Langkau ke kandungan utama

Adakah homoseksual/gay dibenarkan di dalam kepercayaan Kristian?

Mungkin anda sudah membaca pelbagai komen tentang berita baru-baru ini, berkenaan dengan 'perkahwinan' seorang pastor dengan temannya, yang mana juga lelaki sepertinya. Ada pelbagai komen yang bersifat menyokong, membantah, mengkritik, memuji, menghina, dan banyak lagi di dalam internet, khusus memperkatakan berita ini.

Satu masalah dalam memperkatakan hal ini, apabila pendapat yang diberikan adalah bersifat tidak bersetuju, kita akan dianggap sebagai "Homophobic". Gelaran ini membawa maksud yang negatif. Ia membawa maksud bahawa kita takut atau benci kepada mereka yang berorientasi homoseksual. Dan jika anda seorang Kristian, dan tidak bersetuju dengan perbuatan ini, anda akan mendapat gelaran tambahan, Bible thumping Fundie (untuk fundamentalist) dan konservatif. Semua ini gelaran bersifat negatif.

Persoalannya, adakah perbuatan ini sesuai dengan kepercayaan Kristian?
Jawapannya:
Kamu tentu tahu bahawa orang yang tidak melakukan kehendak Allah tidak akan menikmati Pemerintahan Allah. Janganlah tipu diri kamu sendiri. Orang yang berbuat cabul, atau yang menyembah berhala, atau yang berzina, atau yang bersemburit, atau yang mencuri, atau yang tamak, atau yang selalu mabuk, atau yang mengumpat orang, atau yang merompak — semua orang seperti itu tidak akan menikmati Pemerintahan Allah. 1 Kor 6:9-10 (terjemahan Alkitab Berita Baik Bahasa Malaysia)
"Bersemburit" adalah terjemahan dari perkataan αρσενοκοιτης yang membawa maksud: homoseksual. Jelas di sini perbuatan ini adalah dilarang.

Sudah pasti, saya akan digelar sebagai fundie atau konservatif, atau religious bigot. Namun, perlu dijelaskan di sini; Kristian diajarkan membenci dan tidak melakukan perbuatan tersebut, tetapi mengasihi semua orang termasuk individu yang berorientasi demikian (Mrk 12:31).

Ulasan