Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2012

Bagaimana menjawab kontradiksi yg ternyata banyak bercanggahan seperti didakwa Muslim?

Tajuk post ini sebenarnya adalah berdasarkan komen yang diberikan oleh saudara Alex di post sebelum ini . Persoalan ini sangat baik dan penting kerana Muslim sering memetik ayat-ayat atau peristiwa dari Alkitab yang menurut mereka adalah suatu percanggahan. Untuk merungkai masalah ini, kita perlu terlebih dahulu mengetahui asas dan pemahaman yang menjadi dasar kepada dakwaan-dakwaan tersebut. Punca utama dakwaan-dakwaan ini timbul adalah kerana Muslim melihat definisi 'Firman Tuhan' mengikut apa yang mereka percaya tentang Al-Quran. Mereka kemudian mengunakan definisi tersebut untuk menilai Alkitab. Menurut Muslim, seluruh Al-Quran diturunkan (tanzil) dari syurga tanpa sebarang campur tangan manusia. Di mana Nabi Muhammad, melalui perantaraan malaikat Jibril, telah menerima wahyu Firman Tuhan iaitu Al-Quran daripada Tuhan. Maka, atas pemahaman mereka bahawa Al-Quran adalah Firman Tuhan yang tidak mempunyai sebarang campur tangan manusia, diturunkan terus dari syurga, maka...

Ulasan/Review buku "The Choice: Dialog Islam-Kristian terjemahan Bahasa Melayu"

The Choice: Dialog Islam & Kristian by Ahmad Deedat My rating: 1 of 5 stars Sebuah buku yang agak 'outdated' dari segi isi dan hujah. Sebenarnya kesemua polemik dan argumen yang diberikan di dalam buku ini sudah diberikan jawapan. Namun, punca utama saya memberikan buku ini 1 bintang adalah kerana terjemahannya tidak menangkap keseluruhan konteks asal buku 'The Choice'. Terdapat info, perkataan tertentu serta ayat yang agak berbeza dengan buku asal yang mana mengakibatkan perubahan mesej asal buku ini. Susunan ayat serta gaya bahasa yang digunakan juga agak janggal.

Apakah yang dimaksudkan oleh Kristian apabila mengatakan: "Alkitab adalah Firman Tuhan"?

Kristian percaya bahawa Alkitab adalah Firman Tuhan. Namun, apabila ditanya tentang hal tersebut, agak ramai yang tidak dapat memberikan jawapan yang tepat. Sebagai orang percaya, hal ini penting kita ketahui kerana hakikatnya, bagaimana Alkitab dilihat sebagai Firman Tuhan adalah berbeza berbanding kitab kepercayaan-kepercayaan yang lain. Ada dua ayat penting yang memperkatakan tentang hal ini, iaitu 2 Timotius 3:16 dan 2 Petrus 1:21. 2 Timotius 3:16, Semua yang tertulis di dalam Alkitab diilhami oleh Allah dan berguna untuk mengajar apa yang benar, untuk menegur dan membetulkan apa yang salah, dan untuk mengajar orang supaya hidup menurut kehendak Allah. Perkataan diilhami  yang digunakan di dalam bahasa asal kitab 2 Timotius 3:16 , iaitu Greek, adalah  theopneustos,  yang juga membawa maksud  nafas Tuhan  (theo=Tuhan, pnue=nafas). Ini bererti asal-usul Alkitab adalah daripada Tuhan, bukan manusia; seperti yang dinyatakan oleh ayat yang dipetik di...

Fakta segera - Siapakah yang pertama menimbulkan dakwaan Muslim berikut: "Alkitab telah diubah"?

Dakwaan bahawa kononnya 'Alkitab telah diubah' merupakan dakwaan yang paling kerap diberikan oleh Muslim apabila mempertikaikan Kristianiti. Ironiknya, ia juga adalah dakwaan yang sehingga hari ini tidak dapat dibuktikan oleh Muslim sendiri. Siapa yang pertama menimbulkan dakwaan ini? Ia sebenarnya pertama kali digunakan oleh seorang Muslim di Cordoba bernama Abu Muhammad Ali ibn Ahmad ibn Said ibn Hazm  (994-1064). Beliau menimbulkan dakwaan tersebut setelah mendapati terdapat percanggahan di antara Alkitab dan Al-Quran. Yang menyedihkan, beliau menimbulkan dakwaan tersebut bukan kerana fakta sejarah tetapi kerana ingin mempertahankan Al-Quran semata-mata. Ini bererti, sebelum Ibn Hazm menimbulkan dakwaan tersebut, Muslim sebelum beliau tidak pernah mendakwa bahawa Alkitab yang ada ketika itu telah diubah.

Good Friday, memperingati Penyaliban Yesus

Penyaliban, kematian, dan kebangkitan Yesus merupakan peristiwa yang menjadi dasar kepada permulaan Kristianiti. Tanpa peristiwa penting ini, Kristianiti tidak akan bermula, malah tidak akan wujud di dalam dunia ini. Persoalan sama ada Yesus disalibkan atau tidak sebenarnya tidak wujud kerana hakikatnya, fakta dan bukti yang ada dengan kuat menyokong peristiwa penyaliban Yesus. Kesahihan peristiwa penyaliban ini diterima oleh hampir semua pengkaji sejarah, sama ada Kristian atau bukan Kristian. Malah, John Dominic Crossan, seorang pengkaji bukan Kristian yang sangat kritikal terhadap Kristianiti juga mengakui bahawa peristiwa penyaliban Yesus adalah peristiwa yang paling diyakini telah terjadi di dalam sejarah dunia [1]. Menolak kesahihan peristiwa penyaliban ini bererti menolak fakta dan bukti yang ada. Ia sama seperti mengatakan bumi adalah rata walaupun fakta dan bukti yang ada menunjukkan bumi berbentuk seperti Oblate Spheroid . Namun, berapa ramai di antara kita, yang sunggu...

Menjawab Muslim: Tentang Yesus, Tuhan, dan Pengampunan Dosa

Beberapa hari yang lalu, saya telah berdialog dengan seorang Muslim dengan panggilan Daamz di blog Hikmatun. Beliau telah memberikan suatu komen yang berkaitan dengan pengorbanan Yesus di kayu salib. Saya melihat komen beliau merupakan antara hujah popular yang sering digunakan oleh Muslim untuk mempersoalkan tujuan kematian Yesus. Penulis (daamz) memulakan komen beliau seperti berikut: Kesilapan yang utama adalah mempercayai Jesus itu adalah tuhan, tuhan dalam form manusia, anak tuhan, 1 dlm 3. Tuhan kah andai: Boleh di bunuh? Boleh di seksa? Sedih? Lapar? Sampai ari ni saya bingung memikirkan bagaimana mereka boleh terfikir untuk mempercayai bahawa jesus adalah tuhan. 3 dlm 1, 1 dlm 3, anak tuhan dan sebagainya. Saya berikan perumpamaan berikut yang mana menggunakan pemahaman Muslim tentang sifat Al-Quran. (Perumpamaan ini saya perolehi daripada seorang hamba Tuhan dari Indonesia) - Muslim secara umumnya percaya bahawa Kalam Allah adalah: tidak dicipta, kekal selamanya, dan ...