Post ini diterjemahkan/berdasarkan buku The Case for The Real Jesus, m/s 35-39.
Berikut adalah temubual di antara Lee Strobel, seorang mantan wartawan jenayah dan editor sebuah akhbar, dan juga Craig A. Evans, seorang profesor Perjanjian Baru.
- Untuk mengelakkan kekeliruan, kenyataan Lee Strobel berwarna biru gelap dan Craig A. Evans berwarna coklat gelap.
---------------------------------------------------------------------------------------------------
"Sejarah memelihara sekurang-kurangnya setengah dozen rujukan yang mengatakan wujud sebuah kitab Injil yang dikatakan ditulis oleh Tomas," jawab Evan kepada soalan saya tentang dokumen kuno tersebut. "Dan juga, mereka sebenarnya tidak percaya kitab Injil tersebut benar-benar ditulis oleh Tomas sendiri atau sama ada ia asli atau awal. Tidak ada yang berkata, 'Alangkah baiknya kalau kita dapat menemui Injil Tomas yang telah hilang itu kerana ia sangat berharga'. Mereka sebaliknya berkata, 'Ada yang telah mereka-reka hal ini dan dia menggunakan nama Tomas tetapi tiada yang mempercayainya.'"
Hmmmm, saya berfikir sendiri. Suatu permulaan yang menarik.
"Kemudian, pada tahun 1890-an, ahli-ahli arkeologi yang mencari-gali di tempat pembuangan sampah kepada kota kuno Oxyrhynchus, Mesir, menemui beribu-ribu papyri, termasuk tiga tinggalan manuskrip Injil Tomas dalam tulisan Greek. Cuma, mereka tidak mengetahuinya sehinggalah tahun 1945, apabila perpustakaan Nag Hammadi ditemui di suatu lokasi lain di Mesir. Di antara tigabelas naskah kuno yang ditemui di dalam sebuah tempayan adalah Injil Tomas dalam tulisan Koptik. Ketika itulah para penyelidik menyedari mereka telah menemui 20 peratus daripada manuskrip Injil Tomas di Oxyrhynchus sebelum itu.
"Ramai yang beranggapan bahawa versi Greek tersebut lebih awal berbanding versi Koptik. Namun kini, sebilangan kecil penyelidik yang pakar dalam bidang yang berkaitan percaya ia bukan seperti itu. Sebaliknya, Injil Tomas ini mungkin ditulis menggunakan tulisan Syriac. Yang menariknya, hampir kesemua isi kandungan yang terdapat di dalam Injil Tomas mempunyai persamaan dengan Injil Matius, Markus, Lukas, Yohanes, dan kadang kala dengan penulisan Paulus dan sumber-sumber lain. Hampir separuh daripada penulisan di dalam Perjanjian Baru telah dipetik, disamakan, atau dikaitkan di dalam Injil Tomas."
"Perkara ini memberitahu anda apa?" tanya saya kepadanya.
"Ia memberitahu saya bahawa ia ditulis lewat," jawabnya. "Saya tida tahu seorang pun orang Kristian yang menulis sebelum tahun 150 masihi membuat rujukan yang sebegini banyak dari Perjanjian Baru. Lihat kepada surat-surat Ignatius, bisop di Antiokhia, yang menulis sekitar tahun 110 masihi. Tiada yang meragui keasliannya. Namun separuh daripada Perjanjian Baru pun tidak dipetiknya di dalam penulisannya. Kemudian muncul Injil Tomas yang tahu empat belas atau lima belas daripada dua puluh tujuh buah kitab di dalam Perjanjian Baru." Dia mengangkat keningnya. "Dan ada orang yang mahu mengatakan ia ditulis pada pertengahan abad pertama? Come on!"
Saya mencelah. "Elaine Pagels memberitahu saya bahawa dia menggunakan apa yang dipanggil sebagai 'pandangan konservatif' terhadap tarikh penulisannya dan meletakkannya pada tahun 80 masihi atau 90 masihi. Steven L. Davies mengatakan Injil Tomas 'adalah tidak bersandarkan kepada kitab-kitab Injil Perjanjian Baru sepenuhnya; berkemungkinan besar ia telah wujud sebelum kitab-kitab Injil tersebut ditulis. Ia sepatutnya diletakkan pada tahun 50-70 masihi.'"[29]
"Oh, itu tidak masuk akal!"
Saya terus menyambung. "John Dominic Crossan mengatakan teks yang ada hari ini muncul sekitar tahun 60 atau 70, namun edisi awal pergi lebih jauh iaitu seawal tahun 50 masihi.[30] Jika mereka betul, ini bererti Injil Tomas mengandungi isi kandungan yang sangat awal. Adakah mereka salah?"
"Mereka salah atas beberapa sebab," katanya."Pertama, seperti yang telah saya jelaskan, Injil Tomas mengandungi terlalu banyak petikan dari Perjanjian Baru. Bukan itu sahaja, tetapi Injil Tomas tidak mempunyai bahan awal sebelum Injil sinoptik. Injil Tomas mempunyai bentuk yang menunjukkan perkembangan lewat di dalam Lukas dan Matius."
Saya keliru. "Jelaskan maksud anda," saya berkata kepadanya.
"Matius dan Lukas kadang-kala memperbaiki tatabahasa dan pilihan perkataan pada Markus. Markus tidak begitu baik dari segi tatabahasa dan gaya bahasa Greek, sementara Matius dan Lukas pula lebih baik. Dan di dalam Injil Tomas, kita mendapati hal-hal ini lebih baik berbanding kata-kata Jesus yang terdapat di dalam Matius dan Lukas. Jadi, Tomas tidak merujuk kepada Markus yang lebih awal, tetapi kepada Matius dan Lukas yang lebih kemudian. Kita juga menemui isi khusus yang hanya terdapat di dalam Matius dan Lukas, di mana para penyelidik menganggarkannya sebagai kemudian, bukan awal.
"Dan Tomas mempunyai isi daripada Injil Yohanes. Bagaimana mungkin Tomas ditulis pada tahun 50 dan 60 tetapi mengandungi isi kandungan Yohanes yang mana hanya ditulis pada tahun 90 masihi? Ia menjadi lebih teruk apabila kita menemui beberpa isi kandungan yang disangkakan sebagai awal oleh penyelidik tertentu sebenarnya menunjukkan perkembangan Syrian."
Sekali lagi, saya memintanya menjelaskannya. "Keempat kitab Injil ditulis dalam bahasa Greek," katanya. "Kristianiti kemudian tersebar ke pelbagai kumpulan bahasa yang berbeza. Sudah tentu, ia juga menuju ke arah Timur, di mana orang bertutur dalam sejenis bahasa Aramaik yang dipanggil Syriac."
"Jadi, kitab-kitab Injil ini diterjemahkan ke dalam bahasa Syriac"?
"Bukan dengan segera. Ada seorang yang bernama Tatian, murid kepada Justin Martyr, yang telah menulis sebuah pengharmonian kepada Matius, Markus, Lukas dan Yohanes pada tahun 175 masihi. Ia dipanggil sebagai Diatessaron, yang bermaksud, 'melalui keempat-empat'. Apa yang dilakukannya adalah menggabungkan keempat-empat kitab Injil bersama-sama dan menulisnya menggunakan bahasa Syriac. Jadi, kali pertama orang Kristian yang bertutur dalam bahasa Syriac dapat membaca Injil bukanlah dalam bentuk kitab Matius, Markus, Lukas dan Yohanes yang berasingan, tetapi yang telah digabungkan dan diharmonikan.
"Semasa menggabungkan kata-kata yang terdapat di dalam keempat kitab Injil tersebut, Tatian telah mencipta suatu bentuk baru, kerana ia adalah sebahagian Matius, sebahagian Lukas dan seterusnya. Ini kesimpulan utamanya: bentuk-bentuk Syrian yang berbeza ini terdapat di dalam Injil Tomas.
"Lebih dari itu, sebuah kajian oleh Nicholas Perrin mendapati di tempat-tempat tertentu, Injil Tomas ini sepadan dengan susunan dan tatasusun isi kandungan yang terdapat di dalam Diatessaron. Ini bermaksud Injil Tomas telah ditulis lebih lewat berbanding Diatessaron yang ditulis pada tahun 175. Sekarang, semuanya mulai menjadi jelas. Sudah tentu Tomas tahu separuh daripada Perjanjian Baru. Pada penghujung abad kedua, anda akan berada di posisi yang boleh mengetahui semua itu. Dan Tomas menunjukkan idea Syrian."
"Apa contoh idea tersebut?"
Evan menjawab menggunakan soalannya sendiri: "Bagaimana Injil Tomas merujuk kepada Tomas?"
Saya terasa seperti salah seorang pelajarnya, saya cuba mencari-cari di dalam memori saya. "Sebagai Yudas Tomas," saya cuba menjawab.
"Betul," katanya. "Nama itu hanya ditemui di dalam gereja Syrian, dan tidak di tempat lain. Selain itu, gereja Syrian lebih cenderung kepada pertapaan. Mereka tidak suka kepada kekayaan. Mereka tidak suka ahli perniagaan dan juga komersialisme. Hal ini dapat dilihat pada Injil Tomas. Mereka cenderung kepada elitisme dan mistik. Dan hal-hal itu juga dapat dilihat pada Injil Tomas.
"Tapi, mungkin bukti ini yang paling menarik. Jika anda membaca Injil Tomas dalam bahasa Greek atau Koptik, 114 pengajaran yang terdapat di dalamnya kelihatan tidak tersusun dalam sebarang susunatur. Ia kelihatan seperti himpunan kata-kata Yesus secara rawak. Namun, jika anda menterjemahkannya ke dalam bahasa Syriac, sesuatu yang sangat menarik muncul. Tiba-tiba, anda akan mendapati lebih lima ratus kata kunci Syrian yang menghubungkan hampir kesemua 114 kata-kata pengajaran tersebut supaya ia mudah dihafal.[31] Dengan kata lain, kata-kata 2 diikuti dengan kata-kata 3 kerana kata-kata 2 merujuk kepada perkataan tertentu di dalam kata-kata 3. Dan kata-kata 3 mempunyai perkataan tertentu yang menghubungkannya kepada kata-kata 4. Ia sebenarnya adalah alat bantu untuk menghafal.
"Jadi, anda mempunyai kata-kata Syrian yang unik, Tomas dipanggil sebagai Yudas Tomas, ada kata kunci Syriac, wujud persamaan kepada hampir separuh daripada Perjanjian Baru, apa yang anda dapat simpulkan dari semua ini? Semua ini menunjukkan Tomas ditulis pada penghujung abad kedua, tidak awal dari tahun 175 dan mungkin hampir kepada tahun 200."
Saya perlu mengakuinya: itu adalah hujah yang sangat hebat. Namun, saya tahu penyokong Injil Tomas akan mengajukan argumen untuk menyanggahnya. "Beberapa sarjana mengatakan wujud himpunan kata-kata Jesus yang dipanggil sebagai Q dan telah digunakan sebagai sumber oleh Matius dan Lukas, dan sumber tersebut sangat-sangat awal," saya berkata. "Sama juga, Injil Tomas adalah himpunan kata-kata, jadi, mungkin ia adalah dalam genre yang sama maka Injil Tomas juga sama awal seperti Q."[32]
Evan kelihatan kurang senang dengan hal tersebut. "Oh ya, sebuah argumen yang bijak!" katanya dengan sinis. "Apa yang mereka tidak sedari adalah pada penghujung abad kedua, ada satu lagi himpunan kata-kata yang dikeluarkan, dipanggil the Sentences of Sextus. Dan pada akhir abad kedua, himpunan kata-kata oleh para rabbi juga telah dikeluarkan. Jadi, mengapa cuba berhujah bahawa himpunan kata-kata hanya ada pada pertengahan abad pertama sahaja? Genre himpunan ini juga popular di Syria pada penghujung abad kedua sama seperti di semua tempat pada zaman yang sama."
Saya mencuba pendekatan lain. "Bagaimana dengan argumen yang mengatakan terdapat edisi yang lebih awal untuk Injil Tomas, dengan lebih banyak elemen kuno di dalam teksnya?"
"Yang jelas, Injil Tomas bersandar kepada sesuatu tradisi yang telah diturunkan. Jadi ya, memang ada isi yang awal di dalamnya," katanya. "Tapi, jika anda mengatakan terdapat Injil Tomas yang lebih awal, sebuah unit yang jelas, lengkap dan tersendiri, sekarang anda memberikan dakwaan terhadap sesuatu yang sepatutnya mempunyai bukti. Namun, tiada ada sebarang bukti untuk dakwaan tersebut.
"Ketika itulah sarjana melakukan apa yang dipanggil sebagai "special pleading". Mereka sedar terhadap poin-poin yang saya berikan hari ini. Mereka tahu bukti ini memalukan teori mereka bahawa kononnya Injil Tomas sangat awal. Jadi, mereka memberikan hipotesis bahawa kononnya wujud Injil Tomas yang didakwa sebagai lebih awal berbanding apa yang kita miliki hari ini. Sepatutnya mereka mengubahsuai teori mereka agar sepadan dengan bukti yang ada. Namun sebaliknya mereka mengubahsuai bukti yang ada agar sepadan dengan teori mereka. Maaf, di tempat saya, apabila anda menyelidiki sejarah dan mengkaji dokumen-dokumen, anda tidak akan terlepas dari melakukan hal seperti itu. Anda bekerja ke atas bukti yang ada."
"Pagel mendakwa: 'Injil Tomas mengandungi pengajaran yang diangkatkan oleh 'Kristian Tomas,' iaitu sebuah kumpulan awal... yang berkembang pada abad pertama,'" saya berkata demikian.[33] "Adakah anda melihat sebarang bukti kepada kewujudan aliran Kristianiti ini semasa di awal permulaan kepercayaan ini?"
"Tidak, kumpulan 'Kristian Tomas' tersebut adalah orang-orang Kristian di Syria, dan mereka berkembang pada penghujung abad kedua. Fikirkan hal ini: Jika 'Kristian Tomas' ini berkembang pesat pada penghujung abad pertama, mengapa tokoh-tokoh gereja awal yang menulis pada tahun 90, sekitar tahun 100 dan 110 tidak pernah memperkatakan tentang mereka? Mengapa kumpulan ini tidak diketahui sehinggalah pada penghujung abad kedua?"
Evan membiarkan soalan tersebut tergantung tanpa jawapan. Kerana tidak ada keperluan untuk cuba memberikan jawapan tersebut. (Sudah terang, lagi bersuluh)
Nota Kaki
[29] Davies, Gospel of Thomas and Christian Wisdom, 146.
[30] Lihat John Dominic Crossan, The Historical Jesus: The Life of a Mediterranean Jewish Peasant (San Francisco: HarperCollins, 1991), 427-34.
[31] Lihat Nicholas Perrin, Thomas and Tatian: The Relationship Between the Gospel of Thomas and the Diatessaron, Academia Biblica 5 (Atlanta: Society of Biblical Literature, 2002); Nicholas Perrin, "NHC II,2 and the Oxyrhynchus Fragments (P.Oxy 1, 654, 655): Overlooked Evidence for a Syriac Gospel of Thomas," Vigiliae Christianae 58 (2004): 138-51; and Nicholas Perrin, Thomas, the Other Gospel (Louisville: Westminster John Knox Press, 2007).
[32] From the German word Quelle, or "source".
[33] Elaine Pagels, Beyond Belief, 38.

Ulasan