Langkau ke kandungan utama

Dasar Alkitabiah kepada Doktrin Triniti: Garis Besar - Bahagian I (Terjemahan)

Artikel ini diterjemah dari artikel tulisan Robert M. Bowman, Jr. Tajuk asal artikel ini ialah The Biblical Basis of the Doctrine of the Trinity: An Outline Study. Artikel asal untuk post ini boleh dibaca di siniPenerangan di dalam tanda [..] dan berwarna perang adalah tambahan dari saya untuk menjelaskan istilah tertentu yang memerlukan penjelasan lanjut.

Untuk Pengenalan klik sini.

I. Hanya Ada Satu Tuhan


B. Tiada seperti Tuhan (dalam zatNya)
1.  Kenyataan tersurat: Kel 8:10; 9:14; 15:11; 2 Sam 7:22; 1 Raj 8:23; 1 Taw 17:20; Mzm 86:8; Yes 40:18, 25; 44:7; 46:5, 9; Yer 10:6-7; Mi 7:18.
2.  Menjadi sama seperti Tuhan adalah tipu muslihat Syaitan: Kej 3:5; Yes 14:14; Yoh 8:44.
3.  Manusia yang jatuh di dalam dosa menjadi "seperti Tuhan" hanya dari segi pengetahuan di antara baik dan jahat, bukan mendapat zat keTuhanan: Kej 3:22.



C. Hanya satu Tuhan yang benar: 2 Taw 15:3; Yer 10:10; Yoh 17:3; 1 Tes 1:9; 1 Yoh 5:20-21.
1.  Anti-Triniti kadang-kala mempertikaikan perkataan yang diterjemah sebagai "benar" di dalam Yoh 17:3 (alêthinos) sebenarnya bermaksud "archetypal", merujuk kepada Bapa sebagai archetypal atau Tuhan yang asal, lalu memberikan panggilan "Tuhan" kepada Kristus yang bersifat diwariskan atau rendah setingkat.

2.  Walaupun tafsiran ini mempunyai kemungkinan di dalam Yoh 17:3, namun tidak pada teks PL, kerana perkataan Ibrani untuk "benar" ('emet) tidak pernah bermaksud "archetypal".

3.  Selain itu, konteks ekspresi perkataan "Tuhan yang benar" membezakan Tuhan dengan berhala atau tuhan palsu, bukan dengan tuhan-tuhan yang diturunkan atau asal.:
  • a. 2 Taw 15:3 - Ketika Israel lama "tidak mengabdi kepada Allah yang benar" dan kemudian kembali kepadaNya (ayt 3-7), Asa kembali menyembahNya dengan terlebih dahulu memusnahkan semua berhala yang ada di tempat itu (ayt 8).
  • b. Yer 10:10 - Israel tidak sepatutnya takut kepada tuhan-tuhan bangsa lain, atau berhala yang sembah (10:1-9); Tuhan yang benar adalah Tuhan yang hidup (ayt 10) dan pencipta kepada dunia (ayt 11-12).
  • c. 1 Tes 1:9 - Penduduk Tesalonika berubah dari menyembah berhala kepada Tuhan yang benar dan hidup.
4.  Kita sepatutnya membaca ekspresi "Allah yang benar" di dalam Yoh 17:3 dengan melihat penggunaannya di bahagian lain di dalam Alkitab serta konteks segeranya di dalam Yohanes. Maksud Yesus bukanlah bahawa Bapa adalah Tuhan archetypal yang mana sumber bagi semua tuhan-tuhan lain, tetapi Tuhan hanya diketahui sebagai benar melalui Bapa yang mana dimuliakan melalui kedatangan Yesus AnakNya. Allah Bapa tidak dapat dikenal tanpa Anak adalah tema utama di dalam tulisan Yohanes (cth. Yoh 1:18; 8:19; 14:6-7, 9, 23; 17:25-26; 1 Yoh 2:23; 5:20). Persamaan dengan 1 Yoh 5:20 sangat signifikan: kehidupan kekal adalah mengenal Bapa sebagai Tuhan yang benar dan Yesus Kristus (Yoh 17:3); kita mengenal Yang Benar di dalam AnakNya Yesus Kristus, dan ini adalah Tuhan yang benar dan hidup yang kekal (1 Yoh 5:20).

5. Ironiknya, pengkritik Triniti sering bersandar kepada Yoh 17:3 untuk cuba membuktikan bahawa Yesus bukan Tuhan kerana ayat tersebut mengatakan Bapa, adalah berbeza dengan Yesus Kristus, dan satu-satunya Tuhan yang benar. Namun argumen ini berbalik apabila pemahaman "archetypal" di dalam Yoh 17:3 ditidakkan, kerana Yohanes menyatakan secara tersurat bahawa Yesus adalah Tuhan (Yoh 1:1, 18; 20:28; lihat IV.A.2-4). Walaupun Kristus dengan rendah diri memuliakan Bapa melalui kenyataan ini sebagai satu-satunya Tuhan yang benar, kenyataanNya tidak semestinya bererti Dia (Yesus) bukan Tuhan - dan kenyataan tersurat di dalam Injil yang sama membuktikan itu bukan maksud sebenarNya.

D. Maka, semua "tuhan" lain adalah tuhan (berhala) palsu, bukan tuhan sebenar: Ul 32:21; 1 Sam 12:21; Mzm 96:5; Yes 37:19; 41:23-24, 29; Yer 2:11; 5:7; 16:20; 1 Kor 8:4, 10:19-20.

E. Iblis, buka tuhan, yang menjadi kuasa di sebalik penyembahan palsu: Ul 32:17; Mzm 106:37; 1 Kor 10:20; Gal 4:8.

F. Maksud sebenar manusia dikatakan "seperti Tuhan".
1. Menyerupai seperti Tuhan menunjukkan manusia adalah mewakili Tuhan dan memiliki karakter moral yang sama, bukan menjadi sama seperti Tuhan secara metafisik: Kej 1:26-27; 5:1; 1 Kor 11:7; Ef 4:24; Kol 3:10.

2. Matlamat untuk menjadi sama seperti Kristus adalah tentang aspek-aspek berikut sahaja:

3. Mengambil bahagian dari sifat keTuhanan adalah merujuk kepada sifat moral ("dan luput dari hawa nafsu duniawi yang membinasakan dunia"), bukan sifat metafisikal: 2 Ptr 1:4; juga lihat Ibr 12:10; untuk maksud "mengambil bahagian", lihat 1 Kor 10:18, 20; 2 Kor 1:17; 1 Ptr 5:1.

G. Adakah para manusia perkasa dan diagungkan adalah Tuhan?
1. Alkitab tidak pernah menyatakan secara tersurat manusia adalah tuhan.

2. Manusia berkuasa dan perkasa secara tersurat dinyatakan bukan tuhan: Yeh 28:2, 9; Yes 31:3; 2 Tes 2:4.

3. Manusia dan Tuhan adalah kategori yang berlawanan dan tersendiri: Bil 23:19; 1 Sam 16:7; 1 Taw 29:1; Ayb 32:13; Mzm 56:4, 11; Ams 3:4; Yes 31:3; Yeh 28:2, 9; Hos 11:9; Mat 19:26; Yoh 10:33; Kis 12:22; 1 Kor 14:2.

4. Musa "menjadi seperti Tuhan", bukan menjadi Tuhan: Kel 4:16; 7:1.

5. Yeh 32:21 memperkatakan perwira atau askar sebagai "tuhan-tuhan yang perkasa", namun konteks hal tersebut adalah mereka dilihat demikian oleh bangsa mereka sendiri yang pagan, bukan oleh Tuhan atau Israel: Yeh 28:2, 9.

6. Elohim yang dihadap oleh mereka yang tertuduh adalah Tuhan sendiri, bukan hakim-hakim, seperti kebanyakan terjemahan yang memberikan terjemahan yang kurang tepat: Kel 22:8-9, 28; bandingkan dengan Ul 19:17.

7. Penggunaan perkataan elohim di dalam Mazmur 82, mungkin merujuk kepada hakim-hakim yang jahat, seperti yang dikatakan oleh Yesus di dalam Yohanes 10:34-36, tidak bererti manusia boleh menjadi tuhan.
  • a. Asaf, bukan Tuhan, yang memanggil para hakim dengan perkataan elohim di dalam Mazmur 82:1,6. Hal ini penting walaupun kita bersetuju Mazmur 82 adalah diilhamkan Tuhan.
  • b. Maksud kenyataan Asaf bukanlah "walaupun kamu adalah tuhan, kamu akan mati seperti manusia", tetapi "saya memanggil kamu tuhan, namun hakikatnya kamu semua adalah manusia dan akan mati seperti manusia".
  • c. Penulis Mazmur ini hanya mengatakan hakim yang jahat sebagai tuhan sama seperti ketika dia mengatakan mereka adalah "anak-anak yang Mahatinggi" (ayt 6b).
  • d. Maka, Mzm 82:1 memanggil hakim-hakim ini sebagai elohim sebagai sindiran. Mereka berkemungkinan telah menganggap peranan mereka sebagai hakim (lihat 6 di atas) sama seperti elohim, atau tuhan, dan mesej Asaf adalah mereka hanyalah manusia biasa dan akan mati dibawah penghakiman elohim yang sebenar (ayt 1-2, 7-8).
  • e. Penggunaan ayat ini oleh Kristus di dalam Yoh 10:34-36 tidak membawa tafsiran yang sama seperti Mazmur 82 di atas.
  • f. Perkataan, "Kitab Suci tidak dapat dibatalkan", dalam konteks ini besar kemungkinan ia bermaksud "Kitab Suci tidak boleh berlalu tanpa suatu penggenapan" (cf. Yoh 7:23, Mat 5:17). Maka Yesus mengatakan hal yang merupakan sindiran terhadap para hakim di dalam PL, secara realitinya, adalah diriNya yang tidak dapat hakim-hakim tersebut lakukan atau menjadi sepertiNya.
  • g. Ayat "kepada siapa firman itu disampaikan" (Yoh 10:35) menunjukkan "firman" ini adalah penghakiman ke atas mereka yang kononnya dipanggil sebagai tuhan, yang menunjukkan mereka adalah tuhan palsu, bukan tuhan yang sebenarnya.
  • h. Terakhir, orang-orang yang jahat ini tidak "seperti" tuhan langsung, maka panggilan elohim terhadap mereka perlu dilihat secara figuratif dan bukan literal.
8. Walaupun jika manusia adalah tuhan (yang mana adalah tidak benar), hal ini adalah tidak berkaitan dengan Yesus, memandangkan Dia memang sebagai Tuhan sebelum segala sesuatu diciptakan (Yoh 1:1).

H. Adakah malaikat tuhan?
1. Alkitab tidak pernah menyatakan secara tersurat bahawa malaikat adalah tuhan.

2. Roh-roh jahat bukan tuhan, 1 Kor 10:20; Gal 4:8; maka, menjadi "roh-roh berkuasa" tidak menjadikan malaikat tuhan.

3. Syaitan juga adalah tuhan palsu: 2 Kor 4:4.

4. Mazmur 8:5 tidak mengajarkan malaikat adalah tuhan.
  • a. Mzm 8:5 dihurai semula di dalam Ibr 2:7, bukan dipetik terus (untuk contoh huraian semula seperti ini lihat Mzm 68:18 dengan Ef 4:8). Di dalam Mzm 8:5, elohim memang bermaksud Tuhan, bukan malaikat, memandangkan Mzm 8:3-8 selari dengan Kej 1:1, 8, 16, 26-28 (Kitab Ibrani di sini menggunakan Septuagint atau terjemahan Yunani untuk PL, dalam menggunakan "malaikat" untuk menggantikan "Tuhan"). Perhatikan bahawa pemazmur memperkatakan tentang manusia yang ditinggikan di antara ciptaan, sementara kitab Ibrani, walaupun bersetuju tentang status manusia yang ditinggikan di antara ciptaan yang lain, menggunakan Mazmur ini untuk memperkatakan bagaimana Kristus menjadi rendah setelah menjelma sebagai manusia berbanding status sebenarnya iaitu Tuhan. Maka, Ibr 2:7 tidak bermaksud menyamakan malaikat dengan Tuhan langsung (dan penulisnya tidak pernah memberikan kesimpulan tersebut).
  • b. Setelah memperkatakan tentang Kristus, tidak seperti malaikat, memikul panggilan Tuhan (1:8), adalah ganjil untuk penulisnya memperkatakan beberapa ayat kemudian bahawa malaikat adalah "tuhan" (2:7).
  • c. Jika Ibr 2:7 memang mengatakan bahawa malaikat adalah "tuhan", di dalam konteks Ibrani 1-2, perbuatan meninggikan malaikat-malaikat ini lebih dari Kristus adalah perbuatan palsu. (Dakwaan utama Ibrani 1-2 ialah Yesus lebih besar dari semua malaikat) Rujuk Why 19:10 dan 22:8-9 tentang masalah penyembahan malaikat (serta Kol 2:18)
5. Bahagian lain di dalam Mazmur, apabila memperkatakan malaikat sebagai Tuhan (atau anak-anak Tuhan), adalah dianggap sebagai tuhan-tuhan palsu: Mzm 29:1; 86:8-10; 89:6; 95:3; 96:4-5; 97:7-9 (perhatikan bahawa tuhan-tuhan palsu ini dipanggil sebagai "malaikat" di dalam Septuagint); 135:5; 136:2; 138:1; cf. Kel 15:11; 18:11; Ul 10:17; 1 Taw 16:25; 2 Taw 2:5.

6. Walaupun jika malaikat-malaikat ini adalah tuhan (yang mana telah ditidakkan di atas), ia adalah tidak berkaitan dengan Yesus, memandangkan Dia bukanlah mahkluk seperti malaikat, tetapi Anak Dia yang disembah oleh malaikat sebagai Pencipta, Raja dan Tuhan: Ibr 1:1-13.

I. Adakah kata jamak untuk Elohim merujuk kepada "para tuhan" atau "para Tuhan"?
1. Memang benar kata Ibrani bagi elohim (selalunya diterjemah sebagai "Tuhan") secara tatabahasanya adalah bersifat jamak. Namun, apabila ia merujuk kepada "para tuhan" secara jamak (selalunya tentang tuhan palsu), elohim lazimnya akan menggunakan kata kerja, adjektif dan kata ganti nama yang juga bersifat jamak (e.g "tuhan-tuhan lain", Kel 20:3; Ul 5:7; selalu di dalam PL; "mereka adalah tuhan," 1 Sam 4:8; "Beginilah kiranya para allah menghukum aku," 1 Raj 19:2; "kamulah allah kami," Yes 42:17; dll). Apabila merujuk kepada Tuhan yang Benar, Sang Pencipta, yang disembah oleh bangsa Israel, ia akan menggunakan kata kerja tunggal, adjektif tunggal, dan kata ganti nama tunggal. Contohnya, perkataan "menciptakan" di dalam Kejadian 1:1 adalah kata kerja berbentuk tunggal, walaupun perkataan elohim ("Tuhan") secara nahunya bersifat jamak. Kebanyakan sarjana Bahasa Ibrani memahami penggunaan perkataan elohim secara jamak ini  adalah contoh pernyataan kesempurnaan Tuhan (atau berkelimpahan, amplitud, dll)

2. Fakta ringkas di mana elohim kadang-kala digunakan di dalam PL untuk merujuk tuhan pagan yang tunggal, seperti Asytoret, Kamos, atau Molokh (1 Raj 11:5, 33), adalah cukup untuk menunjukkan elohim boleh merujuk kepada tuhan tunggal (lihat Hak 6:31; 11:24; 16:23, 24; 1 Sam 5:7; 1 Raj 18:24a, 25; 2 Raj 1:2, 3, 6, 16; 19:37).

3. PL Bahasa Yunani (atau Septuagint) dengan konsisten menterjemah elohim dalam konteks ini menggunakan kata nama tunggal theos ("Tuhan"), dan apabila PB memetik dari PL, ia juga menggunakan bentuk tunggal theos (cth. Ul 6:13, di dalam Mat 4:10 dan Luk 4:8; Ul 6:16, di dalam Mat 4:7 dan Luk 4:12; Kel 3:6, dalam Mat 22:32, Mrk 12:26, dan Luk 20:37; Mzm 22:1 di dalam Mat 27:46 dan Mrk 15:34; dll).

4. Memandangkan bentuk jamak elohim boleh digunakan untuk merujuk tuhan pagan secara individu, kita juga tidak boleh menganggap bentuk jamak ini sebagai bukti kepada Triniti.

J. Kesimpulan: Jika hanya ada satu Tuhan, satu Tuhan yang Benar, semua tuhan lain adalah palsu, manusia atau malaikat bukan tuhan, dan tidak ada yang seperti Tuhan - yang mana diulang-ulang di dalam Alkitab secara tersurat - maka kita mesti menyimpulkan memang Tuhan itu Esa.

Bersambung..
II. Tuhan yang Esa ini adalah Tuhan yang dikenal di dalam PL sebagai Yehovah atau Yahweh (TUHAN).

Ulasan