Langkau ke kandungan utama

Siri Krismas: Apakah erti sebenar Krismas?

Tulisan ini berdasarkan/terjemahan artikel ini.

Erti sebenar Krismas adalah kasih. Yohanes 3:16-17 menyatakan, "Allah sangat mengasihi orang di dunia ini sehingga Dia memberikan Anak-Nya yang tunggal, supaya setiap orang yang percaya kepada Anak itu tidak binasa tetapi beroleh hidup sejati dan kekal. Allah mengutus Anak-Nya ke dunia ini bukan untuk menghakimi dunia, tetapi untuk menyelamatkannya." Erti sebenar Krismas adalah merayakan tindakan kasih yang sangat luar biasa ini.

Kisah Krismas yang sebenar adalah kisah di mana Tuhan datang menjadi manusia iaitu Peribadi Yesus Kristus. Mengapa Tuhan melakukan hal tersebut? Kerana Dia mengasihi kita! Mengapa Krismas diperlukan? Kerana kita memerlukan Juruselamat! Mengapa Tuhan sangat mengasihi kita? Kerana Dia adalah Kasih itu sendiri (1 Yoh 4:8). Mengapa kita merayakan Krismas setiap tahun? Kerana kesyukuran kita terhadap apa yang telah Tuhan lakukan untuk kita. Kita memperingati kelahiran-Nya dengan memberikan hadiah kepada satu sama lain, dengan menyembah-Nya, dan peka kepada mereka yang serba kekurangan dan mengalami kesusahan hidup.

Erti sebenar Krismas adalah kasih. Tuhan mengasihi milik-Nya dan menyediakan jalan, satu-satunya jalan, agar kita dapat bersama dengan-Nya untuk selama-lamanya. Dia memberikan Anak-Nya yang Tunggal untuk menanggung hukuman akibat dosa bagi pihak kita. Dia membayar harga penuh, dan kita bebas dari hukuman apabila kita menerima hadiah kasih yang percuma tersebut. "Tetapi Allah telah menunjukkan betapa besarnya kasih-Nya kepada kita, kerana Kristus mati bagi kita semasa kita masih berdosa." (Rom 5:8).

* Terjemahan Alkitab yang digunakan adalah Alkitab Berita Baik Bahasa Malaysia (TMV).

Ulasan