Langkau ke kandungan utama

Salah anggap umum terhadap kepercayaan Kristian

Baru-baru ini, saya mendengar satu persoalan daripada seorang bukan Kristian terhadap kepercayaan Kristian. Soalan yang diberikan adalah:
"Mengapa Tuhan Kristian mempunyai 3 peringkat?"
Berdasarkan soalan ini, agak jelas si penyoal belum pernah menyelidiki tentang Tuhan yang dipercayai oleh Kristian. Soalan ini berkait secara langsung dengan Doktrin Triniti.

Beberapa masalah yang dapat dikesan dari soalan ini.
1. Penyoal melihat setiap peribadi di dalam Triniti sebagai peringkat. Hal ini sebenarnya bukanlah sesuatu yang baru. Menganggap 3 Peribadi di dalam Triniti, Bapa, Anak dan Roh Kudus, sebagai peringkat dikenali sebagai Modalism.

2. Maka, jawapan yang ringkas untuk persoalan ini ialah, "Tidak, Tuhan Kristian tidak mempunyai 3 peringkat".

Untuk lebih lanjut, sila lihat topik Triniti/Tritunggal di dalam blog ini.

Ulasan