10 fakta asas tentang Perjanjian Baru yang perlu diketahui oleh setiap Kristian: #2: "Semua penulisan Apokripa ditulis pada abad kedua atau lebih lewat"
Post ini adalah terjemahan/berdasarkan siri post ini . *Senarai penuh siri ini di sini . Oleh Michael J. Kruger Di dalam post sebelum ini , kita telah memperkatakan tentang fakta asas pertama tentang kanon Perjanjian Baru, iaitu penulisan-penulisan Perjanjian Baru adalah catatan Kristian terawal yang kita miliki. Kita juga telah menjelaskan dengan berhati-hati bahawa tarikh penulisan kitab-kitab ini tidak menjadikannya sebagai sebahagian daripada kanon, tetapi tarikh penulisan awal ini menunjukkan bahawa kitab-kitab ini ditulis pada waktu di mana saksi-saksi kepada kehidupan Yesus masih lagi hidup.