Langkau ke kandungan utama

Fakta segera - Siapakah yang pertama menimbulkan dakwaan Muslim berikut: "Alkitab telah diubah"?

Dakwaan bahawa kononnya 'Alkitab telah diubah' merupakan dakwaan yang paling kerap diberikan oleh Muslim apabila mempertikaikan Kristianiti. Ironiknya, ia juga adalah dakwaan yang sehingga hari ini tidak dapat dibuktikan oleh Muslim sendiri.

Siapa yang pertama menimbulkan dakwaan ini?

Ia sebenarnya pertama kali digunakan oleh seorang Muslim di Cordoba bernama Abu Muhammad Ali ibn Ahmad ibn Said ibn Hazm (994-1064). Beliau menimbulkan dakwaan tersebut setelah mendapati terdapat percanggahan di antara Alkitab dan Al-Quran. Yang menyedihkan, beliau menimbulkan dakwaan tersebut bukan kerana fakta sejarah tetapi kerana ingin mempertahankan Al-Quran semata-mata.

Ini bererti, sebelum Ibn Hazm menimbulkan dakwaan tersebut, Muslim sebelum beliau tidak pernah mendakwa bahawa Alkitab yang ada ketika itu telah diubah.

Ulasan