Langkau ke kandungan utama

Catatan

Apakah pandangan Kristian tentang merokok? Adakah merokok itu merupakan perbuatan dosa?

Soalan: Apakah pandangan Kristian tentang merokok? Adakah merokok itu merupakan perbuatan dosa? Jawapan: Alkitab tidak ada menyebut tentang merokok secara langsung. Namun terdapat prinsip-prinsip yang dapat diterapkan kepada persoalan merokok. Pertama Alkitab memerintahkan kita agar jangan membiarkan tubuh kita menjadi hamba kepada apapun juga. "Segala sesuatu halal bagiku, tetapi bukan semuanya berguna. Segala sesuatu halal bagiku, tetapi aku tidak membiarkan diriku diperhamba oleh suatu apa pun" (1 Korintus 6:12). Tanpa diragukan merokok boleh membuatkan orang ketagihan. Kemudian di bahagian yang sama kita diberitahu, "Atau tidak tahukah kamu, bahwa tubuhmu adalah bait Roh Kudus yang diam di dalam kamu, Roh Kudus yang kamu peroleh dari Allah, -- dan bahwa kamu bukan milik kamu sendiri? Sebab kamu telah dibeli dan harganya telah lunas dibayar: Karena itu muliakanlah Allah dengan tubuhmu" (1 Korintus 6:19-20). Merokok sebenarnya sangat berbahaya kepada kes...

Menjawab Allah sebagai Roh

Seorang pengunjung tanpa nama blog ini telah meminta agar artikel berikut yang dipaparkan di blog answering misionaris diberikan respon. Anda boleh membaca komen tersebut di sini . Berbalik kepada artikel tersebut, ia sebenarnya adalah bertujuan untuk menjawab sebuah pertanyaan tentang "apakah itu 'dzat' Allah?". Namun, dalam cubaan penulis menjawab persoalan tersebut, penulis juga telah mempersoalkan Tuhan menurut Alkitab.

Yesus, Anak Allah

Petikan ayat-ayat Alkitab diambil daripada Alkitab terjemahan Today Malay Version (TMV). -------------------------------------------------------------- Ayat-ayat di mana Yesus secara terang-terangan mengaku sebagai Anak Allah. Yohanes 5:25 , " Percayalah: Akan tiba masanya, malah sudah tiba, apabila orang mati akan mendengar suara Anak Allah, dan orang yang mendengarkan apa yang dikatakan-Nya akan hidup. " Yohanes 10:36 , " Aku ini dipilih dan diutus oleh Bapa ke dunia. Dapatkah kamu katakan Aku mengkufuri Allah kerana Aku mengaku sebagai Anak Allah? " Yohanes 11:4 , " Apabila Yesus mendengar khabar itu, Dia berkata, "Penyakit ini tidak akan menyebabkan kematian Lazarus; hal ini berlaku untuk memuliakan Allah. Melalui hal ini Anak Allah akan dimuliakan." " Yohanes 17:1 , " Setelah berkata demikian, Yesus menengadah ke langit lalu berkata, "Ya Bapa, sekarang tibalah saatnya. Muliakanlah Anak-Mu, supaya Anak pun bole...

Pembohongan Tentang Haman - Pengenalan

Post ini timbul dari komen yang diberikan oleh seorang pengunjung "tanpa nama" blog ini, yang cuba mengatakan tentang Haman sebagai bukti mukjizat dan keajaiban Al-Quran. Komen tersebut boleh dibaca di sini . Komen yang diberikan oleh tanpa nama  tersebut sebenarnya adalah terjemahan kepada sebuah artikel tulisan  Harun Yahya  yang bertajuk " Haman and ancient Egypt monuments ". Terjemahan tersebut bertajuk " Haman dan Bangunan Mesir Kuno ". Namun, tahukah anda bahawa dakwaan di dalam artikel tersebut sebenarnya adalah palsu? Pendedahan kepalsuan dakwaan ini telah didokumentasikan dengan terperinci oleh Jochen Katz di dalam siri artikel beliau yang bertajuk " The Haman Hoax " (Pembohongan tentang Haman). Memandangkan komen yang diberikan oleh si  tanpa nama  ini adalah terjemahan kepada artikel yang di- copy-paste  olehnya, maka, saya akan memberikan respon dengan menterjemahkan artikel tulisan Jochen Katz yang mendedahkan kepalsua...

Isu Allah di Malaysia

Sumber gambar Masyarakat Malaysia secara umumnya pasti tahu tentang keputusan mahkamah baharu-baharu ini yang telah menarik semula kebenaran penggunaan istilah "Allah" di dalam penerbitan Kristian. Hal ini telah menimbulkan pelbagai reaksi daripada ramai pihak. Saya secara peribadi melihat keputusan ini sebagai sesuatu yang sudah dijangkakan. Lebih-lebih lagi situasi politik di Malaysia saat ini yang "memerlukan" keputusan seperti itu diberikan. Namun, di sebalik semua ini, tahukah anda tentang kewujudan argumen-argumen dan bukti-bukti yang menidakkan dakwaan bahawa hanya Muslim (di Malaysia) sahaja yang berhak menggunakan istilah Allah tersebut? Berikut saya berikan pautan kepada sumber terkumpul untuk penulisan-penulisan secara akademik isu ini yang boleh dibaca di sini (Sumber dari blog Krisis & Praxis ).

10 fakta asas tentang Perjanjian Baru yang perlu diketahui oleh setiap Kristian: #6: "Pada penghujung abad kedua, Fragmen Muratorian telah menyenaraikan 22 buah daripada 27 buah kitab Perjanjian Baru"

Post ini adalah terjemahan dari siri post ini . *Senarai penuh siri ini di  sini . Oleh Michael J. Kruger Siri ini dibuat untuk memperkenalkan kepada orang-orang Kristian umum tentang fakta asas bagaimana kanon Perjanjian Baru terbentuk. Salah satu data penting dalam mana-mana perbincangan tentang kanon adalah apa yang dipanggil sebagai fragmen Muratorian (juga dikenali sebagai kanon Muratorian). Fragmen ini, yang mendapat namanya melalui individu yang menemuinya, Ludovico Antonio Muratori, mengandungi senarai kitab-kitab Perjanjian Baru yang terawal. Walaupun fragmen itu sendiri berasal dari sekitar abad ke-7 atau ke-8, senarai yang terdapat di dalamnya pada asalnya ditulis dalam bahasa Greek dan berasal dari penghujung abad kedua (sekitar tahun 180 masihi).

Kemahiran Interpersonal dalam berkongsi: #1: Jadilah seorang yang mengasihi

sumber gambar Siapa diri anda (atau apa yang anda lakukan selalunya) lebih menonjol berbanding apa yang anda katakan. Kita semua pernah berhadapan dengan individu-individu yang sukar. Ada yang suka berkata-kata tanpa membenarkan anda mencelahnya. Ada yang hanya berminat berkata-kata tentang dirinya sendiri. Ada juga yang mempunyai nafas yang berbau kurang menyenangkan, kadang-kala ada sisa makanan tertinggal di celah-celah giginya, dan tubuh yang berbau seperti orang yang hanya mandi pada hari Sabtu. Ramai juga di antara orang-orang ini sangat bijak. Namun, sering kali tidak ada yang mahu mendengar pendapat anda. Adalah penting, selain mempunyai bukti kukuh yang menyokong peristiwa kebangkitan Yesus, bahawa kita mempersembahkan diri kita dengan cara yang boleh membantu orang lain untuk bersikap terbuka dengan apa yang hendak kita perkatakan. Di sini ada beberapa petua yang mungkin dapat membantu anda untuk lebih efektif apabila berkomunikasi dengan orang lain.