Langkau ke kandungan utama

Terjemahan: "Di mana Yesus telah mengatakan 'Aku adalah Tuhan, sembahlah Aku'?" dan "Siapa yang mengubah Kitab Injil?"

Kristian seringkali diajukan dengan persoalan berikut: "Di mana Yesus telah mengakui keTuhanan-Nya di dalam Alkitab?" atau "Kitab Injil telah diubah!" Berikut merupakan artikel yang menjawab kedua-dua persoalan tersebut yang diterjemahkan ke dalam Bahasa Malaysia.

Artikel asal kepada kedua-dua terjemahan ini boleh dibaca di sini (Where did Jesus say, 'I am God, Worship Me'?) dan di sini (Who Corrupted the Gospel?)

Terjemahan Bahasa Malaysia kedua-dua artikel ini boleh dibaca di sini (Di mana Yesus telah mengatakan, "Aku adalah Tuhan, sembahlah Aku"?) dan di sini (Siapa yang mengubah Kitab Injil?)

Berikut adalah petikan ringkas kedua-dua terjemahan artikel tersebut;
"Ramai orang Muslim di seluruh dunia telah dilatih untuk bertanya kepada orang-orang Kristian, “Di mana Yesus telah mengatakan, ‘Aku adalah Tuhan, sembahlah Aku’ dan ungkapan tersebut wajib seperti itu?” Namun, jika Muslim mengatakan Yesus hanya boleh mendakwa diriNya Tuhan hanya dengan mengeluarkan ungkapan sedemikian, kita boleh menjawab dengan bertanya, “Di mana Yesus telah mengatakan, ‘Aku hanya seorang nabi, jangan sembah Aku,’ dan ungkapan tersebut wajib seperti itu?” Tuntutan tidak munasabah ini jika diaplikasikan dengan konsisten, juga akan memaksa Muslim untuk menolak fahaman mereka sendiri!" (Baca keseluruhannya..)
dan, 
"Muslim sering mendakwa bahawa Kitab Injil telah diubah. Namun, Al-Quran memberitahu kita bahawa Kitab Injil adalah Firman Allah, dan tiada siapa pun yang dapat mengubah Firman Allah:

Al-i-Imran (3):3-4 – Ia menurunkan kepadamu Kitab Suci dengan mengandungi kebenaran, yang mengesahkan isi Kitab-kitab Suci yang telah diturunkan dahulu daripadanya, dan Ia juga yang menurunkan Kitab-kitab Taurat dan Injil. Sebelum, menjadi petunjuk bagi umat manusia. Dan Ia juga yang menurunkan Al-Furqaan. Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah itu, bagi mereka azab seksa yang amat berat. Dan, Allah Maha Kuasa, lagi berhak membalas dengan azab seksa.
Al-An’am (6):115 – Dan telah sempurnalah Kalimah Tuhanmu dengan benar dan adil; tiada sesiapa yang dapat mengubah sesuatupun dari Kalimah-kalimahNya; dan Dia lah yang sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Mengetahui.
Al-Kahf (18):27 – Dan baca serta turutlah apa yang diwahyukan kepadamu dari kitab Tuhanmu; tiada sesiapa yang dapat mengubah kalimah-kalimahNya; dan engkau tidak sekali-kali akan mendapat tempat perlindungan selain daripadaNya.
Ayat-ayat ini membawa kepada persoalan yang jelas. Jika Kitab Injil adalah Kalimah Tuhan, dan tidak ada sesiapa pun yang dapat mengubah Kalimah Tuhan, siapa yang telah mengubah Kitab Injil? Jawapannya mungkin akan mengejutkan anda."
(Baca keseluruhannya..)

Ulasan

Unknown berkata…

...Tiwas Tiwasok

Ayat ini memberitahu kita bahawa Allah telah membantu pengikut-pengikut Yesus untuk berhadapan dengan orang-orang Yahudi yang menolak Yesus. Dan melalui bantuan Allah, pengikut-pengikut ini akhirnya menjadi “orang-orang yang menang”. Oleh itu, siapakah pengikut-pengikut Yesus ini yang telah menang ke atas orang-orang Yahudi tersebut? Muslim tidak boleh mengatakan bahawa yang dibantu oleh Allah adalah pengikut-pengikut “Muslim” Yesus kerana walaupun kita beranggapan kumpulan tersebut wujud, sangat jelas mereka tidak menang ke atas sesiapa pun. Ini kerana kita tidak mempunyai sebarang catatan tentang kewujudan mereka. Sama ada mereka telah menyimpang dari pengajaran asal atau telah dilenyapkan sepenuhnya. Orang-orang Kristian yang “telah menang” ke atas orang-orang Yahudi adalah Kristian daripada empayar kerajaan Rom. Akan tetapi, orang-orang Kristian ini percaya kepada kematian, kebangkitan, dan keTuhanan Yesus, yang mana menurut Islam adalah doktrin palsu. Maka, jika kita percaya kepada Al-Quran, kita hanya boleh menyimpulkan bahawa Allah telah membantu menyebarkan versi Kristianiti yang telah ‘korup’! Maka, mengapa Kristianiti hari ini adalah kepercayaan yang terbesar di dunia? Al-Quran memberitahu kita Kristianiti berhasil kerana bantuan Allah!

...............tandzulkhanzul.....
Di situ lah kesilapan anda,,, yang wujud di tidak di wujudkan... wah.. anda memang salah seorang penganut kristian yang amat mentati Yesus Kristus... Tapi anda tahu kah di setiap akhir anda berdoa ada AMEN... tapi ketahui lah kawan bahawa paderi2 tertinggi anda yang lebih mentaati kristian di seluruh dunia amat tahu benar tentang KEBENARAN ISLAM...


Tiwas Tiwasok...
Siapa yang telah mengubah Kitab Injil? Fakta-fakta yang telah kita selidiki memberikan kita hanya dua pilihan. (1) Allah telah mengubah Kitab Injil dengan memulakan kepercayaan palsu tentang penyaliban Yesus, atau (2) Nabi Muhammad telah mengubah Kitab Injil, dengan mengubah mesej tentang kemenangan dan kasih yang rela berkorban kepada kisah yang tidak munasabah tentang Tuhan yang memperdaya dan Mesias yang gagal. Memandangkan adalah tidak wajar dan tidak bermoral jika kita menuduh Tuhan sebagai penipu, kita mesti menyimpulkan bahawa Nabi Muhammad adalah nabi palsu.

...........tandzulkhanzul........
Anda rupa2nya lagi silap dalam membuat tafsiran sama ada dalam Injil mahupun Al-Quran itu sendiri,, anda tahu tak,, ...Yesus Kristus bagi kristian sebnarnya apa? Tuhan kah atau anak Tuhan kah atau Bapa Tuhan kah dan Tuhan anda itu Yesus Kristus kah atau Allah... jangan silap bagi umat Islam gelaran Tuhan hanya Allah, TAPI ALLAH S.W.T.....

Dalam potongan ayat Suci Al-Quran dalam Surah Yunus (10):94-95 yang anda paparkan dalam artikel (SIAPA YANG MENGUBAH KITAB INJIL) ,, sebenarnya anda tidak dapat mentafsir dengan benar seperti juga anda sekalian penganut kristian salah tafsir isi kandungan Kitab Injil sebenar.. dan apa yang maksud telah di ubah ialah..

ALLAH SWT BERFIRMAN..:
Kecelakaan besar bagi orang-orang yang menulis Kitab Taurat dengan tangan mereka (lalu mengubah Kalam Allah dengan rekaan-rekaan mereka), kemudian mereka berkata: "Ini ialah dari sisi Allah", supaya mereka dengan perbuatan itu dapat membeli keuntungan dunia yang sedikit. Maka kecelakaan besar bagi mereka disebabkan apa yang ditulis oleh tangan mereka, dan kecelakaan besar bagi mereka dari apa yang mereka usahakan itu.
(Al-Baqarah 2:79)



ALLAH SWT BERFIRMAN LAGI:

Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai sekalian manusia! Telah datang kepada kamu kebenaran (Al-Quran) dari Tuhan kamu. Oleh itu sesiapa yang mendapat hidayah petunjuk (beriman kepadanya), maka faedah hidayah petunjuk itu terpulang kepada dirinya sendiri; dan sesiapa yang sesat (mengingkarinya) maka bahaya kesesatannya itu tertimpa ke atas dirinya sendiri dan aku pula bukanlah menjadi wakil yang menguruskan soal (iman atau keingkaran) kamu".
(Yunus 10:108) |
Unknown berkata…
...........tandzulkhanzul........
opps sori ada kurang ayat nati anda salh tafsir lagi pulak..
Anda rupa2nya lagi silap dalam membuat tafsiran sama ada dalam Injil mahupun Al-Quran itu sendiri,, anda tahu tak,, ...Yesus Kristus bagi kristian sebnarnya apa? Tuhan kah atau anak Tuhan kah atau Bapa Tuhan kah dan Tuhan anda itu Yesus Kristus kah atau Allah... jangan silap bagi umat Islam gelaran Tuhan bukan hanya Allah, TAPI ALLAH S.W.T.....


TAPI TIDAK APA LAH KAWAN.. NASIHAT SAY ANDA JANGAN LAH SESEKALI CUBA HENDAK MAHU JADI ORANG YANG CERDIK PANDAI DALAM MEMBUAT TAFSIRAN MENGENAI KITAB SUCI AL-QURAN.. ANDA TAFSIR LAH SEPUAS-PUASNYA KITAB ANDA SENDIRI.. DAN RAJIN2 LAH BERTANYA KEPADA PADERI2 TERTINGGI KRISTIAN DI SELURUH PELUSUK DUNIA YA...

ORANG ISLAM SENDIRI TAHU BENAR KEBENARAN ISLAM ITU...(MAKA DENGAN ITU KUKUH KEISLAMAN UMAT MUSLIM DI DUNIA DAN JARANG SEKALI YANG DIGELAR MURTAD MELAINKAN SESETENGAH MUSLIM ITU TERSESAT DAN TERGODA OLEH IBLIS YANG MANA IBLIS SENDIRI MENGAKU MEMUSUHI MANUSIA SEMENJAK NABI ADAM a.s HINGGA LAH PADA HARI QIAMAT... DAN KETAHUI LAH BAHAWA TERLALU RAMAI PENGANUT2 AGAMA LAIN JUGA TAHU BENAR KEBENARAN ISLAM ITU SENDIRI SEHINGGAKAN SETIAP TAHUN RAMAI MUALAF2 ISLAM ATAU SAUDARA2 MUSLIM MASUK MEMELUK ISLAM TANPA PAKSAAN MANA2 PIHAK MELAINKAN "KEBENARAN ISLAM"


............
Ada pernah saya tanya anda .. KALAU ORANG2 YANG PERCAYA KEPADA YESUS KRISTUS ADALAH TUHAN DI PANGGIL ORANG2 INI KRISTIAN.. SO APA KAH AGAMA YANG DI BAWA OLEH SI YESUS KRISTUS ANDA...????? tolong jawab ya....!!!
Awanama berkata…
Matius 7:21 Bukan setiap orang yang berseru kepada-Ku: Tuhan, Tuhan! akan masuk ke dalam Kerajaan Surga, melainkan orang yang melakukan
kehendak Bapa-Ku yang di surga. 22 Pada hari terakhir banyak orang akan berseru kepada-Ku: Tuhan,
Tuhan, bukankah kami bernubuat demi nama-Mu, dan mengusir setan
demi nama-Mu, dan mengadakan banyak mukjizat demi nama-Mu juga? 23 Pada waktu itulah Aku akan berterus terang kepada mereka dan
berkata: Aku tidak pernah mengenal kamu! Enyahlah dari hadapan-Ku,
kamu sekalian yang melakukan kejahatan!”

Yohanes 5:22 Bapa tidak menghakimi siapa pun, melainkan telah menyerahkan
penghakiman itu seluruhnya kepada Anak, 5:23 supaya semua orang menghormati Anak sama seperti mereka
menghormati Bapa. Siapa saja yang tidak menghormati Anak, ia juga
tidak menghormati Bapa yang mengutus Dia. 5:24 Sesungguhnya Aku berkata kepadamu: Siapa saja yang mendengar
perkataan-Ku dan percaya kepada Dia yang mengutus Aku, ia mempunyai
hidup yang kekal dan tidak turut dihukum, sebab ia sudah pindah dari
dalam maut ke dalam hidup. 5:25 Sesungguhnya Aku berkata kepadamu: Saatnya akan tiba dan sudah
tiba bahwa orang-orang mati akan mendengar suara Anak Allah, dan
mereka yang mendengar-Nya, akan hidup. 5:26 Sebab sama seperti Bapa mempunyai hidup dalam diri-Nya sendiri,
demikian juga diberikan-Nya Anak mempunyai hidup dalam diri-Nya
sendiri. (Yesus keberadaanNya Independent, ada dengan sendirinya-self
existent) 5:27 Ia telah memberikan kuasa kepada-Nya untuk menghakimi, karena
Ia adalah Anak Manusia.

Yohanes 14:6 Kata Yesus kepadanya, “Akulah jalan dan kebenaran dan hidup.
Tidak ada seorang pun yang datang kepada Bapa, kalau tidak melalui Aku.
14:7 Sekiranya kamu mengenal Aku, pasti kamu juga mengenal Bapa-Ku.
Sekarang ini kamu mengenal Dia dan kamu telah melihat Dia.” 14:8 Kata Filipus kepada-Nya, “Tuhan, tunjukkanlah Bapa itu kepada
kami, itu sudah cukup bagi kami.” 14:9 Kata Yesus kepadanya, “Telah sekian lama Aku bersama-sama kamu,
Filipus, namun engkau tidak mengenal Aku? Siapa saja yang telah melihat
Aku, ia telah melihat Bapa; bagaimana engkau berkata: Tunjukkanlah
Bapa itu kepada kami. 14:10 Tidak percayakah engkau bahwa Aku di dalam Bapa dan Bapa di
dalam Aku? Apa yang Aku katakan kepadamu, tidak Aku katakan dari diri-
Ku sendiri, tetapi Bapa, yang tinggal di dalam Aku, Dialah yang
melakukan pekerjaan-pekerjaan-Nya.

Yohanes 15:23 Siapa saja yang membenci Aku, ia membenci juga Bapa-Ku


Yudas Tan