sumber Dengan hanya membaca tajuk buku ini sudah pasti mengundang pelbagai reaksi khususnya daripada Kristian kerana nama yang digunakan bukanlah "Isa" tetapi "Jesus". Dan, menurut penulis/penterjemah buku ini, hal tersebut adalah disengajakan atas alasan, kedua-dua nama ini "merujuk kepada orang yang sama". [1] Buku ini merupakan terjemahan kepada buku " Ternyata Yesus Muslim " tulisan Muhammad Jaya dari Indonesia. Adalah tidak keterlaluan jika saya katakan buku ini sarat dengan kecelaruan fakta, mengabaikan konteks dalam menggunakan ayat Alkitab, kurang penyelidikan, ketiadaan bukti untuk menyokong hujah, serta hujah yang saling bercanggah dan tidak konsisten. Walaupun demikian, saya sangat bersyukur dengan kewujudan buku ini. Mengapa? Kerana buku ini memberikan suatu platform untuk menjelaskan apakah kepercayaan Kristian yang sebenar tentang Peribadi Yesus. Maka, untuk beberapa siri post akan datang, setiap poin yang dikemuka
Diterjemahkan dari artikel ini . Terdapat lebih 200 panggilan dan gelaran yang diberikan kepada Yesus di dalam Alkitab. Berikut adalah yang lebih terkenal, disusun dalam tiga bahagian yang mencerminkan sifat semulajadi Kristus, posisi-Nya di dalam kesatuan Triniti Allah, dan pelayanan yang telah dilakukan-Nya di bumi bagi pihak kita.