Langkau ke kandungan utama

Menjawab Muslim: Tentang Yesus, Tuhan, dan Pengampunan Dosa

Beberapa hari yang lalu, saya telah berdialog dengan seorang Muslim dengan panggilan Daamz di blog Hikmatun. Beliau telah memberikan suatu komen yang berkaitan dengan pengorbanan Yesus di kayu salib. Saya melihat komen beliau merupakan antara hujah popular yang sering digunakan oleh Muslim untuk mempersoalkan tujuan kematian Yesus.

Penulis (daamz) memulakan komen beliau seperti berikut:
Kesilapan yang utama adalah mempercayai Jesus itu adalah tuhan, tuhan dalam form manusia, anak tuhan, 1 dlm 3.
Tuhan kah andai:
Boleh di bunuh?Boleh di seksa?Sedih?Lapar?
Sampai ari ni saya bingung memikirkan bagaimana mereka boleh terfikir untuk mempercayai bahawa jesus adalah tuhan. 3 dlm 1, 1 dlm 3, anak tuhan dan sebagainya.
Saya berikan perumpamaan berikut yang mana menggunakan pemahaman Muslim tentang sifat Al-Quran. (Perumpamaan ini saya perolehi daripada seorang hamba Tuhan dari Indonesia)
- Muslim secara umumnya percaya bahawa Kalam Allah adalah: tidak dicipta, kekal selamanya, dan berada di sisi Allah.
- Muslim percaya Kalam Allah telah diwahyukan kepada Nabi Muhammad melalui perantaraan Malaikat Jibril. Dengan kata lain, Kalam Allah telah masuk ke dalam dunia manusia dalam bentuk lisan dan buku yang dipanggil sebagai Al-Quran.
- Logik pemahaman Muslim tentang hal ini adalah seperti berikut:
  1. Kalam Allah adalah tidak diciptakan.
  2. Al-Quran adalah Kalam Allah.
  3. Maka, Al-Quran adalah tidak diciptakan.
(Namun, perlu diketahui, terdapat Muslim yang menolak pemahaman ini iaitu mereka yang berfahaman Shi'ah.)
- Maka, Kalam Allah mempunyai dua sifat, iaitu (1) sifat kekal, iaitu berada di syurga bersama dengan Allah, (2) sifat sementara, iaitu dalam bentuk Al-Quran yang terdapat di dalam dunia saat ini.
- Adakah kitab Al-Quran boleh dirosakkan atau dimusnahkan?
Sudah tentu jawapannya adalah 'boleh'.
- Mengapa?
Kerana Al-Quran wujud dalam bentuk buku. Maka, semua perkara yang dapat dialami oleh sebuah buku (seperti dikoyakkan, dibakar, diconteng, dll) juga akan dapat dialami oleh Al-Quran kerana secara fizikalnya, Al-Quran adalah sebuah buku.
- Namun, jika Al-Quran mempunyai kelemahan seperti sebuah buku, adakah ini membuatkan Kalam Allah yang terkandung di dalam Al-Quran dapat diperlakukan seperti sebuah buku?
- Sudah tentu tidak kerana jika Al-Quran dimusnahkan sekali pun, Kalam Allah tetap wujud dan tidak dapat diapa-apakan.
- Maka, jika ditanya 'adakah Kalam Allah turut musnah jika Al-Quran dimusnahkan?', jawapannya adalah:
Tidak, kerana Kalam Allah yang bersama dengan Allah tidak terbatas dengan kelemahan yang dimiliki oleh sebuah buku. Yang dimusnahkan hanyalah buku. 

Bagaimana hal ini dapat menjelaskan sifat Yesus?
- Kristian percaya Yesus sudah ada dan kekal selamanya di syurga.
- Sama seperti Kalam Allah yang juga sudah ada dan kekal selamanya di syurga.

- Kristian percaya Yesus adalah Firman yang telah masuk ke dalam dunia, melalui Maria, dengan dilahirkan sebagai seorang manusia. Dengan kata lain, Yesus menjelma menjadi makhluk ciptaan Tuhan sendiri.
- Sama seperti Kalam Allah yang telah masuk ke dalam dunia manusia, melalui Nabi Muhammmad yang melafazkan bacaan Al-Quran yang kemudian dibukukan menjadi sebuah kitab. Dengan kata lain, Kalam Allah menjelma dalam bentuk ciptaan Tuhan sendiri.

- Kristian percaya, semasa Yesus di bumi, Dia mempunyai dua sifat yang wujud bersama iaitu kefanaan-Nya dalam keadaan manusia dan keilahian-Nya dalam keadaan Tuhan.
- Sama seperti Kalam Allah yang telah masuk ke dalam dunia juga mempunyai dua sifat iaitu kefanaannya dalam keadaan sebuah kitab dan kekekalannya di sisi Allah.

Oleh itu,
- Kristian percaya Yesus semasa berada di dalam dunia boleh diseksa, dibunuh, berasa lapar dan sedih sama seperti manusia lain kerana Dia wujud sepenuhnya dalam bentuk manusia.
- Sama seperti Kalam Allah yang berada di dalam dunia ini boleh dikoyakkan, dimusnahkan, diconteng seperti buku biasa kerana juga wujud sepenuhnya dalam bentuk sebuah buku/kitab yang dipanggil Al-Quran.

- Namun, walaupun Yesus dapat mengalami apa yang dialami manusia, Dia kekal adalah Tuhan. Jika Yesus dibunuh sekali pun, Dia kekal ada kerana yang dimusnahkan hanyalah tubuh manusia-Nya.
- Sama seperti Al-Quran, walaupun ia dapat mengalami apa yang dialami oleh sebuah kitab biasa, ia kekal Kalam Allah. Jika Al-Quran dimusnahkan sekali pun, Kalam Allah kekal ada kerana yang dimusnahkan hanyalah kitab.

Jika Muslim dapat menerima logik kewujudan Kalam Allah dalam bentuk Al-Quran, maka, sepatutnya Muslim dapat memahami logik kewujudan Yesus dalam bentuk manusia yang mana menjelaskan mengapa Yesus boleh dibunuh dan diseksa walaupun pada masa yang sama Dia adalah Tuhan.

Melalui perumpamaan ini, diharap kebingungan yang dialami oleh penulis (daamz) dan Muslim lain dapat diselesaikan.

Seterusnya..

Menurut penulis,
Persoalan:
Adakah kuasa tuhan itu limited? – kerana bagi mereka tuhan perlu korbankan diri untuk menghapuskan dosa seluruh manusia. Padahal Tuhan boleh saja menghapuskan atau mengampunkan dosa sesiapa sahaja yang Tuhan inginkan. bukankah begitu?
- Kristian tidak pernah mengatakan kuasa Tuhan itu limited atau terbatas.
- Persoalannya bukanlah mengapa Tuhan perlu tetapi mengapa Tuhan menuntut suatu pengorbanan untuk menghapuskan dosa manusia. Dengan kata lain, Tuhan memilih untuk perlunya suatu pengorbanan sebagai penghapus dosa.
- Mungkin penulis belum memikirkan hal ini dengan lebih mendalam lagi kerana, jika Tuhan memilih untuk menghapuskan dosa manusia begitu sahaja, mengapa Tuhan mewujudkan neraka?
- Bukankah adalah lebih baik jika Tuhan mengampunkan sahaja semua dosa manusia, maka neraka tidak perlu diwujudkan?
- Melalui persoalan ini, penulis sebenarnya juga sedang mempertikaikan kepercayaannya sendiri sebagai Muslim kerana kepercayaannya mengajarkan neraka itu wujud untuk orang-orang yang berdosa.
- Ini bererti Tuhan yang disembah oleh penulis juga memilih untuk tidak menghapuskan sahaja dosa manusia. Mengapa?
- Satu persoalan lagi, adakah hanya kerana Tuhan menuntut suatu pengorbanan untuk menghapuskan dosa manusia menunjukkan bahawa Tuhan itu limited atau terbatas?

Seterusnya dari penulis,
Pemahaman bahawa Tuhan perlu berkorban untuk menyelamatkan manusia (menghapuskan dosa) adalah tidak masuk akal langsung. Kenapa Tuhan menjelmakan diri untuk diseksa sedangkan Tuhan boleh ampunkan semua yang Dia nak? Kenapa pula Tuhan buat kerja yang sia2 dengan menghantar ramai nabi2 untuk membawa manusia ke jalan yang benar, sedangkan Tuhan hanya perlu turun dan dibunuh maka terhapus lah dosa manusia?
- Sekali lagi penulis mengandaikan Tuhan perlu berkorban. Seolah-olah Tuhan terpaksa.
- Masalahnya, menurut perspektif Kristian, Tuhan tidak terpaksa tetapi memilih untuk menuntut suatu pengorbanan bagi menebus manusia dari dosa.
- Penulis juga memberikan persoalan yang mana akan mempertikaikan kepercayaannya sebagai Muslim. Perhatikan persoalan berikut yang diubahsuai dari persoalan penulis.
"Kenapa pula Tuhan buat kerja yang sia-sia dengan menghantar ramai nabi termasuk Nabi Muhammad untuk membawa manusia ke jalan yang benar, sedangkan Tuhan boleh menghapuskan dosa manusia begitu sahaja?"
Seterusnya dari penulis,
Kenapa Tuhan perlu diuji, mengapa Tuhan itu ditinggalkan oleh Tuhan Bapa, Tuhan itu tidak seperti manusia. Tuhan adalah Tuhan. Jesus mampu menghidupkan orang mati, jadi salah satu sebab dikatakan sebagai Tuhan. Tapi adakah Tuhan membiarkan Hamba ciptaan-Nya menyiksa Tuhan?
- Kristian tidak pernah mengatakan Tuhan perlu diuji. Mungkin penulis merujuk kepada peristiwa Yesus diuji oleh iblis di padang pasir. Namun, seperti yang dijelaskan di awal post ini, Yesus dapat diuji oleh iblis kerana ketika itu Dia berada di dalam dunia dalam tubuh manusia.
- Penulis juga menganggap Yesus dilihat sebagai Tuhan adalah kerana Dia dapat membangkitkan orang mati.
- Ini adalah suatu salah faham. Yesus dilihat sebagai Tuhan bukan kerana Dia dapat membangkitkan orang mati tetapi kerana Dia mengeluarkan dakwaan keTuhanan ke atas diri-Nya sendiri semasa Dia berada di dalam dunia ini.

Terakhir dari penulis,
Ini bukan sahaja lari dari konsep logik, malah tak logik pun tidak boleh terima. Tuhan yang Maha Hebat, tapi nampak tidak hebat kalau terpaksa dibunuh dan diseksa untuk menghapus dosa manusia kan? Kalau tuhan nak, tuhan boleh hapuskan manusia, tuhan boleh hapuskan dunia, tuhan boleh buat apa sahaja. jadi mengapa Tuhan bapa mengutus Tuhan Anak (Tuhan di dalam Tuhan) untuk diseksa? Kalau tujuannya hanya untuk menhapuskan dosa seluruh manusia, apakah perlu tuhan mengutus Jesus?
Laa ilaa ha illallah!
- Saya pasti pembaca sudah dapat melihat salah faham di dalam kenyataan ini. Penulis sekali lagi menganggap bahawa Tuhan terpaksa dibunuh dan diseksa untuk menghapuskan dosa manusia.
- Persoalan "kalau Tuhan nak.." juga telah diberikan respon.
- Untuk bahagian akhir komen ini, saya ingin mengajak anda merenungkan perkara berikut.
- Tuhan itu maha pengasih. Pada masa yang sama juga Dia maha adil.
- Maka, adakah adil jika Tuhan membiarkan kesalahan yang dilakukan dilepaskan begitu sahaja tanpa sebarang balasan yang setimpal?
- Jika Tuhan mahu mengampunkan dosa manusia begitu sahaja, tidakkah ini memberikan kita lesen untuk melakukan kejahatan dan dosa?

- Realitinya, setiap kesalahan menuntut suatu bayaran sebagai tanda kesalahan tersebut telah dilunaskan.

Ulasan

alex berkata…
Tuan Tiwas, mohon pencerahan @ penjelasan bagi menjawab dakwaan endy dolong di hikmatun, topik dialog perbandingan al quran dan bible berkenaan antikristus @ 666 @ paus sebab 666. Sebab bagi pemahaman kristian, ciri-ciri 666 @ antikristus itu ada pada islam @ nabi muhammad.


Endy Dolong
Apr 14, 2012 @ 09:58:38

ANTIKRISTUS BERLAMBANG BILANGAN 666
Wahyu 13
tiwas berkata…
Hai Alex,
Saya bukan tuan...

tentang dakwaan Endy Dolong di blog Hikmatun, saya rasa Endy sendiri tidak percaya tentang perkara yang dituliskannya tentang 666.

Malah sangat jelas dia hanya sekadar meng-copy-paste tulisannya dari sumber lain tanpa memahami apa yang di-copy-paste.

Saya mungkin akan memberikan respon jika ada kesempatan.