Petikan ayat-ayat Alkitab diambil daripada Alkitab terjemahan Today Malay Version (TMV).
--------------------------------------------------------------
Ayat-ayat di mana Yesus secara terang-terangan mengaku sebagai Anak Allah.
Yohanes 5:25, "Percayalah: Akan tiba masanya, malah sudah tiba, apabila orang mati akan mendengar suara Anak Allah, dan orang yang mendengarkan apa yang dikatakan-Nya akan hidup."
Yohanes 10:36, "Aku ini dipilih dan diutus oleh Bapa ke dunia. Dapatkah kamu katakan Aku mengkufuri Allah kerana Aku mengaku sebagai Anak Allah?"
Yohanes 11:4, "Apabila Yesus mendengar khabar itu, Dia berkata, "Penyakit ini tidak akan menyebabkan kematian Lazarus; hal ini berlaku untuk memuliakan Allah. Melalui hal ini Anak Allah akan dimuliakan.""
Yohanes 17:1, "Setelah berkata demikian, Yesus menengadah ke langit lalu berkata, "Ya Bapa, sekarang tibalah saatnya. Muliakanlah Anak-Mu, supaya Anak pun boleh memuliakan Bapa."
Markus 14:61-62, "Yesus diam sahaja dan tidak mahu berkata sepatah pun. Sekali lagi Imam Agung bertanya kepada-Nya, "Kamukah Penyelamat yang diutus oleh Allah, Anak Allah Yang Maha Suci?" Yesus menjawab, "Ya! Kamu semua akan melihat Anak Manusia duduk di sebelah kanan Allah Yang Maha Kuasa, serta datang dikelilingi awan dari langit!""
Ayat-ayat di mana Yesus mengaku sebagai Anak Allah (atau Tuhan) secara tersirat.
Matius 11:27, "Yesus berkata lagi, "Bapa-Ku telah menyerahkan segala sesuatu kepada-Ku. Tidak seorang pun mengenal Anak kecuali Bapa, dan tidak seorang pun mengenal Bapa kecuali Anak dan mereka yang diberitahu oleh Anak tentang Bapa."
Yohanes 8:58-59, "Yesus menjawab, "Apa yang Aku katakan ini benar: Sebelum Abraham dilahirkan, Aku sudah ada." Kemudian semua orang Yahudi di situ memungut batu untuk merejam Yesus, tetapi Yesus menyembunyikan diri lalu meninggalkan Rumah Tuhan."
Ayat-ayat di mana Yesus membenarkan orang lain memanggil-Nya Anak Allah (atau Tuhan).
Lukas 3:21-22, "Setelah semua orang itu dibaptis, Yesus juga dibaptis. Ketika Dia berdoa, langit terbuka, dan Roh Allah berwujud burung merpati turun ke atas-Nya. Lalu terdengar suara dari syurga mengatakan, "Engkaulah Anak-Ku yang Aku kasihi. Engkau menyenangkan hati-Ku.""
Matius 4:3-7, "Lalu Iblis datang dan berkata kepada-Nya, "Jika Engkau Anak Allah, perintahlah batu-batu ini menjadi roti." Yesus menjawab, "Di dalam Alkitab tertulis, ‘Manusia tidak dapat hidup dengan roti sahaja, tetapi juga dengan setiap kata yang difirmankan oleh Allah.’" Kemudian Iblis membawa Yesus ke Yerusalem, kota suci itu, lalu meletakkan Dia di puncak Rumah Tuhan. Iblis berkata kepada Yesus, "Jika Engkau Anak Allah, terjunlah ke bawah, kerana di dalam Alkitab tertulis, ‘Allah akan menyuruh malaikat-malaikat-Nya menjaga Engkau; malaikat akan menyambut Engkau dengan tangan, supaya kaki-Mu tidak terhantuk pada batu.’" Yesus menjawab, "Tetapi di dalam Alkitab tertulis juga, ‘Janganlah cubai Tuhan Allahmu.’""
Yohanes 1:49-50, "Natanael berkata, "Guru, Guru Anak Allah! Guru Raja bangsa Israel!" Yesus berkata pula, "Adakah kamu percaya kerana Aku berkata Aku nampak kamu di bawah pokok ara itu? Kamu akan melihat perkara-perkara yang jauh lebih besar daripada hal ini!""
Matius 16:15-17, ""Tetapi menurut kamu, siapakah Aku ini?" tanya Yesus. Simon Petrus menjawab, "Guru ialah Penyelamat yang diutus oleh Allah, Anak Allah Yang Hidup." "Hai Simon anak Yohanes, berbahagialah engkau!" kata Yesus, "Bukannya manusia yang memberitahukan hal itu kepadamu, tetapi Bapa-Ku di syurga yang memberitahumu."
Yohanes 11:25-27, "Yesus berkata kepada Marta, "Akulah yang membangkitkan orang mati dan yang memberikan hidup. Sesiapa yang percaya kepada-Ku akan hidup, meskipun dia sudah mati. Orang yang hidup dan percaya kepada-Ku, tidak akan mati selama-lamanya. Adakah kamu percaya akan hal ini?" "Ya Tuhan," jawab Marta, "aku percaya bahawa Tuhan Anak Allah, Penyelamat yang diutus oleh Allah, dan yang dijanjikan untuk datang ke dunia ini.""
Yohanes 20:27-29, "Kemudian Yesus berkata kepada Tomas, "Letakkanlah jarimu di sini, dan lihatlah tangan-Ku. Hulurkanlah tanganmu dan letakkanlah pada rusuk-Ku. Janganlah ragu-ragu lagi, tetapi percayalah!" Tomas berkata kepada Yesus, "Ya Tuhanku! Ya Allahku!" Yesus berkata kepadanya, "Adakah kamu percaya kerana kamu sudah melihat Aku? Berbahagialah orang yang percaya meskipun tidak melihat Aku!"
Ayat-ayat di mana penulis kitab Injil memanggil Yesus sebagai Anak Allah (atau Tuhan).
Yohanes 1:1, "Sebelum dunia ini diciptakan, Firman sudah ada. Firman itu bersama-sama Allah, dan Firman itu sama dengan Allah."
("Firman" tersebut adalah Yesus, yang mana jelaskan pada ayat 14 "Firman itu sudah menjadi manusia dan tinggal antara kita.")
Yohanes 1:18, "Tidak seorang pun pernah melihat Allah. Anak tunggal Bapa yang sama dengan Bapa dan di sisi Bapa, sudah menunjukkan Allah kepada kita."
Yohanes 3:16-18, (Ini mungkin adalah kata-kata Yesus sendiri – Bahasa Greek asalnya tidak mempunyai tanda baca petikan, maka ia tidak dapat dipastikan) "Allah sangat mengasihi orang di dunia ini sehingga Dia memberikan Anak-Nya yang tunggal, supaya setiap orang yang percaya kepada Anak itu tidak binasa tetapi beroleh hidup sejati dan kekal. Allah mengutus Anak-Nya ke dunia ini bukan untuk menghakimi dunia, tetapi untuk menyelamatkannya. Sesiapa yang percaya kepada Anak itu tidak dihukum, tetapi sesiapa yang tidak percaya sudah dihukum kerana dia tidak percaya kepada Anak Allah yang tunggal."
Yohanes 20:31, "Tetapi semua ini ditulis supaya kamu percaya bahawa Yesus Anak Allah, Penyelamat yang diutus oleh Allah, dan kerana kamu percaya kepada-Nya, kamu beroleh hidup sejati."
--------------------------------------------------------------
Diterjemahkan dari artikel ini.
Ulasan