Langkau ke kandungan utama

Fakta segera - Kitab Yosua

Tiada penulis yang dikenalpasti untuk kitab ini sama ada melalui penulisan kitab atau pun tradisi. Namun, kitab ini merujuk kepada Yerusalem sebagai pertahanan kuat Yebus (Yos 15:8; 18:28) dan perincian lain mencadangkan ia ditulis pada zaman Hakim-hakim, sebelum tahun 1200 sebelum masihi.

Kitab ini menceritakan tentang kisah penaklukan tanah Kanaan oleh Yosua dan pembahagian tanah tersebut kepada keduabelas suku Israel. Peristiwa yang direkodkan mungkin berlaku dalam tempoh 20 hingga 25 tahun, dengan peristiwa tersebut bermula sekitar tahun 1390 sebelum masihi.

Kitab ini adalah sebagai peringatan bahawa apabila umat Tuhan taat kepada-Nya, mereka akan dapat memiliki dan menikmati janji-janji-Nya.

Rujukan
- The Bible Answer Handbook, m/s 101.

Rujukan tambahan
- Kata Pengantar Kitab Yosua, Alkitab Berita Baik B.M., m/s 232.

Ulasan