Langkau ke kandungan utama

Nama 'Muhammad' di dalam Kidung Agung 5:16?

Antara ayat Alkitab yang sering dipetik sebagai bukti kononnya nama Muhammad ada di dalam Alkitab adalah Kidung Agung 5:16.

Sekarang mari kita lihat hujah Muslim tentang hal ini.

Menurut Muslim, ayat pada Kidung Agung 5:16 jika dibaca menggunakan bahasa Ibrani, mengandungi nama "Muhammad".
םלשׂורי תונב יער הזו ידוד הז םידמחמ ולכו םיקתממ וכח 
Perkataan yang dimerahkan tersebut dibaca dengan sebutan machmadim. Menurut Muslim, ia adalah bukti bahawa nama "Muhammad" ada di dalam Alkitab kerana sebutan machmadim yang hampir sama dengan sebutan nama "Muhammad". Seorang blogger Muslim memberikan hujah berikut tentang perkataan tersebut:
perkataan muhammadim tu ada imbuhan -im. dalam bahasa hebrew, imbuhan -im ni adalah plural of respect, bermaksud, muhammadim tu adalah nama org dan bukannya perkataan 'all together lovely". kalau dorg tulis muhammad je, mungkin boleh dipertikaikan. tp dah jelas2 dalam bahasa hebrew, semua perkataan yg ada -im adalah merujuk kpd seorg individu yg specifik. (sumber)
Masalahnya..
Pertama, perkataan םידמחמ sebenarnya bukan disebut sebagai muhammadim seperti yang diberikan oleh blogger tersebut. Ia sebenarnya berbunyi makh-mawd-ym. Jika kita menyelidiki kesilapan ini, ia sebenarnya berasal daripada allahyarham Ahmed Deedat yang mana mendakwa perkataan tersebut disebut sebagai Mahammuddim.[1]

Agak menghairankan allahyarham boleh melakukan kesilapan ini (yang mana kemudiannya di-copypaste oleh blogger tersebut) sedangkan terdapat sumber yang mencukupi untuk beliau memeriksa sebutan sebenar perkataan tersebut.

Kedua, tambahan -im (םי) yang diletakkan di hujung machmad (דמחמ) sebenarnya adalah untuk menunjukkan maksud jamak (plural). Contohnya,
raja = melek 
raja-raja = melek[im]
Tambahan -im bukan bermaksud 'plural of respect'. Ia adalah seperti kita menambah huruf -s dihujung perkataan Inggeris seperti books, begs, dll yang mana membawa maksud jamak atau plural.

Ketiga, perkataan machmad ini juga tidak digunakan sebagai kata nama khas di seluruh Alkitab bahagian Perjanjian Lama. Ia digunakan sebagai kata nama am. Dengan kata lain, perkataan machmad bukan merujuk kepada seseorang individu yang spesifik.

Beberapa contoh ayat yang mengandungi perkataan ini (ditebalkan) di dalam Perjanjian Lama. Perhatikan penggunaan perkataan tersebut sebagai kata nama am:
Tetapi sekarang baginda akan menyuruh para pahlawannya menggeledah istana tuanku dan rumah-rumah pegawai tuanku. Mereka akan mengambil segala yang dianggap berharga oleh mereka. Mereka akan datang kira-kira pada waktu ini esok." (1 Raj 20:6)
Raja itu merobohkan tembok kota Yerusalem dan membakar kota itu, termasuk Rumah TUHAN dan semua istana, bersama-sama barang-barang berharga di dalam istana. (2 Taw 36:19)
menyampaikan perkhabaran ini kepada kamu, umat Israel: Kamu membanggakan kekukuhan Rumah TUHAN. Kamu suka memandang dan melawatnya, tetapi TUHAN akan menajiskannya. Anggota keluarga kamu yang masih muda, yang tertinggal di Yerusalem akan dibunuh dalam peperangan. (Yeh 24:21)
Kamu telah merampas emas dan perak-Ku, serta membawa harta kekayaan-Ku ke dalam rumah berhala kamu. (Yl 3:5)
* terjemahan Alkitab yang digunakan adalah Berita Baik
Cuba anda tukar perkataan yang ditebalkan di atas dengan nama "Muhammad" dan fikirkan, adakah ayat tersebut menjadi munasabah?

Refleksi
Ketika menulis respon ini, saya merasakan wujud suatu ironi kerana kitab Kidung Agung dikatakan oleh Muslim sebagai kitab yang mengandungi unsur-unsur lucah dan porno serta tidak sepatutnya dianggap sebagai Firman Tuhan yang suci.

Ironinya adalah apabila kitab sama yang dianggap sebagai 'lucah' ini juga merupakan kitab yang digunakan oleh Muslim untuk mengatakan kononnya nama "Muhammad" terdapat di dalam Alkitab.


Nota
[1] "Muhummed is mentioned by name in the Song of Solomon 5:16. The Hebrew word used there is Mahammuddim. The end letters IM is a plural of respect, majesty and grandeur. Minus "im" the name would be Mahammudd translated as "altogether lovely" in the Authorized Version of the Bible or 'The Praised One' -- 'the one worthy of praise' i.e. MUHUMMED!" - What the Bible Says about Muhammad (Peace Be Upon Him), oleh Ahmed Deedat.

Ulasan

tandzul khanzul berkata…
awak tu bodoh, klau mcm 2 kau kuat2 lah sembahyang depan salib ya,,,
Tiwas Tiwasok berkata…
Hai tandzul khanzul,
Terima kasih kerana meluangkan masa memberikan komen.

Cuma, perlu diperbetulkan. Kristian sebenarnya tidak sembahyang di depan salib. Tidak ada di dalam Alkitab yang mengajar Kristian untuk berdoa/sembahyang di depan salib.

Mungkin anda salah faham dengan "perbuatan kebanyakan penganut Kristian" dan "ajaran Kristian Alkitabiah yang sebenar".

Berdoa/sembahyang di depan salib adalah "perbuatan kebanyakan penganut Kristian" dan ia adalah perbuatan yang tidak berdasarkan Alkitab.
tandzul khanzul berkata…
ooo. ya kah... sorix3.... tapi kan kalau tidak ada dalm alkitab tu, jadi kenapa penganut smbahyang depan2 mesti ada salib.... lepas tu masa mebuat peperangan dengan setiap kerajaan muslim dahulu tentera kristien semangat siap dengan panji2 salib lagi tu... oo ya bagi kami mislim tersebut dalam kitab suci al-qur'an nulqarim, hanya agama islam sahaja yang di terima olehNya Yang Maha Besar Allah (S.W.T) manakala Nabi Muhammad adalah RasulNya yakni PesuruhNya yang terakhir selepas Nabi Isa (a.s), penyambung bagi ummat manusia sejagat bagi menyampaikan Nur (cahaya) ... ok Tiwas Tiwasok saya ingin bertanya ya.... dari mana wujudnya agama kristien dan siapa yang membawa agama kristien itu sendiri? kalau bagi muslim Islam itu sudah wujud sebelum Nabi Adam (a.s) lagi.... dan bagaimana pula apa pula kaitan kristien dengan agama Yahudi? dan satu soalan lagi... adakah dalam Alkitab atau Nabi Isa (a.s) itu sendiri menyebut "wahai ummat ku agama kamu adalah kristien atau Yahudi atau apa lah yang berkenaan membawa agama? ooo ya sori ada satu lagi soalan... dalam kitam Injil Barbanas kalau tidak saya silap, awak rasa2 lah kan lengkap kah atau ada apa?...
tandzul khanzul berkata…
ooo. ya kah... sorix3.... tapi kan kalau tidak ada dalm alkitab tu, jadi kenapa penganut smbahyang depan2 mesti ada salib.... lepas tu masa membuat peperangan dengan setiap kerajaan muslim dahulu tentera kristien semangat siap dengan panji2 salib lagi tu... oo ya bagi kami muslim ada tersebut dalam kitab suci al-qur'an nulqarim, hanya agama islam sahaja yang di terima olehNya Yang Maha Besar Allah (S.W.T) manakala Nabi Muhammad adalah RasulNya atau NabiNya yang mana adalah PesuruhNya yang terakhir selepas Nabi Isa (a.s), penyambung bagi ummat manusia sejagat bagi menyampaikan Nur (cahaya) ... ok Tiwas Tiwasok saya ingin bertanya ya.... dari mana wujudnya agama kristien dan siapa yang membawa agama kristien itu sendiri? kalau bagi muslim Islam itu sudah wujud sebelum Nabi Adam (a.s) lagi.... dan bagaimana pula apa pula kaitan kristien dengan agama Yahudi? dan satu soalan lagi... adakah dalam Alkitab atau Nabi Isa (a.s) itu sendiri menyebut "wahai ummat ku agama kamu adalah kristien atau Yahudi atau apa lah yang berkenaan membawa agama? ooo ya sori ada satu lagi soalan... dalam kitam Injil Barbanas kalau tidak saya silap, awak rasa2 lah kan lengkap kah atau ada apa?... sebab di dalam kitab Injil tersebut banyak cerita2 berkenaan kewujudan yang akan datangnya Muhammad iaitu Nabi Muhammad (S.A.W) serta sifat2 Rasulullah (S.A.W)!!!!!!
Tiwas Tiwasok berkata…
Hai tandzul khanzul,
Berdasarkan dua komen anda ini, agak jelas anda tidak begitu tahu tentang kepercayaan Kristian yang sebenar. Apa yang anda persoalkan adalah kepercayaan yang anda sangkakan adalah kepercayaan Kristian. Anda juga nampaknya belum menyelidiki tentang sejarah "perang salib" yang sebenar.

Tentang sembahyang di depan salib, untuk menjelaskannya, saya berikan persoalan ini kepada anda:
"Mengapa Muslim sembahyang menghadap kaabah? Adakah Muslim menyembah kaabah yang berisi batu hitam tersebut?"

Anda berkata:
"bagi kami mislim tersebut dalam kitab suci al-qur'an nulqarim, hanya agama islam sahaja yang di terima olehNya Yang Maha Besar Allah (S.W.T) manakala Nabi Muhammad adalah RasulNya yakni PesuruhNya yang terakhir selepas Nabi Isa (a.s), penyambung bagi ummat manusia sejagat bagi menyampaikan Nur (cahaya)"

Soalan saya:
1. Bagaimana anda tahu hanya agama Islam yang diterima Allah?
2. Bagaimana anda tahu Nabi Muhammad adalah Rasul-Nya dan pesuruh-Nya yang terakhir?

Sekarang, respon kepada soalan2 anda,
"dari mana wujudnya agama kristien dan siapa yang membawa agama kristien itu sendiri?"

- Melalui soalan anda ini, jelas anda salah faham tentang maksud "Kristian" yang sebenar. "Kristian" sebenarnya bukanlah sebuah agama, sebaliknya adalah gelaran yang diberikan kepada mereka yang percaya kepada Yesus Kristus sebagai Tuhan dan Juruselamat.
- ia dipanggil sebagai agama Kristian hanyalah untuk membezakannya dengan kepercayaan yang lain di dalam dunia ini.
- Konsep kepercayaan Kristian adalah jauh berbeza berbanding konsep kepercayaan anda sebagai Muslim.

Anda mendakwa:
"kalau bagi muslim Islam itu sudah wujud sebelum Nabi Adam (a.s) lagi"

- Apa bukti anda bahawa Islam sudah wujud sebelum Nabi Adam lagi?

Soalan anda:
"dan bagaimana pula apa pula kaitan kristien dengan agama Yahudi?"

- Yesus adalah seorang Yahudi dan Dia adalah Mesias (Al-Masih) yang ditunggu-tunggu oleh bangsa Israel.

Soalan anda:
"adakah dalam Alkitab atau Nabi Isa (a.s) itu sendiri menyebut "wahai ummat ku agama kamu adalah kristien atau Yahudi atau apa lah yang berkenaan membawa agama? "

- Sekali lagi, persoalan anda ini berdasarkan salah faham tentang maksud sebenar "Kristian".
- Yesus tidak datang membawa agama, Dia datang membawa keselamatan melalui pengorbanan-Nya di kayu salib untuk menebus manusia dari dosa.
- Kedatangan Yesus tidak sama seperti Nabi Muhammad yang mendakwa membawa agama baru yang dipanggil sebagai Islam.

Soalan anda:
"dalam kitam Injil Barbanas kalau tidak saya silap, awak rasa2 lah kan lengkap kah atau ada apa?"

- Tidakkah anda tahu bahawa Injil Barnabas telah dibuktikan sebagai palsu oleh ramai pengkaji sejarah sama ada Kristian atau bukan?

Dan, satu nasihat saya untuk anda. Sekurang-kurangnya, cuba selidiki/pelajari/baca tentang isu yang hendak anda perkatakan sebelum memperkatakannya. Kerana agak jelas anda tidak begitu bersedia berdasarkan komen anda yang penuh dengan kekeliruan dan salah faham.
Tiwas Tiwasok berkata…
tandzul khanzul,
Satu perkara lagi, apa pendapat anda tentang artikel tentang "Nama 'Muhammad' di dalam Kidung Agung 5:16"?
tandzul khanzul berkata…
terima kasih banyak kerana memberi saya kekuatan dalam memnguatkan lagi syariat saya dan kaum muslim di dunia dengan lafaz kalimat la illa ha illawa muhammad da rasullulah

ok kamu kata:
"Kristian" sebenarnya bukanlah sebuah agama, sebaliknya adalah gelaran yang diberikan kepada mereka yang percaya kepada Yesus Kristus sebagai Tuhan dan Juruselamat.
......
__--macam ini, gelaran kepada orang2 yang percaya kepada yesus kristus sebagai Tuhan dan Juruselamat adalah kristian... jadi orang2 yang bangsa israel percaya kah dengan yesus kristus? kalau bangsa israel percaya kenapa gelaran diorang pula bukan kristian agama Yahudi pula... lepas tu pula kristian ni apa agama lah nya? kan orang yang tidak beragama itu sama macam orang PAGAN...

Jadi awak percaya kah yesus kristus itu Tuhan? dan bagaimana pula yesus kristus itu boleh jadi tuhan sedangkan dia manusia biasa...?

...........

Ia dipanggil sebagai agama Kristian hanyalah untuk membezakannya dengan kepercayaan yang lain di dalam dunia ini.

__--tadi kamu cakap ia bukan satu agama cuma gelaran kepada mereka yang percaya yesus kristus Tuhan dan JUruselamat... sekarang boleh jadi satu agama pula.... hai pelik lah kristian ne..

......
- Konsep kepercayaan Kristian adalah jauh berbeza berbanding konsep kepercayaan anda sebagai Muslim.

__-memang betul jawapan saudara... konsep Kristian dengan konsep Islam jauh berbeza....... salah satunya yang paling jelas sekali adalah dari segi konsep ketuhanan..... Islam percaya Tuhan Hanya Satu, Yang Maha Besar, Yang Maha Agung, Yang Maha Pencipta, pendek kata Tiada Tuhan Melainkan Satu Allah (S.W.T).. Yang Mencipta Sekalian Alam Dan Sekalian Makhluk Di Dalam Alam Semesta.... Tapi Kristian Percaya Yesus Kristus Tuhan ada pula Anak Tuhan....

Soalan Saya Pula!!

adakah tuhan boleh sakit dan boleh pula mati?


......
dan kamu kata juga:
- Yesus tidak datang membawa agama, Dia datang membawa keselamatan melalui pengorbanan-Nya di kayu salib untuk menebus manusia dari dosa.


__- tidak apa lah saya minta Tiwas Tiwasok jawab ini soalan!!!

Yesus tidak datang membawa agama, Dia datang membawa keselamatan melalui pengorbanan-Nya di kayu salib untuk menebus manusia dari dosa apa dan manusia sebelum dia kah manusia pada masa dia kah atau pun manusia pada masa sekarang atau pun manusia selepas kita ini?

satu lagi soalan bonus!!!

Yesus tidak datang membawa agama, Dia datang membawa keselamatan melalui pengorbanan-Nya di kayu salib untuk menebus manusia dari dosa.

petikan di atas ini siapa yang keluarkan adakah si Yesus Kristus?
tandzul khanzul berkata…
ok. sekarang say jawab soalan anda..

--awak cakap saya agak jelas tidak begitu tahu tentang Kristian yang sebenar, tapi rupanya awak lagi langsung tidak tahu tentang Islam...dan tentang perang salib yang sudah selidik itu sebenarnya sudah di putar belitkan oleh sesetengah pihak yang inginkan kemenangan di dunia ini, tapi bagi ummat Islam sendiri Alhamdulillah ada sejarah tersemat di sanubari yang benar..

--Kaabahtullah bukan lah berisi batu hitam.. awak sampai baru awak tahu sendiri betapa Esa Nya Allah( S.W.T)..

--aduhai Tiwas Tiwasok,.. rupanya awak lagi langsung tidak tahu tentang Islam...

Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam. Dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai agama Islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka. Dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisabNya.(A-li'Imraan 3:19)

--saya tahu sebab saya Islam jadi awak tidak tahu sebab awak bukan Muslim.... sudah termaktub dalam Kitab Suci Al-Qur'an...dan juga dalam kitab2 lain juga siapa2 pula orang 2 yang mendapati kitab injil barnabas palsu... ini yang pelik ni kalau sesuatu tu adakah kebenaran sebenar jadi palsu pula atau jadi salah cetak pula,.. aduh.. sakit ni punya cerita... sedangkan dalam Al-Qua'an semuanya disebut...
Tiwas Tiwasok berkata…
Hai tandzul khanzul,
Anda menulis:
"macam ini, gelaran kepada orang2 yang percaya kepada yesus kristus sebagai Tuhan dan Juruselamat adalah kristian... jadi orang2 yang bangsa israel percaya kah dengan yesus kristus? kalau bangsa israel percaya kenapa gelaran diorang pula bukan kristian agama Yahudi pula.."

- Sebenarnya, orang-orang Kristian yang pertama adalah bangsa Israel/orang Yahudi sendiri. Maka, soalan anda di atas sebenarnya menunjukkan anda kurang tahu dengan sejarah permulaan Kristian.

Anda menulis:
"Jadi awak percaya kah yesus kristus itu Tuhan? dan bagaimana pula yesus kristus itu boleh jadi tuhan sedangkan dia manusia biasa...?"

- Ya, saya percaya Yesus adalah Tuhan, yang telah masuk ke dalam dunia manusia dengan menjadikan diri-Nya sebagai manusia.
- Mungkin anda kurang jelas dengan apa yang saya maksudkan sebagai "masuk ke dalam dunia manusia dengan menjadikan diri-Nya sebagai manusia".
- Saya ada memperkatakan tentang perkara ini di sini.

Tentang panggilan 'agama' Kristian, yang saya maksudkan adalah secara umum. Tetapi, menurut maksud sebenar Kristian, ia adalah gelaran kepada mereka yang percaya kepada Yesus Kristus.

Anda menulis:
"adakah tuhan boleh sakit dan boleh pula mati?"

- Soalan anda ini berdasarkan salah faham tentang sifat Yesus ketika Dia berada di dalam dunia ini.
- Saya ada memperkatakannya di sini. Saya juga sedang menyiapkan satu artikel khusus memperkatakan tentang hal ini. Mungkin anda boleh membacanya pada masa akan datang.
- Atau anda boleh mencari sendiri maksud "hypostatic union" untuk anda lebih jelas tentang hal ini?

Anda menulis:
"Dia datang membawa keselamatan melalui pengorbanan-Nya di kayu salib untuk menebus manusia dari dosa apa dan manusia sebelum dia kah manusia pada masa dia kah atau pun manusia pada masa sekarang atau pun manusia selepas kita ini?"

- Untuk seluruh umat manusia, sepanjang zaman.

Anda menulis:
"Yesus tidak datang membawa agama, Dia datang membawa keselamatan melalui pengorbanan-Nya di kayu salib untuk menebus manusia dari dosa.

petikan di atas ini siapa yang keluarkan adakah si Yesus Kristus?
"

- Ya, sila baca contoh ayat Alkitab berikut:
Matius 20:28, Markus 10:45, Lukas 9:22.
Tiwas Tiwasok berkata…
tandzul khanzul,
Anda menulis:
"dan tentang perang salib yang sudah selidik itu sebenarnya sudah di putar belitkan oleh sesetengah pihak yang inginkan kemenangan di dunia ini, tapi bagi ummat Islam sendiri Alhamdulillah ada sejarah tersemat di sanubari yang benar.."

- Adakah anda sedar bahawa anda hanya memberikan andaian kononnya ia telah diputar belit tanpa sebarang bukti?
- Sedangkan sejarah tentang Perang Salib ini diteliti oleh bukan sahaja pengkaji Kristian, tetapi juga oleh pengkaji bukan Kristian.

Sebelum ini saya bertanya soalan berikut:
"1. Bagaimana anda tahu hanya agama Islam yang diterima Allah?
2. Bagaimana anda tahu Nabi Muhammad adalah Rasul-Nya dan pesuruh-Nya yang terakhir?
"

Anda menjawab:
"saya tahu sebab saya Islam jadi awak tidak tahu sebab awak bukan Muslim.... sudah termaktub dalam Kitab Suci Al-Qur'an."

- Mungkin anda perlu belajar untuk memberikan argumen yang logik.
- Adakah anda sedar jawapan anda itu tidak relevan dan sangat lemah?
- Biar saya demonstrasikan kelemahan jawapan anda.
- Katakan anda bertanya kepada saya, "bagaimana anda tahu Kristian itu benar?"
- Kemudian, saya menjawab, "Saya tahu Kristian itu benar kerana saya Kristian, anda tidak tahu kerana anda bukan Kristian".
- Adakah jawapan itu logik dan masuk akal?
- Jika demikian, bagaimana jika seorang Hindu atau penganut Buddha mengatakan, "saya percaya Hindu/Buddha itu benar kerana saya seorang Hindu/Buddha"?

- Satu lagi masalah di dalam jawapan anda.
- Anda mengatakan anda tahu Islam itu benar kerana "sudah termaktub di dalam Kitab Suci Al-Quran".
- Persoalannya, bagaimana anda tahu apa yang termaktub di dalam Al-Quran itu benar?
- Apa yang anda lakukan adalah memberikan kesilapan logik yang dipanggil sebagai "circular reasoning", iaitu penjelasan yang berputar-putar.
- Untuk penjelasan, sila lihat contoh berikut,
A: Saya tahu kepercayaan saya adalah benar.
T: Bagaimana anda tahu kepercayaan anda benar?
A: Kerana kitab kepercayaan saya mengatakan demikian.
T: Bagaimana anda tahu apa yang dikatakan di dalam kitab kepercayaan anda benar?
A: Kerana saya tahu kepercayaan saya adalah benar.
T: Bagaimana anda tahu kepercayaan anda benar?
A: Kerana kitab kepercayaan saya mengatakan demikian.
T: ....

Atau lebih ringkas,
S: Saya seorang nabi.
H: Bagaimana anda tahu anda seorang nabi?
S: Kerana saya telah menerima wahyu yang mengatakan saya seorang nabi.
H: Bagaimana anda tahu wahyu anda itu benar?
S: Kerana saya seorang nabi.
H: Ya..tapi bagaimana anda tahu anda seorang nabi?
S: Kerana saya telah menerima wahyu yang mengatakan saya seorang nabi.
H: ....

Tentang Injil Barnabas,
Maaf, hakikatnya, telah terbukti bahawa kitab Injil Barnabas adalah palsu dan ditulis sekitar abad ke-16. Mungkin anda perlu meneliti dahulu topik ini kerana agak jelas anda tidak tahu. Saya sarankan post berikut sebagai permulaan untuk anda menilainya sendiri.
Tiwas Tiwasok berkata…
tandzul khanzul,
Hampir terlepas pandang, tentang kaaba dan batu hitam. Mungkin, anda yang perlu menilainya kembali. Berikut saya lampirkan link tentang batu hitam tersebut, juga dipanggil sebagai Hajar Aswad.

- Dalam Bahasa Melayu
- Dalam Bahasa Inggeris
tandzul khanzul berkata…
sejarah permulaan kristian saya tidak tahu demikian juga anda tidak mengetahui sejarah KEWUJUDAN ISLAM SEBENAR...

sebabnya anda DISINI cuba menegak kan Agama Kristian kah atau agama Yahudi...atau.. belum pasti lagi yang anda mendapat gelaran KRISTIAN YANG TIDAK BERAGAMA...

Ops... sori ya... petikan tadi di atas (KRISTIAN TIDAK BERAGAMA).. saya terbuat petikan diatas sebab anda bilang KRISTIAN BUKAN SATU AGAMA TAPI SATU GELARAN BAGI YANG PERCAYA YESUS KRISTUS KAH BEGITU....!!!

dalam konsep Islam ada menyebut RUKUN ISLAM 5 PERKARA:
1.MENGUCAP DUA KHALIMAH SYAHADAT
2.MENGERJAKAN SOLAT 5 WAKTU SEHARI
3.BERPUASA DI BULAN RAMADHAN
4.MEMBAYAR ZAKAT UNTUK DI AGIH-AGIHKAN PADA ANAK2 YATIM DAN GOLONGAN FAKIR MISKIN DAN YANG BERHAK MENDAPATKANNYA
5.MENUNAIKAN IBADAT FARDHU HAJI DI MAKKAH BAGI ORANG2 YANG MAMPU

RUKUN IMAN 6 PERKARA:

1.BERIMAN DAN PERCAYA ADANYA TUHAN YANG SATU
2.PERCAYA KEPADA KEWUJUDAN PARA MALAIKAT
3.PERCAYA KEPADA KEWUJUDAN PARA RASUL DAN NABI
4.PERCAYA KEPADA KITAB SUCI AL-QURAN
5. PERCAYA PADA HARI QIAMAT AKAN TIBA NANTI
6.PERCAYA KEPADA QADA DAN QADAR..

---namanya KOTA SUCI MAKKAH yang didalam nya ada KAABAHTULLAH dan di dalam nya BAITULLAH... BATU HAJARAL ASWAD tu bukan nya di sembah en. Tiwas Tiwasok, tapi tanda sebagai untuk memulakan kan TAWAF … tapi anda tahu kah sejarah batu hitam itu yang dipanggil batu HAJARUL ASAWAD... cuba2 lah anda tengok-tengok kan dalam mana pautan yang berkenaan ya...

Pasal soalan agama yang diterima Allah itu... Saya berpegang kepada kandungan AL-QU'RAN itu sendiri sebagai pedoman Umat Islam.. seperti dalam surah AL-KAFIRUN dan RASULULLAH BERSABDA:
KAMU TIDAK AKAN SESAT SAMA SEKALI SEKIRANNYA KAMU BERPEGANG KEPADA DUA PERKARA IAITU:
AL-QUR'AN DAN HADIS SAHIH..
tandzul khanzul berkata…
oah ya... jangan lupa jenguk dan teliti maksud dalam Surah AL-KAFIRUN ya....
itu lah pendirian kami semua Umat Islam di dunia ini dari mula hingga akhirnya... dan tidak ada paksaan sama sekali dalam menganut Agama Islam dan Allah dalam FirmanNya di dalam AL-QUR'AN cukup lengkap dari segi semua aspek sebelum RASULULLAH, SEMASA ZAMAN RASULULLAH DAN SELEPAS ZAMAN RASULLAH DAN JUGA PADA HARI INI DAN JUGA PADA MASA AKAN DATANG kita sebagai manusia hanya tinggal membuat penyelidikan, pengkajian,mengetahui, memahami, menghayati,dan sebagainya... Rasulullah sendiri hanya menyampaikan dan mengerjakan segala suruhanNya tidak lebih seperti mana yang dikerjakan oleh Rasul2 dan Nabi2 terdahulu sebelum RASULULLAH sebagaiman mengerjakan dan menyampaikan utusan-Nya kepada setiap Ummat yang memerlukan... ALLAH MAHA ESA.. KEESAANNYA TIADA BANDINGAN KEPADA MANA2 PUN KERANA DIA LAH MAHA PENCIPTA TIDAK BERANAK DAN TIDAK PULA DI PERANAKKAN.. ZATNYA DI LUAR KEFAHAMAN MANUSIA MAHU PUN MAKHLUK2LAIN SEPERTI MALAIKAT SENDIRI ADALAH CIPTAAN-NYA.. KEWUJUDAN-NYA TIDAK MEMERLUKAN BUKTI NYATA BAGI PENGLIHATAN SEMUA MAKHLUK CIPTAAN-NYA... KERANA DIA ZAT ALLAH.. MELAINKAN DI SYURGA NANTI SEPERTI JANJI ALLAH DI DALAM AL-QUR'AN NUL'QARIM.....



dan akhir sekali en. Tiwas Tiwasok tolong selidik mengenai AL-QUR'AN sama ada bertepatan dengan semua aspek atau tidak.. seperti hal2 suami isteri... ALLAH (S.W.T) BERFIRMAN:
“Dan mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (hukum) haid. Katakanlah: “Darah haid itu adalah kotoran dan mendatangkan mudarat”. Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari perempuan (jangan bersetubuh dengan isteri kamu) dalam masa datang darah haid itu, dan janganlah kamu hampiri mereka (untuk bersetubuh) sebelum mereka suci. Kemudian apabila mereka sudah bersuci maka datangilah mereka menurut jalan yang diperintahkan oleh Allah kepada kamu. SesungguhNya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri.” (Surah Al-Baqarah 2:222)
(cuba selidik dalam kajian sintis dunia apa mudarat atau keburukan melakukan seks semsa wanita dalam haid)

sebenarnya banyak lagi... benda2 dan perkara2 yang dilarang atau di beritahu dalam AL-QU'RAN semakin lama semakin mendapat perhatian setiap kali ada penyelidikan sehinggakan Kitab Suci AL-QU'RAN menjadi rujukan selepas sintis membuat kajian dan penyelidikan...

demikian juga mengenai perubatan,, RASULULLAH sudah pun memberitahu dalam sabda-sabdanya sepertu sup2 labu, MADU LEBAH, sen=hinggakan RASULULLAH mencari Ilmu sampai ke negeri CHINA, kerana terbukti di sana ada khasiat minuman HERBA2 dan TEH HERBA dan sebagainyua... banyak lagi kebenaran Islam ini tapi, entah lah kenapa masih banyak yang menyangkal kebenaran Islam... PADERI2 TERTINGGI EN TIWAS TIWASOK DI SELURUH DUNI DULU DAN HARI INI TAHU BENAR KEBENARAN ISLAM... NANTI JENGUK2 LAH YA... BABBAI
Tiwas Tiwasok berkata…
Hai tanzdul khanzul,
Berdasarkan kedua-dua respon anda ini, nampaknya anda tidak dapat memberikan penjelasan kepada persoalan yang telah saya ajukan kepada anda, iaitu:
1. Bagaimana anda tahu hanya agama Islam yang diterima Allah?
2. Bagaimana anda tahu Nabi Muhammad adalah Rasul-Nya dan pesuruh-Nya yang terakhir?


Termasuk satu lagi soalan yang belum anda jawab:
Anda mengatakan:
"kalau bagi muslim Islam itu sudah wujud sebelum Nabi Adam (a.s) lagi"
Soalan saya:
Apa bukti anda bahawa Islam sudah wujud sebelum Nabi Adam lagi?
---------------------------------
Dan tentang batu hitam, nampaknya anda salah faham, pernahkah saya mengatakan batu hitam tersebut disembah oleh Muslim? Cuba anda lihat semula komen2 yang telah kita sama-sama berikan.
1. Pada mulanya, anda mengatakan Kristian sembahyang di depan salib, dan anda seterusnya mengandaikan bahawa Kristian menyembah salib.
2. Saya kemudian menjelaskan bahawa anda salah faham kerana Kristian tidak menyembah salib.
3. Kemudian, saya menggunakan contoh bagaimana Muslim juga sembahyang menghadap kaaba dan batu hitam untuk menjelaskan, "sepertimana Muslim tidak menyembah kaaba walaupun sujud menghadap kaaba, begitu juga Kristian tidak menyembah salib walaupun kadangkala ada salib di depan gereja."
4. Namun, anda salah faham pula dengan menuduh bahawa kononnya saya mengatakan Muslim menyembah kaaba dan batu hitam tersebut.
---------------------------------
Tentang Al-Quran,
Anda nampaknya cuba menunjukkan keajaiban yang ada di dalam Al-Quran. Namun, tahukah anda, menurut Al-Quran:
- Matahari terbenam di dalam lopak air yang keruh dan berlumpur. (surah Al-Kahf ayat 86)
- Sperma terhasil dari bahagian tulang 'sulbi' lelaki iaitu tulang bahagian rusuk yang bersambung dengan tulang belakang. (surah At-Tariq ayat 6-7)
- Komet atau tahi bintang adalah 'peluru' yang menghalau syaitan yang cuba mencuri dengar perbualan di syurga. (surah As-Saffat ayat 6-10)
- Suami diperbolehkan untuk memukul isteri jika dia ingkar kepada kehendak suami. (surah An-Nisaa ayat 34)

Ada banyak lagi, termasuk di dalam hadis, yang mana adalah bertentangan dengan sains dan nilai moral zaman ini.
---------------------------------
Nampaknya anda kekal melakukan "circular reasoning", dengan cuba menggunakan Al-Quran sebagai bukti bahawa Islam itu benar. Tidakah anda sedar?
1. Nabi Muhammad mendakwa telah menerima wahyu dari Allah, iaitu Al-Quran.
2. Apabila anda ditanya apa bukti bahawa wahyu tersebut adalah benar, anda mengatakan ia benar kerana ada tercatat di dalam Al-Quran bahawa ia benar.
3. Tahukah anda bahawa Mormon juga berkata demikian? Maka, adakah itu menjadikan Mormon benar?

Katakan, di dalam Alkitab ada ayat yang berbunyi "Alkitab adalah benar". Adakah itu menjadikan Alkitab itu benar?
---------------------------------
Dan tentang surah Al-Kafirun,
Tahukah anda ada surah di dalam Al-Quran yang bercanggah dengan surah Al-Kafirun ini?

Lihat ayat ke-6 surah Al-Kafirun,
"Bagi kamu ugama kamu, dan bagiku ugamaku"

- Ayat ini menunjukkan kita bebas memilih agama yang kita ingin anuti.

Masalahnya, di dalam surah At-Taubah ayat 29,
"Perangilah orang-orang yang tidak beriman kepada Allah dan tidak beriman kepada hari akhirat, dan mereka pula tidak mengharamkan apa yang telah diharamkan oleh Allah dan RasulNya, dan tidak berugama dengan ugama yang benar, iaitu dari orang-orang yang diberikan Kitab (kaum Yahudi dan Nasrani), sehingga mereka membayar “Jizyah” dengan keadaan taat dan merendah diri."

- Dalam ayat ini pula, Muslim diperintahkan untuk memerangi bukan Muslim hanya kerana kepercayaan yang berbeza.

Maka, mana satu yang perlu anda ikuti?
Membiarkan orang lain dengan agama mereka
atau
memerangi mereka sehingga mereka tunduk?

------------------------------------
Dan terima kasih kerana sudi meluangkan masa berinteraksi di dalam blog ini.

Tuhan memberkati.
Tiwas Tiwasok berkata…
tandzul khanzul,
Satu perkara lagi, terima kasih dengan kejujuran anda kerana anda mengakui bahawa anda tidak tahu sejarah permulaan Kristian.

Semoga anda akan menyelidiki sejarah permulaan Kristian.

Tuhan memberkati.
Tiwas Tiwasok berkata…
tandzul khanzul,
Satu lagi perkara, saya hampir terlepas pandang,
Anda menulis,
"seperti dalam surah AL-KAFIRUN dan RASULULLAH BERSABDA:
KAMU TIDAK AKAN SESAT SAMA SEKALI SEKIRANNYA KAMU BERPEGANG KEPADA DUA PERKARA IAITU:
AL-QUR'AN DAN HADIS SAHIH
"

- Jika anda tidak keberatan, bolehkah anda memberikan sumber kepada ungkapan ini kerana ia menimbulkan 2 masalah:
1. Pada zaman kehidupan Nabi Muhammad, hadis belum wujud.
2. Maka, bagaimana Nabi Muhammad boleh mengatakan untuk berpegang kepada Hadis sedangkan ia belum wujud?

- Adakah ia diungkapkan oleh Nabi Muhammad? kerana surah Al-Kafirun tidak mencatatkan ayat tersebut.
tandzul khanzul berkata…
---Sehingga apabila ia sampai ke daerah matahari terbenam, ia mendapatinya terbenam di sebuah matair yang hitam berlumpur, dan ia dapati di sisinya satu kaum (yang kufur ingkar). Kami berfirman (dengan mengilhamkan kepadanya): "Wahai Zulkarnain! Pilihlah sama ada engkau hendak menyeksa mereka atau engkau bertindak secara baik terhadap mereka".
(Al-Kahfi 18:86)

rupanya cetek nya pemikiran anda dalam membuat tafsir...
"Matahari terbenam di dalam lopak air yang keruh dan berlumpur. (surah Al-Kahf ayat 86)"
itu maksudnya bukannya matahari dalam lopak air yang keruh dan berlumpur..... nampaknya anda tidak boleh mentafsir... alahai...

ini kenyataan anda...
- Sperma terhasil dari bahagian tulang 'sulbi' lelaki iaitu tulang bahagian rusuk yang bersambung dengan tulang belakang. (surah At-Tariq ayat 6-7)
...pandai2 saja anda menambah2 ya... jadi apa yang saya pertikaikan selama ini terbuktilah kan... maksud saya korang ini memang bersifat hipokrit lah.. sudah tahu benda tu betul di terbalikkan lagi jadi tidak betul... lain yang tertulis lain yang di cetak balik, lain yang di sampaikan laon pula yang di kasi sampai bengan orang ;lain... kan itu boleh jadi satu fitnah... fitnah dalam hukum kristian ada kah Tiwas Tiwasok....

ini ayat yang betul...
-Ia diciptakan dari air (mani) yang memancut (ke dalam rahim) - (At-Taariq 86:6
-Yang keluar dari "tulang sulbi" lelaki dan "tulang dada" perempuan. (At-Taariq 86:7)
-Sesungguhnya Allah Maha Kuasa untuk mengembalikannya (hidup semula sesudah mati), (At-Taariq 86:8)
.........
apa pendapat anda tentang teori darwins tentang kejadian manusia...?
.....
Dan (ingatlah juga peristiwa) ketika Nabi Isa ibni Maryam berkata: "Wahai Bani Israil, sesungguhnya aku ini Pesuruh Allah kepada kamu, mengesahkan kebenaran Kitab yang diturunkan sebelumku, iaitu Kitab Taurat, dan memberikan berita gembira dengan kedatangan seorang Rasul yang akan datang kemudian daripadaku - bernama: Ahmad". Maka ketika ia datang kepada mereka membawa keterangan-keterangan yang jelas nyata, mereka berkata: "Ini ialah sihir yang jelas nyata!"
(As-Saff 61:6)
........

Dan tidak ada yang lebih zalim daripada orang yang mengada-adakan perkara dusta terhadap Allah, sedang ia diajak kepada memeluk Islam; dan (ingatlah), Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada orang-orang yang zalim.
(As-Saff 61:7)



...............
Mereka sentiasa berusaha hendak memadamkan cahaya Allah (agama Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah tetap menyempurnakan cahayaNya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan yang demikian).
(As-Saff 61:8)
.....
Dia lah yang telah mengutus RasulNya (Muhammad s.a.w) dengan membawa hidayah petunjuk dan agama yang benar (agama Islam), supaya Ia memenangkannya dan meninggikannya atas segala agama yang lain, walaupun orang-orang musyrik tidak menyukainya.
(As-Saff 61:9)
....
Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?
(As-Saff 61:10)

.....
Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka. Maka perempuan-perempuan yang soleh itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemuliharaan Allah dan pertolonganNya. Dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka, dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat tidur, dan (kalau juga mereka masih degil) pukulah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya). Kemudian jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi, lagi Maha Besar.
(An-Nisaa' 4:34)
tandzul khanzul berkata…
Perangilah orang-orang yang tidak beriman kepada Allah dan tidak beriman kepada hari akhirat, dan mereka pula tidak mengharamkan apa yang telah diharamkan oleh Allah dan RasulNya, dan tidak beragama dengan agama yang benar, iaitu dari orang-orang yang diberikan Kitab (kaum Yahudi dan Nasrani), sehingga mereka membayar "Jizyah" dengan keadaan taat dan merendah diri.
(At-Taubah 9:29)


. Bagaimana anda tahu hanya agama Islam yang diterima Allah?

Dia lah yang telah mengutus RasulNya (Muhammad) dengan membawa petunjuk dan agama yang benar (agama Islam), untuk dimenangkan dan ditinggikannya atas segala agama yang lain, walaupun orang-orang musyrik tidak menyukainya.
Tiwas Tiwasok berkata…
Hai tandzul khanzul,
Anda menulis:
"itu maksudnya bukannya matahari dalam lopak air yang keruh dan berlumpur..... nampaknya anda tidak boleh mentafsir... alahai..."

- Baiklah, jika demikian, apa kata anda berikan tafsiran surah Al-Kahf ayat 86 tersebut.
- Mengatakan saya tidak boleh/tahu mentafsir belum cukup.
- Atau, apa kata kita lihat tafsir daripada pentafsir Islam sendiri iaitu Ibn Abbas, juga adalah sepupu kepada Nabi Muhammad sendiri.

Ibn Abbas mentafsikan surah Al-Kahf ayat 86 seperti berikut:
"(Till, when he reached the setting place of the sun) where the sun sets, (he found it setting in a muddy spring) a blackened, muddy and stinking spring; it is also said that this means: a hot spring, (and found a people thereabout) these people were disbelievers: (We said: O Dhu'l-Qarnayn!) We inspired him (Either punish) either kill them until they accept to believe that there is no deity except Allah (or show them kindness) or you pardon them and let them be." (sumber)

- terjemahan
"(Sehingga apabila ia sampai ke daerah matahari terbenam,) tempat di mana matahari terbenam, (ia mendapatinya terbenam di sebuah matair yang hitam berlumpur) mata air yang hitam, berlumpur dan berbau busuk; ia juga bererti bahawa ia adalah: mata air panas, (dan ia dapati di sisinya satu kaum)orang-orang ini adalah kaum kafir: (Kami berfirman: Wahai Zulkarnain!) Kami memberinya wahyu (Pilihlah sama ada engkau hendak menyeksa mereka) sama ada mereka dibunuh sehinggalah mereka menerima untuk percaya tidak ada Tuhan selain Allah (atau engkau bertindak secara baik terhadap mereka) atau engkau mengampunkan dan membiarkan mereka."

- Perhatikan bahagian yang ditebalkan, ia merupakan tafsir daripada Ibn Abbas. Dengan jelas, Ibn Abbas sendiri mentafsirkan kenyataan tersebut secara literal/harafiah, iaitu matahari benar-benar terbenam di dalam sebuah mata air yang hitam, berlumpur, dan berbau busuk, serta panas.
- Nampaknya, pemahaman saya tentang surah Al-Kahf ayat 86 adalah sama dengan Ibn Abbas sendiri, yang mana hidup sezaman dengan Nabi Muhammad, malah adalah sepupu kepada Nabi Muhammad sendiri.
- Maka, secara logiknya, tafsiran mana satu yang perlu saya percaya? Penafian anda atau pengesahan Ibn Abbas?

Selain itu, contoh ayat Al-Quran lain yang telah saya berikan (surah At-Tariq ayat 6-7, surah As-Saffat ayat 6-10, surah An-Nisaa ayat 34) juga mempunyai tafsiran yang pastinya akan mengejutkan anda. Malahan, tafsir kepada ayat-ayat tersebut dilakukan oleh ahli tafsir Islam awal, iaitu mereka yang hidup di awal permulaan Islam itu sendiri.

Jujur saya katakan, saya berasa kasihan dengan anda, kerana anda jelas kelihatan tidak tahu tentang kepercayaan anda sendiri.

Beginilah, nasihat saya, apa kata anda selidiki dahulu atau belajar lagi kerana setakat ini, anda masih belum memberikan sebarang argumen yang munasabah, hujah anda juga berdasarkan salah faham.

Jika anda mahu memberikan respon kepada komen saya ini atau mahu terus memberikan komen/pendapat, silakan, namun, saya mungkin tidak akan membalasnya, melainkan anda memberikan argumen yang lebih berisi dan teratur.

Kerana interaksi kita nampaknya semakin kehilangan fokus kerana anda kerap mengelak persoalan yang saya ajukan serta tidak memberikan respon kepada argumen yang saya berikan.

Sekian dulu untuk kali ini, Tuhan memberkati.
tandzul khanzul berkata…
memang sah anda dan penganut kristian.. terpedaya dengan penyalewengan orang2 terdahulu yang sah benar memutar belit dan menyelewengkan kitab2 Allah SWT yang diturukan kanNya untuk Umat manusia melalui Para Rasul dan Para Nabi...

beginilah,, tolong bagi komen bagaimana anda membersihkan diri dan mensucikan diri dalam beramal dan kehidupan seharian pada umumnya?

..........

Surah Al-Ikhlaas

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Katakanlah (wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;
(Al-Ikhlaas 112:1)

"Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat;
(Al-Ikhlaas 112:2

"Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan;
(Al-Ikhlaas 112:3

"Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya".
(Al-Ikhlaas 112:4)

.........
Dan kalau kamu ada menaruh syak tentang apa yang Kami turunkan (Al-Quran) kepada hamba kami (Muhammad), maka cubalah buat dan datangkanlah satu surah yang sebanding dengan Al-Quran itu, dan panggilah orang-orang yang kamu percaya boleh menolong kamu selain dari Allah, jika betul kamu orang-orang yang benar.
(Al-Baqarah 2:23)

(cari lah manusia pada zaman ini yang serba moden dan maju dari segi pendapat dan pemikir untuk membuat seperti Kitab Suci Al-Qur'ar Nulqarim...

Bertaubat lah segera seperti Paderi2 Kristian Tertinggi sebelum anda dan pada masa kini yang sebenarnya tahu sangat dengan kebenaran Islam dan Alqur'an dan Rasulullah SAW... sekian ..Allah Hu Akbar x3.. LAA ILLA HA ILLAWA MUHAMAD DA RASULULLAH Itu lah kunci kebenaran Al-Qur'an Dan Islam...
Tiwas Tiwasok berkata…
Hai tandzul khanzul,
Saya telah menjadikan interaksi kita ini sebuah post di dalam blog ini, bertajuk, Sebuah Dialog Kristian-Muslim - 2.

Jika anda berminat, kita boleh meneruskannya di sana.
Tanpa Nama berkata…
bertaubatlah tiwas masih belum terlambat, dari menjadi agen pemesong akidah manusia,yang kau nakpersoalkan ni Raja segala raja
tuhan pencipta seluruh alam.sebab kau orang lain akan rugi,berapa orang telah tak pernah sujud dgn tuhan seumur hidupnya kerna lidahmu,sedangkan semua nabi yang dipelihara dari kemurkaan Tuhan pun bersujud pada Allah,kalau kau tak nak sujud biarlah kau seorang je jgnlah sesekali di ajak orang lain,nanti di hadapan Tuhan saat pengadilan
kau akan dpanggil,pengikut kau akan mendakwa engkaulah penybabnya
mereka tak pernah sujud pada maha pencipta,bayangkan 1 waktu subuh yg tertinggal manusia akan dhukum
6000 tahun waktu di akhirat bersamaan 60,000 tahun di dunia lebih kurang begitulah hukuman tak termasuk 4 waktu lagi...apapun jika kita bertaubat dgn izin dan rahmat nya akan dampunkan.....
sebenarnya mudahnya islam itu dgn 2 kalimah Tuhanku Allah dan Muhammmad rasul terakhir...dosa akan d hukum
sehingga habis tempoh hukuman dan dimasukkanlah juga kedalam syurga akhirnya...kecuali dosa syirik..
andai sanggup keneraka sila kan buatlah dosa tapi awas penjara neraka itu je sanggupkah kita,,,tentu tidak so jauhkanlah dosa terutama syirik not forgiving
dah fahamkan bye
Tiwas Tiwasok berkata…
Hai tanpa nama (26 Jun 2013 2:00 PTG),

Terima kasih dengan saranan anda, cuma, saya percaya saya telah pun menjumpai Raja segala raja, Tuhan segala tuhan, dan Pencipta seluruh alam ini.

Lebih tepat lagi, Dia yang telah datang mendapatkan saya, juga anda, dan kita semua. Dia datang sebagai Peribadi Yesus Kristus.

Sama ada orang lain percaya atau tidak, itu bukan disebabkan oleh saya atau siapa pun juga. Itu adalah atas pilihan orang itu sendiri, sesuai dengan apa yang telah dinyatakan oleh Roh Kudus di dalam hatinya.

Saya juga tidak mempunyai pengikut, sebaliknya saya sendiri adalah pengikut Yesus Kristus.

Saya tertarik dengan kenyataan anda yang berikut:
"dosa akan d hukum
sehingga habis tempoh hukuman dan dimasukkanlah juga kedalam syurga akhirnya
"

- Maksud anda, kita hanya akan tinggal sementara di neraka? Tidakkah itu memberikan kita lesen untuk melakukan dosa? kerana kita akan tetap dimasukkan ke dalam syurga juga akhirnya.
- Katakan ada seseorang yang telah membunuh sejuta orang, dengan menyeksa mereka dengan kejam. Adakah orang itu akhirnya akan dimasukkan ke dalam syurga hanya kerana tempoh hukumannya sudah selesai?

Anda juga berkata, semua dosa lain akan dihukum untuk suatu tempoh tertentu di dalam neraka "kecuali dosa syirik.."

- Apa kata kita lihat kisah ini, yang mana terdapat di dalam Al-Quran sendiri.

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya (dengan sesuatu apajua), dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan SyariatNya). Dan sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya ia telah melakukan dosa yang besar." (Surah An-Nisaa ayat 47
dan
"Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa
orang yang mempersekutukanNya dengan sesuatu
(apa jua), dan akan mengampunkan yang lain daripada kesalahan (syirik) itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan hukum-hukumNya); dan sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu (apa jua), maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang amat jauh." (Surah An-Nisaa ayat 116)

- Jelas di sini Al-Quran mengatakan Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik.
- Namun, di dalam surah yang sama, Allah telah mengampunkan dosa syirik tersebut! Perhatikan:

"Ahli Kitab (kaum Yahudi) meminta kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menurunkan kepada mereka sebuah Kitab dari langit. (Janganlah engkau merasa pelik), kerana sesungguhnya mereka telah meminta kepada Nabi Musa lebih besar dari itu. Mereka berkata: "(Wahai Musa) perlihatkanlah Allah kepada kami dengan nyata (supaya kami dapat melihatNya dan percaya kepadaNya)". Lalu mereka disambar oleh petir dengan sebab kezaliman mereka (menderhaka kepada Allah); kemudian mereka pula menyembah (patung) anak lembu sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan (mukjizat), lalu Kami maafkan mereka dari perbuatan yang sedemikian itu (ketika mereka bertaubat). Dan Kami telah memberi kepada Nabi Musa kekuasaan yang nyata (untuk mengalahkan kaum yang kafir itu)." (Surah An-Nisaa ayat 153)

- Dengan jelas dikatakan mereka menyembah (patung) anak lembu, yang mana adalah syirik kerana mereka tahu Allah itu wujud namun kekal menyembah sesuatu yang lain, iaitu menyekutukan Allah dengan sesuatu.
- Namun, mereka kekal diampunkan apabila mereka bertaubat!

Mengapa percanggahan seperti ini timbul di dalam Al-Quran yang didakwa sebagai Kalam Allah? Adakah Allah terlupa peraturan-Nya sendiri? Adakah dosa syirik tidak akan diampunkan atau boleh diampunkan?

Selain itu, perlu ditekankan, Kristian tidak menyekutukan Tuhan dengan sesuatu/perkara lain. Kristian percaya Tuhan itu Esa.

Jika anda beranggapan Kristian melakukan dosa syirik, itu adalah kerana anda sendiri yang gagal memahami pengajaran sebenar Kristian tentang hal ini.

Tuhan memberkati.
Tiwas Tiwasok berkata…
Maaf, terdapat kesalahan ayat Al-Quran di atas. Saya memberikan "surah An-Nisaa ayat 47". Sebenarnya ia adalah "surah An-Nisaa ayat 48".

Sekali lagi maaf dengan kesilapan ini.
Tanpa Nama berkata…
memberi lesen utk dosa pelik sangatlah,apakah ada kerajaan walau didunia ini memberi lesen
utk melakukan dosa terutama kerajaan beteraskan 100% islam
maka adanya penjara dunia,,,yg bersalah di hukum dgn setimpal
dgn adanya tempoh hukuman maka
perkara ini mesti diberitahu tentang implikasinya....kecuali hukuman mati terus dihantar menghadap tuhan kerna tak dikehendaki hidup dipermukaan bumi
kot....harap faham k tq gitu lah
lojiknya halnya neraka....akunipun banyak dosa juga kerna aku tak kuat melawan nafsu....tapi aku ingin memperbaiki sebelum nafas terakhir....apakan daya aku telah tercipta utk bertanggungjawab menjadi khalifah dbumi ini di bawah
kuasa tuhan......redha seadanya
Tiwas Tiwasok berkata…
Hai tanpa nama (26 Jun 2013 3:45 PTG),

Anda berkata:
"memberi lesen utk dosa pelik sangatlah,apakah ada kerajaan walau didunia ini memberi lesen utk melakukan dosa terutama kerajaan beteraskan 100% islam maka adanya penjara dunia,,,yg bersalah di hukum dgn setimpal dgn adanya tempoh hukuman maka perkara ini mesti diberitahu tentang implikasinya....kecuali hukuman mati terus dihantar menghadap tuhan kerna tak dikehendaki hidup dipermukaan bumi kot....harap faham k tq gitu lah lojiknya halnya neraka"

- Memang ia pelik, namun, itulah kesimpulan yang akan timbul daripada kenyataan anda sebelum ini yang berbunyi:
"dosa akan d hukum
sehingga habis tempoh hukuman dan dimasukkanlah juga kedalam syurga akhirnya
"

- Persamaan yang anda cuba berikan juga tidak sesuai. Anda seperti menyamakan hukuman oleh kerajaan di dunia yang sementara ini dengan hukuman yang diberikan oleh Tuhan yang Kekal.
- Cuba anda fikirkan semula dengan teliti kenyataan anda dan mengapa ia seperti memberikan kita suatu 'lesen' untuk melakukan dosa.
- Kerana, jika benar kita akhirnya akan dikeluarkan dari neraka juga pada suatu masa kelak, tidakkah itu bererti kita boleh berbuat dosa kerana kita akan dimasukkan ke syurga juga akhirnya.

Hmm..nampaknya, kita tidak dapat meneruskan sebarang dialog yang bermakna kerana anda seperti tidak memikirkan kesan kenyataan yang anda berikan sendiri.

Walaubagaimana pun, terima kasih kerana meluangkan masa memberikan komen di blog ini. Tuhan memberkati.