Langkau ke kandungan utama

Menjawab Dakwaan Popular Muslim terhadap Kristian

Sebuah respon ringkas terhadap argumen yang sangat popular di kalangan Muslim yang mempersoalkan dasar iman Kristian. Argumen yang diperkatakan di dalam video ini adalah tentang tuntutan Muslim terhadap ungkapan Yesus berikut: "Aku adalah Tuhan, sembahlah Aku" sebagai bukti keTuhanan-Nya; dan mengapa argumen ini sebenarnya tidak relevan terhadap dasar iman Kristian.

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
Tuan,

Jika tuan mengambil kira mengenai Tauhid, pengertian Tauhid adalah seperti berikut secara umum:
"Kalimah tauhid membawa pengertian mengetahui, berikrar, mengakui dan mempercayai bahawa sesungguhnya sembahan yang benar dan berhak disembah ialah Allah Subhanahu Wa Ta’ala (SWT) semata-mata. Selain daripada-Nya, sama sekali tidak benar dan tidak berhak disembah. Penghayatan kalimah itu meliputi berikrar dengan hati, menyatakan dengan lidah dan membuktikan dengan perbuatan."
Al-Quran sentiasa menyeru manusia untuk mentauhidkan tuhan yang Esa (Allah Subhanahu Wa Ta’ala [SWT]) dan ia diulang begitu banyak skali di dalam Al-Quran. Sebagai contoh saya mengambil ayat dari surah Al-Ikhlaas (Ayat 1-4) yang bermaksud:
1. Katakanlah (wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;
2. "Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat;
3. "Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan;
4. "Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya".
tiwas berkata…
Hai Tanpa Nama (17 Ogos 2012 4:25PG),

Sebenarnya, saya tidak mempertikaikan maksud 'konsep Tauhid'. Saya tahu konsep tersebut ada diajarkan di dalam Al-Quran. Cuma perkataan 'Tauhid' itu sendiri tidak ada di dalam Al-Quran.

Sama seperti keTuhanan Yesus, Yesus ada mengakui keTuhananNya di dalam Alkitab, cuma, Yesus tidak mengungkapkan keTuhananNya seperti yang dituntut di dalam argumen popular tersebut.

Saya hanya menggunakan logik dan argumen yang sama ke atas kepercayaan Muslim sendiri. Jika anda merasakan argumen saya tentang "Tauhid" tersebut tidak munasabah, sepatutnya anda juga akan sedar mengapa Kristian juga mengatakan tuntutan untuk wujud suatu ungkapan Yesus yang berbunyi "Aku adalah Tuhan, sembahlah Aku" di dalam Alkitab, juga tidak munasabah.
Tanpa Nama berkata…
Hai Tiwas,

Pada saya ungkapan tersebut seharusnya dinyatakan didalam Al-Kitab sepertimana ianya dinyatakan dalam Al-Quran.
Saya memberi satu konsep logik yang agak mudah. Dalam mana-mana manual barangan (konsep pencipta barangan dengan pengguna; yg mendapat nasihat dari orang yang mencipta barang tersebut). Sekiranya dalam manual tersebut tidak dinyatakan sebarang ayat penyata yang mengisytiharkan si"A" sebagai orang yang mencipta, yang seharusnya kita rujuk. Adakah pengguna akan mempercayai dan merujuk kepada si"A"?
Begitu juga di dalam kitab-kitab yang kita angkat/akui sebagai kata-kata dari Tuhan. Seharusnya ia menyatakan dengan jelas ungkapan "Sembahlah Aku kerana Aku adalah Tuhanmu" Sebagaimana telah dinyatakan didalam Al-Quran dalam surah ke-6 Al-An'aam, ayat 72:
"Dan (diperintahkan): Hendaklah kamu mengerjakan sembahyang dan bertaqwa kepadaNya, dan Dia lah Tuhan yang kepadaNya kamu akan dihimpunkan (pada hari akhirat kelak). "
Ini hanyalah satu dari banyak ayat-ayat yang jelas menerangkan dengan jelas arahan Menyambah Allah SWT Tuhan yang Maha Esa.

Tanpa Nama (17 Ogos 2012 4:25PG)
tiwas berkata…
Hai tanpa nama (25 Ogos 2012 11:33 PTG)

Sebenarnya, Yesus ada mengakui keTuhananNya di dalam Alkitab, namun, bukan dalam bentuk ungkapan yang dituntut oleh anda.

Selain itu, jika anda mahukan ungkapan "Aku adalah Tuhan, sembahlah aku" sebagai 'bukti' ketuhanan Yesus, maka, berdasarkan logik yang sama, pernahkah Yesus berkata "Aku bukan Tuhan, jangan sembah aku" di dalam Alkitab?

Maka, tuntutan untuk wujudnya ungkapan seperti ini sebenarnya tidak munasabah.

Saya akan memberikan satu lagi contoh, menggunakan kepercayaan anda sendiri, untuk menunjukkan mengapa tuntutan seperti ini tidak munasabah.

Sebagai Muslim (saya mengandaikan anda seorang Muslim berdasarkan respon anda), sudah tentu anda percaya bahawa Yesus adalah Al-Masih kerana gelaran itu diberikan kepada Isa di dalam Al-Quran. Namun, pernahkah Isa mengeluarkan ungkapan berikut,"Aku adalah Al-Masih", di dalam Al-Quran?

Hakikatnya, Isa tidak pernah mengeluarkan kenyataan "Aku adalah Al-Masih" di dalam Al-Quran. Maka, berdasarkan logik yang sama, Adakah wajar untuk menuntut suatu ungkapan pengakuan daripada Isa yang berbunyi "Aku adalah Al-Masih" sebagai 'bukti' bahawa Isa adalah Al-Masih? dan jika ungkapan tersebut tidak wujud, adakah ini bererti Isa bukanlah Al-Masih?

Sudah tentu anda akan menolak tuntutan tersebut.

Sama halnya dengan Yesus di dalam Alkitab. Walaupun ungkapan "Aku adalah Tuhan, sembahlah Aku" tidak wujud, jika kita menyelidiki Alkitab, kita akan mendapati Yesus memang ada mengakui keTuhananNya, dan disembah sebagai Tuhan oleh murid-muridNya.
Azrin Azni berkata…
Tiwas, tulisan kamu berputar belit.. Isa AS tidakk pernah mengaku sebagai Tuhan ataupun menyeru manusia menyembahnya. Dakwaan itu adalah rekaan gerwja semata2.
Azrin Azni berkata…
Tiwas, tulisan kamu berputar belit.. Isa AS tidakk pernah mengaku sebagai Tuhan ataupun menyeru manusia menyembahnya. Dakwaan itu adalah rekaan gerwja semata2.
Tiwas Tiwasok berkata…
Azrin Azni,
Isa AS (di dalam Al-Quran) memang tidak pernah mengaku dirinya Tuhan. Namun, Yesus Kristus ada mengeluarkan kenyataan yang menunjukkan keilahian-Nya.

Cuba baca Markus 14:61-62.
61 Tetapi Ia tetap diam dan tidak menjawab apa-apa. Imam Besar itu bertanya kepada-Nya sekali lagi, katanya: "Apakah Engkau Mesias, Anak dari Yang Terpuji?"
62 Jawab Yesus: "Akulah Dia, dan kamu akan melihat Anak Manusia duduk di sebelah kanan Yang Mahakuasa dan datang di tengah-tengah awan-awan di langit."