Post ini adalah terjemahan sebahagian daripada kandungan buku The Reason For God oleh Tim Keller. Muka surat 76 hingga 79.
Pada zaman moden ini, orang menganggap neraka adalah seperti berikut: Tuhan memberikan kita masa, namun jika kita tidak membuat pilihan yang betul sehinggalah kita meninggal, Tuhan akan melemparkan roh kita ke dalam neraka untuk selama-lamanya. Ketika roh-roh malang ini jatuh ke dalam neraka, mereka menjerit meminta pengampunan, tetapi Tuhan berkata, "Sudah terlambat, kamu telah diberi peluang, sekarang kamu terima akibatnya!" Gambaran seperti ini sebenarnya menunjukkan salah faham terhadap sifat sebenar kejahatan.
Gambaran Alkitabiah yang sebenar adalah: dosa memisahkan kita daripada Tuhan, di mana Dia adalah sumber kepada segala sukacita dan kasih, pengetahuan atau semua hal-hal yang baik. Memandangkan kita pada asalnya dicipta untuk menikmati hadirat Tuhan, maka hanya dengan berada di dalam hadirat-Nya kita akan berhasil, berkembang maju, dan mencapai kemuncak potensi yang ada pada diri kita. Jika kita kehilangan sepenuhnya hadirat-Nya, ia seperti neraka - iaitu kehilangan kemampuan untuk memberi atau menerima kasih atau sukacita.
Gambaran umum tentang neraka di dalam Alkitab adalah api.10 Api menghancurkan. Malah, di dalam kehidupan ketika ini pun kita dapat melihat kehancuran jiwa yang tercipta akibat sifat mementingkan diri sendiri. Kita tahu bagaimana sifat mementingkan diri sendiri ini membawa kepada kebencian dan sakit hati yang menusuk-nusuk, iri hati yang memualkan, kegelisahan yang melumpuhkan, pemikiran yang paranoid, dan juga penafian mental serta gangguan yang datang bersama-sama dengannya. Sekarang, anda fikirkan persoalan ini: 'Bagaimana jika keadaan kita tidak berakhir setelah kita meninggal dunia, tetapi secara roh kehidupan kita berterusan selama-lamanya?" Maka, neraka adalah hala tuju untuk jiwa yang akan menjalani kehidupan yang mementingkan diri sendiri, dan ia berterusan selama-lamanya.
Perumpamaan yang diberikan oleh Yesus tentang Lazarus dan orang kaya di dalam Lukas 16 menyokong perspektif neraka yang kita perkatakan di sini. Lazarus adalah seorang yang miskin dan meminta sedekah di pintu rumah seorang kaya yang tidak berhati perut. Kedua-dua mereka meninggal dunia dan Lazarus dibawa ke syurga sementara orang kaya tersebut masuk ke dalam neraka. Di dalam neraka, dia melihat ke atas dan ternampak Lazarus di syurga dan sedang berada 'di pangkuan Abaraham':
Secara ringkasnya, neraka adalah pilihan seseorang terhadap identiti yang diingininya selain Tuhan dan menuju ke arah kekekalan. Kita boleh melihat proses ini dalam situasi yang lebih 'kecil' seperti ketagihan kepada dadah, alkohol, perjudian, dan pornografi. Pertama adalah pemusnahan, di mana semakin lama masa berlalu, semakin teruk ketagihan tersebut, yang kemudian akan membawa kepada keadaan di mana kita semakin susah berasa puas. Kedua adalah pemencilan, di mana kita semakin kerap menyalahkan orang lain dan keadaan demi mempertahankan tabiat kita. "Tiada siapa pun yang memahami saya! Semua orang menentang saya!" akan semakin kerap diucapkan dan semakin dikuasai oleh perasaan kasihan terhadap diri sendiri dan mementingkan diri sendiri. Apabila kita membentuk kehidupan kita berdasarkan pekara-perkara selain Tuhan, perkara tersebut--walaupun baik--akan menjadikan kita hamba yang ketagihan, di mana kita mesti memerlukannya untuk berasa gembira. Kemusnahan sifat-sifat peribadi berlaku pada tahap yang lebih besar. Di dalam kekekalan, kemusnahan ini akan terus menerus terjadi selama-lamanya. Akan ada pemencilan, penafian, khayalan, dan sifat mementingkan diri sendiri yang semakin lama semakin teruk.
Di dalam buku fiksyen The Great Divorce, karya C.S. Lewis, dia menceritakan bagaimana sebuah bas yang penuh dengan penumpang dari neraka yang tiba di pinggir syurga. Di sana, mereka digesa untuk meninggalkan dosa-dosa mereka yang menyebabkan mereka terperangkap di dalam neraka, tetapi mereka menolak gesaan tersebut. Perincian yang diberikan oleh Lewis tentang orang-orang ini sangat menonjol kerana kita dapat melihat di dalam diri mereka wujud khayalan dan sifat mementingkan diri sendiri yang dapat kita lihat melalui situasi 'kecil' di dalam ketagihan kita sendiri.11
Itulah sebabnya adalah suatu penghinaan jika kita menggambarkan Tuhan membuang manusia ke dalam neraka sambil mereka menjerit, "Ampunkan saya! Keluarkan saya dari sini!" Penumpang-penumpang bas yang diceritakan di dalam perumpamaan oleh Lewis ini lebih rela mendapatkan 'kebebasan' mereka daripada memperolehi keselamatan. Kesesatan mereka adalah: mereka menyangka akan kehilangan kuasa atau kebebasan jika mereka memuliakan Tuhan. Sebaliknya, pilihan mereka telah merosakkan sebarang potensi untuk mereka mencapai suatu kemuncak yang hebat. Neraka adalah, seperti yang dijelaskan oleh Lewis, 'sebuah tanda peringatan terbesar ke atas kebebasan manusia'. Seperti yang dinyatakan di dalam Roma 1:24, Tuhan telah '..menyerahkan mereka kepada keinginan hati mereka..'. Apa yang Tuhan lakukan di akhir nanti adalah menyerahkan manusia kepada apa yang sangat mereka inginkan, termasuk bebas daripada diri-Nya. Apakah keputusan yang lebih adil daripada itu? Lewis menulis:
11 Untuk contoh lebih lanjut tentang persamaan dosa dengan ketagihan, lihat Cornelius Plantinga, Not the Way It's Supposed to Be: A Breviary of Sin (Eerdmans, 1995), Bab 8, 'The Tragedy of Addiction'.
12 Ini adalah kompilasi petikan daripada tiga buah sumber penulisan Lewis: Mere Christianity (Macmillan, 1964), m/s 59; The Great Divorce (Macmillan, 1963), m/s 71-72; 'The Trouble with X', di dalam God in the Dock: Essays on Theology and Ethics (Eerdmans, 1970), m/s 155.
13 Daripada C.S. Lewis, The Problem of Pain (Macmillan, 1961), m/s 116; The Great Divorce (Macmillan, 1963), m/s 69.
Gambaran Alkitabiah yang sebenar adalah: dosa memisahkan kita daripada Tuhan, di mana Dia adalah sumber kepada segala sukacita dan kasih, pengetahuan atau semua hal-hal yang baik. Memandangkan kita pada asalnya dicipta untuk menikmati hadirat Tuhan, maka hanya dengan berada di dalam hadirat-Nya kita akan berhasil, berkembang maju, dan mencapai kemuncak potensi yang ada pada diri kita. Jika kita kehilangan sepenuhnya hadirat-Nya, ia seperti neraka - iaitu kehilangan kemampuan untuk memberi atau menerima kasih atau sukacita.
Gambaran umum tentang neraka di dalam Alkitab adalah api.10 Api menghancurkan. Malah, di dalam kehidupan ketika ini pun kita dapat melihat kehancuran jiwa yang tercipta akibat sifat mementingkan diri sendiri. Kita tahu bagaimana sifat mementingkan diri sendiri ini membawa kepada kebencian dan sakit hati yang menusuk-nusuk, iri hati yang memualkan, kegelisahan yang melumpuhkan, pemikiran yang paranoid, dan juga penafian mental serta gangguan yang datang bersama-sama dengannya. Sekarang, anda fikirkan persoalan ini: 'Bagaimana jika keadaan kita tidak berakhir setelah kita meninggal dunia, tetapi secara roh kehidupan kita berterusan selama-lamanya?" Maka, neraka adalah hala tuju untuk jiwa yang akan menjalani kehidupan yang mementingkan diri sendiri, dan ia berterusan selama-lamanya.
Perumpamaan yang diberikan oleh Yesus tentang Lazarus dan orang kaya di dalam Lukas 16 menyokong perspektif neraka yang kita perkatakan di sini. Lazarus adalah seorang yang miskin dan meminta sedekah di pintu rumah seorang kaya yang tidak berhati perut. Kedua-dua mereka meninggal dunia dan Lazarus dibawa ke syurga sementara orang kaya tersebut masuk ke dalam neraka. Di dalam neraka, dia melihat ke atas dan ternampak Lazarus di syurga dan sedang berada 'di pangkuan Abaraham':
"‘Bapa Abraham,’ seru orang kaya itu, ‘kasihanilah saya. Suruhlah Lazarus mencelupkan jarinya ke dalam air dan membasahkan lidah saya, kerana saya sengsara di dalam api ini!’ Tetapi Abraham menjawab, ‘Ingatlah, anakku, seumur hidupmu kamu sudah mendapat segala yang baik, sedangkan Lazarus mendapat segala yang buruk. Tetapi sekarang Lazarus seronok di sini, sebaliknya kamu menderita sengsara. Selain itu, ada pula jurang yang dalam di antara kamu dan kami, sehingga orang dari sini tidak dapat ke sana dan orang dari sana tidak dapat ke mari!’ ‘Jika demikian, Bapa Abraham,’ kata orang kaya itu, ‘saya memohon supaya bapa menyuruh Lazarus pergi ke rumah ayah saya. Saya mempunyai lima orang saudara. Biarlah Lazarus pergi memberikan amaran kepada mereka, supaya setidak-tidaknya mereka tidak akan datang ke tempat penderitaan ini.’ Abraham berkata kepadanya, ‘Tidakkah mereka mempunyai Kitab Musa dan Kitab Nabi-Nabi yang memberikan amaran kepada mereka? Sepatutnya mereka mendengarkan amaran kitab-kitab itu!’ Tetapi orang kaya itu menjawab, ‘Hal itu tidak cukup, Bapa Abraham. Jika ada seorang bangkit daripada kematian lalu datang kepada mereka, tentu mereka akan bertaubat daripada dosa.’ Tetapi Abraham berkata kepadanya, ‘Jika mereka tidak mendengarkan ajaran Musa dan nabi-nabi, mereka tidak akan percaya juga sekalipun ada orang bangkit daripada kematian.’"" (Lukas 16:24-31, terjemahan Alkitab Berita Baik B.M, TMV)Apa yang menghairankan adalah walaupun status kedua-dua mereka kini telah bertukar, orang kaya tersebut seolah-olah buta terhadap apa yang sedang berlaku. Dia masih menganggap Lazarus sebagai seorang hamba dan melayannya seperti seorang budak suruhan penghantar air. Dia tidak meminta untuk dikeluarkan dari neraka, sebaliknya dia memberikan alasan bahawa kononnya Tuhan tidak memberikan maklumat yang cukup tentang keadaan selepas kematian kepada dirinya dan keluarganya. Para pentafsir telah berkali-kali menekankan tentang jiwa-jiwa di dalam neraka ini yang tidak dapat menerima hakikat, menuduhkan kesalahan sendiri kepada pihak lain, dan buta secara rohani. Para pentafsir juga menekankan bahawa orang kaya tersebut tidak diberikan sebarang nama khas seperti Lazarus. Memandangkan dia telah membentuk identitinya melalui kekayaannya dan bukan bersandarkan kepada Tuhan, dia hanya dipanggil sebagai 'orang kaya'. Dan ketika dia kehilangan semua kekayaannya, dia juga kehilangan semua keperibadiannya.
Secara ringkasnya, neraka adalah pilihan seseorang terhadap identiti yang diingininya selain Tuhan dan menuju ke arah kekekalan. Kita boleh melihat proses ini dalam situasi yang lebih 'kecil' seperti ketagihan kepada dadah, alkohol, perjudian, dan pornografi. Pertama adalah pemusnahan, di mana semakin lama masa berlalu, semakin teruk ketagihan tersebut, yang kemudian akan membawa kepada keadaan di mana kita semakin susah berasa puas. Kedua adalah pemencilan, di mana kita semakin kerap menyalahkan orang lain dan keadaan demi mempertahankan tabiat kita. "Tiada siapa pun yang memahami saya! Semua orang menentang saya!" akan semakin kerap diucapkan dan semakin dikuasai oleh perasaan kasihan terhadap diri sendiri dan mementingkan diri sendiri. Apabila kita membentuk kehidupan kita berdasarkan pekara-perkara selain Tuhan, perkara tersebut--walaupun baik--akan menjadikan kita hamba yang ketagihan, di mana kita mesti memerlukannya untuk berasa gembira. Kemusnahan sifat-sifat peribadi berlaku pada tahap yang lebih besar. Di dalam kekekalan, kemusnahan ini akan terus menerus terjadi selama-lamanya. Akan ada pemencilan, penafian, khayalan, dan sifat mementingkan diri sendiri yang semakin lama semakin teruk.
Di dalam buku fiksyen The Great Divorce, karya C.S. Lewis, dia menceritakan bagaimana sebuah bas yang penuh dengan penumpang dari neraka yang tiba di pinggir syurga. Di sana, mereka digesa untuk meninggalkan dosa-dosa mereka yang menyebabkan mereka terperangkap di dalam neraka, tetapi mereka menolak gesaan tersebut. Perincian yang diberikan oleh Lewis tentang orang-orang ini sangat menonjol kerana kita dapat melihat di dalam diri mereka wujud khayalan dan sifat mementingkan diri sendiri yang dapat kita lihat melalui situasi 'kecil' di dalam ketagihan kita sendiri.11
Neraka bermula dengan mood yang perengus, sentiasa merungut, sentiasa menyalahkan orang lain... tetapi anda masih memiliki keperibadian yang membezakan anda dengan orang lain. Anda mungkin masih boleh mengkritik diri sendiri dan berharap agar anda dapat menghentikannya. Namun, akan tiba suatu saat di mana anda tidak akan dapat melakukannya lagi. Ketika itu, tidak akan wujud diri anda untuk mengkritik mood tersebut, atau menikmatinya, yang tinggal hanya rengusan itu sendiri, berterusan selama-lamanya seperti sebuah mesin. Hal ini bukan persoalan tentang Tuhan 'menghantar' kita ke dalam neraka. Di dalam setiap diri kita wujud suatu perkara yang semakin membesar, yang mana akan MENJADI neraka, melainkan kita membuangnya bersama-sama dengan akarnya sekali.12Orang-orang di dalam neraka sangat sengsara, dan Lewis menjelaskan kepada kita mengapa ia sedemikian. Kita melihat bagaimana sifat-sifat seperti kesombongan, paranoia, rasa kasihan terhadap diri sendiri, kepastian mereka bahawa semua orang lain adalah salah dan semua orang lain adalah bodoh, terus marak di dalam diri mereka seperti api yang tidak terkawal. Semua sifat kemanusiaan mereka hilang, termasuk kewarasan mereka. Mereka akhirnya terkunci di dalam sifat mementingkan diri mereka sendiri, dan keangkuhan mereka semakin membesar. Mereka akan terus-menerus menjadi hancur berkecai selama-lamanya, terus-menerus menyalahkan orang lain selain diri mereka. Itulah neraka.
Itulah sebabnya adalah suatu penghinaan jika kita menggambarkan Tuhan membuang manusia ke dalam neraka sambil mereka menjerit, "Ampunkan saya! Keluarkan saya dari sini!" Penumpang-penumpang bas yang diceritakan di dalam perumpamaan oleh Lewis ini lebih rela mendapatkan 'kebebasan' mereka daripada memperolehi keselamatan. Kesesatan mereka adalah: mereka menyangka akan kehilangan kuasa atau kebebasan jika mereka memuliakan Tuhan. Sebaliknya, pilihan mereka telah merosakkan sebarang potensi untuk mereka mencapai suatu kemuncak yang hebat. Neraka adalah, seperti yang dijelaskan oleh Lewis, 'sebuah tanda peringatan terbesar ke atas kebebasan manusia'. Seperti yang dinyatakan di dalam Roma 1:24, Tuhan telah '..menyerahkan mereka kepada keinginan hati mereka..'. Apa yang Tuhan lakukan di akhir nanti adalah menyerahkan manusia kepada apa yang sangat mereka inginkan, termasuk bebas daripada diri-Nya. Apakah keputusan yang lebih adil daripada itu? Lewis menulis:
"Hanya terdapat dua jenis manusia, mereka yang berdoa kepada Tuhan, 'kehendak-Mu jadilah', atau pun mereka yang pada akhirnya Tuhan katakan, 'kehendak-mu jadilah'. Semua yang berada di dalam neraka memilih neraka. Tanpa kuasa untuk membuat sendiri pilihan ini, ia tidak akan menjadi neraka. Tidak ada jiwa yang benar-benar menginginkan sukacita akan terlepas daripada memiliki sukacita."13
Nota kaki
10 Semua perincian dan gambaran tentang syurga dan neraka di dalam Alkitab adalah simbolik dan bersifat metafora. Setiap metafora memberikan aspek tertentu tentang keadaan neraka. (Contohnya, 'api' menunjukkan kemusnahan sementara 'kegelapan' menunjukkan pengasingan.) Namun, itu tidak bererti syurga atau neraka itu sendiri adalah 'metafora'. Kedua-duanya benar-benar wujud. Yesus (dengan tubuh fizikal) naik ke syurga. Alkitab dengan jelas menyatakan syurga dan neraka adalah realiti, namun pada masa yang sama menjelaskannya menggunakan bahasa yang bersifat kiasan, metafora dan bukan gambaran penuh.11 Untuk contoh lebih lanjut tentang persamaan dosa dengan ketagihan, lihat Cornelius Plantinga, Not the Way It's Supposed to Be: A Breviary of Sin (Eerdmans, 1995), Bab 8, 'The Tragedy of Addiction'.

Ulasan