Langkau ke kandungan utama

Sebuah Dialog Kristian-Muslim - 3

Baru-baru ini, seorang Muslim yang menggunakan alias "tanpa nama" telah berdialog dengan saya di dalam blog ini. Berikut saya paparkan semula dialog kami.
(Dialog ini terbahagi-bahagi di dalam post-post yang berbeza.)

- Untuk dialog pertama, ia bermula di sini.
- Untuk dialog kedua, ia bermula di sini.
- Untuk dialog ketiga, ia bermula di sini.
- Untuk dialog keempat, ia bermula di sini.

Dialog Pertama
Muslim Tanpa Nama: al-kisah,,satu msa dlu,,tuhan telah dilahirkan dari tubuh manusia untk menjadi manusia dgn tujuan menebus dosa manusia/adam....setelah beberapa ketika,,manusia yg masih ada kuasa tuhan itu pn telah besar dan menyebarkan ajarannya...manusia yg ada kuasa tuhan itu menghadapi cabaran yg amat dasyhat dan dengan kuasa tuhan di tubuhnya, dia pn dapat mengumpul beberapa bilangan pengikut2 iaitu manusia yg dahulu diciptanya...manusia yg ada kuasa tuhan tak lama kemudian dia ditangkap dan disalib oleh penentangnya...semasa disalib, tuhan yg maha kuasa di dalam tubuh manusia merintih dan merayu kepada tuhan lain minta diselamatkan...namun akhirny tuhan dalam tubuh manusia itu pun mati untuk memenuhi takdirnya yg telah awal lagi dia tau dgn mati disalib dan tidak menggunakan kuasa tuhan malahan merintih dan merayau kepada tuhan lain...tuhan dalam tubuh manusia yg telah mati selama 3 hari dgn meninggalkan bumi kepada tuhan yg 1 lagi @ meninggalkan bumi tanpa diperintah oleh tuhan...sebiji macam cerita org rom,,

Tiwas: Hai tanpa nama,
Apa kata anda berikan contoh cerita Rom yang anda katakan sebagai "sebiji" dengan kisah Yesus di dalam Alkitab."

Muslim Tanpa Nama: maaf saudara tiwas,,,x penting pn cerita rom 2...anda anggap shja sy tersilap bila membandingkan dgn rom...point saya bukanlnh rom..tapi saya cuma nk minta kesimpulan saudara berkenaan jalan cerita yg sya gambarkan ttg Yesus..."

Tiwas: Tanpa nama,
Jika "cerita Rom" tersebut tidak penting, mengapa anda memberikan gambaran seolah-olah ia "serupa" dengan kisah Rom?

Perlu diketahui, kisah2 cerita Rom tentang dewa-dewi adalah rekaan semata-mata dan tahyul. Maka, apabila anda memberikan kenyataan berikut: "sebiji macam cerita org rom", anda secara tidak langsung mengandaikan kisah Yesus di dalam Alkitab adalah "rekaan dan tahyul" seperti "cerita orang rom".

Anda cuma mahukan kesimpulan berkenaan jalan cerita yang anda gambarkan tentang Yesus? Baiklah, kesimpulannya, jalan cerita anda tidak sepadan dengan apa yang terdapat di dalam Alkitab.

Sedikit contoh, di awal kenyataan anda, anda menulis:
"satu msa dlu,,tuhan telah dilahirkan dari tubuh manusia"

- Kenyataan anda ini seolah2 menggambarkan "tuhan" tersebut mempunyai permulaan, iaitu dia hanya wujud setelahdilahirkan dari manusia, apabila anda mengatakan "tuhan telah dilahirkan dari tubuh manusia".
- Sedangkan, Alkitab mengajarkan bahawa, Dia sudah ada, dan masuk ke dalam dunia manusia melalui kelahiran seorang manusia biasa.
Berikut adalah ayat Alkitab yang berkaitan:
"Pada mulanya adalah Firman; Firman itu bersama-sama dengan Allah dan Firman itu adalah Allah." (Yohanes 1:1)
dan
"Firman itu telah menjadi manusia, dan diam di antara kita, dan kita telah melihat kemuliaan-Nya, yaitu kemuliaan yang diberikan kepada-Nya sebagai Anak Tunggal Bapa, penuh kasih karunia dan kebenaran." (Yohanes 1:14)

Jika anda benar2 mahu mengetahui dan membandingkan jalan cerita anda dengan jalan cerita yang sebenar, apa kata anda sendiri membaca kisah tersebut di dalam Alkitab."

Muslim Tanpa Nama: saudara tiwas...

penting untuk anda tahu saya bukalah ahli agama yg boleh memberi dalil2 @ nas...hyalah semata2 akal fikiran dan sedikit pengalaman serta ilmu pengetahuan...sejujurnya saya tidak layak pun untuk berdebat dgn kamu..cuma saya berasa amat pelik bila membaca kenyataan kristian..trinity...3 dalam 1...kamu katakan 3 itu keperibadian allah...pemahaman saya mungkin sifat2 allah..kemudian pula,,kamu katakan Jesus itu tuhan..walhal pada masa yg sama kamu katakan allah itu esa..jika allah itu esa,,bagaimana dgn jesus???? kamu tekankan tuhan itu lahir dari tubuh manusia..?jika kamu benar2 lapangkan fikiran kamu,,kenapa tuhan nak masuk dalam tubuh manusia, yg semestinya melalui proses kehamilan sebelum dilahirkan...keluar shaja dari rahim ibunya/makhluk ciptaanya dah tentulah seorang bayi yg lemah perlukan perlindungan dari ibunya/makhluknya, perlukan susu ibunya/makhluknya...????ini sahaja yg saya perlukan untuk memahami kebenaran..x perlu pn saya mengkaji kitab injil..cubalah kamu sendiri mengkaji kitab injil dgn berfikir di luar kebiasaan..
saudara tiwas,,
kitab kamu sendiri mengesahakn utusan2 utusan sebelum Jesus/Isa...Musa,Ibrahim dll...kamu sendiri mengakui mereka hyalah utusan2 dari allah..malahan kamu bertegas isa adalah utusan terakhir bukannya muhammad..jika kamu tegaskan isa adalah utusan terakhir kenapa kamu masih menyembahnya???"

Tiwas: Tanpa nama,
Anda berkata,
"penting untuk anda tahu saya bukalah ahli agama yg boleh memberi dalil2 @ nas...hyalah semata2 akal fikiran dan sedikit pengalaman serta ilmu pengetahuan...sejujurnya saya tidak layak pun untuk berdebat dgn kamu.."

- Jujur juga saya katakan untuk anda, saya tidak melihat semua itu (tentang sebarang kelayakan). Saya sangat mengalu-alukan pendapat anda (dan sesiapa sahaja).

Anda berkata,
"cuma saya berasa amat pelik bila membaca kenyataan kristian..trinity...3 dalam 1...kamu katakan 3 itu keperibadian allah...pemahaman saya mungkin sifat2 allah.."

- Sedikit pembetulan, 3 itu bukan "keperibadian Tuhan" tetapi "Peribadi di dalam Tuhan". Tuhan itu esa, tetapi, di dalam kesaan-Nya wujud tiga Peribadi, iaitu Bapa, Anak (juga dipanggil sebagai Firman) dan Roh Kudus.
- "Peribadi" ini juga bukanlah sifat2 Allah.
- "Peribadi" ini juga bukanlah 3 tuhan yang berbeza.
- Konsep ini kemudian dikenali sebagai Triniti.

Anda berkata
"kemudian pula,,kamu katakan Jesus itu tuhan..walhal pada masa yg sama kamu katakan allah itu esa..jika allah itu esa,,bagaimana dgn jesus????"

- Yesus adalah Peribadi Anak (juga adalah Firman).
- Seperti yang dijelaskan di atas, di dalam keesaan Tuhan wujud 3 Peribadi, iaitu Bapa, Anak dan Roh Kudus.
- Peribadi Anak telah turun ke dalam dunia manusia, dengan menjadi manusia sepenuhnya, dan manusia ini bernama Yesus.
- Maka, Allah itu kekal esa kerana Yesus adalah salah satu Peribadi di dalam Triniti yang telah menjadi manusia. Bukannya tuhan yang berbeza dengan Tuhan Yang Esa.

Semoga penjelasan ringkas ini dapat memberikan sedikit gambaran yang lebih jelas untuk anda.

Anda berkata,
"kamu tekankan tuhan itu lahir dari tubuh manusia..?jika kamu benar2 lapangkan fikiran kamu,,kenapa tuhan nak masuk dalam tubuh manusia, yg semestinya melalui proses kehamilan sebelum dilahirkan...keluar shaja dari rahim ibunya/makhluk ciptaanya dah tentulah seorang bayi yg lemah perlukan perlindungan dari ibunya/makhluknya, perlukan susu ibunya/makhluknya...????ini sahaja yg saya perlukan untuk memahami kebenaran.."

- Sebenarnya, Tuhan tidak memerlukan semua itu. Namun, perlu diketahui, Dia datang sebagai manusia. Saya pernah memperkatakan hal ini di sini. Apa kata anda membacanya.

Anda berkata,
"x perlu pn saya mengkaji kitab injil..cubalah kamu sendiri mengkaji kitab injil dgn berfikir di luar kebiasaan.."

- Jika anda tidak menyelidiki Alkitab (atau pun Injil), bagaimana anda boleh mengetahui kepercayaan sebenar Kristian? Bukankah anda perlu mengetahui apa yang dipercayai oleh Kristian sebelum mempersoalkan Kristianiti?
- Saya sendiri membaca Al-Quran dan Hadis untuk memahami kepercayaan anda sebelum memperkatakannya.

- Saya juga telah melihat Alkitab di luar kebiasaan. Saya sebelum ini sebenarnya hampir menjadi Atheist/Agnostic, iaitu tidak percaya kepada kewujudan Tuhan. Saya mempertikaikan kesahihan Alkitab, saya mempertikaikan peristiwa penyaliban Yesus, saya mempertikaikan kepercayaan Kristian.
- Namun, akhirnya, hasil perbuatan "berfikir di luar kebiasaan" tersebut dalam menyelidiki Injil, saya sebaliknya menjadi percaya.

- Dan, satu persoalan untuk anda, adakah anda juga "berfikir di luar kebiasaan" dalam menyelidiki kepercayaan anda sendiri?

Anda menulis:
"kitab kamu sendiri mengesahakn utusan2 utusan sebelum Jesus/Isa...Musa,Ibrahim dll...kamu sendiri mengakui mereka hyalah utusan2 dari allah..malahan kamu bertegas isa adalah utusan terakhir bukannya muhammad..jika kamu tegaskan isa adalah utusan terakhir kenapa kamu masih menyembahnya???"

- Bagaimana anda sampai kepada kesimpulan ini? Sudahkan anda membaca dan menyelidiki Alkitab/Bible untuk mengesahkan kesimpulan?"
--------------------------------------------------------------------------------------------

Dialog Kedua
Muslim Tanpa Nama: Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai sekalian manusia! Sesungguhnya aku adalah Pesuruh Allah kepada kamu semuanya, (di utus oleh Allah) yang menguasai langit dan bumi, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; Yang menghidupkan dan mematikan. Oleh itu, berimanlah kamu kepada Allah dan RasulNya, Nabi yang Ummi yang beriman kepada Allah dan Kalimah-kalimahNya (Kitab-kitabNya); dan ikutilah dia, supaya kamu beroleh hidayah petunjuk”. (Al-A'raf 158)

Ayat ni menyuruh kita percaya kepada nabi muhammad yg membawa ajaran allah itu esa...kalimah2 2 adalah kitab2 Allah yg berisi firman2 allah dan bukanny tuhan...jgnlah di putar belitkan ayat ni...kami islam percaya allah itu esa dan nabi muhammad itu hanyalah pesuruh allah...jika perlukan sesuatu dari allah,, berdoa n yakin terus pada allah,,tak perlu guna org tengah..org2 tengah camnilah yg akan menyesatkan manusia demi kepentingannya..seperti gereja..."

Tiwas: Tanpa nama,
Anda berkata,
"Ayat ni menyuruh kita percaya kepada nabi muhammad yg membawa ajaran allah itu esa...kalimah2 2 adalah kitab2 Allah yg berisi firman2 allah dan bukanny tuhan...jgnlah di putar belitkan ayat ni"

- Jika anda membaca dengan teliti post di atas, di mana saya telah mengatakan "kalimah2 kitab2 Allah adalah Tuhan"?

Anda berkata,
"kami islam percaya allah itu esa dan nabi muhammad itu hanyalah pesuruh allah...jika perlukan sesuatu dari allah,, berdoa n yakin terus pada allah,,tak perlu guna org tengah..org2 tengah camnilah yg akan menyesatkan manusia demi kepentingannya..seperti gereja..."

- Dari mana anda mendengar bahawa Kristian memerlukan orang tengah untuk berdoa kepada Tuhan? Adakah dakwaan anda ini diajarkan di dalam Alkitab/Bible? Atau anda sekadar mendengar dan mengulang dakwaan orang lain?
- Mungkin ada baiknya anda menyelidikinya terlebih dahulu sebelum menuduhkannya seolah-olah ia adalah kepercayaan Kristian."

Muslim Tanpa Nama: ulasan saudara tiwas
- Maka, secara munasabahnya, ini bererti Allah dan Al-Quran wujud bersama sebagai dua zat yang tidak berawal, kekal selamanya dan telah wujud sebelum segala sesuatu wujud.
- Namun, jika Allah dan Al-Quran wujud bersama, tidakkah itu bercanggah dengan konsep Tauhid di mana dikatakan hanya Allah satu-satunya dan tidak ada yang lain?

- Dari mana anda mendengar bahawa Kristian memerlukan orang tengah untuk berdoa kepada Tuhan? Adakah dakwaan anda ini diajarkan di dalam Alkitab/Bible? Atau anda sekadar mendengar dan mengulang dakwaan orang lain?
- Mungkin ada baiknya anda menyelidikinya terlebih dahulu sebelum menuduhkannya seolah-olah ia adalah kepercayaan Kristian.

maaf sekiranya sya tersilap..jika begitu ketua tertinggi gereja-paus??@ketua2 gereja di negara2 tidaklah berkuasa untuk mengampunkan dosa2 pengikut2ny..mungkin ni cuma tuduhan yg saya percayai..maaf sekiranya ianya tidak benar..."

Tiwas: Tanpa nama,

Maksud anda, anda menolak kenyataan bahawa "Allah dan Al-Quran wujud bersama sebagai dua zat yang tidak berawal, kekal selamanya dan telah wujud sebelum segala sesuatu wujud"?

Tapi, bukankah hal ini diajarkan di dalam kepercayaan anda sendiri? Melainkan anda seorang Syiah, kerana Syiah percaya Al-Quran dicipta, iaitu mempunyai permulaan.

Namun, saya percaya anda seorang pengikut fahaman Sunnah, yang percaya Al-Quran tidak berawal, kekal, dan telah wujud sebelum segala sesuatu wujud.

Anda menulis:
"jika begitu ketua tertinggi gereja-paus??@ketua2 gereja di negara2 tidaklah berkuasa untuk mengampunkan dosa2 pengikut2ny..mungkin ni cuma tuduhan yg saya percayai..maaf sekiranya ianya tidak benar..."

- Ya, tidak ada seorang pun yang berkuasa mengampunkan dosa kecuali Tuhan, dan hal ini diajarkan di dalam Alkitab.
- Dan terima kasih kerana anda mengakui kesilapan ini. Saya sangat menghargainya."

Muslim Tanpa Nama: Maksud anda, anda menolak kenyataan bahawa "Allah dan Al-Quran wujud bersama sebagai dua zat yang tidak berawal, kekal selamanya dan telah wujud sebelum segala sesuatu wujud"?

Tapi, bukankah hal ini diajarkan di dalam kepercayaan anda sendiri? Melainkan anda seorang Syiah, kerana Syiah percaya Al-Quran dicipta, iaitu mempunyai permulaan.

Namun, saya percaya anda seorang pengikut fahaman Sunnah, yang percaya Al-Quran tidak berawal, kekal, dan telah wujud sebelum segala sesuatu wujud..

saudara tiwas,,
sunni @ syiah???,,,islam cuma 1...berserah bulat2 pada Allah yg 1...cukuplah pada saya cuma ada 1 tuhan iaitu allah yg telah mencipta manusia dan menganugerahkan manusia dgn akal fikiran serta membimbing manusia melalui firman2nya...berserahlah kita kepada Nya dgn sebenar2 penyerahan..akuilah kebenaran kerana dalam 1 tiada 2 @ tiga..(sedikit pembetulan)"

Tiwas: Tanpa nama,
Anda berkata:
"cukuplah pada saya cuma ada 1 tuhan iaitu allah yg telah mencipta manusia dan menganugerahkan manusia dgn akal fikiran serta membimbing manusia melalui firman2nya"

Mungkin, anda perlu lebih menyelidiki hal ini kerana anda nampaknya seperti tidak tahu dan tidak dapat memberikan respon kepada persoalan yang timbul dari hal ini (tentang Al-Quran yang tidak diciptakan dan kekal sama seperti Tuhan yang juga tidak diciptakan dan kekal).

Anda berkata "cukuplah pada saya", seolah-olah anda percaya begitu sahaja tanpa menyelidiki apa yang anda percaya. Namun, anda juga berkata "allah yg telah mencipta manusia dan menganugerahkan manusia dgn akal fikiran".
Maka, untuk apakah "akal fikiran" yang dianugerahkan Tuhan untuk kita ini jika tidak kita gunakan untuk menyelidiki apa yang kita percayai?

Saya percaya anda boleh merenungkan hal ini menggunakan akal fikiran yang telah Tuhan anugerahkan untuk kita.

Tuhan memberkati."
-----------------------------------------------------------------------------------------

Dialog Ketiga
Muslim Tanpa Nama: saya dah baca pautan surah quran dan injil berkaitan seks seperti yg saudara cadangkan..sebenarnya,,saya pertama kali baca ke dua2nya sekali..pendapat saya quran menggunakan ayat yg benar2 sopan dan berhemah,,sesuai dgn status kitab suci,,tapi ayat yg saya baca di injil pla,,saya baca pn berderau darah..rasany x sesuai kitab suci menggunakan ayat2 sebegitu...sya xkn bacakan ayat2 sebegitu kepada anak2 saya..memalukan..."

Tiwas: Tanpa nama,
Mungkin saudara/i terlepas pandang tujuan penggunaan perkataan2 yang anda katakan sebagai "menderaukan darah" anda.

Tujuan perkataan2 tersebut di dalam Alkitab adalah untuk menyatakan kejijikan Tuhan terhadap perlakuan seperti itu.

Namun, tujuan perkataan2 ini digunakan di dalam Al-Quran pula adalah untuk menyatakan persetujuan 'Allah' dengan perbuatan2 yang berkaitan dengan perkataan tersebut.

Maka, bukankah itu perkara yang jauh berbeza? Ayat2 porno di dalam Alkitab adalah suatu pernyataan yang digunakan untuk menggambarkan kejijikan perbuatan2 tersebut. Namun, perkataan2 yang sama ini pula digunakan di dalam Al-Quran untuk menggambarkan 'keseronokan melakukan perkara tersebut'."

Muslim Tanpa Nama: memang si tiwas ni sudah shorting
otaknya,yg benar dkata tidak yg
palsu dikatakan benar saya doakan teruslah engkau dgn kegelapanmu dan menerima azab tuhan ddunia dan akhirat moga kita bertemu di akhirat siapa yg benar amin ya rabbal alamin.bagi saya mana mungkin tuhan empunya seluruh alam keluar dari vagina seorang perempuan....ini satu 
penghinaan pada zat tuhan yg suci perkara ini hanya layak pada mahluknya ciptaannya....Allah tak rugi apapun kalau ada mahluknya yg tak sujud padanya ...kerna neraka dan syurga telah menanti ahlinya...40 tahun dari sekarang paling lama si tiwas dah masuk kubur yg gelap n sempit panas dan ya Allah azablah dia dgn seberat Azab...dan aku ingin saksikan...di akhirat nanti..amin ya rab fikir umat"

Tiwas: Tanpa nama,
Ada baiknya jika kita memberikan pendapat secara baik. Jujur saya katakan, saya tidak membenci saudara/saudari.

Saya berdoa agar suatu hari nanti, anda dapat mengenal secara peribadi Tuhan Yesus yang sangat mengasihi kita, sehingga Dia sanggup merendahkan diri-Nya, dengan membenarkan diri-Nya dilahirkan melalui seorang wanita.

Mengapa Dia sanggup melakukan hal tersebut? Kerana Dia sangat mengasihi kita, Dia mahu kita terselamat dari maut yang kekal, iaitu neraka.

Saya berdoa agar suatu hari nanti, kasih ini akan membebaskan saudara/saudari dari belenggu dosa. Tuhan tetap sangat mengasihi saudara/saudari, walaupun saudara/saudari tidak percaya kepada-Nya.

Dan terima kasih kerana sudi meluangkan masa memberikan komen di blog ini. Tuhan memberkati."

Muslim Tanpa Nama: Mungkin saudara/i terlepas pandang tujuan penggunaan perkataan2 yang anda katakan sebagai "menderaukan darah" anda.

Tujuan perkataan2 tersebut di dalam Alkitab adalah untuk menyatakan kejijikan Tuhan terhadap perlakuan seperti itu.

Namun, tujuan perkataan2 ini digunakan di dalam Al-Quran pula adalah untuk menyatakan persetujuan 'Allah' dengan perbuatan2 yang berkaitan dengan perkataan tersebut.

SAUDARA TIWAS...
tempatkan diri kita sebagai pengarang sebuah buku...saudara tiwas,,berdasarkan jawapan saudara,,dapatlah kita membuat kesimpulan yg anda berpegang pada prinsip matlamat menghalalkan cara...anda fikir patutkah kita membenarkan seseorang dibolehkan mengarang cerita lucah untuk menunjukkan kejijikannya,?atau anda fikir bukankah ianya benar untuk mencapai matlamat pastiny melalui jalan yg benar dan cara yh halal??xde salahny ayat alquran tersebut kerana bersesuaian dgn fitrah manusia yg berkehendak..-jika nak bidadari yg kekal perawan,,buat kebajikan sesama insan,ibadat,beriman pada allah...bukankah selari dgn syariat kita,,jika kita sukakan seseorang,,pinanglah dgn cara beradab,,ikutlah syariat,,lafazkanlah akad,,halallah sudah hubungan...bukankah itu yg dimaksudkan oleh ayat tersebut...
sedihnya jika saudara fikir ayat dari injil itu benar dan dibolehkan..sy khuatir jika akan datang pada saudara seorang pembuat video lucah @ profesor tersohor dan menayangkan pada saudara dan juga anak2 saudara sambil berkata,,tengoklah video ini keran tujuan saya merakam si lelaki mengisap tetek adik iparny sendiri, membutoh bontotny sekali kemudian seks beramai2 atara lelaki n perempauan malah lelaki sesama lelaki dengan tujuan memaparkan perasaan jijiknya pada perbuatan tersebut...dan malangnya anda pula membenarkan dan mengajak anak2 menonton bersama supaya berasa jijik...????"

Tiwas: Tanpa nama,
Bagaimana anda boleh sampai kepada kesimpulan "matlamat menghalalkan cara"?

Bukankah dengan jelas konteks keseluruhan ayat tersebut adalah tentang penyembahan berhala? Apa kata anda baca keseluruhan konteks ayat tersebut, dan bukan hanya menumpukan kepada perkataan2 yang anda rasakan jijik tersebut.

Dan, perumpamaan yang anda berikan (iaitu video lucah) juga tidak menepati tujuan sebenar kisah di dalam Alkitab tersebut diberikan.

Perumpamaan yang lebih tepat adalah, seseorang merakamkan perbuatan yang menjijikkan tersebut, kemudian, rakaman tersebut diperlihatkan kepada si pelaku perbuatan jijik tersebut agar si pelaku tersebut sedar betapa jijiknya perbuatan mereka.

Kerana konteks kisah tersebut adalah ditujukan kepada bangsa Israel ketika itu, yang mana telah melakukan penyembahan berhala.

Lagipun, jika kisah tersebut tidak ada di dalam Alkitab, adakah anda akan percaya kepada Alkitab?

Dan, kisah tersebut bukan terdapat di dalam Injil, tetapi di dalam kitab-kitab Perjanjian Lama."

Muslim Tanpa Nama: Dan, perumpamaan yang anda berikan (iaitu video lucah) juga tidak menepati tujuan sebenar kisah di dalam Alkitab tersebut diberikan.

Perumpamaan yang lebih tepat adalah, seseorang merakamkan perbuatan yang menjijikkan tersebut, kemudian, rakaman tersebut diperlihatkan kepada si pelaku perbuatan jijik tersebut agar si pelaku tersebut sedar betapa jijiknya perbuatan mereka.
@betul2..sy tersilap dalam memberikan perumpamaan yg tepat...namun izinkan sya lengkapkan perumpamaan anda ini...ya anda betul,,seseorang telah merakamkan perbuatan jijik dan menayangkan kembali kepada si pelaku agar dia sedar betapa jijiknya perbuatan tersebut..dan kisah itu yg telah didokumenkan dalam bentuk video (lau bentuk penulisan dalam bibel)diedarkan kepada org ramai dgn tujuan org ramai berasa jijik dgn tingkah laku tersebut(sy menambah diedarkan kepada org ramai kerana bersesuaian dgn fungsi kitab bible yg diturunkan untuk semua umat manusia.jadi kisah tersebut bukanlah hya utk pelaku shj.tpi kepada org lain jgk agar org lain boleh berasa jijik dan mengambil pengajaran darinya)...saya fikir mungkin anda sendiri yg tergamak melakukanny(merakam adegan seks pasangan lain) dan setelah anda menunjukkan kepad pasangan tersebut boleh juga nti anda tunjukkan kepada anak2 anda sendiri dgn tujuan pendidikan...

Perumpamaan yang lebih tepat adalah, seseorang merakamkan perbuatan yang menjijikkan tersebut,....
@ dan saudara tiwas,,anda telah mengambil perumpamaan sy dan anda menekankan betapa silapny saya namun pada masa yg sama anda sendiri mengakui betapa perbuatan itu menjijikkan (bukankah kisah itu yg diceritakan dgn detail adalah menjijikan????)nah,sekarang anda sendiri mengakuinya,,luaskan pemikiran kamu saudara,,sekarang cuba kamu pindahkan perumpamaan video itu dalam bentuk penulisan..???anda nampak bukan..bukan pembuat video, bukan konteks, bahkan bukan mengenai penyembahan berhala tapi kitab suci tidak boleh mengandungi perkara,perkataan yg menjijikkan kerana ianya adalah kitab allah yg maha suci dari segala kejelikan...

harap saudara tiwas dapat berfikir dgn setulus pemikiran.."

Tiwas: Tanpa nama,
Nampaknya, anda mengelak persoalan saya sebelum ini, iaitu:
"Lagipun, jika kisah tersebut tidak ada di dalam Alkitab, adakah anda akan percaya kepada Alkitab?"

Anda menulis:
"betul2..sy tersilap dalam memberikan perumpamaan yg tepat"

- Terima kasih kerana mengakuinya, saya sangat menghargainya.

Anda menulis,
"namun izinkan sya lengkapkan perumpamaan anda ini...ya anda betul,,seseorang telah merakamkan perbuatan jijik dan menayangkan kembali kepada si pelaku agar dia sedar betapa jijiknya perbuatan tersebut..dan kisah itu yg telah didokumenkan dalam bentuk video (lau bentuk penulisan dalam bibel)diedarkan kepada org ramai dgn tujuan org ramai berasa jijik dgn tingkah laku tersebut(sy menambah diedarkan kepada org ramai kerana bersesuaian dgn fungsi kitab bible yg diturunkan untuk semua umat manusia.jadi kisah tersebut bukanlah hya utk pelaku shj.tpi kepada org lain jgk agar org lain boleh berasa jijik dan mengambil pengajaran darinya"

- Yang pasti, tujuan utama hal tersebut adalah untuk memberikan gambaran bahawa betapa hal tersebut menjijikkan di mata Tuhan. Anda juga mengakuinya.
- Maka, jika ada yang teransang (atau berderau darah) oleh kerana hal ini, itu adalah kerana individu itu sendiri yang gagal memahami tujuan sebenar penceritaan tersebut.

Anda menulis:
"saya fikir mungkin anda sendiri yg tergamak melakukanny(merakam adegan seks pasangan lain) dan setelah anda menunjukkan kepad pasangan tersebut boleh juga nti anda tunjukkan kepada anak2 anda sendiri dgn tujuan pendidikan..."

- Maaf, mungkin perumpamaan anda yang ini lebih kepada menuduh saya secara peribadi. Ia tidak sepadan dengan apa yang tercatat di dalam Alkitab.
- Mungkin, ia lebih sepadan jika anda mengatakan,
Saya merakamkan perbuatan anak saya sendiri, dan kemudian mempertontonkan hal tersebut kepada mereka, untuk menggambarkan betapa perbuatan mereka menjijikkan, dan saya sebagai orang tua merasa sangat kecewa. Namun, jika mereka sanggup bertaubat, saya akan menerima mereka kembali.

- Sama seperti kisah di dalam kitab Yehezkiel ini, di mana bangsa Israel, adalah umat pilihan Tuhan yang telah menyembah berhala, dan Tuhan sangat sedih dan menggambarkan perbuatan mereka melalui gambaran yang menjijikkan, namun, jika mereka berbalik dari perbuatan penyembahan berhala tersebut, Dia akan mengampuni dan menerima mereka semula.

- Namun, walaupun mereka bertaubat, ia tidak mengubah hakikat bahawa mereka pernah melakukannya, dan akan kekal menjadi peringatan kepada anak cucu mereka seterusnya.

- Jika kita melihat konteks keseluruhan dan memahami maksud sebenar penceritaan ini, kita tidak akan sampai kepada kesimpulan yang tersimpang jauh.

Saya juga berharap saudara/saudari tanpa nama dapat melihat hal ini dengan pemahaman dan konteks yang sebenar.

Anda juga perlu konsisten dengan pendirian anda, anda berkata:
"kitab suci tidak boleh mengandungi perkara,perkataan yg menjijikkan kerana ianya adalah kitab allah yg maha suci dari segala kejelikan..."

- Perkataan2 yang anda anggap menjijikkan ini juga ada di dalam Al-Quran. Malah, tujuan penggunaannya adalah berbeza dengan yang terdapat di dalam Alkitab. Al-Quran menggunakannya untuk menggambarkan nikmat.
- Maka, mengapa anda merasakan ia menjijikkan untuk Alkitab, namun tidak untuk Al-Quran walaupun perkataan yang digunakan adalah sama?"

Muslim Tanpa Nama: @ nampaknya saudara masih enggan mengakui kebenaran..saudara tiwas yg dihormati,,dgn rasa rendah diri, percayalah dan yakinlah akan niat saya berhujah dgn saudara bkn bermaksud menghina atau mengaibkan jauh sekali menyakitkan hati saudara..dengan nama allah,,sya amat yakin dan percaya ilmu agama saudara jauh ke hadapan berbanding dgn saya..percayalah apabila saya mengatakakn :
saya dah baca pautan surah quran dan injil berkaitan seks seperti yg saudara cadangkan..sebenarnya,,saya pertama kali baca ke dua2nya sekali..pendapat saya quran menggunakan ayat yg benar2 sopan dan berhemah,,sesuai dgn status kitab suci,,tapi ayat yg saya baca di injil pla,,saya baca pn berderau darah..rasany x sesuai kitab suci menggunakan ayat2 sebegitu...sya xkn bacakan ayat2 sebegitu kepada anak2 saya..memalukan...
percayalah saudara, sememangnya inilah pertama kali saya membaca ayat dalam ke dua2 kitab ini...sya bukan sesiapa untuk menentukan samaada kitab saudara @ kitab yg sya yakini benar,,sya cuma manusia biasa yg menggunakan akal n fikiran untuk memilih mna yg tlah ditentukan kebenarannya...

Sama seperti kisah di dalam kitab Yehezkiel ini, di mana bangsa Israel, adalah umat pilihan Tuhan yang telah menyembah berhala, dan Tuhan sangat sedih dan menggambarkan perbuatan mereka melalui gambaran yang menjijikkan, namun, jika mereka berbalik dari perbuatan penyembahan berhala tersebut, Dia akan mengampuni dan menerima mereka semula.

- Namun, walaupun mereka bertaubat, ia tidak mengubah hakikat bahawa mereka pernah melakukannya, dan akan kekal menjadi peringatan kepada anak cucu mereka seterusnya.

- Jika kita melihat konteks keseluruhan dan memahami maksud sebenar penceritaan ini, kita tidak akan sampai kepada kesimpulan yang tersimpang jauh.

@ ya2 setiap agama menyeru kepada kebaikan....sya faham 2..al quran pn menyeru pda kebaikan..malah cerita kancil dn buaya pn menyeru pda kebaikan..namun perlukah menggunakan perkataan sebegitu..bukankah cukup jika anda bertanya pada sya 'apa sedang kamu lakukan' saya menjawab 'sya sedang bersama dgn dia @ lau pn open sikit sya sdg melakukan hubungan seks dgn si polan 'perlukah sy menjawab' sya sedang mengisap tetek si polan dan membontot dia....'???ape pun saudara tiwas,,sya amat menghormati anda n percaya jika anda menonton video seks @ porno @ ataupun ape2 juab bahan yg berunsur lucah, saudara tdak akan terangsang kerana niat saudara utk mendapat kebaikan bukan???jarang ada manusia yg dpt mengawal hawa nafsunya..."

Tiwas: Tanpa nama,
Anda menulis,
"saya dah baca pautan surah quran dan injil berkaitan seks seperti yg saudara cadangkan..sebenarnya,,saya pertama kali baca ke dua2nya sekali..pendapat saya quran menggunakan ayat yg benar2 sopan dan berhemah,,sesuai dgn status kitab suci,,tapi ayat yg saya baca di injil pla,,saya baca pn berderau darah..rasany x sesuai kitab suci menggunakan ayat2 sebegitu...sya xkn bacakan ayat2 sebegitu kepada anak2 saya..memalukan..."

Maka, saya juga akan mengulang semula persoalan saya untuk anda:
- Perkataan2 yang anda anggap menjijikkan ini juga ada di dalam Al-Quran. Malah, tujuan penggunaannya adalah berbeza dengan yang terdapat di dalam Alkitab. Al-Quran menggunakannya untuk menggambarkan nikmat.
- Maka, mengapa anda merasakan ia menjijikkan untuk Alkitab, namun tidak untuk Al-Quran walaupun perkataan yang digunakan adalah sama?

Anda menulis,
"dgn rasa rendah diri, percayalah dan yakinlah akan niat saya berhujah dgn saudara bkn bermaksud menghina atau mengaibkan jauh sekali menyakitkan hati saudara."

- Jangan risau, saya memahaminya. Memang akan wujud perbezaan pendapat di antara kita kerana kita percaya kepada perkara yang berbeza.

Anda menulis,
"ya2 setiap agama menyeru kepada kebaikan....sya faham 2..al quran pn menyeru pda kebaikan..malah cerita kancil dn buaya pn menyeru pda kebaikan..namun perlukah menggunakan perkataan sebegitu..bukankah cukup jika anda bertanya pada sya 'apa sedang kamu lakukan' saya menjawab 'sya sedang bersama dgn dia @ lau pn open sikit sya sdg melakukan hubungan seks dgn si polan 'perlukah sy menjawab' sya sedang mengisap tetek si polan dan membontot dia....'???"

- Seperti yang telah saya jelaskan, penggunaan perkataan2 dan gambaran2 tersebut adalah cara Tuhan memberikan amaran keras kepada bangsa Israel pada zaman tersebut.
- Ini kerana Tuhan sangat memandang serius hal penyembahan berhala, khususnya yang dilakukan oleh bangsa Israel ketika itu.
- Maka, bukanlah hak kita untuk menentukan apa yang sesuai dikatakan oleh Tuhan, kerana hakikatnya, Tuhan sendiri menggunakan perkataan dan gambaran seperti itu.
- Paling utama, ia bukan bertujuan untuk membangkitkan hawa nafsu, tetapi menimbulkan kejijikan dan penyesalan.

- Contoh terbaru yang anda berikan di atas juga tidak sepadan dengan penceritaan di dalam kitab Yehezkiel tersebut. Ia bukan berkenaan seseorang bertanya apa yang dia lakukan, tetapi berkenaan Tuhan menggambarkan penyembahan berhala sebagai suatu kejijikan di hadapan-Nya.

Anda menulis,
"ape pun saudara tiwas,,sya amat menghormati anda n percaya jika anda menonton video seks @ porno @ ataupun ape2 juab bahan yg berunsur lucah, saudara tdak akan terangsang kerana niat saudara utk mendapat kebaikan bukan???jarang ada manusia yg dpt mengawal hawa nafsunya..."

- Perumpamaan anda ini sekali lagi tidak sepadan dengan kisah yang terdapat di dalam kitab Yehezkiel tersebut.
- Anda menyamakan video seks/porno yang memang bertujuan merangsang hawa nafsu dengangambaran jijik Tuhan yang bertujuan memberikan kesedaran terhadap dosa penyembahan berhala.
- Ia adalah dua hal yang berbeza.

- Tentang pengawalan hawa nafsu, ingin saya kongsikan, hawa nafsu dapat dikawal jika kita menyerahkan hidup kedagingan kita kepada Tuhan. Kita tidak akan mampu mengawalnya tanpa penyerahan kepada kuasa campurtangan Tuhan yang mengubah hati dan hidup kita.

Saya ada satu soalan untuk anda, sudahkah anda membaca keseluruhan kitab Yehezkiel ini? Bukannya apa, cuma, anda begitu beriya-iya memperkatakan tentang perkataan2 yang anda sifatkan sebagai "porno" ini (malah, anda mengakui baru kali pertama membaca pautan berkaitan seks di dalam Al-Quran). Maka, sudahkah anda menyelidiki kitab Yehezkiel sebelum sampai kepada kesimpulan "porno" ini? Atau, anda sekadar mengulang apa yang anda dengar dari orang lain?

Jika belum, saya berikan pautan kitab Yehezkiel ini untuk anda baca dan telitikan sendiri.

Tuhan memberkati."

Muslim Tanpa Nama:
Anda menulis,
- Seperti yang telah saya jelaskan, penggunaan perkataan2 dan gambaran2 tersebut adalah cara Tuhan memberikan amaran keras kepada bangsa Israel pada zaman tersebut.
- Ini kerana Tuhan sangat memandang serius hal penyembahan berhala, khususnya yang dilakukan oleh bangsa Israel ketika itu.
- Maka, bukanlah hak kita untuk menentukan apa yang sesuai dikatakan oleh Tuhan, kerana hakikatnya, Tuhan sendiri menggunakan perkataan dan gambaran seperti itu.
- Paling utama, ia bukan bertujuan untuk membangkitkan hawa nafsu, tetapi menimbulkan kejijikan dan penyesalan.

- Contoh terbaru yang anda berikan di atas juga tidak sepadan dengan penceritaan di dalam kitab Yehezkiel tersebut. Ia bukan berkenaan seseorang bertanya apa yang dia lakukan, tetapi berkenaan Tuhan menggambarkan penyembahan berhala sebagai suatu kejijikan di hadapan-Nya.

- Perumpamaan anda ini sekali lagi tidak sepadan dengan kisah yang terdapat di dalam kitab Yehezkiel tersebut.
- Anda menyamakan video seks/porno yang memang bertujuan merangsang hawa nafsu dengan gambaran jijik Tuhan yang bertujuan memberikan kesedaran terhadap dosa penyembahan berhala.
- Ia adalah dua hal yang berbeza.
@ Baiklah saudara tiwas..berlakulah jujur dgn nama Allah..benar @ tidak dalam ayat tersebut ada perkataan yg pada pertimbangan fikiran waras manusia adalah kurang sopan???
- Tentang pengawalan hawa nafsu, ingin saya kongsikan, hawa nafsu dapat dikawal jika kita menyerahkan hidup kedagingan kita kepada Tuhan. Kita tidak akan mampu mengawalnya tanpa penyerahan kepada kuasa campurtangan Tuhan yang mengubah hati dan hidup kita.

Saya ada satu soalan untuk anda, sudahkah anda membaca keseluruhan kitab Yehezkiel ini? Bukannya apa, cuma, anda begitu beriya-iya memperkatakan tentang perkataan2 yang anda sifatkan sebagai "porno" ini (malah, anda mengakui baru kali pertama membaca pautan berkaitan seks di dalam Al-Quran). Maka, sudahkah anda menyelidiki kitab Yehezkiel sebelum sampai kepada kesimpulan "porno" ini? Atau, anda sekadar mengulang apa yang anda dengar dari orang lain?

Jika belum, saya berikan pautan kitab Yehezkiel ini untuk anda baca dan telitikan sendiri.
@Saudara tiwas,,sya faham kalau boleh anda ingin saya membaca seluruh kitab anda agar anda dpt menguatkan dakwaan dan pada masa yg sama anda dapat berdakwah..Saudara tiwas, saya di sini xberniat tuk berdakwah pada anda untuk masuk Islam,,bahkan sehinnga kini sya x de pun memberi nas2 @ ayat2 alquran untuk menguatkan hujah sya…sya x fikir dgn membaca kitab yg anda cadangkan dpt menyelesaikan perbezaan pendapat dalam mencari kebenaran…jadi,,berlakulah jujur dgn nama Allah..benar @ tidak dalam ayat tersebut ada perkataan yg pada pertimbangan fikiran waras manusia adalah kurang sopan???

Anda menulis,
"saya dah baca pautan surah quran dan injil berkaitan seks seperti yg saudara cadangkan..sebenarnya,,saya pertama kali baca ke dua2nya sekali..pendapat saya quran menggunakan ayat yg benar2 sopan dan berhemah,,sesuai dgn status kitab suci,,tapi ayat yg saya baca di injil pla,,saya baca pn berderau darah..rasany x sesuai kitab suci menggunakan ayat2 sebegitu...sya xkn bacakan ayat2 sebegitu kepada anak2 saya..memalukan..."

Maka, saya juga akan mengulang semula persoalan saya untuk anda:
- Perkataan2 yang anda anggap menjijikkan ini juga ada di dalam Al-Quran. Malah, tujuan penggunaannya adalah berbeza dengan yang terdapat di dalam Alkitab. Al-Quran menggunakannya untuk menggambarkan nikmat.
- Maka, mengapa anda merasakan ia menjijikkan untuk Alkitab, namun tidak untuk Al-Quran walaupun perkataan yang digunakan adalah sama?
@alquran menulis gadis perawan..kitab anda menulis tetek susu bukan????kalaupun nk bgi pengajaran jgnlah tulis bukan2…sbb 2 sy bgtau anda dari awal lagi,,,matlamat x boleh menghalalkan cara…nak org hormat anda, anda kenalah hormat org.. anda minta sy hormat kat anda dgn cara yg kasar..bagaimana sy boleh terima…????"

Tiwas: Tanpa nama,
Anda menulis,
"Baiklah saudara tiwas..berlakulah jujur dgn nama Allah..benar @ tidak dalam ayat tersebut ada perkataan yg pada pertimbangan fikiran waras manusia adalah kurang sopan???"

- Bukankah sudah dijelaskan, perkataan2 tersebut memang disengajakan untuk menimbulkan perasaan jijik, khususnya kepada bangsa Israel ketika itu, apabila perlakuan mereka menyembah berhala adalah jijik sehingga perkataan2 yang menurut anda "kurang sopan" digunakan.

Anda menulis,
"Saudara tiwas,,sya faham kalau boleh anda ingin saya membaca seluruh kitab anda agar anda dpt menguatkan dakwaan dan pada masa yg sama anda dapat berdakwah.."

- Anda salah faham, saya hanya menyarankannya kerana agak jelas anda belum membaca kitab Yehezkiel (malah, ia bukanlah seluruh Alkitab/Bible), namun, anda telah pun menyimpulkan bahawa ia adalah "porno".
- Katakan, saya belum lagi membaca Al-Quran, namun saya sudah menyimpulkannya sebagai "porno", adakah perbuatan saya itu betul dan munasabah? 
- Saya menyarankannya agar anda tahu apa yang anda dakwakan, dan bukan sekadar mengulang apa yang anda dengar dari orang lain.

Anda menulis,
"Saudara tiwas, saya di sini xberniat tuk berdakwah pada anda untuk masuk Islam,,bahkan sehinnga kini sya x de pun memberi nas2 @ ayat2 alquran untuk menguatkan hujah sya…sya x fikir dgn membaca kitab yg anda cadangkan dpt menyelesaikan perbezaan pendapat dalam mencari kebenaran…"

- Mungkin, ada baiknya anda menggunakan ayat2 Al-Quran untuk menguatkan hujah anda. Sekurang-kurangnya, anda mempunyai 'sesuatu' untuk menyokong dakwaan anda. Kerana setakat ini, anda hanya memberikan dakwaan tanpa bukti.

Anda menulis,
"alquran menulis gadis perawan..kitab anda menulis tetek susu bukan????kalaupun nk bgi pengajaran jgnlah tulis bukan2…sbb 2 sy bgtau anda dari awal lagi,,,matlamat x boleh menghalalkan cara…nak org hormat anda, anda kenalah hormat org.. anda minta sy hormat kat anda dgn cara yg kasar..bagaimana sy boleh terima…????"

- Gadis perawan? Nampaknya, apa yang anda berikan adalah "terjemahan". Cuba anda baca Al-Quran di dalam bahasa asalnya, contohnya, surah An-Naba ayat 33:
وَكَوَاعِبَ أَتْرَابًا
Perkataan "buah dada penuh" ada di dalamnya, namun, diterjemahkan sebagai "perawan-perawan" di dalam terjemahan B.M.
- Seolah2 penterjemah cuba menyembunyikan perkataan tersebut.

Dan, anda nampaknya tidak menjawab persoalan asal saya,
- Perkataan2 yang anda anggap menjijikkan ini juga ada di dalam Al-Quran. Malah, tujuan penggunaannya adalah berbeza dengan yang terdapat di dalam Alkitab. Al-Quran menggunakannya untuk menggambarkan nikmat.
- Maka, mengapa anda merasakan ia menjijikkan untuk Alkitab, namun tidak untuk Al-Quran walaupun perkataan yang digunakan adalah sama?"
----------------------------------------------------------------------------------------

Dialog Keempat
Muslim Tanpa Nama: Hanya ada satu yang mampu membuktikan dakwaan ketuhanannya iaitu Yesus.
- Dia membuktikannya dengan bangkit dari kematian.

@ Sekarang ni banyak kes org yg di sahkan mati tapi hidup semula...???Adakah mereka tuhan...???
@ Satu hari nti,kita sdri pn akan mati dan akan bangkit dari mati untuk menerima pengadilan..???Adakah nanti kita bila dibangkitkan dari kematian akan di anggap tuhan???
@ Rasanya elok jadikan Nabi2 yg pernah hidupkan orang/haiwan yg dah mati sebagai tuhan sbb yg menghidupkan lgi berkuasa dari mati...???
@ Yesus sendiri telah membuktikan dia bukan tuhan apabila dia mati...??? Jadi yg tak mati cuma Allah, iaitu Tuhan Nabi Isa, Tuhan Nabi Muhammad dan Tuhan untuk seluruh isi alam...

- Dan sepanjang Yesus berada di bumi, Dia telah memberikan standard moral/kebaikan yang sangat tinggi. Contohnya, mengasihi orang yang membenci kita, membalas kejahatan dengan kebaikan, dan banyak lagi standard yang sehingga kini masih relevan dengan kehidupan kita.

@ dan sepanjang sejarah bumi, telah banyak manusia yg melakukan kebaikan melebihi Yesus..Malah Ibu sya sendiri pun sanggup tak makan sbb nak bagi saya makan...ada juga isteri yg dizalimi oleh suami namun ttp taat pada suaminya..atau pun Bill Gate yg telah medermakan berjuta2 dolar untuk membantu org..bukan dia shj, ramai lagi..Malahan Nabi Muhammad sendiripun, hingga diberi ranking no1 dalam kedudukan orang yg dihormati dalam sejarah..tapi cukuplah kamu amek contoh ibu bapa kamu je, sbb mereka yg terdekat dan nampak dgn mata sdrikn...

Anda bertanya,
"apa kata anda andai semua manusia mengaku tuhan.apa akan jadi dgn dunia ini"

- Dunia ini akan dipenuhi dengan manusia yang mengaku sebagai Tuhan. ;)

@ Umat manusia akan dihancurleburkan dan diganti dgn umat lain agar manusia mengambil pengajaran tiada tuhan yg di sembah melainkan ALlah...ALlah maha besar dan maha berkuasa..tiada apa pn yg setara dgn Nya..."

Tiwas: Tanpa nama,
Anda menulis,
"Sekarang ni banyak kes org yg di sahkan mati tapi hidup semula...???Adakah mereka tuhan...???"

- Bezanya, mereka tidak memberikan dakwaan ketuhanan seperti Yesus. Yesus banyak memberikan dakwaan2 yang mana hanya layak diberikan oleh Tuhan seperti boleh mengampuni dosa, memberikan kehidupan dll.
- Yesus kemudian membuktikan dakwaan2 ini melalui mukjizat2 yang dilakukan-Nya, serta kebangkitan-Nya.

Anda menulis,
"Satu hari nti,kita sdri pn akan mati dan akan bangkit dari mati untuk menerima pengadilan..???Adakah nanti kita bila dibangkitkan dari kematian akan di anggap tuhan???"

- Hal ini juga berbeza kerana kita dibangkitkan untuk menerima pengadilan, Yesus bangkit untuk membuktikan keTuhanan-Nya.
- Kita juga tidak bangkit atas kuasa kita sendiri, Yesus pula bangkit atas kuasa-Nya sendiri.

Anda menulis,
"Rasanya elok jadikan Nabi2 yg pernah hidupkan orang/haiwan yg dah mati sebagai tuhan sbb yg menghidupkan lgi berkuasa dari mati...???"

- Hal ini juga berbeza, kerana Nabi2 yang pernah menghidupkan orang mati ini melakukannya atas kuasa Tuhan, sedangkan Yesus melakukannya atas kuasa-Nya sendiri. Yesus tidak meminta Tuhan untuk membangkitkan orang mati, sebaliknya Dia memerintahkan orang mati untuk bangkit.

Anda menulis,
"Yesus sendiri telah membuktikan dia bukan tuhan apabila dia mati...??? Jadi yg tak mati cuma Allah, iaitu Tuhan Nabi Isa, Tuhan Nabi Muhammad dan Tuhan untuk seluruh isi alam..."

- Untuk ini, saya pernah memperkatakannya di sini. Apa kata anda membacanya.

Anda menulis:
"dan sepanjang sejarah bumi, telah banyak manusia yg melakukan kebaikan melebihi Yesus..Malah Ibu sya sendiri pun sanggup tak makan sbb nak bagi saya makan...ada juga isteri yg dizalimi oleh suami namun ttp taat pada suaminya..atau pun Bill Gate yg telah medermakan berjuta2 dolar untuk membantu org..bukan dia shj, ramai lagi..Malahan Nabi Muhammad sendiripun, hingga diberi ranking no1 dalam kedudukan orang yg dihormati dalam sejarah..tapi cukuplah kamu amek contoh ibu bapa kamu je, sbb mereka yg terdekat dan nampak dgn mata sdrikn..."

- Nampaknya, anda salah faham tentang maksud "standard moral".
- Yesus tidak pernah melakukan sebarang kesalahan. Dia tidak pernah berdosa. Malah, kesucian Yesus juga dicatatkan di dalam Al-Quran.
- Bandingkan dengan contoh2 yang anda berikan, adakah mereka berjaya hidup sempurna seperti Yesus, iaitu tidak pernah melakukan dosa dan kesalahan? Adakah mereka mencapai standard moral Yesus?"

Muslim Tanpa Nama: - Bezanya, mereka tidak memberikan dakwaan ketuhanan seperti Yesus. Yesus banyak memberikan dakwaan2 yang mana hanya layak diberikan oleh Tuhan seperti boleh mengampuni dosa, memberikan kehidupan dll.
@anda sendiri tau kitab injil di tulis oleh anak muridnya…mereka mendengar Isa berkata sebegitu @ mereka tersalah dengar @ generasi selepas mereka tersalah tafsir????bagitau sy, kenapa sya perlu percayakan saudara yg nti akn datang pada sya n memberitahu si polan adalah tuhan kerana saudara mendengar dia berkata dia adalah tuhan????kenapa sy perlu mempercayai cerita yg rumit ini???
@kan mudah sy percaya ajakan seseorang yg memaklumkan kat sana ada seorang yg menyeru untuk menyembah Allah yg 1, menyembah tuhan Nabi Ibrahim,Nabi Musa,Nabi Isa dan seluruh nabi…

- Yesus kemudian membuktikan dakwaan2 ini melalui mukjizat2 yang dilakukan-Nya, serta kebangkitan-Nya.
@semua nabi ada mukjizatny sendiri…

- Hal ini juga berbeza kerana kita dibangkitkan untuk menerima pengadilan, Yesus bangkit untuk membuktikan keTuhanan-Nya.
@Allah suruh kita perhatikan dan berfikir,,allah mencipta alam semesta, peristiwa2 dalam sejarah berlaku n berulang2 , lihat ke kiri, kanan, atas, bawah semuanya terkandung dgn bukti akan kekuasaanNya dan malah mengutuskan nabi untuk manusia berfikir tentangNya dan mengakui serta menunaikan perjanjian antara manusia dgn Allah…dan akhirnya kamu mengatakan Yesus itu tuhan hya dgn dalil ini????dan nampaknya pengorbanan Tuahan kamu itu sia2 kerana manusia masih lagi akan menghdapi pengadilan…

- Kita juga tidak bangkit atas kuasa kita sendiri, Yesus pula bangkit atas kuasa-Nya sendiri.
@anda mengatakan dia dibunuh, disalib dan anda mengatakan dia mempunyai kuasa untuk menghidupkan dirinya sendiri..????ooo..mungkin anda ingin mengatakan dia sengaja membiarkan dirinya di bunuh agar dia diberi peluang untuk membuktikan dirinya tuhan???

- Untuk ini, saya pernah memperkatakannya di sini. Apa kata anda membacanya.
@dan apa kata anda terima sahaja konsep Nabi Isa tidak disalibkan malahan diangkat ke sisi Allah..sebetulnya apa yg saudara sendiri katakan mmg benar iaitu Nabi Isa tidak mati bukan(bukankah kematian ada 2 konsep seperti saudara sendiri huraikan)…??? Jadi mmg benar nabi isa tdak mati…sesuai sekali dgn kepercayaan saya…sekarang ini hyalah kecelaruan samasa peristiwa penyaliban itu…Siapakah sebenar2nya yg disalib????

- Nampaknya, anda salah faham tentang maksud "standard moral".
- Yesus tidak pernah melakukan sebarang kesalahan. Dia tidak pernah berdosa. Malah, kesucian Yesus juga dicatatkan di dalam Al-Quran.
- Bandingkan dengan contoh2 yang anda berikan, adakah mereka berjaya hidup sempurna seperti Yesus, iaitu tidak pernah melakukan dosa dan kesalahan? Adakah mereka mencapai standard moral Yesus? "
@Bagaimana sya nak contohi moral Yesus???mungkin sya boleh mencontohi moral dia dalam pengurusan rumahtangga @ moral dia sebagai pemimpin dalam mentadbir sebuah Negara????camne sya nak mencontohi org yg belum berkahwin sbb dia sendiri pn x ada pengalaman???(jgn bgtau sya Isa pernah berkahwiu pula)..adakah adil anda mengatakan dia hidup sempurna sedangkan dia x pernah mengecapi sebenar2 kehidupan seperti sepatutnya???sya fikir dia sendiri pn x hidup dgn lengkap seperti manusia lain,,dia perlukan makan tapi x perlukan isteri pula @ sebenarnya dia x sempat untuk beristeri????Ujian sebagai manusia pn dia x lengkap kalau nk dibandingkan dgn manusia lain..Bagaimanaboleh dikatakan telah mencapai standard moral????sya memberi contoh yg mudah agar anda dpt berfikir dgn seelok2ny dan sejelas2nya.."

Tiwas: Tanpa nama,
Anda menulis,
"@anda sendiri tau kitab injil di tulis oleh anak muridnya…mereka mendengar Isa berkata sebegitu @ mereka tersalah dengar @ generasi selepas mereka tersalah tafsir????"

- Anda memberikan andaian bahawa mereka mungkin tersalah dengar.
- Namun, andaian sahaja tidak cukup, anda perlu memberikan bukti bahawa mereka telah tersalah dengar atau tersalah tafsir.
- Kerana hakikatnya, bukti yang ada menunjukkan apa yang ada di dalam Alkitab hari ini adalah benar.
- Saya pernah memperkatakan hal ini di blog ini, mungkin anda boleh cuba melayari dan membacanya.

Anda menulis,
bagitau sy, kenapa sya perlu percayakan saudara yg nti akn datang pada sya n memberitahu si polan adalah tuhan kerana saudara mendengar dia berkata dia adalah tuhan????kenapa sy perlu mempercayai cerita yg rumit ini???

- Benar, jika hanya seorang yang mengatakannya, sudah tentu kita patut meragui dan mengesyakinya. Saya sangat bersetuju dengan anda.
- Namun, kisah Yesus bukan diceritakan oleh seorang sahaja, tetapi oleh ramai orang, iaitu murid-murid Yesus sendiri. Contohnya, Petrus, Matius, Yohanes, Yakobus dll. Mereka ini adalah individu2 yang hidup sezaman dengan Yesus, malah bersama-sama dengan Dia sehinggalah Dia naik semula ke syurga.
- Malah, mereka sanggup mati dibunuh mempertahankan apa yang telah mereka dengar daripada Yesus.
- Maka, kesaksian mereka lebih boleh dipercayai, berbanding kesaksian daripada seseorang yang hidup 600 tahun selepas zaman kehidupan Yesus.
- Dan, hanya kerana sesuatu cerita itu rumit, itu tidak bererti ia tidak benar.

Anda menulis,
"@kan mudah sy percaya ajakan seseorang yg memaklumkan kat sana ada seorang yg menyeru untuk menyembah Allah yg 1, menyembah tuhan Nabi Ibrahim,Nabi Musa,Nabi Isa dan seluruh nabi…"

- Mengapa pula hal ini lebih mudah? Nampaknya, anda tidak konsisten dengan pendirian anda.
- Sebelum ini, anda katakan "mengapa kita perlu percaya kepada seseorang individu yang mengatakan si polan adalah Tuhan kerana kerana individu tersebut mendengar si polan mengaku sebagai tuhan".
- Maka, berdasarkan logik yang sama, mengapa kita perlu mempercayai ajakan seseorang yang memaklumkan untuk menyembah Allah yang Satu? Bagaimana kita tahu bahawa dia berkata benar?

Anda menulis,
"semua nabi ada mukjizatny sendiri…"

- Benar, cuma, darimana sumber kuasa nabi2 ini melakukan mukjizat? Yesus menggunakan kuasa-Nya sendiri.

Anda menulis,
"dan nampaknya pengorbanan Tuahan kamu itu sia2 kerana manusia masih lagi akan menghdapi pengadilan…"

- Tidak, pengadilan adalah untuk semua manusia, sama ada mereka percaya kepada Yesus atau tidak.
- Dan, Yesus sendiri yang menjadi Hakim untuk melakukan pengadilan tersebut.

Anda menulis,
"anda mengatakan dia dibunuh, disalib dan anda mengatakan dia mempunyai kuasa untuk menghidupkan dirinya sendiri..????ooo..mungkin anda ingin mengatakan dia sengaja membiarkan dirinya di bunuh agar dia diberi peluang untuk membuktikan dirinya tuhan???"

- Ya, buktinya, Yesus sendiri mengatakannya,
"Bapa mengasihi Aku, oleh karena Aku memberikan nyawa-Ku untuk menerimanya kembali. Tidak seorangpun mengambilnya dari pada-Ku, melainkan Aku memberikannya menurut kehendak-Ku sendiri. Aku berkuasa memberikannya dan berkuasa mengambilnya kembali. Inilah tugas yang Kuterima dari Bapa-Ku." (Yohanes 10:17-18)

Anda menulis,
"dan apa kata anda terima sahaja konsep Nabi Isa tidak disalibkan malahan diangkat ke sisi Allah..sebetulnya apa yg saudara sendiri katakan mmg benar iaitu Nabi Isa tidak mati bukan(bukankah kematian ada 2 konsep seperti saudara sendiri huraikan)…??? Jadi mmg benar nabi isa tdak mati…sesuai sekali dgn kepercayaan saya…sekarang ini hyalah kecelaruan samasa peristiwa penyaliban itu…Siapakah sebenar2nya yg disalib????"

- Tubuh manusia Yesus memang telah disalibkan. Ia adalah fakta yang tidak disangkal oleh mana-mana pengkaji sejarah, sama ada Kristian atau bukan.
- Maka, anda perlu membuktikan bahawa yang disalibkan bukanlah Yesus.

Anda menulis,
"Bagaimana sya nak contohi moral Yesus???mungkin sya boleh mencontohi moral dia dalam pengurusan rumahtangga @ moral dia sebagai pemimpin dalam mentadbir sebuah Negara????camne sya nak mencontohi org yg belum berkahwin sbb dia sendiri pn x ada pengalaman???(jgn bgtau sya Isa pernah berkahwiu pula).."

- Sekali lagi, anda salah faham dengan standard moral.
- Pengurusan rumahtangga atau negara bukanlah suatu 'perlakuan moral'. Sebaliknya, keputusan kita dalam memilih yang baik dan tidak baik, yang dosa dan yang bukan dosa.
- Sama ada kita berkahwin atau tidak, seorang pemimpin negara atau bukan, kita tetap mempunyai suatu pilihan moral, iaitu diantara yang baik dan jahat.

Anda berkata,
"adakah adil anda mengatakan dia hidup sempurna sedangkan dia x pernah mengecapi sebenar2 kehidupan seperti sepatutnya??? sya fikir dia sendiri pn x hidup dgn lengkap seperti manusia lain,,dia perlukan makan tapi x perlukan isteri pula @ sebenarnya dia x sempat untuk beristeri????Ujian sebagai manusia pn dia x lengkap kalau nk dibandingkan dgn manusia lain..Bagaimanaboleh dikatakan telah mencapai standard moral????sya memberi contoh yg mudah agar anda dpt berfikir dgn seelok2ny dan sejelas2nya.."

- Hidup sempurna di sini adalah tidak melakukan sebarang dosa.
- Kehidupan yang sebenar-benarnya juga bukanlah berkahwin, berjaya dalam kehidupan, atau lain2 hal bersifat kedagingan. Hidup sempurna adalah hidup yang berkenan di mata Tuhan, hidup yang suci dan kudus, tanpa noda dan dosa.
- Beristeri juga bukanlah suatu "keperluan", dan beristeri tidak menandakan kita sudah menjalani "hidup dengan lengkap".
- Hidup yang sempurna adalah sejak kita dilahirkan sehingga kita meninggal, kita tidak pernah melakukan dosa. Itulah standard yang diberikan oleh Yesus."

Muslim Tanpa Nama: - Benar, cuma, darimana sumber kuasa nabi2 ini melakukan mukjizat? Yesus menggunakan kuasa-Nya sendiri.

@anda pasit???bukankah isa sendiri berdoa..anda mengatakan begitu kerana anda sendiri telah mengakui Jesus adalah tuhan..

- Tidak, pengadilan adalah untuk semua manusia, sama ada mereka percaya kepada …………………

@Lah,,kenapa pula,,jika begitu kenapa Jesus perlu disalibkan bagi menebus dosa manusia???Sebenarnya manusia sebelum dia @ selepas dia??Jika Jesus menjadi hakim, di manakah Tuhan kamu yg esa???

- Ya, buktinya, Yesus sendiri mengatakannya,
"Bapa mengasihi Aku, oleh karena Aku memberikan nyawa-Ku untuk menerimanya kembali. Tidak seorangpun mengambilnya dari pada-Ku, melainkan Aku memberikannya menurut kehendak-Ku sendiri. Aku berkuasa memberikannya dan berkuasa mengambilnya kembali. Inilah tugas yang Kuterima dari Bapa-Ku." (Yohanes 10:17-18)

@Nah..anda sendiri memberikan buktinya..Lihat ayat yg terakhir..Setiap kitab suci pasti ada ayat berbentuk sebegini.. Inilah tugas yang Kuterima dari Bapa-Ku…Tuhan telah memberikan tugas kepada Isa dan seperti kisah2 tiap para nabi yg terdahulu yg terdapat dlam kitab lama @ alquran sendiri,,Jelas mereka hyalah nabi yg diberi tugas untuk menyampaikan ajaran tuhan dgn disertakan mukjizat sebagai tanda kebenaran…Jika pun Jesus membangkitkan dirinya sendiri,,yg memberi kuasa tetap dari tuhan..bukankah sepatutnya sebegitu??

- Tubuh manusia Yesus memang telah disalibkan. Ia adalah fakta yang tidak ……………………….

@Buktinya adalah pabila Jesus sendiri memunculkan diri di hadapan anak muridnya…dia x pernah mati dan bukan dia yg disalib…kalaupun dia mati dan dihidupkan kembali dgn kuasa Allah itu x bermakna dia adalah tuhan…sepatutuny anda yg perlu buktikan pada saya kerana dakwaan anda org yg telah mati bangkit semula dan kemudian menjadi tuhan adalah berat..sya cuma mendakwa orang yg disalib bukanlah Isa namun org lain kerana kemungkinan cerita saya diterima adalah besar peluangnya dan bukankah byk kali terjadi kes2 pelanduk 2 serupa…sya sendiri pernah terjumpa seorang pakcik di rumah saya walhal sebenarnya kawan beritahu sya dia Nampak pakcik di hutan..tapi sy tak lah pelik sgt…mungkin sya tersilap @ kwn saya yg tersilap..x lah sampai saya kagum pada dia sbb alam yg allah ciptakan ini dan tubuh yg sya huni sekarang ini lgi ajaib …sya x perlu buktikan apa2 kerana sya mengikut jalan yg telah ditetapkan sejak dari Nabi Adam sehingga Nabi Muhammad iaitu Tuhan itu Satu…Sembahlah Allah yg Esa..Anda yg perlu buktikan, bukan pada saya, sya x layak menilai anda, tapi pada Allah yg Esa-kenapa kamu perlu menganggap Jesus itu tuhan???

- Sekali lagi, anda salah faham dengan standard moral…………………………..

@Standard moral adalah sifat yg terpuji @ tertinggi yg tentunya dicapai setelah benar2 terbukti melalui ujian2 @ peristiwa2…Cuba anda fikir sedalam2nya..mmg lah tanggungjawab dia besar,,namun dia tidak menempuhi ujian2 yg sepatutnya manusia lain tempuhi,justeru bagaimana dia boleh mencapai standard moral sedangkan ujian2 pn dia x tempuh..??Saya mengambil 5 ujian moral dgn markah lulus 100% tapi anda mangambil hya 10 ujian moral namun hya dpt 80%...adakah anda akan mengatakan sya seorang yg standard moral dari anda hya kerana sya dpt markah yg tinggi??? Bukan Yesus shaja yg x berdosa, tapi nabi2 terdahulu adalah suci dri dosa…Satu lgi,,anda x payah le ckp pasal standard moral pada Yesus,,anada seolah2 merendahkan Yesus yg kini anda anggap sebagai tuhan bila menstandardkan moral seperti manusia kan????Sedar @ tidak, sebenar2nya anda menganggap Yesus itua adalah Nabi Isa iaitu Manusia yg diutus oleh Allah…Jika tdak takkan anda anggap standard hidup sempurna adalah tdak berdosa seperti yg tuhan anda tunjukkan..perlu ke tuhan anda berkehendakkan hidup sempurna @ perlu ke tuhan anda tidak melakukan dosa??? 

- Anda memberikan andaian bahawa mereka mungkin tersalah dengar.
- Namun, andaian sahaja tidak cukup, anda perlu memberikan bukti bahawa mereka telah tersalah dengar atau tersalah tafsir.
- Kerana hakikatnya, bukti yang ada menunjukkan apa yang ada di dalam Alkitab hari ini adalah benar.
- Saya pernah memperkatakan hal ini di blog ini, mungkin anda boleh cuba melayari dan membacanya.

@Buktinya dari tulisan anda sendiri : 
Namun, kisah Yesus bukan diceritakan oleh seorang sahaja, tetapi oleh ramai orang, iaitu murid-murid Yesus sendiri. Contohnya, Petrus, Matius, Yohanes, Yakobus dll. Mereka ini adalah individu2 yang hidup sezaman dengan Yesus, malah bersama-sama dengan Dia sehinggalah Dia naik semula ke syurga.
Kisah Yesus diceritakan oleh ramai orang..Risiko utk melakukan kesilapan amatlah tinggi apabila 1 kisah diceritakan oleh ramai orang...??adakah anda bersetuju??


- Benar, jika hanya seorang yang mengatakannya, sudah tentu kita patut meragui dan mengesyakinya. Saya sangat bersetuju dengan anda.
- Namun, kisah Yesus bukan diceritakan oleh seorang sahaja, tetapi oleh ramai orang, iaitu murid-murid Yesus sendiri. Contohnya, Petrus, Matius, Yohanes, Yakobus dll. Mereka ini adalah individu2 yang hidup sezaman dengan Yesus, malah bersama-sama dengan Dia sehinggalah Dia naik semula ke syurga.
- Malah, mereka sanggup mati dibunuh mempertahankan apa yang telah mereka dengar daripada Yesus.
- Maka, kesaksian mereka lebih boleh dipercayai, berbanding kesaksian daripada seseorang yang hidup 600 tahun selepas zaman kehidupan Yesus.
- Dan, hanya kerana sesuatu cerita itu rumit, itu tidak bererti ia tidak benar.

@Anda sendiri pn tau tapi enggan mengakuinya bkn???…dan hya kerana cerita itu tidak benar jgnlah dirumitkan kebenaran itu kerana kebenaran itu terang dan jelas…

Anda menulis,
"@kan mudah sy percaya ajakan seseorang yg memaklumkan kat sana ada seorang yg menyeru untuk menyembah Allah yg 1, menyembah tuhan Nabi Ibrahim,Nabi Musa,Nabi Isa dan seluruh nabi…"

- Mengapa pula hal ini lebih mudah? Nampaknya, anda tidak konsisten dengan pendirian anda.
- Sebelum ini, anda katakan "mengapa kita perlu percaya kepada seseorang individu yang mengatakan si polan adalah Tuhan kerana kerana individu tersebut mendengar si polan mengaku sebagai tuhan".
- Maka, berdasarkan logik yang sama, mengapa kita perlu mempercayai ajakan seseorang yang memaklumkan untuk menyembah Allah yang Satu? Bagaimana kita tahu bahawa dia berkata benar?

@kan mudah sy percaya ajakan seseorang yg memaklumkan kat sana ada seorang yg menyeru untuk menyembah Allah yg 1, menyembah tuhan Nabi Ibrahim,Nabi Musa,Nabi Isa dan seluruh nabi…"

@Har3…
1. seorang membawa khabar kapada anda memberitahu disebuah negeri ada seorang yg telah dibunuh namun hidup kembali menjadi tuhan..sebenarnya dia tuhan dalam tubuh manusia yg perlu kepada kematian untuk penebusan dosa manusia…oleh itu marilah sembah dia…
2. seorang membawa khabar kepada anda memberitahu di sebuah negeri ada seorang yg mengajar agar sembahlah Allah yg esa, juga tuhan nabi2 terdahulu..dia cumalah utusan tuhan yg dtg untuk memberi peringatan…
Sudah tentu sya percaya yg nombor 2 kerana Tuhan yg diajak utk disembah adalah juga Tuhan nabi2 terdahulu, malahan Tuhan yg Jesus sendiri sembah…???lgipun sy x berani untuk membuat tuhan murka dgn menganggap ada tuhan lain yg setaranya @ 1 tingkat di bawahnya…dan juga berdasarkan logik yg sama , mana 1 pilihan anda???"

Tiwas: Tanpa nama,
Anda menulis,
"@anda pasit???bukankah isa sendiri berdoa..anda mengatakan begitu kerana anda sendiri telah mengakui Jesus adalah tuhan.."

- Ya, saya pasti. Jika saya salah, apa kata anda berikan ayat di dalam Alkitab di mana Yesus tidak menggunakan kekuasaan-Nya sendiri untuk melakukan mukjizat.

Anda menulis,
"Lah,,kenapa pula,,jika begitu kenapa Jesus perlu disalibkan bagi menebus dosa manusia???Sebenarnya manusia sebelum dia @ selepas dia??Jika Jesus menjadi hakim, di manakah Tuhan kamu yg esa???"

- Yesus disalibkan supaya pada hari penghakiman nanti, mereka yang percaya kepada-Nya akan diselamatkan dari neraka.
- Dan ia untuk seluruh umat manusia.
- Bukankah sudah dijelaskan, Yesus adalah salah satu Peribadi di dalam Triniti?

Anda menulis,
"Nah..anda sendiri memberikan buktinya..Lihat ayat yg terakhir..Setiap kitab suci pasti ada ayat berbentuk sebegini.. Inilah tugas yang Kuterima dari Bapa-Ku…Tuhan telah memberikan tugas kepada Isa dan seperti kisah2 tiap para nabi yg terdahulu yg terdapat dlam kitab lama @ alquran sendiri,,Jelas mereka hyalah nabi yg diberi tugas untuk menyampaikan ajaran tuhan dgn disertakan mukjizat sebagai tanda kebenaran…Jika pun Jesus membangkitkan dirinya sendiri,,yg memberi kuasa tetap dari tuhan..bukankah sepatutnya sebegitu??"

- Baiklah, bolehkah anda memberikan konteks penggunaan ungkapan "Inilah tugas yang Kuterima dari Bapa-Ku" ini? Dan, bagaimana anda boleh menyimpulkannya sebagai bermaksud tugas Yesus hanya sebagai nabi?

Tentang penyaliban Yesus,
Anda menulis,
"Buktinya adalah pabila Jesus sendiri memunculkan diri di hadapan anak muridnya…dia x pernah mati dan bukan dia yg disalib…kalaupun dia mati dan dihidupkan kembali dgn kuasa Allah itu x bermakna dia adalah tuhan…"

- Nampaknya, anda sendiri tidak pasti. Kerana anda berkata "dia x pernah mati" dan "kalaupun dia mati". Sepatutnya anda memberikan suatu kepastian kepada pendirian anda.
- Bukti yang anda berikan pula boleh menjadi bukti bahawa Yesus telah bangkit dari kematian, iaitu Yesus bangkit dari kematian, buktinya adalah apabila Yesus sendiri memunculkan diri di hadapan anak murid-Nya.
- Apa yang saya minta dari anda adalah, apakah bukti bukan Yesus yang disalibkan? Saya nantikan jawapan daripada anda.

Anda menulis,
"sepatutuny anda yg perlu buktikan pada saya kerana dakwaan anda org yg telah mati bangkit semula dan kemudian menjadi tuhan adalah berat."

- Saya telah pun memberikan bukti-bukti tersebut di dalam blog ini. Apa kata anda ambil masa untuk membacanya.

Anda menulis,
"sya cuma mendakwa orang yg disalib bukanlah Isa namun org lain kerana kemungkinan cerita saya diterima adalah besar peluangnya dan bukankah byk kali terjadi kes2 pelanduk 2 serupa…"

- Maka, anda sepatutnya memberikan bukti untuk menyokong dakwaan anda. Jika anda sekadar memberikan dakwaan tanpa bukti, bukankah itu tidak munasabah?

Anda menulis,
"sya sendiri pernah terjumpa seorang pakcik di rumah saya walhal sebenarnya kawan beritahu sya dia Nampak pakcik di hutan..tapi sy tak lah pelik sgt…mungkin sya tersilap @ kwn saya yg tersilap..x lah sampai saya kagum pada dia sbb alam yg allah ciptakan ini dan tubuh yg sya huni sekarang ini lgi ajaib "

- Maaf, contoh anda ini tidak sepadan dengan kisah penyaliban Yesus, kerana, yang menyaksikan penyaliban Yesus bukan seorang dua, tetapi ramai orang. Malah, ibu, saudara, murid-murid-Nya dan juga mereka yang menentang Yesus, juga turut menyaksikan peristiwa penyaliban tersebut. Jika hanya seorang saksi, mungkin boleh tersilap, namun, yang menyaksikan peristiwa ini beratus-ratus orang.

Anda menulis,
"sya x perlu buktikan apa2 kerana sya mengikut jalan yg telah ditetapkan sejak dari Nabi Adam sehingga Nabi Muhammad iaitu Tuhan itu Satu…Sembahlah Allah yg Esa..Anda yg perlu buktikan, bukan pada saya, sya x layak menilai anda, tapi pada Allah yg Esa-kenapa kamu perlu menganggap Jesus itu tuhan???"

- Anda tidak perlu membuktikan dakwaan anda? Bukankah ini bererti anda tidak konsisten? Mengapa untuk kepercayaan saya, anda meminta bukti, tetapi, apabila anda diminta untuk membuktikan kepercayaan anda, anda mengatakan anda tidak perlu membuktikan apa2?
- Bagaimana jika saya mengatakan, "saya tidak perlu membuktikan apa2 kerana mengikut jalan yang telah ditetapkan sejak Adam sehingga Yesus", adakah anda akan menerimanya? Sudah tentu tidak. Sudah tentu anda akan menganggap saya tidak berfikiran rasional/munasabah.

Tentang standard moral,
Anda menulis,
"Standard moral adalah sifat yg terpuji @ tertinggi yg tentunya dicapai setelah benar2 terbukti melalui ujian2 @ peristiwa2"

- Tidak, standard adalah tanda aras kepada sesuatu perkara. Maka, standard moral adalah tanda aras kepada suatu tahap kesempurnaan moral.
- Contohnya, markah lulus untuk ujian moral adalah 100%. Maka, standard kelulusan ujian moral adalah 100%.
- Sama juga, standard moral yang sempurna adalah tidak pernah berdosa, maka, untuk mencapai standard moral sempurna, kita tidak boleh berbuat dosa walau sekali pun.

Anda menulis,
"Cuba anda fikir sedalam2nya..mmg lah tanggungjawab dia besar,,namun dia tidak menempuhi ujian2 yg sepatutnya manusia lain tempuhi,justeru bagaimana dia boleh mencapai standard moral sedangkan ujian2 pn dia x tempuh..??"

- Baiklah, apakah ujian yang sepatutnya ditempuh oleh Yesus?

Anda menulis,
"Saya mengambil 5 ujian moral dgn markah lulus 100% tapi anda mangambil hya 10 ujian moral namun hya dpt 80%...adakah anda akan mengatakan sya seorang yg standard moral dari anda hya kerana sya dpt markah yg tinggi??? "

- Masalahnya, standard moral bukan berkenaan jumlah perlakuan moral yang kita lakukan, tetapi, adakah kita dapat melakukan perlakuan moral yang sempurna.

Anda menulis,
"Bukan Yesus shaja yg x berdosa, tapi nabi2 terdahulu adalah suci dri dosa…"

- Bolehkah anda memberikan contoh nabi2 terdahulu yang tidak berdosa?

Anda menulis,
"Satu lgi,,anda x payah le ckp pasal standard moral pada Yesus,,anada seolah2 merendahkan Yesus yg kini anda anggap sebagai tuhan bila menstandardkan moral seperti manusia kan????"

- Saya tidak menyatakan standard moral tersebut adalah standard manusia, tetapi standard moral yang ditetapkan oleh Tuhan. Contohnya, Tuhan memerintahkan untuk jangan membunuh, jangan bersaksi dusta, jangan mencuri dan sebagainya.
- Dengan kata lain, Yesus berjaya memenuhi perintah2 tersebut dengan sempurna. Sekaligus Yesus berjaya mencapai standard moral yang sempurna.

Anda menulis,
"Sedar @ tidak, sebenar2nya anda menganggap Yesus itua adalah Nabi Isa iaitu Manusia yg diutus oleh Allah…Jika tdak takkan anda anggap standard hidup sempurna adalah tdak berdosa seperti yg tuhan anda tunjukkan.. "

- Tidak, saya percaya Yesus adalah Firman yang diutus oleh Bapa kepada umat manusia, di mana Firman itu telah menjadi manusia sepenuhnya.
- Maka, sebagai manusia sepenuhnya, Yesus telah melakukan apa yang tidak mampu dilakukan oleh manusia lain, iaitu mentaati semua hukum dan perintah Tuhan dengan sempurna, sekaligus mencapai standard moral yang sempurna.

Anda menulis,
"perlu ke tuhan anda berkehendakkan hidup sempurna @ perlu ke tuhan anda tidak melakukan dosa???"

- Maksud anda, Tuhan anda tidak memerlukan kesempurnaan? Tuhan anda boleh melakukan dosa?
- Mungkin anda tidak sedar impak kenyataan anda ini.

Anda menulis,
"Kisah Yesus diceritakan oleh ramai orang..Risiko utk melakukan kesilapan amatlah tinggi apabila 1 kisah diceritakan oleh ramai orang...??adakah anda bersetuju??"

- Tapi, bukankah semua mereka menceritakan hal yang sama, iaitu, Yesus disalibkan, dikuburkan, dan bangkit semula dari kematian? Mereka juga memberitakan hal yang sama, iaitu Yesus adalah Tuhan dan Juruselamat manusia, di mana tidak ada seorang pun yang akan dapat sampai ke syurga jika tidak percaya kepada Yesus.
- Maka, apakah perbezaan kisah penceritaan mereka tentang penyaliban, kebangkitan dan keTuhanan Yesus?

Anda menulis,
"Har3…
1. seorang membawa khabar kapada anda memberitahu disebuah negeri ada seorang yg telah dibunuh namun hidup kembali menjadi tuhan..sebenarnya dia tuhan dalam tubuh manusia yg perlu kepada kematian untuk penebusan dosa manusia…oleh itu marilah sembah dia…
2. seorang membawa khabar kepada anda memberitahu di sebuah negeri ada seorang yg mengajar agar sembahlah Allah yg esa, juga tuhan nabi2 terdahulu..dia cumalah utusan tuhan yg dtg untuk memberi peringatan…
Sudah tentu sya percaya yg nombor 2 kerana Tuhan yg diajak utk disembah adalah juga Tuhan nabi2 terdahulu, malahan Tuhan yg Jesus sendiri sembah…???lgipun sy x berani untuk membuat tuhan murka dgn menganggap ada tuhan lain yg setaranya @ 1 tingkat di bawahnya…dan juga berdasarkan logik yg sama , mana 1 pilihan anda???
"

- Bezanya, yang membawa khabar tentang Yesus bukanlah seorang, tetapi ramai. Malah, ada di antara mereka pada mulanya tidak percaya, tetapi menjadi percaya setelah melihat sendiri Yesus yang telah bangkit dari kematian.
- Bandingkan dengan hanya seorang, tanpa sebarang saksi lain, datang membawa suatu pengajaran baru, dan tidak ada sebarang bukti untuk mengesahkan bahawa pengajaran tersebut adalah daripada Tuhan selain percaya sahaja kepada orang tersebut, tidakkah itu tidak munasabah/rasional?

Cuba anda fikirkan sejenak, tempatkan diri anda pada posisi seorang yang tidak mengetahui apa2 tentang Yesus, atau pun tentang Muhammad.
- Suatu hari, datang seorang memberitakan tentang Yesus. Orang ini kemudian berkata bukan dia seorang yang telah melihatkan Yesus, tetapi ramai lagi sepertinya. Anda pula boleh bertanya kepada orang lain yang juga telah menyaksikan kebangkitan Yesus. Malah, mereka mampu melakukan mukjizat di dalam nama Yesus.
- Bukan itu sahaja, mereka yang telah menyalibkan Yesus serta membunuh-Nya juga tidak menafikan hal tersebut. Sebaliknya, mereka tercari2 alasan untuk menjelaskan mengapa kubur Yesus kini kosong.

- Kemudian, datang seorang lagi memberitahu anda tentang Tuhan yang Esa, dan mengaku telah menerima wahyu daripada Tuhan yang Esa tersebut. Namun, hanya dia seorang yang berkata demikian. Tidak ada saksi yang dapat mengesahkannya. Malah, dia tidak dapat melakukan mukjizat, selain mendakwa wahyu yang diterimanya adalah satu-satunya mikjizat yang dapat diberikannya. Itu pun, kita tidak pasti sama ada ia benar2 wahyu dari Tuhan atau tidak.

Secara rasionalnya, mana satu yang lebih mudah untuk dipercayai?"

Muslim Tanpa Nama: - Tapi, bukankah semua mereka menceritakan hal yang sama, iaitu, Yesus disalibkan, dikuburkan, dan bangkit semula dari kematian? Mereka juga memberitakan hal yang sama, iaitu Yesus adalah Tuhan dan Juruselamat manusia, di mana tidak ada seorang pun yang akan dapat sampai ke syurga jika tidak percaya kepada Yesus.
- Maka, apakah perbezaan kisah penceritaan mereka tentang penyaliban, kebangkitan dan keTuhanan Yesus?
@anda pasti sehabis pasti,,100 @ 200% pasti semua orang menceritakan kisah yg sama???langsung x ada seorang pun yg menyanggahnya?? Kalaupun pasti (sya x berapa pasti sbb sya pernah terbaca artikel percanggahan peristiwa penyaliban dan ketuhan yesus di kalangan kristian sendiri..sya pn dah lupa pautannya)

- Bezanya, yang membawa khabar tentang Yesus bukanlah seorang, tetapi ramai. Malah, ada di antara mereka pada mulanya tidak percaya, tetapi menjadi percaya setelah melihat sendiri Yesus yang telah bangkit dari kematian.
- Bandingkan dengan hanya seorang, tanpa sebarang saksi lain, datang membawa suatu pengajaran baru, dan tidak ada sebarang bukti untuk mengesahkan bahawa pengajaran tersebut adalah daripada Tuhan selain percaya sahaja kepada orang tersebut, tidakkah itu tidak mnasabah/rasional?
Cuba anda fikirkan sejenak, tempatkan diri anda pada posisi seorang yang tidak mengetahui apa2 tentang Yesus, atau pun tentang Muhammad.
- Suatu hari, datang seorang memberitakan tentang Yesus. Orang ini kemudian berkata bukan dia seorang yang telah melihatkan Yesus, tetapi ramai lagi sepertinya. Anda pula boleh bertanya kepada orang lain yang juga telah menyaksikan kebangkitan Yesus. Malah, mereka mampu melakukan mukjizat di dalam nama Yesus.
- Bukan itu sahaja, mereka yang telah menyalibkan Yesus serta membunuh-Nya juga tidak menafikan hal tersebut. Sebaliknya, mereka tercari2 alasan untuk menjelaskan mengapa kubur Yesus kini kosong.
- Kemudian, datang seorang lagi memberitahu anda tentang Tuhan yang Esa, dan mengaku telah menerima wahyu daripada Tuhan yang Esa tersebut. Namun, hanya dia seorang yang berkata demikian. Tidak ada saksi yang dapat mengesahkannya. Malah, dia tidak dapat melakukan mukjizat, selain mendakwa wahyu yang diterimanya adalah satu-satunya mikjizat yang dapat diberikannya. Itu pun, kita tidak pasti sama ada ia benar2 wahyu dari Tuhan atau tidak.

Secara rasionalnya, mana satu yang lebih mudah untuk dipercayai?
@secara rasionalnya saya tetap akan memilih menyembah tuhan yg esa berpegangkan keimanan Allah tuhan yg esa, tuhan yg disembah oleh semua nabi bermula dari adam hinggan Muhammad..saya gila jika menerima khabar org ramai yg datang pada saya dan mengajak saya menyembah manusia kerana dia sendiri pn tdak mengajak org menyembahnya..yg mengajak org menyembahnya adalah org seperti kamu…har3..anda menghujahkan kerasionalan??bukankah kamu yg tdak rasional bila percaya ckp org ramai dan menyembah manusia hya bersandarkan cerita orang ramai yg mendakwa menyaksikan sendiri peristiwa tersebut???bukankah anda tdak rasional bila menafikan ajaran nabi2 terdahulu, menafikan ajaran Nabi Musa iaitu Allah Esa???adakah kamu fikir kebenaran adalah apabila ramai orang yg mengakuinya @ mengungkapkannya jadi perkara itu barulah benar????Kebenara ntdak memerlukan bilangan..kebenaran ttp wujud walau berseorangan ..walau dia berseorangan, tanpa saksi namun ajarannya tdak gila..ajarannya bersesuaian dgn ajaran nabi2 dahulu..sesuai dgn ajaran nabi musa yg kamu sendiri akui…ada ke nabi musa suruh anda menyembah Tuhan Yesus???ajarannya sesuai dgn zaman, sesuai dgn fitrah manusia…10000x lebih dipercayai daripada cuma bergantung dari mulut org ramai yg kononnya menjadi saksi peristiwa tersebut…1000000x lebih diyakini dibandingkan hanya bersandarkan pabila kuburnya kosong…(sekadar selingan : anda tau cerita tentang Atlantuya yg dibunuh..betul ke 2 org yg membunuhnya dihukum gantung??)

- Baiklah, bolehkah anda memberikan konteks penggunaan ungkapan "Inilah tugas yang Kuterima dari Bapa-Ku" ini? Dan, bagaimana anda boleh menyimpulkannya sebagai bermaksud tugas Yesus hanya sebagai nabi?
@Sedihnya ayat sebegini mudah pun kamu telah salah tafsirkan...percayalah saudara tiwas,,jgnlah disulitkan kebenaran..telah dipermudahkan kebenaran untuk manusia yg mau berfikir… sebaiknya anda sendiri yg mencari dan bandingkan dalam kitab perjanjian lama dn baru yg kamu (kitab injil?maaf kalau silap) dan juga dalam alquran..sya percaya ilmu yg anda miliki jauh lebih hebat dari saya..saya cuma dianugerahkan Allah dengan ilmu logic akal dan pemikiran waras dan pemikiran yg mudah sahaja..perkara sebegini bukanlah masalah tuk anda…untuk diri saya alahamdulillah….saya bersyukur kerana telah memilih untuk mengucapkan ‘Aku naik saksi tiada tuhan yg disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah’.Tujuan saya membaca blog anda hanyalah untuk mencari kebenaran dalam hidup ini…Nampaknya apa yg sya temui hanyalah jalan yg berselirat yg x mungkin akan ditemukan destinasinya…x mungkin akan saya jadikan keimanan…dan setelah membaca tulisan2 anda terima kasih kerana menguatkan lagi pegangan saya…saya percaya kebenaran ada dalam diri kita..harapnya kamu pn dapat hidayah dari Nya.."

Tiwas: Tanpa nama,
Tentang kisah penyaliban Yesus
- Beginilah, apa kata anda berikan perkara yang bercanggah tersebut.

Tentang kesaksian ramai orang vs satu orang
- Nampaknya, anda tidak tahu bagaimana Kristianiti bermula. Malah, anda juga seperti tidak tahu bagaimana kepercayaan anda sendiri bermula.

Anda berkata,
"secara rasionalnya saya tetap akan memilih menyembah tuhan yg esa berpegangkan keimanan Allah tuhan yg esa, tuhan yg disembah oleh semua nabi bermula dari adam hinggan Muhammad..saya gila jika menerima khabar org ramai yg datang pada saya dan mengajak saya menyembah manusia kerana dia sendiri pn tdak mengajak org menyembahnya..yg mengajak org menyembahnya adalah org seperti kamu…har3..anda menghujahkan kerasionalan??"

- Anda "gila" jika menerima khabar dari mereka yang menyaksikan sendiri Yesus yang telah bangkit dari kematian tetapi "tidak gila" jika menerima khabar daripada seorang yang menafikan kebangkitan Yesus walaupun tidak menyaksikan hal tersebut, malah hidup 600 tahun selepas peristiwa tersebut terjadi?
- Tidakkah anda sedar kenyataan anda ini tidak munasabah/rasional?

- Fikirkan, mereka yang mengatakan Yesus adalah Tuhan, telah bangkit dari kematian, adalah murid-murid Yesus sendiri, yang mana hidup sezaman dengan peristiwa tersebut.
- Mereka telah menyaksikan sendiri bagaimana Yesus yang sebelum itu telah mati disalibkan, telah bangkit dan menampakkan diri-Nya kepada mereka.

- Kemudian, 600 tahun kemudian, tiba2 muncul seorang individu, mengakui telah menerima wahyu daripada Tuhan dan mengatakan bahawa Yesus tidak disalibkan. Namun, tiada sesiapa pun yang nampak bagaimana individu tersebut menerima wahyu. Individu tersebut hanya memberikan dakwaan, tanpa sebarang bukti. Malah, dakwaan individu tersebut bercanggah dengan kesaksian mereka yang telah menyaksikan sendiri bagaimana Yesus telah disalibkan, dan bangkit dari kematian.

- Maka, secara rasionalnya, mana satu yang lebih boleh dipercayai?
Kesaksian daripada mereka yang telah menyaksikan sendiri peristiwa tersebut, malah hidup pada zaman yang sama dengan peristiwa tersebut,
atau,
Dakwaan daripada seorang individu, yang lahir 600 tahun kemudian, tanpa menyaksikan peristiwa tersebut, tanpa sebarang bukti, dan tanpa sebarang bukti sokongan?

Tanpa nama,
Anda menulis,
"bukankah kamu yg tdak rasional bila percaya ckp org ramai dan menyembah manusia hya bersandarkan cerita orang ramai yg mendakwa menyaksikan sendiri peristiwa tersebut???"

- Namun, mereka yang mendakwa telah menyaksikan peristiwa tersebut bukan sahaja terdiri daripada orang yang sebelum itu adalah pengikut Yesus, malah termasuk mereka yang sebelum itu tidak percaya bahawa Yesus telah bangkit.
- Fikirkan, jika seorang yang sebelum itu tidak percaya, namun, tiba-tiba juga menjadi percaya kerana telah melihatnya sendiri, malah sanggup mati dibunuh untuk mempertahankan apa yang telah disaksikannya, bukankah itu menunjukkan kesaksiannya boleh dipercayai?

Anda menulis,
"bukankah anda tdak rasional bila menafikan ajaran nabi2 terdahulu, menafikan ajaran Nabi Musa iaitu Allah Esa???"

- Sebenarnya, kepercayaan anda yang menafikan ajaran nabi2 terdahulu. Contohnya, Musa mengajarkan bahawa nama khusus Tuhan adalah YHWH. Namun, nama ini tidak diajarkan di dalam kepercayaan anda. Nabi2 terdahulu juga mengatakan Tuhan adalah Bapa kepada umat-Nya, namun, kepercayaan anda mengatakan Tuhan bukanlah Bapa dan adalah salah jika kita memanggil Tuhan sebagai Bapa.

Anda menulis,
"adakah kamu fikir kebenaran adalah apabila ramai orang yg mengakuinya @ mengungkapkannya jadi perkara itu barulah benar????"

- Sudah tentu tidak, anda salah faham.
- Yang saya katakan adalah orang ramai yang menyatakannya adalah saksi kepada kebenaran tersebut. Mereka bukan sekadar mengungkapkannya.

Anda menulis,
"Kebenara ntdak memerlukan bilangan..kebenaran ttp wujud walau berseorangan ..walau dia berseorangan, tanpa saksi namun ajarannya tdak gila"

- Nampaknya, anda benar2 terdesak untuk menegakkan kepercayaan anda, sehingga anda sanggup mengatakan kebenaran tetap wujud walaupun tanpa saksi.
- Tidakkah anda tahu, nabi2 terdahulu sentiasa memberikan bukti kepada pengajaran yang diberikan mereka? Contohnya, Musa melakukan mukjizat di hadapan Firaun dan seluruh bangsa Israel.

Anda menulis,
"ajarannya bersesuaian dgn ajaran nabi2 dahulu..sesuai dgn ajaran nabi musa yg kamu sendiri akui…ada ke nabi musa suruh anda menyembah Tuhan Yesus???"

- Musa mengajarkan sepuluh Hukum Taurat, namun, adakah kepercayaan anda mengajarkan hal yang sama?
- Musa memanggil Tuhan sebagai YHWH, adakah kepercayaan anda mengajarkan hal yang sama?
- Musa melakukan upacara Korban penebus dosa, adakah kepercayaan anda melakukan hal yang sama?
- Ada banyak lagi perbezaan yang lain.

Anda menulis,
"ajarannya sesuai dgn zaman, sesuai dgn fitrah manusia…10000x lebih dipercayai daripada cuma bergantung dari mulut org ramai yg kononnya menjadi saksi peristiwa tersebut…1000000x lebih diyakini dibandingkan hanya bersandarkan pabila kuburnya kosong…"

- Sesuai dengan zaman? Maksud anda, ajaran bahawa kononnya matahari terbenam di dalam lopak air berlumpur adalah sesuai dengan zaman? atau tahi bintang/komet kononnya adalah peluru api yang digunakan untuk menghalau syaitan yang cuba mendengar perbualan di syurga? atau air mani datang dari tulang sulbi lelaki adalah sesuai dengan zaman?
- Mungkin, anda sendiri belum lagi menyelidiki kepercayaan anda sendiri. Ada baiknya anda mempraktikkan nasihat yang anda berikan kepada saya, iaitu "berfikir di luar kebiasaan" dalam menilai kepercayaan anda sendiri.

Sebelum ini, anda mengatakan Yesus hanyalah seorang nabi dengan hanya bersandarkan kepada ungkapan "Inilah tugas yang Kuterima dari Bapa-Ku".

Namun, apabila saya meminta konteks penggunaan ungkapan tersebut, anda menjawab:
"Sedihnya ayat sebegini mudah pun kamu telah salah tafsirkan...percayalah saudara tiwas,,jgnlah disulitkan kebenaran..telah dipermudahkan kebenaran untuk manusia yg mau berfikir… "

- Mengapa anda cuba mengelak dari memberikan penjelasan? Jika anda benar, mengapa anda tidak mahu menjelaskannya? Atau, adakah anda tidak dapat memberikan penjelasan?
- Anda memberikan alasan dengan berkata:
"sebaiknya anda sendiri yg mencari dan bandingkan dalam kitab perjanjian lama dn baru yg kamu (kitab injil?maaf kalau silap) dan juga dalam alquran.."

- Saya sudah pun melakukannya. Bagaimana dengan anda?

Anda menulis,
"sya percaya ilmu yg anda miliki jauh lebih hebat dari saya.."

- Terima kasih dengan pujian ini, namun, saya tidaklah sehebat mana. Saya hanyalah insan biasa yang percayakan kebenaran, dan mengikut ke mana bukti membawa saya. Dan setakat ini, bukti yang ada membawa saya kepada Yesus Kristus sebagai Tuhan dan Juruselamat.

Nampaknya, mungkin dialog kita ini sampai di sini sahaja, kerana anda seperti tidak mahu meneruskannya lagi. Saya juga bersyukur kerana Tuhan yang saya sembah memberikan kita kebebasan untuk memilih atau menolak-Nya. Dia memberikan kita akal fikiran untuk mengenal siapa diri-Nya. Dan yang paling indah, Dia sanggup membayar harga dosa untuk kita, dan apabila kita menerima anugerah tersebut melalui Yesus Kristus, kita diselamatkan dari maut yang kekal iaitu neraka.

Saya juga percaya kebenaran ada di dalam diri kita, sesuai dengan yang tertulis di dalam Alkitab. Semoga kebenaran membebaskan anda. Tuhan memberkati."

Muslim Tanpa Nama: Saudara Tiwas,,,,
Kelihatannya anda benar2 yakin dgn hujah2 anda…Anda mendakwa telah mengkaji dan berfikir di luar kebiasaan tetapi sebaliknya berlaku…Jelas sekali dari pertama kali sya berhujah anda x kn temui langsung petikan ayat2 dari alquran yg sya imani @ bible yg anda yakini…ye, anda bisa sja mengatakan sy tdak melakukannya kerna kejahilan @ keterbatasan sya dalam ilmu sepertinya…sya bisa menerimanya…
Jelas beerbeza dgn anda yg tiap dakwaan bersandarkan dalil2 dari kitab anda sendiri…malah anda berani pula mengambil petikan dari kitab alquran bagi menunjukkan kelemahan..anda mengulang2 tuduhan pada kitab alquran walhal anda sendiri telah tau jawapannya..anda kelihatannya bijak dalam ilmu anda tapi lebih jauh lagi anda berhujah lagi terserlah kelemahan2 anda…seolahnya anda terperangkap dalam jalan berselirat yg anda sendiri cipta…
Saudara Tiwas,
Sya enggan menyokong hujah2 sya dgn ayat2 alquran kerna sya fikir lebih elok kitab suci tdak diperdebatkan @ ditafsir sesuka hati hya kerana untuk menegakkan kebenaran(kebenaran itu tertegak sendiri)dan ya sya bimbang jika takut disalah tafsir malahan makin menjauhkan org ramai pabila membaca tafsiran sya(sperti yg anda lakukan)..Jelas sekali kita akan tetap pertahankan kepercayaan kita sehingga gagal melihat kesilapan diri… Ambil saja contoh “kisah porno dalam bible”..Jelas sekali sya hya memberi komen sememangnya ayat2 kurang sopan tdak patut wujud dalam kitab suci dan ianya memalukan..dan jelas sekali ayat tersebut mmg kurang sopan(sya enggan menulis ayat2 lucah/porno)..sya tdak mengatakan kitab injil adalah palsu hya kerana ayat2 tersebut…Jelas anda enggan mengakuinya malah anda membuat dakwaan ke atas ayat2 alquran..Jika anda sendiri bersusah payah meyakinkan sya ayat dalam alquran tersebut menjijikkan,,bukankah anda sendiri membenarkan tuduhan2 yg mengatakan kitab bible penuh dgn kisah porno???Jika begitu, mengapa sukar sgt anda ucapkan, ‘ya kisah2 yg diceritakan itu menjijikkan dan sepatutnya tdak patut ada dalam kitab suci’..Dan anda kira sya akan menjawab dakwaan anda??..sya kira anda faham kenapa bukan???
Saudara Tiwas, perlukah Tuhan memerlukan kesempurnaan sedangkan Dia adalah Tuhan yg dah sememangnya Maha Besar..Adakah ayat untuk menggambarkan kesempurnaan di atas kesempurnaan???Mungkin Maha Sempurna???Tidak saudara,,Allah Maha Besar,,Dia tdak memerlukan kesempurnaan kerna Dia sememangnya pencipta..Ayat memerlukan kesempurnaan hyalah sesuai untuk manusia kerna memerlukan kesempurnaan pastinya bermula dari ketidak sempurnaan(spt Yesus yg kamu yakini…Perlu ke Tuhan tdak melakukan dosa? Berdosakah Tuhan bila dia mencabut nyawa???Bukankah kita berdosa sekiranya melakukan kesalahan..Bukankah dosa hya untuk manusia sahaja..Bukankah dosa itu ada hya bila melakukan kesalahan..Jika dia x melakukan kesalahan maknanya dia x berdosa..Adakah Allah melakukan kesalahan???tentu tdak bukan..(mungkin Yesus berisiko untuk melakukannya??)Seharusnya anda fikir kembali kenyataan anda seblum ini..anda seolah2 mengagungkan Tuhan tapi pada masa yg sama anda berlagak seperti mengenal Tuhan dgn menilai Tuhan hya bersandarkan kitab injil anda..Anda tergamak mengatakan Tuhan dilahirkan dari tubuh manusia dan membesar dari tubuh manusia, mati disalib, menjadi Tuhan blablabla…bukankah telah sya ingatkan anda,,tanda2 Allah ada di sekeliling kita malahan dalam diri kita..anda x perlupn menguatkan hujah anda dgn petikan ayat2 bible anda…bukankah telah sya ajak anda agar dialog ini dihujahkan berlandaskan akal fikiran kita sahaja???Tdak bolehkah anda berfikir menggunakan akal fikiran yg tenang tanpa emosi keterlaluan dalam mempertahankan kitab anda???

Anda percaya Tuhan dilahirkan dari tubuh manusia tapi anda x percaya Allah itu esa????
Anda percaya Yesus bangkit dari kematian tapi anda x percaya Allah telah menukar org yg disalib itu dgn org lain????
Anda percaya cerita2 org beribu tahun lepas yg menjadi saksi manusia telah menjadi Tuhan namun anda gagal mempercayai cerita2 org bahawa Allah itulah satu2nya Tuhan untuk manusia???
Anda percaya Allah itu Tuhan tapi anda gagal mempercayai Tuhan tdak memerlukan anak???
Malahan anda percayakan 1 tapi anda juga percayakn 3…Anda mengakui Tuhan itu esa tapi anda ttp mengatakan Yesus Tuhan anak….Jelas sekali anda yg perlu fikir impak dari kepercayaan anda ini….
Boleh saja anda berikan dalil2 @ petikan2 kitab anda untuk menguatkan hujah anda…boleh saja anda mengulang2 tuduhan2 anda ttg kitab alquran…tapi kenyataannya anda takut melihat diri anda sendiri, melihat alam sekeliling untuk menilai kepercayaan anda..Anda x putus2 menggunakan kitab injil unutk kepentingan anda…Anda fikir betapa luasnya alam ciptaan yg Esa, betapa hebatnya ciptaanNya, betapa mudahnya Dia mencipta anak Adam, betapa berkuasanya Allah hinggakan tiada kata yg dapat menggambarkan lalu anda fikir dia memerlukan anak?? dia memerlukan tuhan berkorban di tiang salib untuk menebus manusia dari dosa???Allah x memerlukan semua ini, tapi kita yg memerlukan DIa…Allah x selemah yg kamu percayai…Anda fikirkanlah apa impak dari kenyataan2 anda sebelum ini..
Siapakah yg menjadi saksi Nabi Musa bila dia mengatakan dapat berkata2 dgn Allah??…Siapakah yg jadi saksi Nabi Isa bila Allah meniup rohnya ke dalam rahim wanitayg suci???Siapakah yg dapat menjadi saksi Nabi Muhammad pabila mendakwa menerima wahyu Allah dgn perantaraan Jibrail..Atau anda nak sya mengupas lebih dalam lagi…Siapakah yg menjadi saksi Allah bila dia mengutuskan para Nabi????(Ya Allah Tuhan yg Maha Mengetahui,,Cuma Dikau yg tau apa isi hati ku..amin) Adakah akan datang kepada anda seseorang dgn membawa beberapa mukjizat dan mengajak anda menyembah Tuhan yg 6 anda terus mempercayainya…???Adakah itu kebenarannya??? Adakah anda fikir kebenaran adalah dgn mukjizat???Setakat itukah kebenaran????Adakah begini tafsiran anda dalam mencari kebenaran???Nilailah diri anda sendiri..luaskanlah pemikiran anda kerna jelas sekali betapa sempitnya pemikiran anda dalam mentafsir sesuatu…
Saudara Tiwas,
Sya kira anda benar agar sebaiknya dialog ini ditamatkan shja…Ya, sya pn fikir begitu…Kiranya kepada Allah kita berserah agar satu hari diberi petunjuk dan hidayahnya… "

Tiwas: Tanpa nama,
Jujur saya katakan, dialog kita ini telah membantu saya mengesahkan suatu hal yang selama ini sering saya fikirkan, iaitu, Muslim mempunyai persepsi yang jauh terpesong tentang kepercayaan sebenar Kristian.

Ia jelas melalui persoalan2 dan hujah2 yang anda berikan. Contohnya, anda berkata,
"Anda percaya Allah itu Tuhan tapi anda gagal mempercayai Tuhan tdak memerlukan anak???"
- Melalui kenyataan anda ini, agak jelas anda menyangka Kristian percaya Tuhan mempunyai "anak".
- Masalahnya, Kristian tidak mempercayai Tuhan mempunyai "anak". Gelaran "Anak" yang diberikan kepada Yesus tidak bermaksud Yesus adalah "anak" Tuhan secara biologi, iaitu dilahirkan oleh Tuhan.
- Gelaran "anak" tersebut hanyalah gelaran kepada salah satu Peribadi di dalam Triniti, sesuai dengan yang dinyatakan di dalam Alkitab.

Ada banyak lagi kenyataan2 anda yang jelas menunjukkan salah faham anda tentang kepercayaan sebenar Kristian. Namun, saya tidak akan memperkatakannya di sini, kerana anda sudah tidak mahu meneruskannya.

Mungkin, saya akan menggunakan persoalan2 anda ini sebagai platform untuk menulis artikel2 penjelasan di dalam blog ini. Untuk itu, saya berterima kasih kepada anda kerana memberikan saya bahan2/material untuk dijadikan penulisan di dalam blog ini.

Saya akan jadikan dialog kita sebuah post di dalam blog ini untuk bacaan pelawat2 blog ini. Biar para pembaca blog ini yang menilainya sendiri.

Tuhan memberkati."

Ulasan