Artikel ini berdasarkan/diterjemahkan dari artikel ini.
Walaupun ada sesetengah orang mengatakan kitab-kitab di dalam Perjanjian Baru ditulis 100-300 tahun selepas Kristus mati, hakikatnya adalah kitab-kitab tersebut selesai ditulis sebelum berakhirnya abad pertama oleh mereka yang mengenal Yesus secara peribadi, pernah berjumpa dengan-Nya, atau mereka yang menerima arahan terus daripada murid-murid-Nya.[1]
Di dalam artikel "Bilakah kitab-kitab Injil ditulis dan oleh siapa?", saya telah menunjukkan bahawa kitab Injil Matius, Markus, dan Lukas ditulis sebelum tahun 70 Masihi. Secara dasarnya, kitab Kisah Para Rasul ditulis oleh Lukas. Namun, Lukas tidak meneybut tentang kemusnahan kota Yerusalem pada tahun 70 Masihi, serta tidak menyebut tentang kematian Yakobus (tahun 62 Masihi), Paulus (tahun 64 Masihi), dan Petrus (tahun 65 Masihi).
Memandangkan kitab Kisah Para Rasul adalah sebuah catatan sejarah yang memperkatakan tentang gereja, kita secara lazimnya akan menjangkakan peristiwa-peristiwa penting tersebut akan dicatat di dalam kitab Kisah Para Rasul jika ia ditulis selepas peristiwa-peristiwa tersebut berlaku. Memandangkan Kisah Para Rasul 1:1-2 mengatakan bahawa kitab tersebut adalah penulisan kedua Lukas, maka, kitab Injil Lukas ditulis lebih awal lagi.
Selain itu juga, Yesus telah menubuatkan kemusnahan Bait Suci di dalam kitab Injil: "Apa yang kamu lihat di situ--akan datang harinya di mana tidak ada satu batupun akan dibiarkan terletak di atas batu yang lain; semuanya akan diruntuhkan." (Lukas 21:6, lihat juga Matius 24:1; Markus 13:1). Tidak diragui lagi, jika Matius, Markus, dan Lukas ditulis selepas Bait Suci diruntuhkan, mereka sudah pasti akan memasukkan tentang bagaimana nubuat tersebut digenapi di dalam penulisan mereka. Memandangkan mereka tidak memperkatakannya, ia adalah tanda yang kukuh bahawa kitab-kitab ini ditulis sebelum tahun 70 Masihi.
Kitab Injil Yohanes dikatakan telah ditulis oleh Rasul Yohanes. Ia ditulis berdasarkan perspektif saksi mata kepada peristiwa-peristiwa yang telah berlaku di dalam kehidupan Yesus. Fragmen papyrus 52 John Ryland, iaitu sebuah fragmen salinan kitab Injil Yohanes (lihat gambar) yang ditulis sekitar tahun 117-138 Masihi, mengandungi sebahagian ayat Yohanes 18:31-33, 37-38. Fragmen ini ditemui di Mesir dan masa yang panjang diperlukan untuk kitab Injil ini tersebar sebelum ia sampai ke Mesir. Ia adalah kitab Injil terakhir (daripada empat) dan menunjukkan Injil Yohanes ditulis sekitar tahun 80 Masihi hingga tahun 90 Masihi.
Hal yang menonjol adalah kurangnya penceritaan tentang kemusnahan Bait Suci Yahudi pada tahun 70 Masihi. Namun, ia bukanlah sesuatu yang ganjil kerana Yohanes juga tidak menyebut nubuat Yesus tentang kemusnahan Bait Suci tersebut. Dia (Yohanes) tidak hanya menumpukan perhatian kepada peristiwa-peristiwa sejarah. Sebaliknya, dia juga memfokuskan aspek teologikal Peribadi Kristus dan menyenaraikan mukjizat-mukjizat-Nya serta ungkapan-ungkapan yang mengesahkan keTuhanan Kristus. Tindakan ini munasabah kerana dia sudah mengetahui kitab-kitab Injil yang telah pun ditulis sebelum itu.
Selain itu, kitab 1, 2, dan 3 Yohanes juga mempunyai gaya penulisan yang sama seperti kitab Injil Yohanes dan juga kitab Wahyu yang dikatakan ditulis sekitar akhir tahun 80 Masihi atau awal tahun 90 Masihi.
Paulus adalah seorang yang tidak percaya namun menjadi percaya kepada Kristus. Kitab Kisah Para Rasul ada mencatatkan bagaimana dia menjadi percaya di Kis 9. Memandangkan kitab Kisah Para Rasul ditulis sebelum tahun 70 Masihi serta Paulus yang telah menulis surat-suratnya dan kita juga tahu Paulus mati pada tahun 64 Masihi, maka surat-surat Paulus ini semuanya ditulis sebelum tarikh tersebut (tahun kematian). Selain itu, di dalam 1 Korintus 15:3-4 adalah sebuah pengakuan iman awal Gereja Kristian di mana Paulus menyebut tentang kematian dan kebangkitan Yesus. "Sebab yang sangat penting telah kusampaikan kepadamu, yaitu apa yang telah kuterima sendiri, ialah bahwa Kristus telah mati karena dosa-dosa kita, sesuai dengan Kitab Suci, bahwa Ia telah dikuburkan, dan bahwa Ia telah dibangkitkan, pada hari yang ketiga, sesuai dengan Kitab Suci;". Perhatikan, dikatakan bahawa dia (Paulus) telah menerima maklumat tersebut. Daripada siapa dia menerimanya? Besar kemungkinan daripada para Rasul kerana dia banyak berinteraksi dengan mereka (lihat Galatia 1-2). Ini bererti Paulus menerima penceritaan tentang Injil daripada saksi-saksi mata. Mereka (saksi-saksi mata) hidup di dalam zaman yang sama dan mereka semua meninggal sebelum berakhirnya abad pertama.. Maka, tulisan-tulisan ini telah pun lengkap ketika rasul-rasul yang dipilih Yesus masih lagi hidup.
Yakobus mati dibunuh atas arahan imam besar iaitu Ananus selepas kematian Festus, seorang penguasa dari Rom, pada tahun 61 Masihi (Josephus, Ant. 20. 9). Maka, surat Yakobus ditulis sebelum tahun 61 Masihi.[2]
Petrus mati di Rom semasa Nero menganiaya Kristian sekitar tahun 64 Masihi. Maka jelas bahawa surat-surat ini ditulis sebelum waktu tersebut.
Selain itu, gaya penulisan ketiga-tiga surat ini sangat serupa dengan gaya penulisan kitab Injil Yohanes. 1 Yohanes menyebut tentang "Firman hidup" (1 Yoh 1:1) sama seperti Injil Yohanes (Yoh 1:1), dll. Juga didapati surat-surat ini ditulis selepas penulisan kitab Injil Yohanes memandangkan surat-surat ini mengandungi fakta-fakta daripada kitab Injil tersebut.
Tarikh penulisan surat-surat ini adalah sekitar tahun 60 masihi sehingga awal tahun 90 masihi.[5]
Di dalam artikel "Bilakah kitab-kitab Injil ditulis dan oleh siapa?", saya telah menunjukkan bahawa kitab Injil Matius, Markus, dan Lukas ditulis sebelum tahun 70 Masihi. Secara dasarnya, kitab Kisah Para Rasul ditulis oleh Lukas. Namun, Lukas tidak meneybut tentang kemusnahan kota Yerusalem pada tahun 70 Masihi, serta tidak menyebut tentang kematian Yakobus (tahun 62 Masihi), Paulus (tahun 64 Masihi), dan Petrus (tahun 65 Masihi).
Memandangkan kitab Kisah Para Rasul adalah sebuah catatan sejarah yang memperkatakan tentang gereja, kita secara lazimnya akan menjangkakan peristiwa-peristiwa penting tersebut akan dicatat di dalam kitab Kisah Para Rasul jika ia ditulis selepas peristiwa-peristiwa tersebut berlaku. Memandangkan Kisah Para Rasul 1:1-2 mengatakan bahawa kitab tersebut adalah penulisan kedua Lukas, maka, kitab Injil Lukas ditulis lebih awal lagi.
Selain itu juga, Yesus telah menubuatkan kemusnahan Bait Suci di dalam kitab Injil: "Apa yang kamu lihat di situ--akan datang harinya di mana tidak ada satu batupun akan dibiarkan terletak di atas batu yang lain; semuanya akan diruntuhkan." (Lukas 21:6, lihat juga Matius 24:1; Markus 13:1). Tidak diragui lagi, jika Matius, Markus, dan Lukas ditulis selepas Bait Suci diruntuhkan, mereka sudah pasti akan memasukkan tentang bagaimana nubuat tersebut digenapi di dalam penulisan mereka. Memandangkan mereka tidak memperkatakannya, ia adalah tanda yang kukuh bahawa kitab-kitab ini ditulis sebelum tahun 70 Masihi.
Kitab Injil Yohanes dikatakan telah ditulis oleh Rasul Yohanes. Ia ditulis berdasarkan perspektif saksi mata kepada peristiwa-peristiwa yang telah berlaku di dalam kehidupan Yesus. Fragmen papyrus 52 John Ryland, iaitu sebuah fragmen salinan kitab Injil Yohanes (lihat gambar) yang ditulis sekitar tahun 117-138 Masihi, mengandungi sebahagian ayat Yohanes 18:31-33, 37-38. Fragmen ini ditemui di Mesir dan masa yang panjang diperlukan untuk kitab Injil ini tersebar sebelum ia sampai ke Mesir. Ia adalah kitab Injil terakhir (daripada empat) dan menunjukkan Injil Yohanes ditulis sekitar tahun 80 Masihi hingga tahun 90 Masihi.
Hal yang menonjol adalah kurangnya penceritaan tentang kemusnahan Bait Suci Yahudi pada tahun 70 Masihi. Namun, ia bukanlah sesuatu yang ganjil kerana Yohanes juga tidak menyebut nubuat Yesus tentang kemusnahan Bait Suci tersebut. Dia (Yohanes) tidak hanya menumpukan perhatian kepada peristiwa-peristiwa sejarah. Sebaliknya, dia juga memfokuskan aspek teologikal Peribadi Kristus dan menyenaraikan mukjizat-mukjizat-Nya serta ungkapan-ungkapan yang mengesahkan keTuhanan Kristus. Tindakan ini munasabah kerana dia sudah mengetahui kitab-kitab Injil yang telah pun ditulis sebelum itu.
Selain itu, kitab 1, 2, dan 3 Yohanes juga mempunyai gaya penulisan yang sama seperti kitab Injil Yohanes dan juga kitab Wahyu yang dikatakan ditulis sekitar akhir tahun 80 Masihi atau awal tahun 90 Masihi.
Tulisan-tulisan Paulus:
Roma, 1 dan 2 Korintus, Galatia, Efesus, Filipi, Kolose, 1 dan 2 Tesalonika, 1 dan 2 Timotius, Titus, Filemon.Paulus adalah seorang yang tidak percaya namun menjadi percaya kepada Kristus. Kitab Kisah Para Rasul ada mencatatkan bagaimana dia menjadi percaya di Kis 9. Memandangkan kitab Kisah Para Rasul ditulis sebelum tahun 70 Masihi serta Paulus yang telah menulis surat-suratnya dan kita juga tahu Paulus mati pada tahun 64 Masihi, maka surat-surat Paulus ini semuanya ditulis sebelum tarikh tersebut (tahun kematian). Selain itu, di dalam 1 Korintus 15:3-4 adalah sebuah pengakuan iman awal Gereja Kristian di mana Paulus menyebut tentang kematian dan kebangkitan Yesus. "Sebab yang sangat penting telah kusampaikan kepadamu, yaitu apa yang telah kuterima sendiri, ialah bahwa Kristus telah mati karena dosa-dosa kita, sesuai dengan Kitab Suci, bahwa Ia telah dikuburkan, dan bahwa Ia telah dibangkitkan, pada hari yang ketiga, sesuai dengan Kitab Suci;". Perhatikan, dikatakan bahawa dia (Paulus) telah menerima maklumat tersebut. Daripada siapa dia menerimanya? Besar kemungkinan daripada para Rasul kerana dia banyak berinteraksi dengan mereka (lihat Galatia 1-2). Ini bererti Paulus menerima penceritaan tentang Injil daripada saksi-saksi mata. Mereka (saksi-saksi mata) hidup di dalam zaman yang sama dan mereka semua meninggal sebelum berakhirnya abad pertama.. Maka, tulisan-tulisan ini telah pun lengkap ketika rasul-rasul yang dipilih Yesus masih lagi hidup.
Ibrani
Adalah tidak dapat dipastikan siapakah penulis kitab Ibrani yang sebenar. Individu yang telah dicadangkan sebagai penulis kitab tersebut adalah Paulus, Barnabas (Kis 4:36), Apolos (Kis 18:24), dll. Satu-satunya kawasan yang disebut adalah Itali (Ibrani 13:24). Anggaran tarikh terkini untuk kitab Ibrani adalah tahun 95 Masihi tetapi juga berkemungkinan ditulis seawal tahun 67 Masihi. Kitab Ibrani memperkatakan tentang korban yang dipersembahkan oleh imam besar dalam bentuk "present tense" iaitu sedang terjadi (Ibrani 5:1-3; Ibrani 7:27) kemungkinan besar menandakan kemusnahan Bait Suci Yerusalem pada tahun 70 Masihi belum lagi terjadi.Yakobus
Surat ini dikatakan ditulis oleh Yakobus. "Salam dari Yakobus, hamba Allah dan Tuhan Yesus Kristus, kepada kedua belas suku di perantauan." (Yakobus 1:1). Persoalannya, "Yakobus yang mana satu?" Adakah Yakobus anak Zebedeus (Matius 10:2), Yakobus anak Alfeus (Matius 10:3), atau peribadi yang paling diterima sebagai penulis sebenar iaitu Yakobus saudara kepada Yesus? "Bukankah Ia ini anak tukang kayu? Bukankah ibu-Nya bernama Maria dan saudara-saudara-Nya: Yakobus, Yusuf, Simon dan Yudas? Dan bukankah saudara-saudara-Nya perempuan semuanya ada bersama kita? Jadi dari mana diperoleh-Nya semuanya itu?" (Matius 13:55-56). Perhatikan konteks ayat ini yang mencadangkan bahawa mereka adalah ahli keluarga terdekat kerana ia menyebut tentang ibu, saudara lelaki dan saudara perempuan Yesus. Juga lihat di dalam Galatia 1:18-19 yang mengatakan "Lalu, tiga tahun kemudian, aku pergi ke Yerusalem untuk mengunjungi Kefas, dan aku menumpang lima belas hari di rumahnya. Tetapi aku tidak melihat seorangpun dari rasul-rasul yang lain, kecuali Yakobus, saudara Tuhan Yesus." Kemungkinan besar Yakobus tidak percaya bahawa Yesus adalah Mesias sehinggalah Yesus menampakkan diri-Nya kepada Yakobus setelah kebangkitan-Nya seperti yang disebut di dalam 1 Korintus 15:7, "Selanjutnya Ia menampakkan diri kepada Yakobus, kemudian kepada semua rasul."Yakobus mati dibunuh atas arahan imam besar iaitu Ananus selepas kematian Festus, seorang penguasa dari Rom, pada tahun 61 Masihi (Josephus, Ant. 20. 9). Maka, surat Yakobus ditulis sebelum tahun 61 Masihi.[2]
1 dan 2 Petrus
Kedua-dua surat ini dengan jelas tercatat bahawa Petrus yang telah menulisnya, yang mana adalah seorang saksi mata kepada kehidupan dan penampakkan selepas kebangkitan Yesus. Walaupun ada yang meragui identiti penulis kedua-dua surat ini, kata pendahuluan surat ini dengan jelas mencatatkan Petrus adalah penulisnya. "Dari Petrus, rasul Yesus Kristus, kepada orang-orang pendatang, yang tersebar di Pontus, Galatia, Kapadokia, Asia Kecil dan Bitinia," (1 Petrus 1:1), dan "Dari Simon Petrus, hamba dan rasul Yesus Kristus, kepada mereka yang bersama-sama dengan kami memperoleh iman oleh karena keadilan Allah dan Juruselamat kita, Yesus Kristus." (2 Petrus 1:1). Maka, adalah munasabah untuk mengatakan bahawa Petrus adalah penulisnya.Petrus mati di Rom semasa Nero menganiaya Kristian sekitar tahun 64 Masihi. Maka jelas bahawa surat-surat ini ditulis sebelum waktu tersebut.
1, 2, 3 Yohanes
Penulis kepada surat 1 Yohanes tidak menyatakan dirinya di dalam surat tersebut. Penulis surat 2 dan 3 Yohanes menyebut dirinya sebagai "penatua/pemimpin jemaah", (2 Yoh 1:1; 3 Yoh 1:1). Tentang surat yang pertama, penulis dapat dikenal pasti sebagai Rasul Yohanes. Pendahuluan bagi kitab Yohanes ditulis menggunakan perspektif seseorang yang ada bersama-sama dengan Yesus (Yoh 1:1-4). Juga, "Eusebius (Ecclesiastical History, 3.39) mengatakan tentang Papias, seorang murid Yohanes, dan sahabat kepada Polycarp, 'Dia menggunakan kesaksian dari surat pertama Yohanes. Menurut Eusebius (Ecclesiastical History, 5.8), Irenaeus sering memetik ayat daripada surat ini. Maka di dalam penulisannya, Against Heresies (3.15; 5, 8), dia memetik menggunakan nama Yohanes, 1 Yohanes 2:18...Clement dari Alexandria (Miscellanies, 2.66, p.464) merujuk 1 Yohanes 5:16 sebagai surat daripada Yohanes.'"[3] "Di dalam senarai kanon kitab terawal, iaitu sekitar hujung abad kedua, 1 Yohanes telah pun wujud. Dan, 1 Yohanes dipetik sebagai kitab oleh Polycarp, pemimpin jemaah di Smyrna [murid kepada Rasul Yohanes] sebelum pertengahan abad kedua. Pengesahan surat 2 Yohanes juga hampir sama baiknya dengan pengesahan surat 1 Yohanes. Tidak terdapat sebarang petikan rujukan terhadap 3 Yohanes pada abad kedua. Namun, ia bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana surat ini lebih memperkatakan tentang isu yang lebih spesifik dan setempat."[4]Selain itu, gaya penulisan ketiga-tiga surat ini sangat serupa dengan gaya penulisan kitab Injil Yohanes. 1 Yohanes menyebut tentang "Firman hidup" (1 Yoh 1:1) sama seperti Injil Yohanes (Yoh 1:1), dll. Juga didapati surat-surat ini ditulis selepas penulisan kitab Injil Yohanes memandangkan surat-surat ini mengandungi fakta-fakta daripada kitab Injil tersebut.
Tarikh penulisan surat-surat ini adalah sekitar tahun 60 masihi sehingga awal tahun 90 masihi.[5]
Yudas
Yudas menyebut dirinya sebagai saudara kepada Yakobus (Yud 1). Berkemungkinan besar, sesuai dengan sifat merendahkan diri di dalam Kristianiti, dia tidak mahu mengatakan dirinya sebagai saudara kepada Yesus seperti mana secara tradisi dan juga seperti yang tercatat di dalam Alkitab: "Bukankah dia anak tukang kayu? Bukankah Maria itu ibunya, dan Yakobus, Yusuf, Simon, serta Yudas itu saudaranya?" (Mat 13:55).[6] Sebaliknya, dia menyebut dirinya sebagai hamba kepada Yesus, sama seperti yang dilakukan oleh Yakobus.
Tarikh penulisan surat ini mungkin sekitar tahun 68 masihi sehingga awal tahun 90 masihi. Perlu diingati, Yudas adalah adik kepada Yesus. Dia dilahirkan selepas Yesus dan bererti semakin lewat tarikh penulisan surat ini, semakin tua umur Yudas. Peristiwa kemusnahan kota Yerusalem tidak disebut di dalam surat ini yang mana sepatutnya akan dimasukkan di dalam penulisannya memandangkan Yudas memperkatakan tentang hukuman Allah ke atas orang percaya dan yang tidak percaya (Yudas 5-12). Namun, Yudas juga mungkin telah memetik daripada surat Yakobus Petrus. Yudas 17-18 berbunyi, "Tetapi saudara-saudaraku, ingatlah akan apa yang dikatakan dahulu oleh rasul-rasul Tuhan kita Yesus Kristus. Mereka berkata kepada kamu, "Apabila akhir zaman tiba, orang akan tampil dan memperolok-olokkan kamu. Mereka orang yang mengikuti keinginan berdosa."" (TMV) Bandingkan dengan ayat 2 Petrus 3:3, "Mula-mula kamu harus mengerti bahawa pada akhir zaman akan muncul beberapa orang yang kehidupan mereka dikuasai oleh hawa nafsu. Mereka akan memperolok-olokkan kamu" (TMV) Jika ini adalah ayat yang dipetik, ia akan meletakkan surat ini selepas penulisan surat 2 Petrus.[7]
Wahyu
Penulis kitab Wahyu adalah Yohanes. "Kitab ini mengandungi peristiwa-peristiwa yang dinyatakan oleh Yesus Kristus. Allah memberitahukannya kepada Kristus, dan Kristus menunjukkan apa yang segera harus berlaku itu kepada hamba-hamba Allah. Kristus mengutus malaikat-Nya untuk memberitahu Yohanes, hamba-Nya semua peristiwa itu." (Why 1:1 TMV). "Justin Martyr (Dialogue with Trypho, p. 308) (tahun 139-161 masihi) memetik daripada kitab ini, sebagai penulisan Rasul Yohanes."[8]
Kesimpulan
Walaupun ini maklumat asas, ia memberikan maklumat secukupnya untuk menyokong penulisan kerasulan manuskrip-manuskrip Perjanjian Baru. Perdebatan tentang tarikh sebenar penulisan kitab-kitab ini mungkin akan mengambil masa yang lama untuk selesai. Namun, semakin penyelidikan dan arkeologi berkembang maju, kepastian bahawa Perjanjian Baru adalah penulisan terawal akan terus-menerus mendapat pengesahan.
Nota
[1] Malahan, majoriti pengkaji/sarjana Perjanjian Baru bukan-Kristian hari ini percaya kepada fakta bahawa keempat-empat kitab Injil yang ada ditulis pada abad pertama.
[2] The New Dictionary, Wheaton, IL: Tyndale House Publisher, 1962.
[3] Jamieson, Robert, A.R. Fausset, dan David Brown, Commentary Critical and Explanatory on the Whole Bible, Oak Harbor, WA: Logos Research Systems, 1998.
[4] Achtemeier, Paul J., Harper's Bible Dictionary, San Francisco: Harper and Row, Publisher, 1985.
[5] Walvoord, John F., dan Roy B. Zuck, The Bible Knowledge Commentary, Wheaton, IL: Scripture Press Publications, 1983, 1985.
[6] Ini bukanlah Yudas Iskariot yang mengkhianati Yesus - "Yudas (bukan Yudas Iskariot) berkata kepada Yesus, "Tuhan, mengapa Tuhan menunjukkan diri kepada kami dan bukan kepada dunia?"" (Yoh 14:22 TMV). Juga, Clement dari Alexandria [Adumbrations, dalam Epistleof Jude, p. 1007] berkata, "Yudas, walaupun akan sangat dihormati, tidak memanggil dirinya sebagai saudara tetapi sebagai hamba kepada Yesus Kristus dan saudara kepada Yakobus" (Jamieson, Fausset, dan Brown, 1998).
[7] Jamieson, Fausset, dan Brown, 1998.
[8] ibid.
Ulasan