Langkau ke kandungan utama

Siri Hujah Balas: Ahmed Deedat dan Josh McDowell

Ahmed Deedat:
Di dalam seluruh 27 buah kitab di dalam Perjanjian Baru, tidak terdapat satu pun kenyataan Yesus yang berbunyi "Aku telah mati, dan aku telah kembali dari kematian." Orang-orang Kristian telah menghuraikan dengan panjang lebar perkataan kebangkitan. Lagi dan lagi, dengan mengulang-ulang, dikatakan bahawa ia membuktikan suatu fakta. Anda terus menerus melihat dia, dia makan makanan, seolah-olah Dia telah dibangkitkan. Dia muncul di bilik atas - Dia telah dibangkitkan. Yesus Kristus tidak pernah mengatakan bahawa "Aku telah kembali dari kematian," di dalam kesemua 27 buah kitab Perjanjian Baru, sekali pun tidak.

Josh McDowell:
Saya tidak pasti jika saya mendengarnya, tapi adakah anda mengatakan, "tidak ada di dalam semua 27 buah kitab Perjanjian Baru di mana Yesus berkata bahawa Dia telah 'mati dan kini hidup'"? Boleh saya bacakan untuk anda kitab Wahyu, bab 1, ayat 18? Dia berkata, "Akulah Dia yang hidup! Aku sudah mati, tetapi lihatlah, Aku hidup selama-lamanya." Juga, Encik Deedat, Dia menampakkan diri kepada orang-orang Yahudi. Seluruh gereja di dalam Perjanjian Baru dimulakan oleh orang Yahudi. Dia menampakkan diri kepada antagonis Yahudi, rasul Paulus, ketika dia masih dikenali sebagai Saulus dari Tarsus.


- Dipetik dan diterjemahkan dari transkip debat di antara Ahmed Deedat dan Josh McDowell di Durban, Africa Selatan, pada tahun 1981. Anda boleh membaca transkrip keseluruhan debat tersebut di sini. Anda boleh menonton video debat tersebut di sini.

Ulasan