Yohanes 1:1
ἐν ἀρχῇ ἦν ὁ λόγος καὶ ὁ λόγος ἦν πρὸς τὸν θεόν καὶ θεὸς ἦν ὁ λόγος
Pada mulanya adalah Firman; Firman itu bersama-sama dengan Allah dan Firman itu adalah Allah.
Pada mulanya adalah Firman; Firman itu bersama-sama dengan Allah dan Firman itu adalah Allah.
"Saya bertanya kepada Reveren tersebut sama ada dia tahu bahasa Greek atau tidak? "Ya," jawabnya. Dia telah mempelajari bahasa Greek selama lima tahun sebelum itu. Saya bertanya kepadanya apakah perkataan Greek untuk "Allah" yang pertama digunakan di dalam terjemahan ungkapan "Firman itu bersama-sama dengan Allah"? Dia terus merenung ke arah saya tetapi tidak menjawabnya. Jadi, saya berkata, perkataan tersebut adalah HOTHEOS, yang mana secara literal bermaksud "ALLAH".....
"Sekarang, beritahu saya apakah perkataan Greek asal yang digunakan untuk perkataan Allah yang kedua di dalam ayat tersebut - "dan Firman itu adalah Allah"? Reveren tersebut terus berdiam diri. Bukan kerana dia tidak tahu bahasa Greek, atau dia telah berbohong - tetapi kerana dia tahu 'permainan' telah bermula. Saya berkata perkataan tersebut adalah TONTHEOS, yang bermaksud "allah". Menurut sistem penterjemahan anda sendiri, anda perlu mengeja perkataan Allah yang kedua di dalam ayat ini menggunakan huruf "a" kecil, cth: allah, dan bukan Allah dengan huruf "A" besar; dengan kata lain perkataan TONTHEOS diterjemahkan sebagai "allah"."
(Dipetik dari buku Christ in Islam, bab 7, m/s 40-41)
Samuel Green:
"Di dalam perbualan ini, Deedat mengakui memahami bahasa asal Alkitab. Beliau mendakwa bahawa melalui pengetahuannya, beliau berjaya mengalahkan pendeta Kristian tersebut. Masalahnya, semua yang dikatakan oleh beliau tentang bahasa Greek tersebut adalah salah.
Pertama, beliau mengatakan perkataan pertama yang merujuk kepada Allah adalah HOTHEOS. Hal ini adalah salah. Berikut adalah ayat tersebut:
GREEK:
καὶ ὁ λόγος ἦν πρὸς τὸν θεόν
Sebutan:
KAI HO LOGOS EN PROS TON THEON
Terjemahan perkataan demi perkataan:Perkataan pertama yang digunakan untuk Allah adalah TON THEON, bukan HOTHEOS. Deedat silap.
dan itu Firman adalah bersama Allah
Seterusnya, Deedat mengatakan perkataan kedua untuk Allah adalah TONTHEOS.
Sekali lagi, hal ini adalah salah:
GREEK:
καὶ θεὸς ἦν ὁ λόγος
Sebutan:
KAI THEOS EN HO LOGOS
Terjemahan perkataan demi perkataan:Perkataan kedua adalah THEOS, bukan TONTHEOS seperti yang didakwa oleh Deedat. Sekali lagi, beliau silap. Deedat mendakwa memahami bahasa asal Alkitab tetapi sebenarnya tidak; beliau bahkan tidak dapat memberikan huruf-huruf yang betul!"
dan Allah adalah itu Firman
Sumber:
- Christ in Islam, oleh Ahmed Deedat.
- Another Choice, The teaching of Ahmed Deedat, 1. In the Beginning, oleh Samuel Green.
- Perkataan Greek Yohanes 1:1 diperolehi dari laman Blue Letter Bible, di sini.
Ulasan