Langkau ke kandungan utama

Catatan

Lynn Anderson: Tentang Iman dan Pengetahuan

Dengar apa yang dituliskan pada Yohanes 7:17, ....Yesus berkata, ' Orang yang mahu melakukan kehendak Allah akan tahu sama ada ajaran-Ku datangnya daripada Allah atau daripada Aku sendiri. ' Maka, jika kita mempunyai keinginan untuk percaya, Tuhan akan kemudian mengesahkan bahawa Yesus adalah daripada Tuhan.    ....Alkitab menjelaskan hal ini apabila dikatakan, ' Meskipun Dia sudah melakukan semua mukjizat itu di hadapan mereka, mereka tidak percaya kepada-Nya ' (Yohanes 12:37). Dan dua ayat kemudian, dikatakan, ' Itulah sebabnya mereka tidak dapat percaya ' (Yohanes 12:39).    Dengan kata lain, mereka mengambil keputusan untuk menidakkan mesej dari mukjizat-mukjizat tersebut, iaitu bukti yang menunjukkan Yesus adalah Tuhan, kerana mereka tidak mahu membayar harganya, iaitu seluruh sistem keagamaan mereka musnah kerananya, ....Dan mereka telah membuat keputusan untuk tidak percaya sekian lama sehinggakan mereka turut menghilangkan kemampuan mereka untuk...

Siri Apologetik - Apologetik dan istilah-istilah yang berkaitan

Berdasarkan/terjemahan buku Faith Has Its Reasons , muka surat 21-23 . Telah menjadi suatu kebiasaan untuk menggunakan istilah apologi   dalam merujuk kepada usaha khusus atau hasil kerja yang mempertahankan kepercayaan tersebut.[ 6 ] Sebuah apologi mungkin berbentuk dokumen bertulis, ucapan, atau mungkin juga sebuah filem; apa-apa jenis media perhubungan boleh digunakan. Seorang apologis  adalah seseorang yang memberikan suatu apologi atau melakukan aktiviti mempertahankan kepercayaan/iman tersebut. Seorang apologis mungkin (dan melakukannya) membentuk apologi mereka di dalam konteks intelektual yang pelbagai. Iaitu, mereka mungkin memberikan pembelaan kepada kepercayaan/iman Kristian yang berkaitan dengan isu-isu sains, sejarah, falsafah, etika, keagamaan, teologi, atau budaya.

Menjawab buku "Jesus adalah Muslim?": #13: Tiga persoalan "Adakah...?"

Senarai lengkap siri post ini di sini . Penulis cuba menimbulkan persoalan tentang apa yang telah dilakukan Jesus sebelum Dia mencapai umur 30 tahun kerana " Tiada maklumat jelas perihal apa yang dilakukan oleh Jesus selama 18 tahun itu. " (m/s 10). Namun, seperti yang telah dinyatakan di dalam post sebelum ini , persoalan ini sebenarnya memberikan impak yang lebih besar ke atas kepercayaan penulis sendiri. Penulis kemudian memberikan tiga persoalan yang bersifat retorik . Walaupun ia hanyalah soalan retorik, berikut adalah respon kepada persoalan-persoalan tersebut. Soalan pertama : " Adakah Jesus berguru dengan mana-mana imam Yahudi ataupun belajar dengan Nabi Zakaria? " Jawapan : Tidak dinyatakan di dalam Bible. Hanya dinyatakan Jesus semakin membesar dan bertambah hikmat-Nya. ( Luk 2:40, 52 ) ------------------------------- Soalan kedua : " Adakah beliau bekerja sebagai tukang kayu? " Jawapan : Sebelum Jesus memulakan pel...

Menjawab buku "Jesus adalah Muslim?": #12: Pekerjaan Jesus?

Senarai lengkap siri post ini di sini . Penulis memberikan ayat dari Injil Lukas 3:23 berikut: "Menurut pandangan orang, Jesus memulakan pekerjaannya ketika dia berumur kira-kira 30 tahun." ( Luke,  3:23) Selepas itu, penulis cuba menimbulkan persoalan berikut: " Ayat di atas juga tidak menjelaskan pekerjaan yang dilakukan oleh Jesus, sama ada tukang kayu, penggembala biri-biri ataupun menyebarkan agama Nasrani. " Sebelum menjawab persoalan penulis, perlu diketahui bahawa struktur ayat Luke  3:23 yang diberikan oleh penulis di dalam bukunya ini adalah berbeza dengan struktur ayat sebenar seperti yang terdapat di dalam Bible/Alkitab. Versi yang diberikan penulis ini membawa maksud umur ketika Jesus dikatakan memulakan pekerjaan-Nya, iaitu 30 tahun, adalah "menurut pandangan orang" semata-mata . Sedangkan, ayat sebenar tidak membawa maksud sedemikian.

Siri Hujah Balas: Ahmed Deedat dan Samuel Green

Yohanes 1:1 ἐν ἀρχῇ ἦν ὁ λόγος καὶ ὁ λόγος ἦν πρὸς τὸν θεόν καὶ θεὸς ἦν ὁ λόγος Pada mulanya adalah Firman; Firman itu bersama-sama dengan Allah dan Firman itu adalah Allah. Ahmed Deedat: " Saya bertanya kepada Reveren tersebut sama ada dia tahu bahasa Greek atau tidak? "Ya," jawabnya. Dia telah mempelajari bahasa Greek selama lima tahun sebelum itu. Saya bertanya kepadanya apakah perkataan Greek untuk "Allah" yang pertama digunakan di dalam terjemahan ungkapan " Firman itu bersama-sama dengan Allah "? Dia terus merenung ke arah saya tetapi tidak menjawabnya. Jadi, saya berkata, perkataan tersebut adalah HOTHEOS , yang mana secara literal bermaksud "ALLAH"..... "Sekarang, beritahu saya apakah perkataan Greek asal yang digunakan untuk perkataan Allah yang kedua di dalam ayat tersebut - " dan Firman itu adalah Allah "? Reveren tersebut terus berdiam diri. Bukan kerana dia tidak tahu bahasa Greek, atau dia telah...

Dave Brunn: Tentang Alkitab

Alkitab adalah Firman Tuhan! Namun kadang-kala, kita boleh melihatnya sebagai kata-kata Tuhan atau juga pembentukan tatabahasa daripada Tuhan. Mengapa Tuhan memberikan kita Firman-Nya? Adakah supaya kita boleh mengkaji dan menganalisa linguistiknya yang kompleks? Saya tidak berpendapat sedemikian. Memang ada ruang untuk kajian dan analisis, tetapi tujuan utama Tuhan memberikan kita Firman-Nya adalah lebih dalam lagi. Setiap pelajar kepada Firman ini harus bertanya, "Adakah pembelajaran saya terhadap Alkitab menghasilkan perubahan yang nyata di dalam pemikiran dan cara hidup saya?" Secara semulajadi, saya seorang yang bersifat analitikal. Saya gemar menggali ke dalam Firman dan menyelidiki teks asal dengan lebih terperinci. Tidak ada yang salah dengan hal tersebut. Namun saya perlu mengingatkan diri saya bahawa Alkitab lebih dari sekadar kata-kata Tuhan, atau pembinaan tatabahasa oleh Tuhan atau tulisan Tuhan. Ia adalah hati Tuhan! Lebih dari semua perkara, Tuhan ma...

Menjawab buku "Jesus adalah Muslim?": #11: 25 Disember?

Senarai lengkap siri post ini di sini . Sekali lagi, penulis mengulang kesilapan yang telah dilakukan olehnya di awal buku ini, iaitu menuduhkan suatu kepercayaan yang tidak dipercayai oleh Kristian, dan kemudian menidakkan kepercayaan yang dituduh tersebut seolah-olah ia adalah kepercayaan Kristian. Saya percaya mana-mana orang Kristian yang tahu kepercayaan sebenar Kristian akan menggeleng-gelengkan kepala membaca tuduhan penulis yang berikut: " Gospel of Luke menunjukkan Jesus dilahirkan pada musim bunga. Beliau tidak dilahirkan pada musim sejuk ataupun pada 25 Disember. " (m/s 9) Penulis berusaha membuktikan bahawa Jesus tidak dilahirkan pada 25 Disember seolah-olah tarikh tersebut adalah tarikh sebenar kelahiran Jesus. Tuduhan penulis ini jelas menunjukkan kegagalannya dalam memahami kepercayaan sebenar Kristian tentang kelahiran Jesus.