Langkau ke kandungan utama

Siapakah Yesus yang sebenar: Yesus di dalam Alkitab atau Yesus di dalam Al-Quran?

Artikel asal boleh dibaca di sini.

Oleh: William Lane Craig
Suatu perbandingan tentang bagaimana Yesus digambarkan di dalam Perjanjian Baru dan di dalam Al-Quran untuk menentukan mana satu yang lebih boleh dipercayai.
Yesus dari Nazareth adalah Individu paling berpengaruh yang pernah hidup. Dua puluh abad selepas kematian-Nya, Dia kekal memberikan daya tarik kepada fikiran kita semua. Rancangan televisyen khas oleh Peter Jennings yang bertajuk "In Search of Jesus" menarik lebih 16 juta penonton di seluruh negara. Filem arahan Mel Gibson, "The Passion of Christ" memperolehi pulangan sebanyak 370 juta dollar. Buku tulisan Dan Brown, "The DaVinci Code", menjadi buku yang sangat laris sehingga melebihi 100 juta cetakan di dalam 40 bahasa. Sangat jelas kita masih terpesona terhadap Yesus.

Namun, siapakah Dia yang sebenarnya? Adakah Dia, seperti yang dinyatakan di dalam Alkitab, adalah Anak Tunggal Allah? Atau adakah Dia hanyalah nabi biasa, seperti yang telah diajarkan kepada Muslim? Siapakah Yesus yang sebenarnya?

Saya ingin menjawab persoalan ini sebagai seorang ahli sejarah. Saya akan melihat Alkitab dan Al-Quran seperti mana ahli sejarah melihat mana-mana sumber penulisan sejarah kuno. Saya tidak akan menganggap kedua-dua kitab ini sebagai diwahyukan atau kitab suci. Maka dengan itu, saya juga tidak memerlukan kedua-dua kitab ini menjadi inerrant atau infallible untuk menjadi sebuah sumber sejarah yang bernilai. Dengan mengambil pendekatan sejarah, kita akan dapat mengelakkan perbincangan ini dari menjadi terpesong dengan argumen-argumen tentang percanggahan-percanggahan Alkitab atau ketidak-konsisten-nya Al-Quran. Persoalannya bukanlah sama ada sumber-sumber ini inerrant tetapi sama ada kedua-duanya membenarkan kita untuk mengetahui siapakah Yesus di dalam sejarah yang sebenar.

Untuk menentukan siapakah Yesus di dalam sejarah yang sebenarnya, kita perlu mempunyai beberapa kriteria untuk menyelidiki sumber-sumber yang ada. Prof. John Meier, seorang ahli sejarah Perjanjian Baru yang terkemuka, memberikan empat kriteria berikut:[1]

1. Pelbagai sumber berkecuali. Peristiwa yang dicatatkan oleh penulis berkecuali, khususnya yang lebih awal, lebih berkemungkinan untuk diterima sebagai sejarah yang benar.

2. Ketidak-sama-an. Jika sesuatu ungkapan atau peristiwa itu berbeza dengan apa yang biasa didengar atau dialami pada era sebelum Judaisme dan juga era selepas Kristianiti, maka ia berkemungkinan tidak berasal daripada kedua-dua era tersebut dan menunjukkan ia berasal daripada Yesus yang di dalam sejarah.

3. Elemen memalukan. Ungkapan atau peristiwa yang memalukan atau rumit terhadap gereja Kristian adalah berkemungkinan besar tidak dibuat-buat dan seterusnya lebih berkemungkinan adalah sejarah yang benar-benar terjadi.

4. Penolakkan dan hukuman. Fakta bahawa Yesus disalibkan adalah sangat kukuh sebagai titik penting di dalam sejarah manusia. Maka, perkataan dan perbuatan Yesus perlu dinilai dari segi kemungkinan sama ada ia membawa kepada hukuman yang dijatuhkan kepada-Nya sebagai "Raja Orang Yahudi". Yesus yang pasif dan hanya mengajarkan monoteisme tidak akan menimbulkan provokasi penentangan terhadap diri-Nya.

Apabila kita menggunakan kriteria-kriteria ini ke atas Perjanjian Baru, kita dapat mengetahui beberapa hal penting tentang Yesus yang di dalam sejarah. Saya akan memperkatakan hanya tiga fakta yang timbul daripada Peribadi yang sangat mengagumkan ini.

1. Konsep-kendiri Yesus yang sangat radikal. Al-Quran mengajarkan bahawa Yesus tidak lebih dari sekadar nabi biasa yang memanggil orang untuk menyembah Tuhan yang esa. Namun, berdasarkan kriteria yang diberikan, dapat ditunjukkan bahawa antara ungkapan Yesus yang sahih adalah pengakuan-pengakuan yang mendedahkan pemahaman keilahian terhadap diri-Nya.

Contohnya, Yesus mengaku sebagai Anak Manusia. Kriteria 'pelbagai sumber' dan 'ketidak-sama-an' menunjukkan ia memang berasal daripada Yesus yang di dalam sejarah. Mungkin ramai orang biasa akan menyangka gelaran tersebut merujuk kepada kemanusian Yesus seperti mana gelaran "Anak Allah" merujuk kepada keilahian-Nya. Namun itu tidak tepat.

Andaian ini gagal mengambil kira tentang latar belakang ekspresi tersebut di dalam kepercayaan Yahudi. Di dalam kitab Daniel, fasal 7, Daniel mendapat pengelihatan tentang seorang manusia-ilahi yang turun dengan awan-awan dari langit yang mana akan diberikan Tuhan kuasa, kemuliaan dan kedaulatan sebagai raja yang tidak akan berakhir.

Tidak ada manusia biasa yang boleh diberikan status seperti itu kerana itu bererti melakukan dosa yang dipanggil oleh Muslim sebagai syirik, iaitu memberikan sesuatu yang hanya layak dimiliki oleh Tuhan kepada orang lain. Namun, status inilah yang diakui oleh Yesus ke atas diri-Nya sendiri. Ungkapan "Anak Manusia" daripada Yesus yang mungkin paling terkenal adalah ketika Dia dibicarakan di hadapan Imam Besar Yahudi. Saya petik:
60  Setelah itu Imam Agung berdiri di hadapan mereka semua dan bertanya kepada Yesus, "Tidakkah kamu mahu menjawab tuduhan yang ditujukan kepadamu?"
61  Yesus diam sahaja dan tidak mahu berkata sepatah pun. Sekali lagi Imam Agung bertanya kepada-Nya, "Kamukah Penyelamat yang diutus oleh Allah, Anak Allah Yang Maha Suci?"
62  Yesus menjawab, "Ya! Kamu semua akan melihat Anak Manusia duduk di sebelah kanan Allah Yang Maha Kuasa, serta datang dikelilingi awan dari langit!"
63  Imam Agung mengoyakkan pakaiannya dan berkata, "Kita tidak memerlukan saksi lagi!
64  Kamu sudah mendengar dia mengkufuri Allah! Apakah keputusan kamu?" Mereka semua mengambil keputusan bahawa Yesus memang bersalah dan mesti dihukum mati.
(Markus 14:60-64 TMV)
Setiap Muslim terpaksa bersetuju dengan Imam Besar dan juga para ahli majlis agama Yahudi tersebut bahawa Yesus adalah seorang penghujat dan layak dihukum mati kerana telah menyamakan diri-Nya dengan Tuhan.

Bukan sahaja Yesus mengakui bahawa diri-Nya adalah Anak Manusia, Dia juga mengakui diri-Nya sebagai satu-satunya Anak Tunggal Allah. Pemahaman-kendiri Yesus sebagai Anak Allah diekspresikan melalui perumpamaan-Nya tentang penyewa-penyewa ladang anggur yang jahat, yang mana lebih mengejutkan, para pengkritik daripada kumpulan Jesus Seminar mengakuinya sebagai sahih. Di dalam perumpamaan ini, ladang anggur melambangkan Israel, pemilik ladang anggur tersebut adalah Tuhan, penyewa-penyewa tersebut adalah pemimpin-pemimpin Yahudi, dan hamba-hamba tersebut adalah para nabi yang diutus oleh Tuhan. Di dalam Markus 12:1-9, dikatakan:
1  Kemudian Yesus berkata-kata kepada para ketua imam, guru Taurat, dan pemimpin masyarakat Yahudi dengan menggunakan perumpamaan. Dia berkata, "Ada seorang yang menanami ladang anggur. Dia memasang pagar di sekelilingnya, menggali lubang tempat memeras buah anggur, dan mendirikan menara tempat berkawal. Kemudian dia menyewakan ladang anggur itu kepada beberapa orang, lalu dia berangkat ke negeri lain.

2  Apabila tiba masanya untuk mengumpulkan buah anggur, pemilik ladang itu mengutus seorang hambanya kepada penyewa-penyewa ladang itu untuk menerima hasil bahagiannya.
3  Tetapi penyewa-penyewa ladang itu menangkap hamba itu, memukul dia lalu menyuruh dia pulang dengan tangan kosong.
4  Pemilik ladang itu mengutus seorang hamba lain, tetapi penyewa-penyewa ladang itu memukul kepala hamba itu dan mempermalukan dia.
5  Lalu pemilik ladang itu mengutus seorang lagi hambanya, tetapi mereka membunuh dia. Demikianlah mereka memperlakukan banyak lagi hamba yang lain: Ada yang dipukul dan ada juga yang dibunuh.
6  Hanya tinggal seorang yang dapat diutus, iaitu anaknya sendiri yang dikasihinya. Akhirnya pemilik ladang itu mengutus anaknya kepada penyewa-penyewa ladang itu. ‘Tentu mereka akan menghormati anakku,’ katanya.
7  Tetapi penyewa-penyewa ladang itu bercakap sesama sendiri, ‘Ini dia anak pemilik ladang. Marilah kita bunuh dia, supaya kita dapat hartanya!’
8  Oleh itu mereka menangkap anak itu, membunuh dia, lalu membuang mayatnya ke luar ladang itu."
9  Lalu Yesus bertanya kepada mereka, "Apakah yang akan dilakukan oleh pemilik ladang itu? Tentu dia akan datang dan membunuh semua penyewa itu, lalu menyerahkan ladang anggur itu kepada penyewa-penyewa lain.

(Markus 12:1-9 TMV)
Apa yang dapat kita ketahui tentang pemahaman-kendiri Yesus melalui perumpamaan ini? Ia memberitahu kita bahawa Yesus melihat diri-Nya sebagai satu-satunya Anak yang dikasihi Tuhan, berbeza daripada semua nabi yang lain, serta sebagai utusan terakhir Tuhan. Malah, juga sebagai pewaris Israel. Dia tidak menganggap diri-Nya sekadar nabi biasa.

Konsep kendiri Yesus sebagai satu-satunya Anak Allah diberikan secara jelas di dalam Matius 11:27, "Yesus berkata lagi, "Bapa-Ku telah menyerahkan segala sesuatu kepada-Ku. Tidak seorang pun mengenal Anak kecuali Bapa, dan tidak seorang pun mengenal Bapa kecuali Anak dan mereka yang diberitahu oleh Anak tentang Bapa." Adalah tidak mungkin untuk gereja mereka-reka ungkapan ini kerana ia mengatakan bahawa Anak tidak dapat dikenali--"Tidak seorang pun mengenal Anak kecuali Bapa"--, tetapi bagi gereja selepas peristiwa kebangkitan Yesus, kita boleh mengenal Anak.

Oleh itu, berdasarkan kriteria ketidak-sama-an, ungkapan ini adalah sahih. Apa yang dapat kita ketahui tentang konsep-kendiri Yesus melalui ungkapan ini? Ia memberitahu kita bahawa Dia menganggap diri-Nya adalah satu-satunya Anak Tunggal Allah dan satu-satunya wahyu penampakkan Tuhan kepada umat manusia!

Hal ini sangat menakjubkan! Namun, inilah yang dipercayai oleh Yesus yang di dalam sejarah. C.S. Lewis adalah benar apabila dia mengatakan:
Seorang manusia yang adalah hanya manusia biasa dan mengatakan apa yang telah dikatakan oleh Yesus...adalah seperti seorang gila yang mengatakan dirinya adalah sebiji telur rebus--atau dia adalah seorang Iblis dari neraka. Anda mesti membuat pilihan...anda boleh mengatakan Dia adalah seorang yang bodoh, anda boleh meludah dan membunuh-Nya sebagai syaitan; atau anda boleh tersungkur di kaki-Nya dan memanggilnya Tuhan. Tetapi janganlah kita memberikan suatu gelaran bahawa kononnya Dia adalah seorang guru (manusia) biasa yang agung. Dia tidak memberikan kita pilihan tersebut.[2]
2. Perbicaraan dan penyaliban Yesus. Menurut kitab-kitab Injil, Yesus disabitkan oleh mahkamah agama Yahudi atas kesalahan mengkufuri Tuhan dan kemudian diserahkan kepada penguasa Rom untuk dihukum bunuh atas alasan mengaku diri-Nya sebagai Raja Orang Yahudi.

Bukan sahaja fakta ini disahkan oleh sumber Alkitab yang ditulis secara berkecuali seperti Paulus dan Kisah Para Rasul, ia juga disahkan melalui sumber-sumber di luar Alkitab. Melalui penulis sejarah Yahudi, Josephus, dan penulis Syria, Mara bar Serapion, kita mengetahui bahawa para pemimpin Yahudi telah membuat tuduhan rasmi ke atas Yesus dan terlibat secara langsung di dalam peristiwa yang membawa kepada penyaliban-Nya. Daripada Talmud Babilon, Sanhedrin 43a, kita mengetahui bahawa penglibatan para Yahudi di dalam perbicaraan tersebut dijelaskan sebagai menyelesaikan hal berkaitan dengan seorang penyebar ajaran sesat.

Dan melalui penulisan Josephus dan penulis sejarah Rom, Tacitus, kita mengetahui bahawa Yesus disalibkan oleh kerajaan Rom di bawah arahan Pontius Pilatus. Menurut L.T. Johnson, seorang ahli sejarah Perjanjian Baru di Universiti Emory, "Sokongan terhadap cara kematian-Nya, pihak yang melaksanakannya, dan juga pihak lain yang terlibat, sangat banyak: Yesus melalui perbicaraan sebelum kematian-Nya, disabitkan kesalahan dan dihukum bunuh melalui penyaliban."[3]

Mungkin kesilapan sejarah paling besar yang terdapat di dalam Al-Quran adalah dakwaan kononnya Yesus tidak disalibkan. Bukan sahaja tidak wujud sebarang bukti untuk menyokong dakwaan ini, malah bukti-bukti yang menyokong peristiwa penyaliban Yesus, seperti yang dikatakan oleh Johnson, "sangat banyak".

Bagi anda yang Muslim, anda perlu memikirkan dengan dalam hal berikut, iaitu, tidak ada seorang pun bukan-Muslim percaya bahawa Yesus di dalam sejaran tidak disalibkan. Peristiwa penyaliban Yesus juga diakui oleh para pengkritik di dalam kumpulan Jesus Seminar--seperti kata Robert Funk--"suatu fakta yang tidak dapat disangkal".[4] Malahan, Paula Frederickson, yang mana buku tulisan beliau, From Jesus to Christ telah memberikan inspirasi kepada sebuah rancangan televisyen PBS dengan nama yang sama, dengan yakin menyatakan, "Peristiwa penyaliban adalah satu-satunya fakta terkukuh yang kita ada tentang Yesus."[5]

3. Kebangkitan Yesus. Apa yang telah terjadi selepas peristiwa penyaliban Yesus? Majoriti sarjana yang telah menyelidiki hal ini bersetuju dengan tiga perkara berikut:

Pertama, pada pagi Ahad selepas penyaliban, kubur Yesus ditemui kosong oleh sekumpulan wanita yang mada adalah pengikut-pengikut-Nya.

Kedua, pada waktu yang pelbagai dan situasi yang berbeza, individu dan kumpulan berbeza mengalami pengalaman melihat Yesus telah bangkit dari kematian.

Dan ketiga, para pengikut-Nya tiba-tiba dengan yakin percaya bahawa Yesus telah bangkit dari kematian walaupun situasi yang mereka sedang alami tidak memungkinkan mereka mempercayai hal sedemikian.

Bagi saya, penjelasan terbaik untuk menjelaskan ketiga-tiga perkara tersebut adalah para pengikut-Nya berkata benar: Tuhan telah membangkitkan Yesus dari kematian. Hal ini mempunyai kesan teologikal yang sangat besar. Seperti yang dijelaskan oleh ahli teologi Jerman, Wolfhart Pannenberg,
Kebangkitan Yesus memberikan makna yang sangat muktamad, bukan kerana seseorang atau sesiapa sahaja telah dibangkitkan dari kematian, tetapi kerana Yesus dari Nazareth yang dibangkitkan, yang mana telah dihukum bunuh...kerana Dia telah mengkufuri Tuhan. Jika Dia dibangkitkan dari kematian, maka ini dengan jelas bermaksud bahawa Tuhan yang dikatakan telah dikufuri-Nya telah memberikan komitmen ke atas diri-Nya (Yesus)"[6]
Kesimpulannya, di atas dasar sejarah sepenuhnya, kita telah melihat (1) bahawa Yesus dari Nazareth mempunyai konsep-kendiri yang radikal sebagai satu-satunya Anak Allah dan Anak Manusia, (2) bahawa Dia telah dibicarakan, disabitkan kesalahan, disalibkan atas tuduhan mengkufuri Tuhan, dan (3) bahawa Tuhan telah membangkitkan-Nya dari kematian untuk membuktikan bahawa tuduhan yang diberikan ke atas diri-Nya adalah tidak benar.

Semua hal ini bercanggah dengan dakwaan Al-Quran bahawa Yesus menganggap diri-Nya hanyalah nabi biasa yang mengajarkan monoteisme yang pasif, tidak disalibkan, dan tidak dibangkitkan dari kematian.

Jika anda memikirkan hal ini, situasinya tidaklah begitu mengejutkan. Maksud saya, mana satu yang anda akan percayai: catatan yang ditulis pada waktu generasi pertama peristiwa ini terjadi, di mana para saksi kejadian masih lagi hidup, atau kitab yang ditulis lebih 600 tahun kemudian selepas peristiwa tersebut terjadi tanpa sebarang sumber sejarah yang berkecuali? Sebenarnya, dengan menyoal soalan seperti ini kita secara langsung juga menjawabnya!

Sebaliknya, Al-Quran mengandungi kisah yang boleh didemonstrasikan sebagai sekadar lagenda tentang Yesus yang berkembang beberapa abad selepas peristiwa kematian-Nya. Yang saya maksudkan adalah kisah-kisah tentang Yesus yang ditemui di dalam kitab-kitab Injil apokripa--kitab-kitab ini adalah palsu dan wujud pada abad kedua dan ketiga selepas zaman kehidupan Kristus--dan tanpa disengajakan diulang di dalam Al-Quran sebagai 'fakta'.

Contohnya, Al-Quran menyebut tentang kisah--yang dipinjam daripada sebuah kitab palsu berunsur lagenda bertajuk The Infancy Gospel of Thomas--tentang bagaimana Yesus yang masih kanak-kanak membuat seekor burung daripada tanah liat dan kemudian menghidupkan burung tanah liat tersebut (III.70, V.100-110). Kisah ini adalah fiksyen. Maka, Al-Quran tidak memberikan kita sebarang maklumat sejarah berkecuali tentang Yesus.

Oleh itu, secara sejarah, jawapan kepada persoalan ini sangat jelas: Yesus yang sebenar adalah Peribadi yang dijelaskan di dalam Perjanjian Baru, bukannya lagenda rekaan yang kita baca di dalam Al-Quran.

Nota
[1] John Meier, A Marginal Jew, vol.: 1: The Roots of the problem and the Person, Anchor Bible Reference Library (New York:Doubleday, 1991), pp. 168-177.

[2] C.S. Lewis, Mere Christianity (New York: Macmillan, 1952), p.56.

[3] Luke Timothy Johnson, The Real Jesus (San Francisco: Harper San Francisco, 1996), p. 125.

[4] Jesus Seminar Videotape.

[5] Paula Frederickson, kenyataan pada sesi perbincangan "The Historical Jesus" semasa perjumpaan tahunan Society of Biblical Literature, 22 November 1999.

[6] Wolfhart Pannenberg, "Jesu Geschichte und unsere Geschichte", di dalam Glaube und Wirklichkeit (München: Chr. Kaiser, 1975), p. 92.

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
bagaimana surah Al quran melalui
nabi muhammad saw rasullulah yg
d iktiraf kekasih Allah,yg meyebabkan 1.6 billion umat sujud pd Allah,sanggupkah umat selain muhammad sujud pada Allah,cara mana
kah yg tebaik d cc Allah kita tunjukkan syukur dan patuh selain dari cara umat islam,apakah cara lain akan di sayangi Allah juga,dan berkenaan surah al ikhlas,"katakan Allah itu esa,tak beranak dan dperanakkan,ia tempat memohon rahmat dan tolong,dan tiada suatupun yg sebanding dgnnya....bagaimanapula ulasan anda,moga dapat pandangan anda
Unknown berkata…
Hai tanpa nama (16 Februari 2013 11:02 PG),

Saya kurang jelas dengan soalan anda. Apa kata anda berikan secara poin agar lebih jelas.
Tanpa Nama berkata…
sebab itu Allah menganugerahkan manusia untuk otak berfikir secara waras sebab itu saya keluar dari agama islam, dulu ingat islam paling betul rupa-rupanya Roh Allah membuka hati saya untuk mengkaji kelemahan islam.

Dulu saya menyertai orang islam berjuang demi bumi Palestin sebab islam mengklaimkan Palestin adalah hak milik islam sebenarnya tidak bumi Palestin bukan hak milik islam....zaman sahabat muhammad bernama Omar Al-Khattab berperang dengan kerajaan Rome di tanah Palestine sehingga kekalahan kerajaan Rome dibumi Palestin, waktu itu penduduk Palestin agak ramai yang sudah percaya kepada Yesus termasuk sesetengah para pembesar kerajaan Rome yang memerintah Palestine. Akhirnya Palestin jatuh dalam tangan orang islam diketuai oleh Umar Al-Khattab sahabat muhammad, kerajaan Rome terpaksa keluar dari bumi Palestin dan umar al-khattab memerintah seluruh rakyat Palestin memeluk islam kalau rakyat enggan memeluk islam maka kena denda bayar jizyah income tax kalau masih tak mahu maka terpaksa keluar dari bumi Palestin jadi orang pembuangan. Begitulah cara merampas tanah dan merampas harta bahagi kepada sahabat selain itu masuk dalam baitulmal. Merampas hak milik orang serupa mencuri.
Daniel Christian berkata…
Tetap semangat dalam menulis! Memberitakan kabar baik keselamatan dari Yesus Kristus! Salam dari Indonesia!
Unknown berkata…
Hi Daniel Christian,
Terima kasih dengan sokongan anda. Saya sangat menghargainya. Tuhan memberkati.
Tanpa Nama berkata…
kitab-kitab Injil apokripa--
statement yang benar2 berat sebelah..mengapa tiada ulasan bersandarkan 'kitab-kitab Injil apokripa' dan al-quran itu sendiri...amat menyedihkan mengenai perumpamaan anggur yang boleh saja ditafsir pemerintah Rom sebagai pemilik ladang @ apa jua tafsiran lainnya...kubur yang kosong juga boleh saja menimbulkan pelbagai anggapan lainnya...62 Yesus menjawab, "Ya! Kamu semua akan melihat Anak Manusia duduk di sebelah kanan Allah Yang Maha Kuasa, serta datang dikelilingi awan dari langit!"..ini pun telah membuktikan penekanan Isa bahawasanya dia adalah manusia...Injil sendiri pun boleh dipertikaikan keasliannya - penulis, pertentangan dll..hermmm....
Unknown berkata…
Tanpa nama,
Mungkin ada baiknya anda menyelidiki terlebih dahulu apa itu "kitab-kitab Injil Apokripa" sebelum memperkatakan hal ini? Saya pernah memperkatakannya di post ini. Pada post tersebut, saya juga telah melampirkan rujukan2 akademik kepada kitab2 Injil Apokripa ini.

Tentang gelaran Anak Manusia, apa kata anda menyelidiki terlebih dahulu maksud panggilan tersebut? Kerana agak jelas anda tidak tahu. Saya ada menyentuh serba sedikit tentang gelaran Anak Manusia di post ini.
Tanpa Nama berkata…
Saya tertanya2 jika kita boleh membandingkan penulisan ini dengan hikayat
Hang Tuah yang dikhabarkan kebal kerana keris Taming Sari, diselamatkan Bendahara walhal ramai orang termasuk Raja telah meyakini kematiannya...
Adakah wajar saya mempercayai kehebatannya hanya bersandarkan dari keterangan buku hikayat ini sedangkan sehingga kini kewujudan Hang Tuah masih lagi menjadi misteri..Entah dia benar2 ada @ tidak..Jika dia telah mati di mana kuburnya??
Atau kita boleh sahaja membaca hikayat2 dahulukala yang mana watak2nya digambarkan mempunyai kekuasaan yang hebat, kebal, berkuasa..Wajarkah saya mempercayai kebenaran hikayat2 ini sedangkan sehingga kini kesahihan, bukti kewujudan serta keterangan saintifik bertentangan dengan apa yang dikisahkan??
Unknown berkata…
Tanpa nama,
Apabila anda berkata "Saya tertanya2 jika kita boleh membandingkan penulisan ini dengan hikayat Hang Tuah...", anda maksudkan "penulisan" yang mana satu?
Kitab2 di dalam Perjanjian Baru atau kitab2 Injil Apokripa?

Sedikit info untuk anda, Yesus adalah satu-satunya tokoh di dalam sejarah yang mempunyai bukti2 manuskrip sejarah terbanyak berbanding mana-mana tokoh sejarah yang lain. Bukti2 manuskrip ini pula ditulis sangat awal, iaitu sezaman dengan-Nya (contohnya, keseluruhan kitab2 di dalam Perjanjian Baru, penulis bukan Kristian seperti Josephus, Tacitus, Pliny the Younger dll.). Tidak ada tokoh lain yang mempunyai bukti sokongan sejarah seperti Yesus. Malah, Socrates sendiri tidak mempunyai bukti sejarah seperti Yesus, namun, para penyelidik yakin bahawa Socrates wujud.

Apabila anda cuba membandingkan Yesus dengan Hang Tuah, agak jelas anda belum menyelidiki hal ini. Penulis2 yang menulis tentang Yesus adalah jauh lebih ramai berbanding mana2 tokoh sejarah yang lain. Di mana, tokoh sejarah yang lain paling tidak mempunyai satu dua penulis berkecuali. Hang Tuah pula mempunyai kurang penulis (setahu saya, ada dua sumber, malah, sumber2 tersebut saling bercanggah).

Berdasarkan kriteria yang sama, Hang Tuah jauh di belakang berbanding Yesus. Maka, adalah wajar untuk anda meragui kisah Hang Tuah berbanding Yesus.