg muridnya Dr Neuwirth dan konklusinya , tiada perbezaan antara codex sana’a dan mushaf Uthman(ra). Kami muslim ada bukti kukuh ttg isi kandung Quran yg tiada beza. Anda kristian ada bukti sekukuh demikian??
‘….new findings of Qur’anic text fragments , moreover , can be adduced to affirm rather than call into question the traditional picture of the Qur’an as an early fixed text composed of the suras we have..’
[Angelika Neuwirth : The Cambridge companion to the Quran , pg 100]
(books.google.com.my/books?id=F2oLiXT_66EC&pg=PA97&lpg=PA97&dq=angelika+neuwirth+cambridge+companion+of+quran&source=bl&ots=kMl9YxragT&sig=rRXDIVLQB6Y76FD0jYvAz23PNzM&hl=en&ei=B8ZYTbKSJs2srAeqm42MBw&sa=X&oi=book_result&ct=result&resnum=4&ved=0CCoQ6AEwAw#v=onepage&q=angelika%20neuwirth%20cambridge%20companion%20of%20quran&f=false)
Tafseer Ibn Kathir tak kata yg Maryam(ra) hamil dari perlakuan seks. Pasal apa anda ulangi klaim anda yg Ibn Kathir catat Maryam(ra) hamil dari perlakuan seks?? Langsung tak ada konotasi seks dlm tafseer Ibn Kathir. Apa yg memalukan ttg tafseer Ibn Kathir??
luk1.35 ‘..The Holy Spirit will come on you, and the power of the Most High will overshadow you..’. Apa konteks kalau lelaki ‘come upon / on’ perempuan dan ‘power’ dia ‘overshadow’ perempuan tsb?? Kita tukarkan lelaki kepada ‘holy spirit’. Apa konteks ayat tsb?? Tak tau ttg anda , jelas ia ada konotasi seks. Isu yg luke adalah yahudi atau gentile tak akan kemana pasal ia poin yg masih didebat antara ‘biblical scholars’. Link yg saya bagi adalah pemahaman yahudi – katolik ttg luk1:35. Yahudi pasal biblical jesus bangsa yahudi dan katolik pasal sekte katolik yg paling hampir kepada zaman penulisan buku luke. Pemahaman mereka jelas ada konotasi seks pada penghamilan biblical mary.
‘Virginity’ , ‘chastity’ dan ‘alat sulit’ bukan bawa apa2 konotasi seks. Tak ada dlm Surah tahrim konotasi seks spt luk1:35.
__________________
Tiwas: Hai sam1528,
Tentang “Plural of Respect”,
Saya tidak melakukan ‘circular reasoning’. Sebaliknya, saya hanya menyatakan pengajaran tentang konsep Triniti boleh diketahui melalui penyelidikan Alkitab. Jika benar saya melakukan circular reasoning, apa kata anda tunjukkan langkah demi langkah bagaimana saya telah melakukan ‘circular reasoning’.
Saya juga mendapati perbincangan kita tentang ‘Plural of Respect’ ini terlalu tertumpu kepada perkataan ‘elohim’. Apabila saya melihat semula komen2 saya sebelum ini, saya juga nampaknya telah menyumbang kepada salah faham ini.
Mungkin perlu ditekankan semula, konteks yang saya perkatakan adalah penggunaan perkataan ‘elohim’ serta kata ganti nama diri ‘kita’ di dalam Kejadian 1:26 berikut;
Berfirmanlah Allah: “Baiklah Kita menjadikan manusia menurut gambar dan rupa Kita, supaya mereka berkuasa atas ikan-ikan di laut dan burung-burung di udara dan atas ternak dan atas seluruh bumi dan atas segala binatang melata yang merayap di bumi.”
Perkataan “Allah” adalah terjemahan kepada “elohim”. Menariknya, kata ganti nama diri yang digunakan adalah ‘kita’. Persoalannya, mengapa?
Kejadian 1:26 ini tidak boleh dijelaskan sebagai ‘Plural of Respect’ kerana di dalam ayat seterusnya, kata ganti nama diri yang digunakan untuk “elohim” tidak bersifat jamak.
Kej 1:27 & 29,
27 Maka Allah menciptakan manusia itu menurut gambar-Nya, menurut gambar Allah diciptakan-Nya dia; laki-laki dan perempuan diciptakan-Nya mereka.
28 Berfirmanlah Allah: “Lihatlah, Aku memberikan kepadamu segala tumbuh-tumbuhan yang berbiji di seluruh bumi dan segala pohon-pohonan yang buahnya berbiji; itulah akan menjadi makananmu.
Maka, ini menunjukkan terdapat bentuk awal konsep Triniti ini di dalam Perjanjian Lama. Konsep Triniti ini menjadi lebih jelas di dalam Perjanjian Baru.
______________________________
Tentang Zohar,
Kepercayaan Zohar ini adalah salah satu cabang kepercayaan Yahudi yang wujud sebelum zaman kehidupan Yesus. Menariknya, di dalam kepercayaan Zohar mempunyai suatu fahaman plural yang seakan-akan Triniti. Itulah sebabnya saya menimbulkan tentang Zohar kerana anda mengatakan konsep plural seperti Triniti tidak wujud pada zaman kehidupan Yesus.
_______________________________
Tentang Triniti,
- Saya akui kesulitan konsep doktrin Triniti. Namun, sulit tidak bermakna konsep doktrin ini tidak wujud di dalam Alkitab.
- Persoalan sekarang adalah ‘adakah konsep Triniti wujud di dalam Alkitab’? Jawapannya adalah ya.
- Jika anda tidak percaya kepada konsep Triniti, itu bukanlah satu masalah. Anda berhak untuk tidak mempercayainya. Namun, ia menjadi masalah apabila anda mendakwa konsep Triniti tidak ada di dalam Alkitab.
- Ini kerana konsep ini timbul daripada Alkitab sendiri.
- Argumen paling baik yang anda boleh berikan untuk menidakkan Triniti hanyalah dengan mengatakan ‘Alkitab telah diubah’.
- Atas sebab itulah saya memberikan penjelasan menggunakan konsep Tauhid kerana konsep Tauhid juga diperolehi melalui Al-Quran. Saya tidak menafikan konsep Tauhid ada di dalam Al-Quran kerana saya tahu konsep ini ada di dalam Al-Quran.
________________________________
Tentang Al-Qurtubi, Samiri dan Paulus,
- Al-Qurtubi juga tidak pasti tentang Samiri. Namun, anda tidak ada masalah tentang ketidak-pastian tersebut?
- Saya tidak mengatakan Al-Qurtubi benar tentang Paulus, namun, tidakkah ini menunjukkan Muslim awal tidak mempunyai sebarang masalah terhadap Paulus? kerana Al-Qurtubi sendiri tidak mengatakan kisah tersebut sebagai tidak benar. Lagipun, jika ia tidak benar, mengapa Al-Qurtubi memasukkannya?
- Siapa yang memulakan dakwaan bahawa kononnya Paulus adalah murid palsu/pencipta Kristianiti? Yang pasti, Muslim pada mulanya tidak beranggapan demikian. Jika ada, apa kata anda berikan penulisan Muslim awal yang mengatakan Paulus adalah pencipta Kristianiti.
_____________________________
Tentang Matius 28:19,
- Anda memberikan pautan kepada ‘pihak’ yang anda perkatakan. Cuma, ‘pihak’ anda tersebut hanya mempertikaikan tentang ungkapan ‘Bapa, Anak dan Roh Kudus’.
- Ia tidak mempertikaikan tentang ‘semua bangsa’.
- Ia juga bukan seperti yang anda cuba katakan iaitu hanya merujuk kepada ‘suku Israel’ tetapi merujuk kepada bangsa lain selain Israel.
- Yesus sendiri juga mengatakan di dalam Matius 24:14 bahawa Injil akan diberitakan kepada semua bangsa.
- Malah, Yesus sendiri telah memberitakan Injil kepada bangsa lain selain Israel (Yoh 4:4-42) walaupun budaya Yahudi zaman tersebut melarang keras pergaulan dengan bukan Yahudi.
- Maka, ia konsisten dengan perbuatan Petrus dan Paulus yang memberitakan Injil kepada bangsa lain selain Yahudi.
- Maaf, cuma sangat jelas maksud ayat Matius 28:19 yang anda cuba nafikan.
___________________________
Tentang Yesus dan Injil,
- Ya, Yesus adalah Injil itu sendiri. Mengapa anda seolah2 terkejut?
- Kristian tidak pernah mengatakan Alkitab adalah Injil. Alkitab adalah himpunan kitab2 sementara Injil adalah tentang Berita Baik Keselamatan Manusia melalui Yesus Kristus.
- Ini merupakan pemahaman Kristian sejak permulaan lagi.
- Selain itu, kenyataan anda yang berikut: “Jadi bible hanyalah penulisan ttg biblical jesus oleh org yg tak pernah jumpa biblical jesus” adalah tidak munasabah kerana jelas bahawa Matius, Yohanes, Yakobus, dan Petrus adalah murid2 Yesus sendiri.
- Nampaknya anda keliru tentang apa itu Alkitab dan apa itu Injil apabila anda mengatakan “Macamana kristian boleh anggap bible adalah kitab yg diwahyukan oleh tuhan dan juga dipanggil injeel??”.
____________________________
Tentang Bart Ehrman,
- Sebenarnya, itu adalah kata-kata ‘promosi’ untuk melariskan jualan bukunya. Saya berkata demikian kerana pendirian sebenar Bart Ehrman secara akademik adalah jauh berbeza dengan apa yang dinyatakan di dalam buku tersebut.
- Ia jelas apabila sebuah lagi buku, juga melibatkan Bart Ehrman, iaitu “The Text of the New Testament: Its Transmition, Corruption, and Restoration”, Bart Ehrman mempunyai kesimpulan yang jauh berbeza dengan buku ‘popular’nya iaituMisquoting Jesus.
- Kedua2 buku tersebut diterbitkan pada masa yang sama (iaitu 2005), menggunakan sumber yang sama, melibatkan orang yang sama, namun kesimpulan yang jauh berbeza?
- Di dalam buku “The Text of the New Testament”, Bart Ehrman bersetuju dengan kesimpulan berikut:
“We can appreciate how bountiful the attestation is for the New Testament if we compare the surviving textual materials of other ancient authors who wrote during the early centuries of Christianity..” (The Text of the New Testament, m/s 50)
_____________________________
Tentang Codex Sana’a,
- Sangat mengejutkan anda menimbulkan hal ini kerana Codex Sana’a sebenarnya adalah bukti bahawa terdapat perubahan tekstual di dalam Al-Quran.
- Codex Sana’a ini tidak begitu diberikan perhatian yang sepatutnya oleh Muslim dan kajian yang dilakukan ke atas codex ini juga terlalu terhad.
- Saya telah membaca petikan penuh Angelica Neuwirth. Namun, konteks petikan tersebut merujuk kepada teori yang diberikan oleh John Wansbrough. Apakah teori tersebut?
- Menurut John Wansbrough, Al-Quran terbentuk dengan lengkap 200 tahun selepas kehidupan Nabi Muhammad.
- Dengan kata lain, menurut Wansbrough, Nabi Muhammad bukanlah penerima asal Al-Quran.
- Teori ini yang tidak dipersetujui oleh Angelica Neuwith.
- Maka, adalah tidak relevan anda memasukkan kenyataan Angelica Neuwrith ini kerana ia bukan memperkatakan tentang teks Al-Quran.
- Sebaliknya, Angelica Neuwirth mempunyai pendapat yang bercanggah dengan apa yang cuba anda berikan. Saya berikan petikan Angelica Neuwrith berikut berkenaan dengan tekstual Al-Quran:
“No critical text has as yet been established nor have the variant readings – transmitted in Islamic tradition or recently discovered – received systematic scholarly
evaluation. This delay is, regarding the reluctance within the Muslim community to
embark on such a venture, not surprising.”
(www.quranandinjil.org/pdfs/Quran-and-History-Neuwirth.pdf)
- Hakikatnya, Angelica Neuwrith sendiri bersetuju bahawa wujud ‘variant’ di dalam Al-Quran.
Mungkin Projek Corpus Curanicum akan memberikan info yang lebih lanjut tentang codex ini dan juga manuskrip2 kuno Al-Quran yang lain.
____________________________
Tentang Maryam/Maria,
- Mungkin perlu ditekankan, saya tidak pernah mengatakan Tafsir Ibn Khatir mengatakan Maryam hamil melalui perlakuan seks. Anda boleh merujuk semula komen2 saya tentang hal ini.
- Saya hanya menyatakan tafsir Ibn Khatir sendiri memberikan konotasi seks kerana beliau mengatakan malaikat Jibril telah datang dalam bentuk lelaki sepenuhnya, lalu meniup ke dalam bukaan kain Maryam yang kemudian nafas tersebut masuk melalui bahagian sulit Maryam dan seterusnya ke dalam rahimnya.
- Tentang petikan Yahudi tersebut, masalahnya, pemahaman Yahudi pada zaman kehidupan Yesus tentang kehamilan Maria tidak seperti itu. Jika tidak, sudah pasti ia ada disebut di dalam penulisan bapa2 gereja awal seperti Irenues, Justin Mrtyr, dan juga murid2 Yesus sendiri seperti Petrus, Yakobus dan lain2.
- Mereka melihatnya sebagai mukjizat.
- Jika kita membaca secara natural ayat Lukas 1:35, ia juga langsung tidak memberikan sebarang konotasi seks.
- Malah, di dalam sumber anda sebelum ini (letmeturnthetable), penulis mengakui bahawa perkataan ‘come on’ dan ‘overshadow’ boleh membawa maksud yang lain yang tidak membawa konotasi seks.
- Yang menghairankan, anda memilih untuk menggunkan penjelasan lain sedangkan ia tidak relevan.
________________________________
Sam1528: Hi Tiwas ,
Isu Dirham :
Sapa yg luaskan definisi dirham?? Definisi mana yg anda pakai kata dirham hanyalah matawang berupa ‘wang ringgit’?? Anda langsung tak beri apa2 bukti. Mana rujukkan anda?? Definisi dirham yg diberi adalah dari (1) Kamus oxford , dan , (2) Definisi syariah. Fakta sejarah spt diberi pada zaman Nabi Muhammad(saw) ; ‘..In the beginning the Muslims used gold and silver by weight and the dinar and dirhams that they used were made by the Persians..’. Jelaskan apa makna / maksud ayat tsb?? Taukah anda bahawa ‘coin’ dirham sebenarnya adalah sukatan tetap perak?? Tak kan dah dijelaskan lebih dari 4 kali anda masih tak paham. Apa makna ‘..The Islamic Dirham is a specific weight of pure silver equivalent to 3.0 grams..’?? Adakah ia berupa sukatan tetap perak atau wang kertas atau syling spt apa kita gunakan??
Isu hukuman salib :
Cross pada konteks tsb adalah lambang kepada kristian. Konteks tsb bermakna cara Nabi Isa(as) kononnya disalib. Anda tak bagi apa2 bukti yg ia pemahaman Nabi Muhammad(saw) ttg zaman firaun. Ini dah dijelaskan pada Quran38:12 (sahih muslim) ‘..and Pharaoh, the owner of stakes..’. Penjelasan dari Lane Lexicon sudah diberi. ‘Corpus Quran’ pun konfom ‘awtad’ bermakna stakes : (corpus.quran.com/wordbyword.jsp?chapter=38&verse=12). Definisi ‘crucifixion’ sudah diberi dan ia jugak bermakna hukuman ‘impalement on a stake’. Anda dah tak mampu bagi poin anda berdasarkan fakta. Anda hanya mampu berpusing ttg ‘meluaskan definisi’. Ini adaah satu argumentasi yg lemah.
Isu Samaria :
Anda masih tak mampu jawab. Pasal apa anda kata Quran salah?? Anda bawak isu ttg Samaria tapi bible , komentar john gill / adam clarke konfom Samaria wujud pada zaman Sodom dan Salem (nama lama Jerusalem). Kalau anda kata is dicatat oleh bibllical Ezekiel , ini bermakna bible dah salah pasal Sodom telah dihancurkan pada zaman biblical Lot. Eze16:46 konfom yg Samaria adalah ‘older sister’ pada Jerusalem dan ‘younger sister’ Jerusalem adalah Sodom. Anda dgn degil kata ia bermakna Samaria adalah metropolis yg lebih besar dari Jerusalem. Implikasinya – bandar2 tsb wujud pada zaman yg sama. Komentar tsb amat jelas dgn kesimpulannya. Isu skg anda harus jelaskan kesalahan anda.
Isu eze37:1-10 dan kebangkitan semula :
Apa yg literal? Apa pemahaman anda ttg kebangkitan semula? Kalau org mati dipancung dan dipotong tangan / kaki , adakah kebangkitan dia dipadang mashyar dgn tiada kepala / tangan / kaki?? Langsung tak logik. Dosa dan maut bukan sifat fizikal. Kita dok cakap ttg kebangkitan fizikal. Eze37:1-10 kalau difahamkan dari aspek literal , ia bermakna kebangkitan fizikal tiada cacat cela. Kalau ada lubang pada tangan / kaki biblical Jesus bermakna beliau tak mati. Ini logik dipetik dari penjelasan bible. Mana rujukkan bible yg biblical jesus mengaku mati dan alami kebangkitan fizikal?? Tak ada satu dari rujukkan yg anda bagi konfom tsb. Buku acts / cor ditulis oleh paul yg tak pernah jumpa biblical jesus. Peter bukan saksi pada ‘kematian’ biblical Jesus.
Isu kematian biblical Jesus :
Anda harus ingat. Iman anda berlandaskan kematian dan kebangkitan fizikal biblical jesus bukan hanya kematian nya. Tak ada dlm mana2 petikkan sejarah yg konfom biblical Jesus mati dan alami kebangkitan fizikal. Mana bukti luar bible yg konfom tsb?? Anda boleh cari tapi anda tak akan jumpa. Quran kata kristian sendiri tak dapat konfom Nabi Isa(as) disalib. Sapa yg jadi saksi ttg penyaliban beliau?? Tak ada. Buku2 gospel ditulis oleh … tak tau sapa dan kemungkinan org yg tak kenal biblical Jesus. Mana konformasi dari bible yg biblical Jesus mati disalib dan alami kebangkitan fizikal , paling kurang pengakuan beliau??
Isu Barabbas :
Sorry , ia patut mat27:17. Dlm hal ini saya gunakan bible NRSV. Jesus Barabbas makna Jesus ‘son of father’. Biblical Jesus panggil tuhan dia ‘father’. Biblical jesus telah direject oleh bani Israel. Ini bermakna Jesus ‘The messiah’ / ‘King of Jews’ bukan biblical Jesus yg sebenar. Jesus Barabbas telah dilepaskan. Besar kemungkinan is adalah biblical Jesus yg sebenar. Kemudian org tsb telah dipukul. Sapa yg nak kenal lagi?? Muka pun dah pecah / sembam. Saya ulangi soalan saya. Macamana anda begitu konfident Jesus Barabbas bukan biblical Jesus??
Pembetulan : sahih international bukan sahih muslim pada Quran38:12
Hi Tiwas ,
Isu Plural of Respect :
Bukan kah argumentasi anda ‘circular reasoning’?? Anda tafseer OT dgn konsep trinity dan dakwa tuhan dlm OT adalah ‘triune god’ pasal ia plural. Skg anda harus jelaskan apa beza antara ‘plural of respect’ dgn ‘plural of deliberation’. Dua2 tertumpu kepada ‘..the fullness of divine strength, the sum of the powers displayed by God..’. Memang lah dibahasakan diri sbg ‘we’ atau kita. Dah konfom dgn rujukkan anda sendiri (Gesinus Hebrew Grammar) ‘..the language has entirely rejected the idea of numerical plurality in אֱלֹהִים‎ (whenever it denotes one God)..’. Ini adalah tatabahasa semitik. Saya tunggu penjelasan anda.
Isu Zohar :
Tak menjadi soal yg zohar kemungkinan percaya kepada konsep tuhan trinity. Banyak ugama pagan yg percaya kepada konsep tsb. Saya catat ‘..biblical jesus tak pernah mengaku dirinya dan ‘holy spirit’ tuhan. Ini bermakna tak ada konsep trinity semasa biblical Jesus..’. Konteks catatan saya adalah ttg konsep trinity ‘father-son-holy spirit’. Macamana tiba2 anda terlepas ke zohar?? Mana rujukkan yg biblical Jesus konfom ttg trinity??
Isu trinity :
Ok , kalau anda dakwa Trinity ada dlm bible , mana rujukkan tsb?? Saya tak kata Trinity tak ada dlm bible pasal bible telah diubah. Saya mintak rujukkan bible ttg trinity : ‘Father is fully god – Son is fully god – Holy Spirit is fully god – Not 3 fully gods but 1 fully god’. Kalau tak ada rujukkan bible , bukan kah itu bid’ah?? Ttg tawheed , penjelasan sudah diberi.
Isu Samiri :
Banyak penjelasan ttg Samiri dari Qurtubi ke ibn Kathir ke Jalalayn. Tak ada yg mengatakan beliau asal dari Samaria. Isu skg , apa sumber anda yg anda dakwa si Samiri itu berasal dari Samaria?? Muslim awal tak ada isu ttg si Paul?? Anda masih belum jawab , mana isnad ttg kononnya si Paul dihantar ke rom spt riwayat catatan ibn Ishaq?? Ibn Ishaq sendiri konform yg cerita2 beliau tak ada konfirmasi sahih. ini kemungkinan riwayat israelliyat. Si Paul langsung tak ada tempat dlm islam atau sejarah Islam.
Isu mat28:19
Laaa , kan saya dah catat ‘..lagi satu isu , mat28:19 diakui oleh banyak pihak yg is sudah ditukar. Tak ada perkataan ‘father’ / ‘holy spirit’ pada ayat asal..’. Ini adalah problem selain dari ‘all nations’. Pasal apa tak boleh tafseer ‘all nations’ dlm mat28:19 bermaksud semua suku sakan bani israel?? Ini konsisten dgn mat15:24 / mat10:6. Baca betul2 joh4:4-46 , tak catat utk wartakan injeel kepada semua bangsa. Kalau anda faham demikian , rujukkan tsb?? Isu skg si Paul / Peter tiba2 kata ok dgn bukan bani israel atas visi mereka tersendiri. Sapa mereka ini?? Mereka bukan nabi. Ini problem besar.
Isu biblical Jesus / Injeel :
Huh , kristian tak pernah dakwa bible adalah Injeel?? Ok , anda yg cakap jadi skg kita konfom bible bukan Injeel. Bolehkan anda bagi rujukkan yg konfom buku2 matthew / mark / luke / john ditulis oleh murid2 biblical Jesus yg mengenali beliau dgn nama2 tsb?? Kalau mereka yg tulis buku2 tsb , macamana anda anggap yg buku2 tsb adalah wahyu tuhan anda?? Mereka bukan nabi / tuhan. Setahu saya , adalah fakta , tak tahu sapa penulis2 gospel. Mungkin anda ada maklumat yg lain.
Isu Bart Ehrman
Err , itu bukan kata2 promosi tapi diskripsi bukunya. Apa yg anda catat hanya separuh jalan. Sambungan
‘..[he lists a number of examples, but for brevity's sake I will include only one] The surviving texts of the famous Latin historian Cornelius Tacitus (flor. c. 100 A.D.) reached the age of printing by three tenous threads. Of the fourteen books of his Histories, only four and a half survive; of the sixteen books of his Annals, ten survive in full and two in part. The text of these extant portions of his two great histoircal works depends entirely on two MSS [manuscripts], one of the ninth century and one of the eleventh. His minor works have all descended from a codex of the tenth century, but this disappeared after numerous fifteenth-century copies had been made.
In contrast with these figures, the textual critic of the New Testament is embarrassed by the wealth of material. Furthermore, the work of many ancient authors has been preserved only in manuscripts that date from the Middle Ages (sometimes late Middle Ages), far removed from the time at which they lived and wrote. On the contrary, the time between the composition of the books of the New testament and the earliest extant copies is relatively brief..’
Konteks adalah bandingan antara NT dan penulisan org spt tacitus. Jelas NT tiada yg ori pasal hanya disebut ‘copies’ Macamana ni??
Isu Codex Sana’a
Anda lari dari isu sebenar. Codex Sana’a dah dikaji selama 30 tahun oleh Dr Puin dan skg Dr Neuwirth. Setiap muka surat sudah diambil gambar. Ia adalah MSS yg lebih awal dari Mushaf Uthman. Dah 30 thn dikaji , konklusinya – tiada perbezaan. Baca betul2 apa yg dicatat dlm link yg anda anda bagi . Yg diperkatakan adalah ‘variant reading’. Ini adalah ‘ahruf’. Semua tau yg Quran diwahyukan dlm 7 ‘ahruf’. Tak jadi problem pada kami. Ia ‘variant reading’ bukan ‘variant text’. Contoh , ‘air’ disebut ‘ayer’ oleh org selatan semenanjung tapi ‘ayak’ oleh org2 kedah / perlis. Dua2 ‘variant reading’ tsb bermaksud ‘air’. Anda tau apa ‘ahruf’?? Isikandung link yg anda bagi terdapat dlm buku tsb.
Isu Maryam(ra) / biblical Mary
Tiup bukan konotasi seks maupun seks oral. Macamana anda boleh paham tiupan roh yg difahamkan oleh ibn Kathir ada melalui bahagian sulit Maryam(ra) ada implikasi seks?? Cuba anda baca luk1:35 dan jawab soalan saya. Apa maksud kalau lelaki ‘come on / upon’ perempuan dan ‘power’ dia ‘overshadow’ perempuan tsb?? Tukar lelaki kepada ‘holy spirit’. Bukan kah ayat tsb ada konotasi seks?? Saya dah jelaskan yg link saya bagi adalah kefahaman luk1:35 ikut pemahaman yahudi berasaskan OT. Kata2 kunci spt ‘power’ / ‘overshadow’ membawa maksud seks. Anda tak boleh lari dari hakikat demikian. Memang anda boleh kata perkataan tsb bawa maksud lain. Isu pembacaan atau ‘natural reading’ utk luk1:35 ada konotasi seks. Blog ‘letmeturnthetable’ ada nyatakan ttg kefahaman katolik dlm isu ini.
Tambahan :
Isu Trinity :
Anda mengaku ada kesulitan dlm pemahaman Trinity. Adalah mustahil ’3 fully gods = 1 fully god’. Macamana anda boleh beriman pada konsep yg mustahil??
Isu Bart Ehrman :
Apa anda bagi ttg buku ‘The text of the New Testament : Its Transmission , Corruption and Restoration’ adalah perbandingan antara ‘preservation’ penulisan ahli sejarah pada zaman tsb banding dgn bible. Tak sentuh ttg korupsi bible. Buku ‘Misquoting Jesus’ jelaskan ttg korupsi bible (sengaja dan tak sengaja)
Isu Codex Sana’a :
Kita bukan cakap ttg pendapat John Wansborough yg dah konfom salah dgn ‘scholarship’ terkini. Fokus kita adalah ttg kenyataan Angelika Neuwirth yg saya akan ulang : ‘..new findings of Qur’anic text fragments , moreover , can be adduced to affirm rather than call into question the traditional picture of the Qur’an as an early fixed text composed of the suras we have..’. Anda klaim Codex Sana’a bukti ada perubahan text dlm Quran. Bukti anda?? Pendapat Angelika Neuwirth adalah tiada perubahan pada text Quran.
Isu Maryam(ra) / Biblical Mary :
Link saya bagi adalah pendekatan yahudi – katolik. Biblical Jesus adalah dari bangsa Bani Israel berbahasa aramaic (salah satu dilek hebrew). Sekte katolik adalah terdekat dgn zaman tsb. Pendekatan anda adalah kita perlu ikut konteks zaman tsb (sepertimana argumentasi anda ttg dirham / ‘crucifixion’). Anda harus konsisten dgn pendirian anda. Apa isu kalau luk1:35 ditafseer dgn pendekatan zaman tsb dgn bahasa dan tafseer dari pendekatan hebrew. Bukan kah ia memenuhi kehendak anda dgn pamahaman di zaman tsb??
_______________________________


Tiwas: Hai sam1528,
Mungkin saya kurang jelas, saya akan cuba menjelaskannya sekali lagi,
Tentang dirham,
1. Anda merujuk kepada kamus Oxford,
- Masalahnya, ia jelas menunjukkan dirham hanya wujud beberapa abad selepas ‘drakhme’. Sedangkan zaman kehidupan Yusuf jauh lebih awal lagi. Ini bererti bukan sahaja dirham belum wujud, tetapi ‘drakhme’ sendiri juga belum wujud.
- Maka, definisi kamus Oxford ini hanya menunjukkan asal-usul dirham. Ia tidak menunjukkan ia digunakan pada zaman kehidupan Yusuf.
2. Definisi syariah,
- Definisi ini lebih lewat berbanding ‘drakhme’, malah definisi ini wujud beberapa puluh tahun selepas Nabi Muhammad memulakan Islam.
- Maka, definisi syariah ini hanya menunjukkan penggunaan dirham pada zaman permulaan Islam.
Kesimpulan,
- Definisi2 ini gagal membuktikan bahawa dirham wujud pada zaman kehidupan Yusuf kerana,
i) Menurut kedua2 definisi, dirham adalah dalam bentuk syiling perak yang mana mempunyai sukatan berat dan bentuk yang telah ditetapkan.
ii) Akan tetapi, ‘Coin’ atau syiling seperti itu belum wujud pada zaman kehidupan Yusuf. Sukatan perak yang digunakan bukan dalam bentuk ‘coin’ atau syiling yang seragam tetapi dalam bentuk yang pelbagai saiz seperti gulungan, kepingan dan ketulan.
iii) Malah, rujukan daripada hadis juga menunjukkan bahawa dirham adalah sejenis ‘coin’ atau syiling yang mana mempunyai bentuk dan saiz yang seragam.
___________________________
Tentang hukuman salib,
1. Cara hukuman kerajaan Mesir kuno pada zaman kehidupan Yusuf adalah dengan menyulah menggunakan ‘stake’ atau pancang kayu.
2. Maka, untuk argumen anda berjaya, anda perlu meluaskan maksud ‘salib’ dengan mengatakan ‘stake’ juga boleh dikatakan sebagai salib.
3. Masalahnya, terdapat perkataan khusus untuk ‘stake’ di dalam Al-Quran iaitu ‘awtad’. Anda sendiri mengakuinya.
4. Jika demikian, mengapa hukuman pada surah Yusuf ayat 41 tersebut menggunakan perkataan ‘salib’ dan bukan ‘awtad’ jika ia sebenarnya merujuk kepada hukuman sulah yang menggunakan pancang kayu/’stake’?
5. Hakikatnya, Al-Quran sendiri membezakan diantara ‘stake’ (awtad) dan ‘cross/palang’ (salib).
Kesimpulan,
- Argumen anda lemah kerana anda terpaksa meluaskan definisi ‘salib’ sedangkan konteks penggunaannya di dalam Al-Quran dan juga hadis dengan jelas menunjukkan ia adalah hukuman yeng berbentuk palang dan bukan pancang.
_________________________
Tentang Samaria,
Sebelum itu, beberapa salah faham anda perlu diperbetulkan,
1. Komentari John Gill dan Adam Clarke tentang Yehezkiel 16:46 tidak mengatakan Samaria wujud pada zaman Musa.
2. Konteks komentari2 tersebut adalah merujuk kepada zaman kehidupan Nabi Yehezkiel di mana Samaria telah pun wujud iaitu beberapa ratus tahun selepas zaman kehidupan Musa.
Anda boleh menilainya sendiri di laman web berikut:
- John Gill (www.biblestudytools.com/commentaries/gills-exposition-of-the-bible/ezekiel-16-45.html)
- Adam Clarke (www.studylight.org/com/acc/view.cgi?book=eze&chapter=016)
Kembali kepada persoalan Samaria,
1. Hakikatnya, Samaria hanya wujud beberapa ratus tahun selepas zaman kehidupan Nabi Musa. (en.wikipedia.org/wiki/Samaria_(ancient_city))
2. Maka, satu-satunya jalan untuk menyelesaikan anakronisme sejarah pada surah Ta-Ha ayat 85-88 adalah dengan cuba mengubah maksud As-Samiri menjadi seorang peribadi.
3. Masalahnya, perkataan yang digunakan untuk As-Samiri pada Surah Ta-Ha 85-88 merujuk kepada seorang Samaria.
4. Anda cuba menggunakan tafsir Al-Qurtubi, masalahnya, Al-Qurtubi sendiri tidak pasti siapakah As-Samiri yang sebenarnya.
5. Anda kemudian cuba ‘menunjukkan’ bahawa Alkitab bahagian Perjanjian Lama juga mengatakan Samaria wujud pada zaman Nabi Musa.
6. Ironiknya, dengan cuba berbuat demikian, anda secara tidak langsung mengakui As-Samiri sebenarnya merujuk kepada bangsa Samaria.
Kesimpulan,
- Anda tidak dapat membuktikan bahawa As-Samiri adalah peribadi dan juga anda tidak berjaya membuktikan Samaria wujud pada zaman kehidupan Nabi Musa.
- Hakikatnya, pendapat seluruh bidang pengkajian tamadun kuno bercanggah dengan anda dan juga Al-Quran.
_________________________
Tentang Yehezkiel 37:1-10,
1. Masalah utama adalah anda mengandaikan kebangkitan Yesus adalah sama dengan pengelihatan kebangkitan pada Yehezkiel 37:1-10.
2. Isu yang anda pertikaikan adalah lubang pada tangan dan kaki serta tubuh Yesus.
3. Perhatikan, bukan sekadar kaki dan tangan Yesus yang berlubang, tetapi juga rusukNya yang telah ditusuk dengan lembing.
4. Secara logiknya, adakah seseorang itu dapat berjalan, berkata-kata dengan normal, atau kekal hidup jika rusuknya mempunyai lubang?
5. Anda juga tidak mempertimbangkan sebab mengapa lubang tersebut kekal ada, iaitu menunjukkan Yesus bangkit secara fizikal dan bukan sekadar secara roh.
Anda juga mengajukan soalan yang tidak munasabah, anda bertanya,
Mana rujukkan bible yg biblical jesus mengaku mati dan alami kebangkitan fizikal?
Perhatikan ayat Alkitab berikut:
Lukas 24:36-39,
36 Dan sementara mereka bercakap-cakap tentang hal-hal itu, Yesus tiba-tiba berdiri di tengah-tengah mereka dan berkata kepada mereka: “Damai sejahtera bagi kamu!”
37 Mereka terkejut dan takut dan menyangka bahwa mereka melihat hantu.
38 Akan tetapi Ia berkata kepada mereka: “Mengapa kamu terkejut dan apa sebabnya timbul keragu-raguan di dalam hati kamu?
39 Lihatlah tangan-Ku dan kaki-Ku: Aku sendirilah ini; rabalah Aku dan lihatlah, karena hantu tidak ada daging dan tulangnya, seperti yang kamu lihat ada pada-Ku.”
- Mengapa mereka mengatakan Yesus adalah hantu?
Kerana, mereka tahu sebelum itu Yesus telah pun mati disalibkan.
- Apa respon Yesus?
Yesus menenangkan mereka dengan menunjukkan Dia bukanlah hantu tetapi benar2 telah bangkit secara fizikal daripada kematian. Dengan kata lain, Yesus secara tidak langsung mengakui telah bangkit dari kematian walaupun Dia tidak mengungkapkan “saya telah mati, sekarang saya bangkit kembali”.
Sebagai penjelasan mengapa soalan anda tidak munasabah,
- Katakan saya sedang mencangkul tanah.
- Lalu datang seorang lelaki menemui saya dan nampak apa yang saya sedang lakukan.
- Dia pun bertanya, “Buat apa tu?”
Tidakkah itu suatu soalan yang tidak munasabah? Lelaki itu sudah tahu saya sedang mencangkul tanah.
Sama dengan konteks peristiwa kematian Yesus.
1. Semua yang ada di Yerusalem ketika itu tahu Yesus telah dihukum salib.
2. Semua mereka juga tahu Yesus telah mati disalib, termasuk murid2 Yesus. Malah kematian Yesus disahkan oleh askar Rom yang menjalankan hukuman tersebut.
3. Maka, adakah munasabah untuk Yesus perlu mengatakan “saya telah mati, sekarang saya bangkit kembali” sedangkan ia adalah perkara yang ‘obvious’?
Satu hal lagi, kitab Kisah Para Rasul ditulis oleh Lukas, bukan Paulus.
(bersambung)
________________________
Sam1528: Hi Tiwas ,
1. Ttg Dirham
Anda masih lari dari memberi bukti / rujukkan yg dirham hanya bermakna matawang. Tak ketemu ke bukti / rujukkan tsb?? Tak ada sapa nafi perkataan arab ‘dirham’ dtg kemudian pasal Quran diwahyukan 600 thn selepas Nabi Isa(as). Tak ada sapa kata yg kononnya matawang zaman Nabi Yusuf(as) dipanggi dirham. Isu skg ikut kamus oxford , dirham : ‘..denoting an Attic weight or coin..’. Boleh anda jelaskan apa maksud ‘attic weight’?? Zaman Nabi Yusuf , yg digunakan adalah ketulan emas / perak yg mempunyai sukatan tetap. Jadi apa yg salah ttg definisi kamus oxford dimana dirham digunakan utk jual beli Nabi Yusuf(as)??
2. Lagi sekali anda lari dari isu yg diperkatakan. Definisi ‘dirham’ dari syariah diulang : ‘..According to Islamic Law…
The Islamic Dirham is a specific weight of pure silver equivalent to 3.0 grams..’
Boleh anda jelaskan maksud definisi disebut?? Rujukkan anda adalah artikel ‘answering islam’ yg catat jual beli Nabi Yusuf(as) adalah dlm bentuk ‘bullion’. Definisi ‘bullion’ : ‘..The word ‘bullion’ has a very simple definition: a refined and stamped weight of precious metal..’ (www.onlygold.com/neverboughtgold/bullion_vs_coins_fs.htm)
Tak sama ke definisi ‘dirham’ dan ‘bullion’ yg bermaksud sukatan emas / perak yg tetap??
Kesimpulannya :
(i) Dirham bentuk syiling perak adalah sukatan perak tetap. Tu pasal kalau kita pakai dirham sebagai matawang , tiada kadar inflasi pasal matawang tsb adalah ketulan yg mempunyai sukatan perak tetap. Lain dari matawang kertas (yg kita pakai) yg berasaskan sebahagian emas dan sebahagian dari perdagangan komoditi antarabangsa. Jelas anda tak faham ttg asas matawang dirham.
(ii) Tak ada sapa kata ‘coin’ wujud pada zaman Nabi Yusuf(as). Itu pasal definisi dirham
- ‘..denoting attic weight..’
- ‘..specific weight of pure silver equivalent to 3.0 grams..’
yg sama dgn definisi ‘bullion’
- ‘..The word ‘bullion’ has a very simple definition: a refined and stamped weight of precious metal..’
digunakan. Jelas anda tak faham ttg ‘dirham’ dan ‘bullion’.
Hadith yg anda bagi tak kata ttg matawang yg berupa wang kertas atau sebagainya.
Utk kali ketiga , mana bukti / rujukkan anda yg konfom dirham hanya bermakna matawang spt ‘ringgit malaysia’?? Anda masih tak mampu bagi bukti anda. Argumentasi anda bersaskan andaian tanpa fakta.
——————————
Ttg hukuman salib
1. Nampaknya anda hanya berpusing dgn argumentasi ‘..untuk argumen anda berjaya anda perlu meluaskan maksud ‘salib’ dgn mengatakan ‘stake’ juga boleh dikatakan sebagai salib..’. Bukan kah bukti / rujukkan telah diberi?? Saya diulang definisi ‘crucifixion’ : ‘..‘..can be a stake as well as a pole on which a person is impaled or crucified..’ (pg10)
(books.google.com.my/books?id=EdbdQ-5fMr0C&pg=PA10&lpg=PA10&dq=crucifixion+is+also+impaled+on+stake&source=bl&ots=HGiaNnhhql&sig=n0UubU6urKt0qHlQ2NrV6Akhmjs&hl=en&sa=X&ei=WzWiT52TFo_JrQfT6MG8Bw&ved=0CEsQ6AEwBg#v=onepage&q=crucifixion%20is%20also%20impaled%20on%20stake&f=false)
Problem anda , argumentasi anda hanya berasaskan andaian yg salib hanyalah pada ‘cross’. Andaian kosong tak ada apa2 makna. Skg anda perlu bagi rujukkan yg ‘impalement on a stake’ bukan bermaksud ‘crucifixion’. Saya jamin anda akan lari dari memberi rujukkan tsb.
2. Firaun pada Quran38:12 digelar ‘owner / lord of stakes’ dan definisi ‘crucifixion’ juga bermakna ‘impalement on a stake’. Fakta sejarah konfom hukuman salib / ‘crucifixion’ sudah dilakukan beratus thn sebelum Nabi Yusuf(as). Ini bermakna Quran betul dari fakta sejarah dan definisi ‘crucifixion’.
3. Memang lah beza antara proses penyaliban ‘stake’ dan ‘cross’. Tapi definisi ‘crucifxion’ merangkumi kedua dua ‘stake’ dan ‘cross’. Anda hanya buat andaian yg ‘crucifixion’ hanya pada ‘cross’. Ternyata anda salah pasal definisi yg dirujuk merangkumi ‘impalement on a stake’.
Lagi sekali anda gunakan argumentasi lemah ‘..cuba meluaskan definisi salib / cross..’. Setiap argumentsai memerlukan bukti / rujukkan. Too bad untuk anda , buku ‘Ancient Jewish and Christian Perceptions of Crucifixion’ konfom crucifixion juga bermakna ‘impalement in a stake’. Bukti / rujukkan dari pihak anda , spt bisa …. tak ada
—————————
Ttg Samaria
1. Implikasi komentar John Gill / Adam Clarke konfom Samaria wujud pada zaman sebelum biblical Moses iaitu pada zaman Jerusalem dipanggil dgn nama lamanya , Salem. Kalau Samaria adalah ‘older sister’ kepada Jerusalem (eze16) , yg anda dgn degilnya klaim bandar yg lebih besar , ini bermakna kedua dua bandar tsb wujud pada zaman yg sama. Konformasi dari komentar Adam Clarke , ayat 46 (http://www.studylight.org/com/acc/view.cgi?book=eze&chapter=016) : ‘..In looking east from Jerusalem, Samaria was on the left, and Sodom on the right hand..’.
2. Rujukkan wiki anda ‘..capital of the Kingdom of Israel in the 9th / 8th century BC’..’. Tak kata bila Samaria mula wujud. Kalau anda klaim Samaria wujud pada 9th / 8th century BC , TQ lah , anda konfom yg bible dah salah. Quran tak kata Samaria , Quran catat ttg Samiri , nama org.
3. Pasal apa anda klaim Samiri bukan maksud nama org. Rujukkan anda adalah dari ‘answering islam’. Cuba anda jelaskan macamana Samiri hanya bermakna org dari Samaria??
4. Tafseer Qurtubi , Ibn Kathir , Jalalayin langsung tak catat si Samiri dari Samaria. Jadi macamana anda klaim mengikut sumber2 Islam , dia dari Samaria??
Lagi sekali anda buat kesimpulan dari andaian (tanpa bukti / rujukkan) dan mengaku anda betul. Bible konfom Samaria wujud pada zaman biblical abraham dan rujukkan wiki anda tak catat bila Samaria mulai wujud. Komentar Adam Clarke memberi implikasi Samaria wujud pada zaman Sodom. Anda pula tak mampu konfom yg Samiri berasal dari Samaria. Yg salah skg adalah diri anda dimana anda copy paste argumen dari ‘answering islam’ tanpa usul periksa.
—————————————
Ttg eze37:1-10
1. Ikut pemahaman literal kebangkitan fizikal bermaksud tiada cacat cela. Anda tak mampu sangkal kenyataan tsb. Saya ulang soalan saya. Kalau seseorang mati dipancung kepala / dipotong tangan dan kaki , adalah dia akan alami kebangkitan dgn tiada kepala / tangan / kaki??
2. Macamana keadaan rusuk yg ditusuk lembing?? Anda hanya buat andaian yg lembing tsb tusuk rusuk dan organ kritikal yg boleh menyebabkan kematian. Macamana kalau tak kena organ kritikal?? Tak semua org yg rusuknya ditusuk akan mati. Org yg kena tembak kat kepala pun ada yg hidup.
Anda hanya buat andaian yg biblical jesus mati kerana rusuknya ditusuk. Bible tak catat yg dia mati ketika rusuknya ditusuk. Cerita ini hanya ada pada ‘gospel according to john’ tapi tak ada dlm ‘synoptic gospel’.
3. Kalau biblical jesus ada lubang pada tangan / kaki bermakna dia tak mati. Bible , eze37 dah jelaskan ttg kebangkitan fizikal , tiada cacat cela.
Luk24:39 catat yg biblical jesus suruh lihat / raba tangan / kaki dia yg mempunyai lubang. Ini utk membuktikan yg dia tak mati dgn ambil kira penjelasan eze37 ttg kebangkitan fizikal. Pelik ya , dia tak suruh pun lihat / raba rusuknya. Kemungkinan cerita ‘tusukkan pada rusuk’ dlm ‘gospel according to john’ hanyalah cerita rekaan john.
Pengikut biblical jesus hanya buat andaian yg dia mati. Mereka tak tau pasal semua cabut lari pada saat genting. Yg tau hanya Joseph of Arimathea tapi tak ada kesaksian dari dia. Pilate pun terkejut yg biblical jesus dah mati dgn begitu cepat , mark15:44.
Analogi cangkul anda tak munasabah pasal tak satu pengikut biblical jesus yg konfom menyaksikan kematiannya. Anda hanya buat andaian yg biblical jesus mati. Mana konformasi dlm bible?? …. tak ada …..
Maaf . salah saya …. buku acts kemungkinan ditulis oleh luke
____________________________
Tiwas: Tentang kematian dan kebangkitan Yesus,
Benar, dasar kepercayaan Kristian adalah kematian dan kebangkitan Yesus. Jika ia tidak terjadi, sia2lah iman Kristian.
Maka, untuk membuktikan Kristianiti tidak benar, kita hanya perlu membuktikan 1)Yesus tidak disalibkan, 2)Yesus tidak bangkit dari kematian.
1) Yesus tidak disalibkan?
Anda menulis,
 Tak ada dlm mana2 petikkan sejarah yg konfom biblical Jesus mati dan alami kebangkitan fizikal. 
- Hakikatnya, hampir semua pengkaji sejarah, sama ada Kristian atau bukan (Termasuk Bart Ehrman.); skeptik, liberal atau konservatif, mengakui dan percaya bahawa menurut sejarah, Yesus telah mati disalibkan.
- Peristiwa ini juga mempunyai sokongan sejarah yang sangat kukuh sehingga John Dominic Crossan, seorang pengkaji sejarah dan juga seorang Atheist, mengatakan peristiwa penyaliban Yesus adalah peristiwa sejarah yang paling diyakini telah terjadi (Jesus: A Revolutionary Biography, m/s 145, anda boleh membaca petikan ini di amazon.com)
Berikut saya berikan dua petikan dari sumber sejarah di luar Alkitab tentang penyaliban Yesus.
Flavius Josephus (37-97 A.D.) di dalam buku Antiquities of the Jews,
“3. Now there was about this time Jesus, a wise man, if it be lawful to call him a man; for he was a doer of wonderful works, a teacher of such men as receive the truth with pleasure. He drew over to him both many of the Jews and many of the Gentiles. He was [the] Christ. And when Pilate, at the suggestion of the principal men amongst us, had condemned him to the cross, (9) those that loved him at the first did not forsake him; for he appeared to them alive again the third day; (10) as the divine prophets had foretold these and ten thousand other wonderful things concerning him. And the tribe of Christians, so named from him, are not extinct at this day.”
(www.sacred-texts.com/jud/josephus/ant-18.htm)
Cornelius Tacitus (55-120 A.D.) di dalam Annals,
“Consequently, to get rid of the report, Nero fastened the guilt and inflicted the most exquisite tortures on a class hated for their abominations, called Christians by the populace. Christus, from whom the name had its origin, suffered the extreme penalty during the reign of Tiberius at the hands of one of our procurators, Pontius Pilatus, and a most mischievous superstition, thus checked for the moment, again broke out not only in Judaea, the first source of the evil, but even in Rome, where all things hideous and shameful from every part of the world find their centre and become popular. ”
(www.sacred-texts.com/cla/tac/a15040.htm#a_15_044)
- Maka, jelas di sini Al-Quran telah memberikan kenyataan yang bercanggah kerana mengatakan Yesus tidak disalibkan.
Anda mungkin berkata, “Bagaimana dengan kebangkitan Yesus?
- Untuk menjawab hal ini, kita perlu tahu bila Kristianiti bermula dan apa kepercayaan Kristian awal ini?
Bila Kristianiti bermula?
- Berdasarkan dua petikan sumber sejarah di atas, jelas bahawa pada abad pertama lagi Kristianiti sudah ada.
- Ini bererti permulaan Kristianiti bermula pada abad pertama selepas masihi iaitu zaman di mana kebanyakkan saksi kepada peristiwa Yesus disalibkan masih lagi hidup.
- Untuk menidakkan fakta ini, anda perlu membuktikan bahawa Kristianiti bermula lewat.
Apa kepercayaan Kristian awal ini?
- Jika kita hanya merujuk kepada sumber sejarah di luar Alkitab sekali pun, kita akan mendapati bahawa Kristian menyembah Yesus sebagai Tuhan dan percaya Dia telah bangkit dari kematian sejak dari dulu lagi.
- Untuk menidakkan fakta ini, anda perlu memberikan bukti bahawa Kristian awal tidak percaya bahawa Yesus telah dibangkitkan.
Pliny the Younger (61-113 A.D.) di dalam suratnya menulis tentang Kristian,
“They asserted, however, that the sum and substance of their fault or error had been that they were accustomed to meet on a fixed day before dawn and sing responsively a hymnto Christ as to a god, and to bind themselves by oath, not to some crime, but not to commit fraud, theft, or adultery, not falsify their trust, nor to refuse to return a trust when called upon to do so.”
(www.earlychristianwritings.com/text/pliny.html)
- Dan hampir semua pengkaji sejarah, Kristian dan bukan Kristian (termasuk Bart Ehrman) bersetuju dengan fakta bahawa Kristian awal percaya Yesus telah bangkit dari kematian.
Kesimpulannya, walaupun kita tidak merujuk kepada Alkitab dan hanya bersandarkan kepada bukti sejarah sekuler, kita akan tahu bahawa,
1. Yesus adalah seorang Guru Yahudi;
2. ramai orang percaya Dia melakukan penyembuhan dan mengusir roh jahat;
3. ada yang percaya Dia adalah Mesias;
4. Dia ditolak oleh pemimpin-pemimpin Yahudi;
5. Dia disalibkan oleh Pontius Pilatus semasa pemerintahan Tiberius;
6. walaupun Dia mati dalam keadaan hina, pengikut-pengikutNya, yang percaya Dia telah bangkit dari kematian, tersebar luas sehingga ke luar tanah Palestin dan bilangan mereka banyak di Rom seawal tahun 64 selepas masihi;
7. pelbagai orang dari kota dan perkampungan–lelaki dan wanita, hamba dan merdeka–menyembahNya sebagai Tuhan.
__________________________________
Beberapa masalah pada persoalan dan dakwaan anda.
Anda menulis,
Sapa yg jadi saksi ttg penyaliban beliau?? Tak ada
- Hampir seluruh penduduk Yerusalem ketika itu tahu bahawa Yesus telah disalibkan.
- Tentera Roma yang menyalibkan Yesus juga melihat sendiri kejadian tersebut.
- Murid-murid Yesus seperti Petrus, Yohanes dan beberapa pengikut Yesus yang lain seperti Maria Magdelina juga menyaksikan penyaliban Yesus.
- Maka, apa dasar anda untuk mengatakan tidak ada saksi yang melihat penyaliban Yesus?
- Ia adalah peristiwa yang sangat diketahui umum oleh masyarakat di Yudea pada zaman tersebut sehinggakan ia dicatatkan oleh penulis2 sejarah sekuler (seperti Josephus dan Tacitus) pada era tersebut.
- Ini adalah fakta yang sangat pasti telah terjadi. Menidakkan peristiwa Penyaliban Yesus adalah sama seperti mengatakan bumi adalah rata walaupun bukti menunjukkan bumi berbentuk sfera.
Anda menulis,
Buku2 gospel ditulis oleh … tak tau sapa dan kemungkinan org yg tak kenal biblical Jesus
- Sebenarnya, kita tahu siapa yang menulis keempat2 Injil. Mereka adalah Matius, Lukas, Markus dan Yohanes.
- Mungkin anda mengulang apa yang didakwa oleh Bart Ehrman kerana beliau merupakan individu yang mempopularkan dakwaan bahawa “kita tidak tahu siapa penulis keempat Injil”.
- Argumen ini telah pun dijawab oleh Timothy Paul Jones di dalam bukunya Misquoting Truth. Beberapa konteks perlu dijelasakan,
1. Nama-nama ini (Matius, Lukas, Markus, Yohanes) merupakan nama yang telah diberikan sebagai pengarang kepada keempat kitab Injil sejak dari awal lagi.
2. Kitab2 Injil ini telah tersebar luas ke merata tempat, namun, kesemua salinan kitab2 Injil ini tidak memberikan nama lain untuk Injil Markus atau Injil2 yang lain.
3. Jika tidak, pasti akan ada yang akan memberikan nama lain selain keempat nama tersebut sebagai pengarang. Namun, sehingga kini nama pengarang yang ditemui pada keempat Injil ini adalah konsisten
- Maka, kemungkinan yang anda berikan hanyalah kemungkinan.
Anda menulis,
Mana konformasi dari bible yg biblical Jesus mati disalib dan alami kebangkitan fizikal , paling kurang pengakuan beliau??
- Untuk penyaliban, telah saya berikan. Yang menarik perhatian saya adalah bahagian berikut: “ paling kurang pengakuan beliau??
- Sebenarnya, Yesus ada mengakuinya apabila meramalkan peristiwa tersebut,
Matius 20:18-19,
18 “Sekarang kita pergi ke Yerusalem dan Anak Manusia akan diserahkan kepada imam-imam kepala dan ahli-ahli Taurat, dan mereka akan menjatuhi Dia hukuman mati.
19 Dan mereka akan menyerahkan Dia kepada bangsa-bangsa yang tidak mengenal Allah, supaya Ia diolok-olokkan, disesah dan disalibkan, dan pada hari ketiga Ia akan dibangkitkan.“”
- Yesus sedang merujuk kepada diriNya sendiri.
(bersambung)
_____________________________
Sam1528: Ikut bible / sejarah , iman kristian memang sia2. Tak ada bukti konkrit yg biblical jesus mati dan alami kebangkitan fizikal
Kalau salah satu atau kedua dua isu yg biblical jesus
(1) tak mati
(2) tak alami kebangkitan fizikal
betul …. kristian dah salah. Anda perlu bagi bukti yg konkrit dan bukan ayat2 implisit.
Anda bagi referensi Bart Ehrman , JD Crossan , F Joespheus , C Tacitus (para ahli sejarah ada kemushkilan ttg penulisan Joespheus dan Tacitus) yg hanya menyatakan biblical jesus mati disalib berasaskan pemahaman mereka dan bukan bukti dari sejarah. Tak ada bukti yg ia betul2 biblical jesus. Tambahan , tak ada mana2 ahli sejarah yg konfom biblical jesus alami kebangkitan fizikal. Jadi referensi anda tak menepati iman kristian ttg kematian dan kebangkitan fizikal biblical jesus.
Anda klaim kristianiti bermula pada awal abad pertama dan anda buat andaian ada saksi biblical jesus mati disalib dan dia alami kebangkitan fizikal. Sapa saksi2 tsb?? Ada atau tak ada??
Ada juga sekte kristian yg tak anggap biblical jesus tuhan. Tu pasal sampai skg ada sekte ‘unitarian christian’. Kepercayaan yg biblical jesus alami kebangkitan fizikal berasaskan apa?? Kristian awal / pertengahan / masakini boleh percaya yg biblical jesus mati dan alami kebangkitan fizikal. Mana buktinya dari segi sejarah / bible??
Baca balik penulisan Pilny the Younger. Dia menyatakan ttg iman kristian yg percaya dan menyanyi ‘hymm’ yg biblical jesus tuhan. Tak ada apa2 bukti yg biblical jesus tuhan. Ia hanya kepercayaan sahaja. ‘God’ dlm pemahaman bani israel adalah org yg dihantar tuhan , exo7:1 ‘..the LORD said to Moses, “See, I have made you like God to Pharaoh..’.
Percaya kepada sesuatu berlainan dari mempunyai bukti ttg sesuatu. Percaya tak bermakna berdasarkan bukti. Tak ada isu dgn poin2 anda kecuali poin 5 , 6 dan 7.
- Anda boleh konfom yg Pilate salib bibllical Jesus yg betul?? Apa bukti anda??
- Sapa yg menjadi saksi yg biblical Jesus mati pada kayu salib??
- Macamana org boleh sembah biblical Jesus pasal beliau tak pernah suruh org sembah dia. Ini ajaran sapa??
Poin anda 5 , 6 dan 7 hanyalah berasaskan andaian semata mata.
——————————————-
Persoalan skg mana bukti yg biblical jesus mati disalib?? Mana dia kesaksian pengikut2 biblical jesus?? Semua lari , mat26:56 / mark14:50. Si biblical peter pun tak mengaku jadi pengikut biblical jesus , mat26:70.
- Hampir kesemua org di Jeruslam tau yg org bernama Jesus disalib. Tak ada konformasi / kesaksian yg org tsb benar2 biblical Jesus
- Tentera rom yg salib biblical jesus kenal sapa dia?? Tak ada mana2 konformasi ttg tsb
- Boleh anda bagi rujukkan yg konfom pengikut biblical Jesus menjadi saksi pada penyaliban beliau?? Bible catat semua cabut lari. Kalau anda klaim Mary Magdalene adalah saksi biblical Jesus mati disalib , hanya pada hari ketiga , selepas sabbath beliau hendak ‘anoit’ kononnya mayat biblical jesus. Logik ke ni?? Mayat selepas 3 hari dah mula reput dan busuk. Nak dekat pun tak larat.
- Rakaman Tacitus / Josephus ttg penyaliban biblical Jesus adalah dari ‘heresay’ iaitu kepercayaan umum bukan bukti umum.
Luk23:40-49 bagi diskripsi ttg keadaan penyaliban biblical jesus. Masa tsb , keadaan adalah gelap. Org2 yg kenal biblical Jesus termasuk wanita hanya memerhati dari jauh. Nak kenal biblical Jesus pun susah pasal mukanya dah kena pukul sampai berdarah / sembam , keadaan gelap dan org2 yg kenali beliau hanya memerhati dari jauh. Jadi tak ada kesaksian dari pengikutnya , yg disalib adalah biblical jesus yg betul.
Buku ‘Misquoting Truth’ yg anda bagi sebagai referensi konfom kita tak tau sapa dia penulis2 gospel. Mark , Luke , Matthew dan John adalah nama2 pena. Sapa sebenarnya penulis2 tsb …. kita tak tau. Kitab bible (bukan Injeel ye) tersebar luas tak bermakna kita tau sapa penulis buku2 gospel. Referensi anda , Timothy Paul Jones konfom tsb.
Err , ramalan lain pengakuan lain. mat20:18-19 adalah ramalan beliau. Ia bukan pengakuan yg beliau telah mati dan alami kebangkitan fizikal. Sebenarnya tak ada dlm bible yg biblical jesus konfom / mengaku dia mati dan alami kebangkitan fizikal.
Cuba anda kira , betul ke 3 hari 3 malam??
_____________________________
Tiwas: Tentang Barabas,
Maaf, kes anda terlalu lemah. Dengan jelas Barabas dan Yesus dibezakan di dalam penceritaan kitab Injil. Selain itu, yang dipukul dengan teruk hanyalah Yesus. Barabas pula hanya dipenjarakan. Maka, itu sebenarnya boleh menjadi bukti bahawa mereka boleh membezakan siapa Yesus (cedera parah) dan siapa Barabas (hanya dipenjara).
_____________________________
Tentang Plural of Respect,
- Hujah saya kekal seperti yang saya telah berikan sebelum ini (Mei 22, 2012 @ 18:20:38).
- Anda juga hanya mengatakan saya melakukan ‘circular reasoning’. Namun, saya tidak cuba membuktikan A menggunakan A.
- Yang saya katakan adalah konsep Triniti (A) boleh diketahui melalui penyelidikan Alkitab (B).
- Jika saya mengatakan Alkitab adalah Firman Tuhan (A) kerana Alkitab mengatakan ia adalah Firman Tuhan (A), itu barulah dikatakan sebagai ‘circular reasoning’.
- Ironiknya, ada seorang yang telah melakukan ‘circular reasoning’ sebelum ini. Sila rujuk komen Mei 02, 2012 @ 22:58:06 dan respon saya kepada komen tersebut. Siapakah ‘dia’?
Tentang Zohar dan Triniti,
- Jadi, adakah anda mengakui kenyataan anda sebelum ini yang mengatakan “konsep ‘plural’ di dalam keesaan Tuhan tidak wujud di dalam kepercayaan Yahudi” telah terbukti tidak benar melalui Zohar?
Mungkin terlalu panjang jika saya memasukkan semua rujukan Alkitab tentang Triniti di sini. Apa kata anda (dan pembaca lain) merujuk laman web berikut yang memberikan ‘outline’ ayat2 Alkitab yang menjadi dasar kepada konsep Triniti:http://www.irr.org/trinity-outline.html
________________________________
Tentang Matius 28:19,
Anda menulis,
Pasal apa tak boleh tafseer ‘all nations’ dlm mat28:19 bermaksud semua suku sakan bani israel??
- Kerana suku2 bangsa Israel (sprt Lewi, Yehuda, Benyamin, dll) juga disebut sebagai ‘bangsa Israel’ secara konsisten di dalam Alkitab. Suku2 Israel ini tidak pernah dipanggil sebagai ‘bangsa lain’ di dalam bangsa Israel.
- Maka, jika anda mentafsirkan ‘all nations’ sebagai ‘semua suku Israel’, ia tidak konsisten dengan panggilan ‘bangsa Israel’ itu sendiri.
- Perkataan ‘bangsa’ juga digunakan dengan konsisten untuk merujuk kepada sesuatu bangsa. Contohnya, bangsa bukan Yahudi dirujuk sebagai ‘bangsa asing’ di dalam Alkitab.
- Malah, penggunaan perkataan ‘ethnos’, iaitu perkataan asal ‘bangsa’ di dalam Matius 28:19 juga tidak merujuk kepada ‘suku Israel’. (www.blueletterbible.org/lang/lexicon/lexicon.cfm?Strongs=G1484&t=KJV)
Anda juga mengatakan,
mat28:19 diakui oleh banyak pihak yg is sudah ditukar
- Nampaknya anda agak memperbesar2kan ‘kepastian’ anda bahawa Mat 28:19 telah ditukar. Sebenarnya, tidak ada sokongan bukti tekstual manuskrip yang menunjukkan ia telah ditukar.
- Sumber utama kepada teori ini adalah berdasarkan tulisan Eusebius yang mana telah diketahui sebagai kesilapan.
- Menariknya, Bart Ehrman tidak menyebut tentang isu ini di dalam buku “Misquoting Jesus”. Termasuk buku “The Text of the New Testament”.
- Mungkin kerana dakwaan ‘Matius 28:19 telah ditukar’ ini tidak mempunyai sebarang dasar yang kuat untuk diperkatakan.
Tentang Yohanes 4:4-42,
- Mungkin, anda yang perlu membacanya semula kerana jelas di dalam kisah tersebut Yesus memberitakan tentang Injil kepada bangsa bukan Yahudi iaitu orang Samaria.
- Malah, perempuan (orang Samaria) di dalam kisah itu tahu bahawa Yesus sebagai Yahudi tidak sepatutnya bergaul dengan bukan Yahudi, terutamanya orang Samaria. Namun, apa yang Yesus lakukan? Yesus memberitakan tentang keselamatan melalui Mesias kepada mereka walaupun mereka bukanlah bangsa Yahudi.
(bersambung)
__________________________
Sam1528: Ha ha , anda hanya menidakkan isu ttg ‘Jesus Barabbas’ dan ‘Jesus who is called the Messiah’ , mat27:17 (NRSV). Kalau anda klaim poin saya lemah , amat senang bagi anda utk membuktikan. Soalan yg anda perlu jawab , mana satu biblical Jesus yg genuine?? ‘Jesus Barabbas’ atau ‘Jesus who is called the messiah’. ‘Barabbas makna ‘son of father’. Yg dipilih utk disalib adalah ‘Jesus who is called the Messiah’. Jeng – jeng – jeng …. mana satu biblical Jesus yg betul?? Biblical Jesus bahasakan dirinya ‘son of father’. Bani Israel tak anggap dia sebagai messiah mereka.
—————————–
Ttg plural of respect
- Adalah hak anda untuk kekal dgn pendirian anda. Tapi anda perlu beri justifikasi pada pendirian anda. Rujukkan yg anda bagi konfom ttg ‘plural of delibertion’ yg tiada beza dgn ‘plural of respect’. Sampai skg anda tak mampu jelaskan apa perbezaan tsb. Setakat ini , bukti / rujukkan konfom ttg ‘plural of respect / deliberation’ dan bukan konsep trinity dlm OT.
- Bukan kah anda cuba buktikan ttg plural tuhan dgn konsep trinity?? Ini adalah ‘circular reasoning’ tanpa apa2 bukti / rujukkan. Ini adalah debat antara kita berdua , pasal apa anda nak bawa isu ‘komen Mei 02 , 2012 @ 22:58:06??
Apa pulak ttg Zohar dan trinity?? Konteks yg saya catat biblical Jesus tak cakap / ajar ttg trinity. Macamana anda terlepas kepada yahudi dan zohar??
Link yg anda bagi langsung tak beri ayat2 eksplisit yg konfom biblical Jesus dan Holy Spirit adalah tuhan dlm konsep trinity. Senang aje cabaran saya , mana bukti bible yg catat ‘son is fully god’ , ‘holy spirit is fully god’ , ‘not 3 fully gods but 1 god’.
—————————–
Ttg mat28:19
Yg dicatat pada mat28:19 adalah ‘all nations’. Setiap suku bani Israel boleh difahamkan sebagai satu ‘nation’. Rujukkan anda konfom ‘ethnos’ merangkumi makna : ‘a tribe’ , ‘nation’ , ‘group of people’. Jadi ‘all nations’ bermakna ‘all tribes’ iaitu suku sakan bani Israel. James1:1 ‘..James, a servant of God and of the Lord Jesus Christ , To the twelve tribes scattered among the nations..’. Ini konsisten dgn mat15:24 / mat10:6. Nampaknya konsistensi berpihak pada saya iaitu konteks ‘all nations’ pada mat28:19 adalah ttg suku sakan bani Israel dgn ambil kira mat15:24 / mat10:16 / james 1:1
Anda klaim mat28:19 tak ditukar pasal tiada sokongan textual?? Ok macamana dgn pendapat org2 pada rujukkan tsb (www.onenesspentecostal.com/matt2819-willis.htm)?? Ramai ‘biblical scholars’ selain dari Bart Ehrman berpendapat sedemikian. Anda hanya menidakkan isu yg ditimbulkan oleh ‘biblical scholars’.
Ttg joh4:4-42
Cuba anda baca baik2 Joh4:4-42. Biblical Jesus mengatakan kpd perempuan Samaria itu yg keselamatan hanya dari yahudi , joh4:22 ‘..for salvation is from the Jews..’. Injeel apa yg diajar oleh biblical Jesus yg awal2 dah konfom keselamatan / ‘salvation’ hanya dari yahudi?? Ini bermakna geng gentile tiada harapan. Menarik juga pada joh4:23 ‘..the true worshipers will worship the Father in the Spirit and in truth..’. Biblical Jesus tak kata pun suruh sembah dirinya dan Holy Spirit.
_______________________________
Tiwas: Tentang Bart Ehrman,
- Adakah anda memiliki buku Misquoting Jesus sekarang? Jika ada, apa kata anda lihat muka surat 252 buku tersebut, berikut saya berikan petikan yang berkaitan,
1. Pandangan Bart Ehrman terhadap Bruce Metzger,
“Bruce Metzger is one of the great scholars of modern times, and I dedicated the book to him because he was both my inspiration for going into textual criticism and the person who trained me in the field. I have nothing but respect and admiration for him. And even though we may disagree on important religious questions – he is a firmly commited Christian and I am not – we are in complete agreement on a number of very important historical and textual questions.”
2. Pendirian Bart Erhman tidak bercanggah dengan dasar kepercayaan Kristian,
“The position I argue for in Misquoting Jesus does not actually stand at odds with Prof. Metzger’s position that the essential Christian beliefs are not affected by textual variants in the manuscript tradition of the New Testament.”
Tentang petikan yang anda berikan, adakah itu daripada buku “The Text of the New Testament”? Kerana ia agak berbeza dengan petikan yang terdapat di dalam buku tersebut.
Anda juga mengatakan,
Jelas NT tiada yg ori pasal hanya disebut ‘copies’ Macamana ni??
- Mungkin anda perlu konsisten dengan kriteria anda, kerana Al-Quran juga tidak memiliki manuskrip ‘ori’. Codex Sana’a juga hanyalah ‘copies’. Jika anda mengatakan Alkitab diragui kerana tidak ada manuskrip ‘ori’, tidakkah itu juga memberikan impak yang sama terhadap tekstual Al-Quran kerana Al-Quran juga tidak mempunyai salinan yang ‘ori’.
- Selain itu, pengkaji tekstual Alkitab Kristian tidak pernah mendakwa Kristian memiliki salinan ‘ori’.
- Sebaliknya, apa yang didakwa (dan juga dibuktikan) oleh Kristian adalah melalui ‘salinan’ yang sangat banyak ini, kita dapat mengetahui penulisan asal pada manuskrip ‘ori’ Perjanjian Baru (khususnya), melalui bidang textual criticism. Hal ini tidak dinafikan oleh mana-mana pengkaji tekxtual Alkitab termasuk Bart Ehrman.
- Yang mereka pertikaikan adalah sama ada apa yang dicatatkan oleh manuskrip tersebut adalah benar atau tidak.
Tentang Codex Sana’a, Dr. Puin dan Dr. Neuwrith,
- Anda menimbulkan poin yang menarik iaitu tentang Ahruf.
- Masalahnya, adakah ahruf tersebut merupakan ahruf sebelum Uthman atau selepas Uthman mengstandardkan Al-Quran.
- Bacaan ahruf2 ini tidak dapat dipastikan kerana hakikatnya, tujuh ahruf tersebut tidak dapat diketahui lagi pada hari ini.
- Selain itu, Dr. Neuwrith bukan merujuk hanya tentang ahruf tetapi ‘variant’ yang mana “transmitted in Islamic tradition or recently discovered”.
- Dr. Puin juga mengakui terdapat perbezaan bacaan di antara codex Sana’a dan Al-Quran hari ini.
________________________
Tentang Maria,
Anda menulis,
 Link saya bagi adalah pendekatan yahudi – katolik. Biblical Jesus adalah dari bangsa Bani Israel berbahasa aramaic (salah satu dilek hebrew). Sekte katolik adalah terdekat dgn zaman tsb. Pendekatan anda adalah kita perlu ikut konteks zaman tsb (sepertimana argumentasi anda ttg dirham / ‘crucifixion’). Anda harus konsisten dgn pendirian anda. Apa isu kalau luk1:35 ditafseer dgn pendekatan zaman tsb dgn bahasa dan tafseer dari pendekatan hebrew. Bukan kah ia memenuhi kehendak anda dgn pamahaman di zaman tsb??
- Masalahnya, anda beranggapan bahawa link yang anda berikan adalah berdasarkan konteks Yahudi zaman tersebut sedangkan ia bukan seperti itu.
- Jelas melalui link tersebut, penulis cuba mengatakan Maria tidak mempunyai anak selain Yesus sedangkan bukti yang ada menunjukkan Maria melahirkan anak selain Yesus, salah satu darinya adalah Yakobus/James.
- Apabila saya mengatakan tentang konteks pemahaman, saya maksudkan adalah apa pemahaman Yahudi pada zaman tersebut dan bukan pemahaman Yahudi-Katolik zaman ini.
- Hakikatnya, tidak ada Yahudi pada zaman yang sama mengatakan cara Maria mengandungkan Yesus adalah melalui suatu perlakuan bersifat seks.
- Malah, terdapat penjelasan kepada perkataan yang anda pertikaian iaitu ‘overshadow’ yang mana tidak membawa kepada konotasi seks serta konsisten dengan cara Maria hamil.
- Yang menghairankan, anda memilih untuk mengatakan sebaliknya sedangkan ia tidak relevan dengan konteks peristiwa tersebut. Lebih menghairankan, link asal anda iaitu blog letmeturnthe table juga memberikan penjelasan tersebut tetapi memilih untuk menggunakan penjelasan yang mencapai tujuannya iaitu cuba membuktikan bahawa terdapat konotasi seks pada cara Maria hamil.
- Satu2nya penjelasan munasabah mengapa anda berkeras mengatakan demikian adalah mungkin kerana Al-Quran mengajarkan bahawa kononnya Kristian percaya Tuhan telah mengambil Maria sebagai pasanganNya lalu hubungan tersebut melahirkan Yesus. Ironiknya, ia adalah kepercayaan yang tidak pernah wujud di dalam kepercayaan Kristian.
____________________________
Sam1528: Oh , tiba2 anda beralih dari buku ‘The text of the New Testament : Its Transmission , Corruption and Restoration’ kepada buku ‘Misquoting Jesus’ ms 252??
(1) Ya , saya sudah baca buku tsb tapi saya tak miliki buku itu. Memang betul Bart Ehrman sehaluan dgn Bruce Metzger dlm beberapa perkara. Bruce Metzger pun berpendapat ada ‘textual variant’ dlm bible. Buku Bruce Metzger “The Text of the New Testament: Its Transmission, Corruption and Restoration”, 1964. p 186 – 206 catat ttg ‘textual variant’ dibahagi kepada 2 –
(a) pertukaran tak sengaja
(b) pertukaran sengaja.
Sedikit sebanyak , buku ‘Misquoting Jesus’ adalah lanjutan kepada kerja2 Bruce Metzger.
(2) ‘..Christian beliefs are not affected by textual variants in the manuscript tradition of the New Testament..’?? Betul , ini bermakna kristian tak peduli samada bible disahkan diubah. Ia jadi begini pasal fakta tsb tak dapat dibendung lagi. Macamana kristian boleh anggap bible adalah ‘kalam tuhan kristian’?? Contoh dlm mark16 (bible NIV) : ‘..The earliest manuscripts and some other ancient witnesses do not have verses 9–20..’
Perbezaan antara Quran dan Bible adalah kami muslim ada bukti kukuh yg Quran tak diubah. Codex Sana’a lebih awal dari Mushaf Uthman(ra). Mushaf Uthman(ra) adalah salinan Suhuf Hafsah(ra) … manuskrip ‘ori’.
Bukhari 6 61 510 ‘..So ‘Uthman sent a message to Hafsa saying, “Send us the manuscripts of the Qur’an so that we may compile the Qur’anic materials in perfect copies and return the manuscripts to you.” Hafsa sent it to ‘Uthman. ‘Uthman then ordered Zaid bin Thabit, ‘Abdullah bin AzZubair, Said bin Al-As and ‘AbdurRahman bin Harith bin Hisham to rewrite the manuscripts in perfect copies. ‘Uthman said to the three Quraishi men, “In case you disagree with Zaid bin Thabit on any point in the Qur’an, then write it in the dialect of Quraish, the Qur’an was revealed in their tongue..’
Anda perlu gunakan logik anda. Mushaf Uthman(ra) adalah salinan ‘perfect’ Suhuf Hafsah(ra) , dokumen ‘ori’. Codex Sana’a lebih awal dari Mushaf Uthman(ra). Tiada beza antara kedua dua manuskrip. Ini bermakna tiada perubahan dlm Quran. Ini dikonfom lagi dgn tradisi hafazan Quran.
Isu skg , tiada perubahan dlm Quran boleh dijejak hingga ke dokumen yg ‘ori’ dan melalui kaedah hafazan dan fakta sejarah. Sebaliknya bible tak boleh dijejak ke dokumen yg ‘ori’. ‘Textual Critic’ spt Bart Ehrman / Bruce Metzger mengaku banyak perubahan dlm bible. Kalau kami muslim gunakan kriteria Quran pada bible -
(a) Mana pengakuan yg bible skg boleh dijejak ke dokumen ‘ori’??
(b) Buku2 dlm NT ditulis paling awal ~ 20 thn hingga ke 60 thn selepas pemergian biblical Jesus oleh org2 yg tak pernah jumpa biblical Jesus.
(c) Tiada tradisi hafazan NT yg boleh konfom penulisan NT
Ahruf sebelum dan selepas Mushaf Uthman(ra)?? Boleh anda jelaskan apa fahaman anda ttg ahruf?? Nampaknya anda kurang faham ttg ahruf.
Bukhari 6 61 514 ‘..This Qur’an has been revealed to be recited in seven different ways, so recite of it whichever (way) is easier for you (or read as much of it as may be easy for you).” ..’.
1 Quran 7 ahruf.
Mushaf Uthman(ra) ditetapkan dlm dilek Quraish , tak ada problem , ia salah satu dari 7 ahruf yg diwahyukan.
Anda klaim Dr Neuwirth catat tg ‘variant reading’?? Ini bermaksud ahruf dan / atau qiraat dlm satu harf. Apa isu anda selain dari kurang faham apa di ahruf , harf dan qiraat??
————————————————-
Anda klaim link yg saya bagi bukan pada konteks yahudi pada masa tsb?? Apa bukti anda?? Biblical Mary dapat anak selain dari biblical Jesus bukan isu yg kita sedang bincang. Isu skg , ikut pemahaman konteks yahudi , luk1:35 bermakna biblical Mary ada hubungan seks dgn Holy Spirit. Luk1:35 ‘..the Holy Spirit will come on you, and the power of the Most High will overshadow you..’. Anda masih tak jawab soalan saya : apa konteks kalau lelaki ‘come on / upon’ perempuan dan ‘power’ dia ‘overshadow’ perempuan tsb?? Tukar lelaki kepada ‘Holy Spirit’. Konteks ayat tsb mempunyai konotosi seks.
Kalau anda baca betul2 link yg saya bagi , blog ‘letmeturnthetables’ dan pemahaman konteks yahudi , tak jauh beza. Anda juga menekankan yg kita patut faham dlm konteks zaman tersebut.
Ini bukan soal percaya atau tidak. Ini problem konotasi seks dlm bible yg dianggap ‘kalam tuhan’ oleh kristian. Munasabah ke?
____________________________
Tiwas: Hai semua,
Saya benar2 memohon maaf kerana tidak dapat memberikan respon dengan segera. Saya melihat ada banyak respon menarik (terutamanya daripada sam1528).
Kepada srsaza, biar saya berterus terang dengan anda. Ketika ini, saya mengikuti kebaktian di gereja SIB. Maka, apabila anda mengatakan SIB tidak percaya kepada keTuhanan Roh Kudus, ketika itu saya sedar yang anda sebenarnya hanya mengulang apa yang anda dengar tanpa menyelidiki kebenarannya.
Mungkin selepas ini saya akan kurang aktif di blog ini kerana kekangan masa. Malah blog saya sendiri juga agak kurang di’update’ kebelakangan ini. Namun, saya akan cuba mencari masa untuk menulis respon saya kepada semua isu yang ditimbulkan. Jika bukan di sini, mungkin saya akan memaparkan respon saya di blog saya sendiri.
Sebelum itu, saya ingin memberikan beberapa rujukan kepada sesiapa yang ingin menyelidiki sendiri isu2 yang telah diperkatakan di sepanjang topik ini.
Nama buku – penulis
The Reason for God – Tim Keller
The Case for Christ – Lee Strobel
The Case for the Real Jesus – Lee Strobel
The Case for the Resurrection of Jesus – Gary R. Habermas & Michael R. Licona
The Jesus Inquest – Charles Foster
Has God Spoken? – Hank Hanegraaff
Reasonable Faith – William Lane Craig
On Guard – William Lane Craig
Misquoting Jesus – Bart Ehrman
Jesus Interrupted – Bart Ehrman
Contending with Christianity’s Critics – Paul Copan & William Lane Craig
Misquoting Truth – Timothy Paul Jones
The Choice – Ahmed Deedat
The Truth about Muhammad – Robert Spencer
The Text of The New Testament, (4th ed) – Bruce Metzger & Bart Ehrman
Jesus Under Fire – J.P Moreland & Michael Wilkins
Systematic Theology – Charles Hodge
Laman web,
- www[dot]answering-islam[dot]org
- www[dot]answeringmuslims[dot]com
- www[dot]islamic-awareness[dot]org
- www[dot]call-to-monotheism[dot]com
Sebenarnya, masih banyak lagi. Namun, saya percaya rujukan2 ini mencukupi untuk kita memulakan penyelidikan kita sendiri. Sudah tentu, ia akan memakan masa yang panjang, tapi ia berbaloi jika kita benar2 dahagakan kebenaran.
Saya sendiri mula menyelidiki dengan tujuan mempersoalkan Kristianiti (saya hampir menjadi Atheist/Agnostik), namun saya akhirnya menjadi lebih percaya kepada Kristus.
Selain sebagai rujukan, saya juga berharap agar pada masa2 akan datang, kita dapat lebih memahami antara satu sama lain setelah anda mengetahui serba sedikit sumber2 rujukan saya. Kerana sebelum ini, ramai yang sukar mengerti poin yang saya berikan, mungkin kerana dasar pemahaman kita yang berbeza.
Semoga kita dapat berdialog lagi di masa2 akan datang.
Salam,
Tiwas.
__________________________
Sam1528: Hi Tiwas ,
Dari anda
‘..Kerana sebelum ini, ramai yang sukar mengerti poin yang saya berikan, mungkin kerana dasar pemahaman kita yang berbeza..’
Isu bukan tak paham poin anda. Problem saya adalah minda anda tertutup. Sebagai contoh , ttg ‘dirham’ , anda berulang kali mengatakan yg saya cuba meluaskan definisi ‘dirham’ kepada sukatan berat spt argumen dlm artikel ‘answering islam’. Nak luas / sempit definisi macamana?? Definisi telah diberi dari rujukkan yg berotoriti. Ini bermakna anda berdialog dgn minda tertutup pasal anda tak mau mengaku tersilap ttg ‘dirham’ dan sekali gus , artikel yg anda ‘copy paste’ dari ‘answering islam’ dah salah.
Bagi sapa2 yg ingin mengetahui lebih lanjut ttg sejarah / penulisan bible , sila tonton siri youtube (12 semuanya) oleh Prof Bart Ehrman
www(dot)youtube.com/watch?v=DjGmWmMcaj0
Wabillahi Taufiq Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Ulasan

alex berkata…
umpama minyak dengan air tidak dapat bertemu.
tiwas berkata…
Hai Alex,
Persamaan anda memberikan saya suatu idea. Mungkin saya akan menulis satu post khusus untuk hal tersebut.
alex berkata…
saya ada pengalaman dua tahun di blog hikmatun.
Brother berkata…
Mengundangmu khusus kesini
http://islamexpose.blogspot.com