Langkau ke kandungan utama

Kisah Para Rasul 12:21-23

Siri post ini berdasarkan/terjemahan tulisan James Hickey. Untuk melihat tujuan dan indeks keseluruhan siri ini, sila klik di sini.
"Pada hari yang sudah ditetapkan, Raja Herodes mengenakan pakaian kebesaran lalu bersemayam di takhta dan menyampaikan ucapan kepada rakyat. Orang ramai yang mendengar ucapan Raja Herodes berseru, "Dewalah yang berkata-kata, bukan manusia." Pada saat itu juga malaikat Tuhan memukul Raja Herodes, kerana raja tidak menghormati Allah. Raja Herodes dimakan cacing lalu mangkat."
(Kis 12:21-23)
Kematian Herod Agripa dicatatkan di dalam kitab Kisah Para Rasul. Agripa dicatatkan sebagai
(a) mengenakan pakaian kebesarannya;
(b) dipanggil sebagai dewa;
(c) dipukul oleh Tuhan.
Menariknya, Josephus mencatatkan semua ini, di mana ketiga-tiga perkara tersebut disokong:
"Di dalam suatu keramaian, di mana ramai yang menghadirinya...Pada hari kedua, dia memakai pakaian yang diperbuat sepenuhnya menggunakan perak...kepingan perak pada pakaiannya yang disinari cahaya matahari, berkilau dengan sangat terang, sehingga ia menimbulkan rasa gentar bagi sesiapa sahaja yang melihatnya: dan para pengampu kemudian memujinya, dari satu tempat ke tempat yang lain, (walaupun bukan kerana kebaikannya) bahawa dia adalah dewa: dan mereka berkata, 'berbelas kasihanlah terhadap kami; walaupun sebelum ini kami hanya menghormati tuanku sebagai manusia, mulai saat ini kami akan menghormati tuanku lebih dari sekadar manusia biasa'. Raja tidak mencegah mereka daripada berkata-kata demikian...dia meninggalkan kehidupan ini."
(Josephus, Ant. 19.8.2)
Josephus juga mencatatkan kematian Raja Herodes. Perhatikan betapa miripnya gaya bahasa yang digunakan oleh Lukas di dalam petikan di atas dan juga petikan di bawah (khususnya penggunaan perkataan "cacing" yang mana disebut oleh Lukas dan Josephus - mungkin peribahasa kuno Yahudi):
"Kini ganguan kesihatan Herodes semakin teruk selepas perbuatannya yang tidak baik, dan ini adalah hukuman Tuhan ke atas dosa-dosanya...ususnya menghidap ulser, dan sakit utamanya adalah pada usus besar; cecair tidak berwarna juga keluar daripada kakinya, begitu juga bahagian bawah perutnya. Malah, bahagian sulitnya telah reput, dan mengeluarkan cacing; dan apabila dia duduk tegak, dia sukar bernafas, dan bau nafasnya sangat menjijikan; dia juga mengalami kekejangan di semua bahagian tubuhnya, yang mana tidak dapat ditanggung olehnya. Dikatakan oleh mereka yang berpura-pura menjadi tuhan, dan memiliki pengetahuan untuk meramalkan perkara seperti ini, bahawa Tuhan memberikan hukuman ini ke atas raja kerana kekufurannya yang amat sangat..."
(Josephus, Ant. 17.6.5)
Ingat, Lukas menulis khusus tentang sejarah gereja awal, bukan tentang peristiwa politik (seperti Josephus), namun mereka mempunyai persamaan penggunaan istilah apabila peristiwa tertentu (seperti kematian Agripa) dibandingkan di antara kedua-dua dokumen ini.

Kembali ke Indeks

Ulasan