Langkau ke kandungan utama

Siri Apologetik - Apologetik dan istilah-istilah yang berkaitan


Berdasarkan/terjemahan buku Faith Has Its Reasons, muka surat 21-23.

Telah menjadi suatu kebiasaan untuk menggunakan istilah apologi dalam merujuk kepada usaha khusus atau hasil kerja yang mempertahankan kepercayaan tersebut.[6] Sebuah apologi mungkin berbentuk dokumen bertulis, ucapan, atau mungkin juga sebuah filem; apa-apa jenis media perhubungan boleh digunakan.

Seorang apologis adalah seseorang yang memberikan suatu apologi atau melakukan aktiviti mempertahankan kepercayaan/iman tersebut. Seorang apologis mungkin (dan melakukannya) membentuk apologi mereka di dalam konteks intelektual yang pelbagai. Iaitu, mereka mungkin memberikan pembelaan kepada kepercayaan/iman Kristian yang berkaitan dengan isu-isu sains, sejarah, falsafah, etika, keagamaan, teologi, atau budaya.

Istilah apologetic dan apologetics berkait secara rapat, dan boleh digunakan dalam erti kata yang sama. Untuk mengelakkan kecelaruan, kami akan mencadangkan sebuah cara berguna untuk membezakan kedua-dua istilah ini yang bersesuaian dengan penggunaan lazimnya. Apologetic (iaitu ketika perkataan ini digunakan sebagai kata nama) akan didefinisikan sebagai pendekataan spesifik dalam mempertahankan kepercayaan/iman tersebut. Maka, kita mungkin mendengar tentang apologetic Francis Schaeffer atau tentang Thomistic apologetic. Sudah tentu, kita juga selalu menggunakan kata apologetik sebagai adjektif, seperti ketika kita memperkatakan tentang isu-isu apologetik atau pendapat apologetik William Paley.

Apologetics pula telah digunakan sekurang-kurangnya dalam tiga bentuk. Mungkin yang paling umum adalah untuk merujuk disiplin yang berkaitan dengan mempertahankan kepercayaan/iman. Kedua, ia boleh digunakan secara umum untuk melihat keseluruhan pendekatan atau sistem yang telah dibentuk untuk mempertahankan kepercayaan/iman, contohnya apabila kita memperkatakan tentang apologetik evidentialis atau apologetik reformis. Ketiga, ia kadangkala digunakan untuk merujuk kepada aktiviti mempertahankan kepercayaan/iman, iaitu aktiviti memberikan apologi untuk membela kepercayaan/iman tersebut. Ketiga-tiga penggunaan ini mudah dibezakan, maka kita akan menggunakannya di dalam buku ini.

Yang terakhir, metapologetik merujuk kepada kajian ciri-ciri dan metodologi apologetik. Istilah ini baharu sahaja diperkenalkan dan masih jarang digunakan.[7] Mark Hanna mendefinisikannya sebagai "bidang penyelidikan yang mengkaji tentang metodologi, konsep, dan dasar sistem-sistem apologetik serta perspektifnya."[8] Apologetik menyelidiki tentang mempertahankan iman/kepercayaan, metapologetik pula mengyelidiki tentang isu-isu teoritikal yang mendasari aktiviti mempertahankan iman/kepercayaan. Adalah jelas bahawa metapologetik adalah salah satu cabang apologetik; ia memfokuskan kepada persoalan-persoalan dasar yang perlu diberikan jawapan jika kita mahu praktik apologetik ini mempunyai dasar kebenaran yang kukuh. Maka, metapologetik boleh didefinisikan sebagai teori khusus metapologetik, seperti metapologetik Refomis oleh Cornelius Van Till, atau metapologetik neo-Thomistic oleh Norman Geisler.

Bersambung: Fungsi-fungsi apologetik
(Senarai penuh siri ini di sini.)

Nota Kaki
[6] E.g., A. B. Bruce, Apologetics; or, Christianity Defensively Stated, 3rd ed. (Edinburgh: T. & T. 
Clark, 1892), 33-34; “Glossary of Technical Terms,” in The New International Dictionary of 
New Testament Theology, ed. Colin Brown (Grand Rapids: Zondervan, 1975), 1:51. 

[7] Penggunaan pertama istilah ini adalah di dalam penulisan John Warwick Montgomery, Faith Founded 
on Fact: Essays in Evidential Apologetics (Nashville: Thomas Nelson, 1978), xiii (yang mana menggunakan kata “meta-apologetics”).

[8] Mark M. Hanna, Crucial Questions in Apologetics (Grand Rapids: Baker, 1981), 94.

Ulasan